Total Pageviews

Monday 13 November 2017

Restoran Murni

Assalamualaikum
Selesai  konvo dan majlis di universiti tempohari, sepatutnya nak hantar Iqa ke kolej kawan dia yang merupakan pelajar di situ untuk tumpang tidur,sebelum kembali ke rumah sewa nya di Bangsar keesokan nya.Tapi abang nya kata boleh saja menghantar ke rumah sewa sebelum kami bertolak balik ke Melaka.Sebelum  ke Bangsar ,abang dia  nak belanja makan dulu.
Jenuh juga pusing2 dengan keadaan yang sesak ,akhirnya Restoran Murni Dicovery Bukit Jalil jadi pilihan.Mereka bertiga dah biasa makan kat tempat ni.Mungkin kerana dekat dengan universiti dan harga berpatutan.
Tiba pun nampak pelanggan agak rama i,tempat letak kereta pun penuh.Apa lagi si abang pusing jalan belakang,Alhamdulillah lapang je,senang sangat nak pakir kereta.
Meja pun banyak disediakan.Dengan kami yang 6 sekeluarga ni ,terpaksalah tarik meja sebelah untuk lebih selesa.
Baru saja duduk pelayan dah hantar menu.Aku serahkan pada anak2 je untuk buat pilihan....Nama pelik2 susah pulak orang tua ni nak memilih.Memang banyak pilihan menu melayu,western dan mamak juga ada.Yang pasti ayah mereka mahu kan nasi .Oleh kerana budak 3 ni kata portion makanan di restoran ni banyak ,kami hanya minta 3 menu makanan dan 3 minuman.Apatah lagi dah keletihan seharian,perut pun tak terasa lapar lepas makan nasi kandar tengahhari tu.
Foto: nasi goreng biasa dan ayam goreng pandan untuk ayah dan Iman.Ayam goreng pandannya sedap ..
Foto: Mee Raja Meletop ni Fateha yang pilih.Katanya sedap tapi pada tekak aku biasa2 je.Yang Meletop nya sebab ada petai yang dihiris kasar.Memang banyak ...aku,Fateha dan Iqa makan sepinggan ni pun dah cukup kenyang.
Foto:Air cocktail fruit minuman kami bertiga ...dalam gelas sederhana.Mulanya nak order air 'I KISS YOU' ,dah habis lah pulak.Itu pun sekadar tunjuk je menu ,tak tergamak nak suruh anak dara aku sebut pada mamat pelayan tu.
Si ayah biasa lah dengan teh o panas dan abang mereka minum air barli panas.
Makan abang order spaggetti pedas dengan dua ketul udang besar.Dengan hidangan yang banyak dan pedasss ,walaupun kami share2 makan pun tak terhabis.
Alhamdulillah....walaupun hanya beberapa menu ,kami cukup kenyang.Apatah lagi dapat makan bersama sekali sekala kecuali Azim yang tiada.
Yang istimewa nya anak yang belanja...☺

9 comments:

  1. Hahahaha....nama aie tu....adei memang tunjuk je la kisahnya kan....teringin nak tgk lagu mana airnya..hehe

    ReplyDelete
  2. sedap nampak menu2 nya tu kak, itulah kalau portionnya banyak lebih baik berkongsi sajakan kak...sesekali seronok makan bila anak belanjakan

    ReplyDelete
  3. Orang belanja memang sedap kak...hehe. lagi2 kalau makan beramai2 dengan keluarga.semoga terus diberi kesihatan yang baik so dapat makan sedap2.jaga diri

    ReplyDelete
  4. pernah makan di sini sekali je. then nak pergi lagi sebab mmg byk kan menunya..
    tp tiap kali pergi tutup.. aduh nasibb

    dah follow goolgle+. jemput folo.. sedang usaha rajin blogging :)

    salam kenal yaa

    ReplyDelete
  5. Wah, bole singgah juga kalo kebetulan menghala ke sini, kalo portion besar dgn harga berpatutan, patut sangatlah Kita pegi Kan Kak.
    Yelah Kak, kadang Tak sedap Mana pun yea, tapi jadi istimewa sbb ank yg belanja.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..memang seronok dapat makan sekeluarga saniah

    ReplyDelete
  7. Wow sedapnya. Ni tempat favourite Kami ni

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya yang paling best tu sebab makan anak belanja... Rasa sedap kenyang semua ada hihi....Saya kadang kadang walau penat tapi bab makan tetap laju SI hihi...

    ReplyDelete
  9. Gembira rasa hati ya kak anak yang belanja ^_^

    Kami selalu pergi kat area perumahan saya. Portion memang banyak, pelanggan ramai dan nama-nama menu pun bukan main alahai. Saya pun tak sampai hati selalunya nak minta minuman 'I KISS YOU' kat mamat Bangla tu. Berdiri bulu roma dibuatnya. Kalau order double chicken chop, lagilah satu meja boleh makan sepinggan, kak ^_^

    ReplyDelete