Total Pageviews

Friday, 4 October 2019

Jus dan jem roselle

Assalammualaikum
Sejak beberapa bulan ni aku dan suami banyak bercucuk tanam disekitar kawasan rumah untuk mengisi masa yang banyak terluang bila anak2 dah ke haluan masing2.Banyak yang telah kami tanam antaranya pokok roselle .Dapat anak benih dari seorang kawan ...Alhamdulilah membesar dengan jayanya.

Roselle ni banyak khasiatnya...info sepenuhnya boleh lah tanya encik google ya.Kami tanam ni saja suka2  tapi bila dah mengeluarkan hasil teruja melihat buah2 roselle yang merah agak banyak kat pokok.Ya pokoknya juga banyak sebab senang sangat tanamnya.Taburkan je biji benih insyaallah akan tumbuh.Lepas tu rajin2 lah menyiram dan membaja.
Dengan adanya pokok roselle ni boleh buat jus dan jem homemade.Sebelum tu kena asingkan kelopak dari bijinya dulu.
Kemudian cuci dan tapis.Untuk buat jus aku rebus roselle yang telah dileraikan tadi sehingga mendidih dan biarkan beberapa ketika.Kemudian tutup api dan biarkan sejuk .Sudah sejuk bolehlah tapis dan jus boleh dimasukkan dalam bekas untuk disimpan atau minum segera.Aku sengaja tak tambah gula dalam jus ni.Kalau sesiapa yang nak minum boleh lah masukkan gula dan tambah air putih .Bagi aku biasanya minum tanpa gula lebih baik.
Ada juga yang dijemur untuk simpan lebih lama .Bila nak minum kelak boleh lah rendam dengan air panas saja.
Untuk buat jem roselle boleh lah kisar roselle yang telah dileraikan dari biji tu.Tak payah lah halus sangat sebab roselle ni lembut kelak akan hancur juga.Aku sendiri ada yang masukkan yang tak dikisar pun tapi hasil nya sama saja.Masukkan roselle yang dikisar tadi ke dalam periuk  dan masukkan gula secukupnya

.Dalam resepi kali ini aku juga ada masukkan sedikit gula batu untuk hasil yang lebih cantek.Masak sehingga pekat dan selalu2 lah dikacau agar tak hangus dibahagian bawah.Ada resepi yang tambah kan tepung jagung untuk kepekatan tapi aku tak masukkan pun sebab nak rasa yang lebih asli .Hasil nya ok je seperti yang diinginkan
.Rasanya masam manis dan sesuai dioles pada roti atau biskut...sedap.
Biji roselle boleh lah dijemur .Setelah kering biji benih dalam tu boleh lah disemai untuk tanam semula.

Jika rajin berbakti pada tanah akan mendapat hasil nya.Begitu juga dengan kehidupan kita.

