Total Pageviews

Sunday 29 November 2020

Jem mulbery

Assalamualaikum
Buat masa ni hobi berkebun kembali semula.Apatah lagi cuaca sekarang elok sangat nak bercucuk tanam.Tak perlu lah nak menyiram hari2. Beli benih dari shopee banyak pula pilihan ,rambang mata dibuatnya.Tapi kena ajar diri berpada2 supaya tak terpedaya dengan nafsu membeli.
Sekarang ni awal pagi dah keluar rumah membelek dan menyemai tanaman.Kerja2 dalam rumah anak2 boleh selesaikan.Satu waktu dulu masa 4 anak di asrama , Iman pula sekolah dan si ayah kerja seharian memang aku tak kan keluar rumah.Bukan saja risau keselamatan tapi risau anak2 yang jauh telefon tak dapat dengar .Payah pula nak bawa telefon sambil berkebun.
Mulbery ni dari tanaman sebelum2 ni .Asalnya hanya sepokok ,sekarang ni sudah berpokok2 .Anak pokok ni dulu anak sulong bawa balik masa dia pratikal di Air Itam Kluang.Mula2 excited bila sudah mengeluarkan buah.Pucuk nya boleh  juga di celur untuk dijadikan ulam.Tapi bila dah makan sorang , tak rajin lah nak petik.Sekarang ni banyak yang terbiar gitu je.
Harini bila keluar rumah teringin pula nak petik mulbery ni.Banyak yang dah kehitaman...ermm rasa nya manis tu dibandingkan yang masih merah rasanya masam.
Dapat lah satu bekas, banyak je lagi kat pokok tapi mak ni malas nak memetik...hihii.
Bila difikirkan jika dibiarkan gitu je takde siapa nak makan ,maka ku fikirkan baik buat jem saja...mula2 kenalah cuci bersih dan kisar .Masukkan dalam kuali ,tambah gula pasir .
Kacau sehingga agak likat...siap.Setelah sejuk boleh simpan dalam bekas.
Buat tak banyak pun sebab anak2 kat rumah ni tak gemar sangat manis2 ni.
Boleh lah disapu pada roti atau biskut.Rasanya masam2 manis seperti juga rossele.

Friday 27 November 2020

Lepat ubi dan pelam muda.

Assalamualaikum
Iqa sejak dah abis belajar ni ada je kat rumah .Musim2 covid ni  cari kerja pun amat2 sukar.Sepatutnya Oktober lepas sudah ada majlis konvo,malangnya kita hanya merancang covid19 pula yang melanda negara.Buat masa ini transkrip ijazah hanya dikirim melalu pos laju.Impian mak nak tengok iqa menyarung jubah konvo belum tercapai lagi.
Masa2 terluang dia ada saja makanan atau kuih yang nak dicuba buat.Tapi kalau untuk berniaga rasanya dia masih belum mahir lagi.
Rabu si ayah tak bekerja,seperti biasa lah ,mana reti duk diam .Ada je aktiviti berkebun sekitar rumah yang dibuat. Ada juga dia cabut beberapa batang pokok ubi yang telah berisi dan nak ditanam semula pokok2 baru.Banyak juga hasil tuainya .
Cakap dengan Iqa, boleh buat kuih ni .Iqa kata ok dia boleh buatkan tapi part kupas kulit dan memotong ubi mak lah yang buat. Biasa lah budak2 sekarang semua boleh tengok resepi.Kalau mak nya selalu agak2 je ikut orangtua dulu apatah lagi kuih2 lama ni.
Iqa kata nak buat lepat ubi ikut resepi Namakucella.Dari mengisar ubi sehingga selesai semua dia yang buat.Disebabkan terlebih ubi derhaka lah resepi ,yang penting bahan perlu ada.Syukur duk kampung ni daun pisang belakang rumah je.Yang tukang ambil Iman lah ,senang nak cantas daun yang tinggi .Ya ...Iman dalam usia 14 tahun dah agak tinggi ,mak dah paras bahu dia je.
Berbalik cerita lepat ubi , kalau dulu2 gunakan parut kelapa ,sekarang kisar je dah siap.
setelah diperah airnya,diadun bersama gula merah dan santan .Tambah secubit garam supaya rasa lebih lemak.
Buat agak banyak ,bila dah ramai2 kat rumah ni habis juga bila dah petang .Sebab tu Iqa suka mencuba resepi2 sebab ada tukang makan...hihii.
Sementara tu masa si ayah masih di luar rumah ada pula 2 cina bermotor singgah ,katanya nak minta mempelam pauh yang ada depan rumah...Alamak kita sendiri tak perasaan yang buah pelam tu dah boleh diambil sebab sebelum ni nampak masih berputik.
Sebab orang dah minta dengan baik ,beri kan lah juga.Tak sangka orang cina pun pandai nak buat jeruk katanya.
Sudah ambilkan orang ,ambil juga untuk orang kat rumah sendiri.Buah pelam pauh ni masih muda belum ada sabutnya lagi.Rasanya masam amat tapi kalau dah masak manisss sangat.Maka buat jeruk je lah yang sedap buah muda ni.Satu balang untuk yang tak buang kulit ,lagi satu yang dah kupas kulit.
Maaf kalau ada yang terliur🤭🤭

