Foto: pesakit2 di bahagian O&G sedang tunggu giliran.
Semalam 27 September ,tarikh temujanji aku dengan doktor setelah berbulan2 selepas buat scan MRI. Biasalah hospital kerajaan kenalah tunggu giliran .Lagipun sebelum buat scan dah diberitahu jika takde sel2 kanser merebak ,tak akan dihubungi .Hanya tunggu tarikh temujanji yang diberikan untuk berjumpa doktor.Seperti biasa selepas encik suami hantar Iman ke sekolah,terus je kami bertolak dari rumah.Walaupun temujanji pukul 9 tapi kena juga bertolak awal memandangkan nak menghala ke JB bukannya mudah bila waktu2 begini, memang sesak .Dah tiba pun satu masalah nak cari parking .Memang dah takde dah kosong....akhirnya suami parking je kat tempat yang tak sukarkan kereta2 lain keluar.Terfikir aku orangramai ni tibanya pukul berapa ntah ,walaupun kita datang pagi tempat letak kereta pasti penuh....
Kali ni aku pergi ke hospital dengan perasaan tenang kerana badan aku dah rasa sehat dan terasa dah semakin sado dah rasanya...:-).Olehkerana masa keluar rumah aku belum sarapan encik suami ke cafe dulu untuk beli air dan roti juga sandwich.Sebelum tu aku ada beli kuih di warung tempat kami tinggal.Keluar dari cafe suami kata "ni pergi hospital ,sakit ke nak makan2"....hihiii aku rasa pun macam tu juga sebab banyak sangat bekal nya.....Bukan apa kadangkala kata je temujanji sekian2 ,tapi dapatnya lambat.....masa tu perut biasanya dah lapar.
Seperti biasa lah tiba kenalah ambil nombor giliran dulu....lepas tu tunggu,tunggu,tunggu .Sambil2 lah sarapan dengan bekal yang dibawa dan dibeli tadi ,dah pukul 10 baru lah dipanggil masuk ke bilek rawatan.Doktor kata hasil scan tempohari semuanya ok ,tiada sel2 kanser yang merebak .Ketika dibagitahu tu bahagia rasa hati ....bersyukur aku dah bebas kanser.Tapi kemudian doktor kata perlu buat pap smear lagi .Bingung aku seketika sambil bertanya "kan rahim dah buang ,kenapa perlu pap smear lagi?". Doktor kata perlu ,masih kena pantau pangkal rahim juga.Aduhai....terpaksa dalam rela aku ikut arahan doktor....huhuu.
Olehkerana tak perlu buat rawatan2 lain ,cepat lah siap ,cepat lah keluar ...huh lega sangat walaupun masih berdebar2 tunggu result pap smear pangkal rahim.Semoga result nya baik2 je....aku perlu sehat sebab tak mahu menyusahkan keluarga .Lebih2 lagi suami yang setia menghantar ku ketika buat rawatan .