Wednesday, 2 October 2019

kali pertama buat sambal hitam

Assalammualaikum
Pokok belimbing buloh yang kami beli di pasar tani beberapa tahun dulu telah banyak kali berbuah.Suka tengok semakin lebat pula buahnya .
Sebelum ni bila petik untuk masak atau buat sambal je.Dan selalu juga kami sedekahkan pada jiran atau kawan2.Bila dah sorang2 kat rumah terdetik hati nak buat sambal hitam .Sebelum ni beli ...alahai sikit sangat  ...tak puas nak makan.Step pertama dah tentu kena merebus belimbing buloh .Takde lah banyak mana adalah dalam sekilo lebih .Dah tentu first time nak buat ...kenalah google .Mula2 kena lah cari periuk yang sesuai untuk merebus .Takut juga berlubang periuk kelak dek penangan belimbing buloh.Mujor ada simpan lagi periuk rice cooker lama.
Setelah bersihkan belimbing  buloh terus masukkan dalam periuk .Masukkan sikit garam. Buka api dan biarkan hingga hitam dan kering.Aku gunakan dapur gas dapat lah kawal api yang diperlukan .3  4 jam juga lah baru terhasil sempurna.Selesai merebus gas pun habis....ermm sebenarnya memang tinggal ciput je gasnya pun.Tapi maaf lh tak dapat nak share gambar belimbing yang sedang direbus dan dah kering sebab gambar2 tu ter delete ...sebab tak terfikir nak berblog lagi.😁
Proses membuat sambal hitam tak lah masa tu juga ...tak terlarat mak nak menghadap dapur berjam2 lagi.Dua minggu kemudian baru lah ter rajin nak buat.Cili padi pun tak membeli ...hasil tanaman sekitar rumah .Aku buat resepi derhaka sebab orang suruh tumbuk sebalik nya aku kisar .Kebetulan bawang merah dan putih memang sedia ada yang berkisar dalam aisbox.Tinggal kisar cili padi dengan ikan bilis je lagi.Dah tua ni dah tak larat nak menumbuk banyak2.Lagipun cili padi memang aku letak lebih untuk rasa yang lebih pedas.Walaupun bahan2 menggunakan pengisar tapi agak kasar je kejadian nya.
setelah panas kan minyak masukkan bawang kemudian cili dan ikan bilis juga belimbing buloh .Aku tambahkan sedikit kiub ikan bilis dan sedikit kicap manis.Tumis sampai naik minyak dan biarkan agak kering
.Aku tak tambah garam sebab masa merebus belimbing buloh tu rasa dah terlebih masin...maklumlah first time buat benda yang tak pernah dibuat.
Alhamdulilah hasil nya tak menghampakan ....jadi lah sambal hitam belimbing buloh versi Kulai...😊sedap secukup rasa tapi sedikit pedas . .Walaupun nampak sikit tapi banyak bekas juga dapat tapi semua dah licin sebab hari2 makan dan lagi Azim dan Iqa ada balik...bekal kan dia 1 bekas untuk  bawa balik ke universiti.
Senang je rupanya buat sambal hitam cuma perlukan kesabaran menunggu proses merebus dan menyambal...Berjam2 juga lah kena menghadap dapur...berpeluh2 mak sesorang ...sebab teringin nak buat sendiri kena lah bertabah.
Kat pokok nampaknya masih banyak lagi belimbing yang masih berputik
....insyaallah akan cuba buat lagi dan cuba perbaiki apa yang terkurang .

Wednesday, 25 September 2019

terkini ceritaku

Assalammualaikum
Tiba2 mood menulis datang kembali bila dah keseorangan di rumah.Banyak sangat kenangan yang tak disimpan ...sekadar simpan dalam memori je,itupun memori dah semakin berkarat dimamah usia.
Ketika aku menulis ni hujan lebat diluar sana.
foto:awan hitam menyelubungi suasana tengahari menandakan hujan bakal turun.
Alhamdulilah semoga dilema jerebu tak menghantui lagi .
Banyak yang nak ku coretkan tapi tak tahu mana nak ku mula.Ok kalau nak tahu khabar anak2  semua mereka semakin sukses.Anak sulong yang berkahwin akhir tahun lepas bakal menimang cahaya mata akhir tahun ni.Seronok sangat2 kami bakal jadi atuk dan nenek.Kalau boleh nak shoping keperluan baby banyak2...tapi tak lah ....parents baby dah sediakan.
foto: sehelai 2 untuk sekecil bakal tiba.
semuanya.Kami belikan sehelai 2 je baju jadi lah kan...
Fateha Alhamdulilah 2 tahun dah bekerja ditempat yang sama.Walaupun meredah hampir 80km pergi dan balik...walaupun terpaksa hadap jem setiap hari...Tetap balik rumah ..tak terfikir dia untuk tinggal menyewa berdekatan tempat kerja.Kami lagi suka sebab kalau tak nenek tengok muka atok ...atok tengok muka nenek 😁.
Iqa akhir tahun ni dah habis program ijazah nya ...InsyaAllah.Sekarang sedang intern di salah sebuah universiti di KL.
foto: menyewa disalah sebuah kolej.
Sekejap je kan...rasanya baru saja menghantar dia daftar di universiti...dah pun hampir habis belajar.
Azim pula baru awal bulan Sept. tempohari daftar program ijazah di UPM.
foto: dihari pendaftaran , jenuh berulangalik ke tempat letak kereta mengangkut barang.
Dia lah kena berjuang untuk 4 tahun ni.Harap dia bertabah menempoh liku2 sepanjang dia belajar .
Iman ....diam tak diam dah hampir setahun tinggal di asrama.Walaupun balik seminggu sekali untuk darjah Khas nya terasa begitu cepat membesar.Bukan main bangga tinggi dah lebih dari mak nya.Takde lagi suara comel ...kini  hanya suara anak remaja yang sedang meningkat naik telefon aku setiap hari.
Ya  anak2 semakin dewasa ...aku dan suami juga semakin tua.Zaman menyediakan anak2 ke sekolah dah berlalu.Tak lagi berebut2 mengejar waktu.Kini kami banyak masa bersama , ke mana2 hanya berdua walaupun hanya berkebun sekitar rumah.
sekian untuk cerita terkini ...jumpa di lain siaran ...ermm jika ada mood menulis datang.😊

