Tak tau apa lagi nak buat bila dah menu utama nya ayam setiap hari....Stok ikan dalam freezer pun dah abis.Sotong dan udang memang kami jarang beli memandang kan kulit Iman alahan sejak kecil lagi.Tapi bila makan kat luar atau tempat orang ,terpaksa biarkan dia makan.
Kerana tular pasal kari kentang di WA group Aweks Blogger,timbul idea untuk buat kari ayam campur kentang ...
Aku gunakan ayam yang dibeli di Peladang yang sudah dipotong,jadi aku tak pasti lah berapa ketul yang aku masak,yang penting tak sampai sekilo pun.
Bahan2nya
Beberapa ketul ayam-di garam kunyitkan
3/4 kentang di potong wedges
Bawang besar seketul( aku tak guna kan bawang kecil dlm masakan...leceh .....hihii)
3 ulas bawang putih
1/2 btg serai
Setangkai daun kari
1peket rempah kari daging/ayam
Sedikit halia.
Minyak
Asam keping
Garam
Bahan2 lain
Carrot
Tomato
Caranya:
Ayam digoreng agak2 garing....angkat dan toskan.Kemudian goreng pula kentang hingga lembut ....angkat dan ke tepi kan.
Dengan kuali bekas gorengan tadi kurangkan minyaknya.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang telah ditumbuk kasar.,masukkan daun kari dan serai ....tumis sehingga naik bau,masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.
Kemudian masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.Masukkan juga carrot,tomato ,asam keping dan bawang hiris,Sambil kacau rata ayam dan bumbu2,Last sekali masukkan garam secukup rasa.Gaul rata sehingga carrot agak lembut ,tutup api ...
Iman walaupun tak makan makanan pedas tapi bab kari paling febret dia sekarang.Suka beno masa balik sekolah ada berlauk ayam masak kari kering ni ,berulang2 kali dia makan nasi ....Alhamdulillah walaupun hanya kami bertiga licin juga ....Iman lah tukang perabis...:-)