Harini hari ke 3 Iqa kerja...Alhamdulilah tak lagi ' tanam anggur' kat rumah setelah tamat belajar di UM tempohari.Dalam kemelut graduan yang banyak menganggur dan pekerja yang kehilangan kerja, dia pula ditawarkan bekerja tanpa memohon.Walaupun jauh menyimpang nya yang dia belajar di universiti dari pelajar sains ke bidang kejuruteraan.Boss kata boleh belajar...semoga dipermudahkan urusannya dan termakbul cita2 untuk sambung belajar.
Foto...hari pertama keluar rumah untuk bekerja
Sebelum dapat tawaran kerja tempohari ku minta dia buat cendol homemade.Teringin nak minum dengan durian .Sebelum ni tengok kat media sosial macam sedap je ,tapi hanya mampu tengok je.Sekarang ni durian belakang rumah sudah mulai gugur.Boleh lah buat sendiri cadangnya.Walaupun buat durian kali ini tak berapa cantek.Ulas2 kecil dan agak kering .Mungkin kerana cuaca terlalu panas sejak lebih 2 bulan.Tapi rasa nya masih padu dan lemak manis.
Kongsi juga dengan si tupai
Gigihlah Iqa mengadun tepung untuk buat cendol homemade.Takde perwarna hijau,digantikan dengan air pandan.
Dah rupa mee kuning ku tengok...hihi
Maka jadilah cendol homemade .Santan gantikan susu cair supaya tak muak minum berulang2.Kebetulan ada agar2 sirap semalamnya ..Cuma ketulan ais kurang sebab cuaca ketika tu panas terik ,buat2 ais asyik habis saja.
Alhamdulilah ,lepas lah kempunan.Tapi lain kali rasa lebih baik beli saja cendolnya,lepas tu bolehlah buat airnya sendiri..hihii...bukan pe banyak pulak proses.
wahh., fandainyer mak buat cendol duriyen tuuu., nyum nyum2
ReplyDeleteallahu sedapnya kak!
ReplyDeletetentu sedap tak terkata
ReplyDeleteCendolllll Duriannnnnn..
ReplyDeleteTelan ayaq lioq..
Dulu zaman remaja berangan nak dapat bapak mentua ada dusun durian.Tak tercapai jodohnya..hihihi.
Semoga dapat besan pula yg ada dusun..hahaha..
sedapnya kak buat sendiri durian lak fresh, seronok betul lah tu... yelah kan kak sekarang panasnya macam apa tapi petang hujan pulak
ReplyDeletedapnya cendol durian iqa
ReplyDeleteRajin nya buat cendol.
ReplyDeleteTahniah Iqa. Leceh jugak buat cendol ye. Sekali-sekala boleh
ReplyDelete