Monday, 15 April 2019

telur pindang lagi

Assalammualaikum
13hb April adek ipar buat majlis perkahwinan 2 anak perempuan 1 anak lelaki nya serentak. Aku buatkan sedikit telor pindang untuk mereka .Sedikit je sekadar 200 biji je untuk bunga pahar katanya.
Daun2an tak susah nak cari.Ada je kami tanam kat belakang rumah kecuali daun senduduk ...itu kerja bossku lah mencari .
Part menyediakan daun2 dan membersihkan memang leceh tapi bila dah jerang kat api ...boleh relax je ...cuma nak jaga api takut terpadam sebab guna api kecil.
setelah tu boleh lh menyediakan daun/ bahan
daun jambu batu
daun serai
daun lengkuas
daun pandan
daun kari
daun kunyit
daun kedondong
daun senduduk
daun manggis( tak de)
serai
lengkuas
kulit bawang merah
jintan dan ketumbar( dikisar kasar)
kicap
garam
Segala dedaun kena bersihkan dulu ...begitu juga dengan serai lengkuas sebelum disusun dalam periuk.

seterusnya susun dedaun herba tersebut dalam periuk

kemudian aturkan telor yang telah dibasuh sebelum tu ke dalam periuk .Kerja2 ni bossku yang buat sebab tu telor asal letak je .
Seterusnya letak lagi dedaun atas telur tersebut ...aturkan telur lagi .Begitu selangseli sehingga telur habis.Atas sekali taruk lagi dedaun...kulit bawang dan taburkan jintan ketumbar.
Boleh letak atas dapur sebelum bubuh air...kalau tidak boleh patah pinggang nak angkat.Bubuh air ..masukkan juga kicap dan garam secukupnya.Tutup rapat dengan tudung periuk.
Boleh buka api...guna kan api kecil.Biarkan selama 3 atau 4 hari.Tapi biasanya aku akan tutup api sejam atau dua jam waktu siang kemudian buka semula sehingga lebih kurang pukul 10 mlm...suboh buka semula api...begitu lah hari2 sehingga 3/4 hari.Takut wei nk biarkan api dapur terbuka semalaman ...


 hari kedua dah terhasil sempurna.
 Alhamdulilah setelah hari ke 4 dah boleh angkat.Tak sempat nak snap lelebih telur yang disusun atur sebab perlu bersegera untuk bawa ke rumah adek ipar di Pontian petang tu juga.Tapi satu kepuasan bila dapat hasil yang sempurna...lebih baik dari buat sebelum2 ni.Tak banyak yang retak .
Tapi part nak keluarkan dari dalam periuk panas tu memang seksa...bila kena buat sorang....tapi usaha kan tangga kejayaan...hihii pujuk diri sendiri.


