PKP sambung lagi , setelah sekian lama hadapi covid19 yang tak berkesudahan ni terasa juga tekanan dalam diri.Apatah lagi kesukaran nak merentas daerah dan negeri terhalang .
Rindu sangat dengan cucu sorang ni ,sudah berbulan2 tak jumpa..Lepas rindu tengok video2 yang dihantar .Baru belajar2 berdiri..takut2 lagi nak melangkah...rasanya kalau jumpa kelak sudah boleh berjalan sendiri.
Rindu pun nak buat bagaimana kan,bukan ada sayap nak terbang.Jadi kita sibuk kan diri buat aktiviti kat dapur.Cuaca panas berdenting kat luar sana.Ada pula jiran bagi buah kedondong.Maka datang lah idea nak buat jus.Kalau dibiarkan memang tak terusik lah buah tu sampai kecut .Mula2 bersih dan kupas kulit hijau nya.
Dapat lah 1 jug air kedondong.Disebabkan agak masam tambah gula pasir secukup rasa....xde stok asam boi.Sejukkan dalam aisbox.Saja masukkan dalam bekas coolblog agar lebih menggoda😁.Abaikan biskut kering dan botol air kat belakang tu.🤗
Terus terliur saya tengok jug penuh air kedondong ni. Sedapnya!
ReplyDeleteSaya kongsikan di sini bloglink tentang belacan Cocos ye:
https://salamisimon1.blogspot.com/2021/01/belacan-cocos.html
Bersinar mata budak kecik tu kak... Comel macam nenek dia aih.. Hihihi
ReplyDeleteJus kedondong orang kata bagus untuk turunkan tekanan darah. Saya selalu masak pejeri kedondong.. Sedap pada tekak saya
Wak pun dah rindu dengan cucu2 yang tak dapat balik kampung.
ReplyDeleteComeynya cucu akak, putih..bulat pipinya geram tengok. Kesian akk rindu cucu ye.
ReplyDeleteSaya baru buat jeruk kedondong kak
Comelnya cucu Saniah.
ReplyDeleteBaru-baru ni pokok kedondong saya berbuah lebat... saya try buat jeruk. Ok jadi... tp saya tak berapa gemar mkn jeruk kedondong. Saya lebih suka buat jus/air. Blend dengan asamboi dan perahan limau nipis sikit. Sedap!
comey cucu san tengok jus ni teringat jus avocado
ReplyDeletekalo kt ekdai slalunya order jus kedondong asam boi
ReplyDeletetak pernah merasa sebagai jus, biasanya merasanya sebagai jeruk. hehe
ReplyDeletePerghhh sedap dpt time panas berdenting kat sini kak..
ReplyDeleteKalau Ada asamboi lagi win..