Wednesday, 27 March 2019

22hb Mac

Assalammualaikum
22 Mac tarikh lahir ku...bermakna berganjak setahun lagi usia.Semakin pendek lah waktu untuk menemui Nya.
Diusia2 emas ini tidak lagi mengharap apa2 ,cuma mahukan kesehatan yang baik agar dipermudahkan ibadah dan tidak menyusahkan keluarga untuk menguruskan.
22hb ni hari Jumaat ,hari bekerja...takde lah nak masak2 speacial kalau untuk tekak aku dan Iman saja.Bos kami ada anual dinner petang tu.Fateha pulak balik dah petang2 kala.
Bosku bawa Iman sekali untuk dinner syarikat nya tu...sesuatu yang dia tak pernah buat sepanjang dia kerja sejak lebih suku abad yang lalu walaupun digalakkan bawa keluarga.Lepas dorang pergi sorang je lah aku di rumah menunggu Fateha balik kerja.Menjelang Maghrib baru Fateha sampai rumah.Masuk je dalam rumah dia suruh bersiap untuk keluar.Usai solat Maghrib call bosku dulu minta kebenaran untuk keluar.
Walaupun malam tu hujan ,redah je untuk pergi ke destinasi yang nak dituju.Fateha kata nak bawa mak ke SR untuk makan2. Walaupun aku lebih suka kalau dibawa ke warung2 maklumlah tekak orang kampung....tapi dia berkeras juga untuk ke SR.Memang rasa janggal makan2  hanya berdua.
Dibelikannya sepotong kek cheese tanda harijadi katanya.
Walaupun pada mula nya nak set untuk berdua tapi aku pilih ini
Lagasne
Fateha makan chicken chop je
juice apple dan air suam untuk orang yang  diet kononnya☺
Jenuh kami nak habiskan....kalau ada Iman boleh tolong licinkan tapi Iman pun ketika itu dengan ayahnya dah kekenyangan.Kata bosku Iman bedal bercucuk satey...Ermm rezeki kan ....cuma takde rezeki cabutan bertuah.
.

Thursday, 21 March 2019

Bekal dan sarapan

Assalammualaikum
Agak payah nak memulakan kembali berblog ni.Selain dari masalah kesihatan ,mood mengarang juga dah semakin pudar walaupun banyak je cerita sukaduka yang dilalui.Kebas2 jari yang aku alami berlarutan hingga kini menjadi satu kekangan aku untuk menaip CORETAN HIDUP ini.Jangan kata tak berikhtiar baik hospital, urut atau pun petua2 semua dah cuba nampaknya belum ada perubahan....redho je hanya mampu berdoa...mudah2an akan baik satu hari nanti.
Sejak awal tahun kami hanya tinggal ber3 je kat rumah.Tapi biasa lah orang berkerja dari baru terbit matahari sehingga tenggelam matahari baru muncul kat rumah.Sunyi??...ermm dah biasa dah .Rasanya sekarang rasa seronok dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah....sebab tak berebut nak masak dan berkemas rumah awal.Setelah sekian lama aku lalui rutin harian sejak bergelar surirumah....dulu anak kecik2 selain jaga MIL masa tu tak boleh nak santai2.... bersilat berkuntau buat kerja  ....masa tu lah jadi tarzan jadi singa.Sekarang singa pun dah tua ,rumah pun dah sepi.Anak2 pun dah bertebaran di luar sana.
Olehkerana Iman pun tinggal di asrama tak perlu lagi tergesa nak siapkan dia ke sekolah.Bangun pagi pun biasanya bosku dah siap jerang air dan tanak nasi untuk bekal dia.Tugasku menyediakan bekal Fateha untuk makan kat tempat kerja...bosan katanya membeli.Biasanya bekal simple2 je...maklumlah anak dara diet je yang difikir.
sesekali bawa nasi dengan lauk ringkas ,pasta ataupun roti  yang dipelbagai ataupun wrap saje.
Untuk aku yang kat rumah ni bila dah sorang2 makan je apa yang ada untuk sarapan atau makan tengahari tapi yang kerapnya nasi goreng lah☺.....Kalau nak beli boleh je sebab kedai makan ada dekat2 rumah je tapi rasa puas buat sendiri ...selain dari nak jaga kesehatan badan yang dah berusia ni.
kalau makan nasi goreng aku lebih suka pedas dan banyak ulam...
 foto: nasi goreng cili api dengan ulam raja dan kacang botor
 foto: macaroni goreng dengan sambal tumis .
 foto: wrap bawang putih dan quaker oats teh hijau
foto: teh lemon tanpa gula




Wednesday, 20 February 2019

Buah pertama belimbing buloh.

Assalammualaikum
First time berbuah....anak pokok belimbing buloh yang dibeli di Pasar Tani beberapa bulan dulu telah mengeluar hasil.Memang excited sungguh bila melihat hasil tanaman sendiri hidup subor dan cepat mengeluarkan bunga dan buah.Untuk baja hanya gunakan air basuhan ikan dan beras...Alhamdulilah lebih subor jadinya.
Kini menunggu giliran pokok cermai pula, bila lah nak berbuah☺