Monday 23 November 2020

Peria goreng

Assalamualaikum
Ahad semalam teman suami jumpa doktor untuk rutin rawatan susulan nya.Tapi aku dengan Iman tunggu dalam kereta je .Berjam juga tunggu ...sambil2 tu layan lah youtube.Nampak pulak resepi peria goreng rangup....teringin lah pula .
Selesai urusan suami, kami terus ke Econsave untuk membeli sedikit barangan dan sayuran.Hanya aku dengan Iman je yang keluar. Suami tunggu dalam kereta .
Nampak peria katak terus beli dalam 6 biji.Tak berapa cantek tapi bolehlah dari takde.
Balik lepas solat zuhur terus bersihkan peria dan potong bulat2.Rendam dengan air garam dalam 15 minit.kemudian rebus dalam 2 minit.Angkat dan toskan.
Sementara tu kononnya nak sediakan batter seperti resepi dalam youtube yaitu sedikit tepung gandum,tepung ubi dan tepung beras juga masukkan bawang putih dan ketumbar
Tetapi disebabkan dah tersilap beli tepung beras terambil tepung pulut, terpaksa lah lupakan bancuhan tersebut.buat dengan tepung bistari je lah jawapnya.Kerja2 menggoreng Iqa yang buat.
Gorengan pertama siap mak dah makan dulu.Rasa ok sedap tapi macam kurang rangup.yalah sudah derhaka kan resepi.Tapi bila anak ramai ni semua licin walaupun sedikit pahit.Tapi si bongsu Iman jangan harap lah nak menjamah.Yang lain ok je kalau goreng seperti ini tapi kalau masak lain ,mak je lah makan sorang.

Friday 20 November 2020

Lepat pisang


Assalamualaikum 
Sejak musim covid19 anak2 banyak berada di rumah.Yang universiti ,yang sekolah dah tentu belajar dari rumah.Yang bekerja pun sudah memang berulangalik dari rumah ke tempat kerja .Makanya bila anak dah ramai di rumah ,memang tak kering dapur ,ada je yang nak dimasak .
Beberapa hari yang lepas pisang kapas belakang rumah sudah banyak yang menguning .Suami memang peminat pisang ,kalau yang ditanam sendiri takde yang masak ,dia akan membeli .Tak kira lah pisang untuk digoreng atau dibuat kuih.Paling2 seminggu sekali pasti ada.Paling kerap buat cekodok pisang lah ...ermm tak jemu2.
Pisang kapas yang ditebang tu agak banyak buahnya.Setelah beri jiran beberapa sisir masih bebaki  lagi.Kalau dah banyak yang masak bukan boleh disimpan lama ,akan busuk nanti.Selalunya akan dilecek banyak2 dan disimpan dalam freezer.Boleh digunakan bila2 teringin nak buat kuih atau cekodok.
Lepat pisang ni buat selasa lepas.Di luar sana hujan ,bila dah sejuk2 ni perut masing2 lapar memanjang.Kebetulan pisang yang suami tebang dah banyak yang masak.
Maka dengan gigihnya mak cik melenyek lah pisang2 masak dengan menggunakan gelas.Bukan tak boleh kisar tapi rasa lebih suka manual sebab lebih terasa puri2 pisang.
Semua bahan pun ada tepung beras,tepung gandum,gula merah,santan kotak dan kelapa parut.Kelapa dan daun pisang pun dari pokok sendiri.Daun pisang ni dari pokok pisang kapas juga.Daun pisang kapas ni memang banyak gunanya terutama untuk buat2 kuih.Jiran2 selalu juga minta untuk kegunaan mereka.
Adunan pisang lecek ,kelapa parut,gula merah dan santan yang sudah siap untuk dibungkus.Pisang kapas ni manis jadi memang tak perlu masukkan lebih gula.Aku memang takde sukat2 maklumlah orang lama,semua agak2 je.
Disebabkan buat agak banyak kena lah guna 2 bekas kukusan.
Makcik masih guna kukusan antik ni...haa boleh lah kukus lepat pisang tu lebihkurang 20 /30 minit.
Dah siap...jangan tak tahu buat agak banyak ,Alhamdulilah abis..

Tuesday 17 November 2020

Photobook

Assalamualaikum
Masa anak2 kecil kerap ambil gambar untuk kenangan melihat tumbesaran mereka dari bulan ke tahun.Sekarang dah ada cucu ,gambar cucu pula yang banyak di simpan .Tapi tulah zaman kini simpan gambar pun dalam henpon tak seperti dulu ,dicuci di kedai gambar dan simpan dalam album.
Risau juga kalau2 gambar dalam henpon hilang .Lagipun dah banyak sangat gambar si kecil dalam galeri.Terfikir untuk buatkan photobook Sarah ,gambar boleh simpan lama dan tak mudah rosak.
Sebab tak fikir panjang masa beli yang pertama agak mahal dengan gambar 21 keping harga 39 rm termasuk pos.Rasa tak berbaloi rasa nya tapi redha je lah dah beli.Tapi gambar ok dan cover pun tebal.
Sebab gambar banyak lagi ,yang orang sibuk 11/11 ,mok cik sibuk gak intai2 photobook murah di shopee.Alhamdulilah ada photobooks 5 rm untuk 40 gambar dapat pulak promosi 11/11 dapat pulak hanya 2 rm.Photobooks dah pun sampai...boleh lah ,dibandingkan dengan harga nya terlalu murah tu.Simpan untuk kenangan tahun2 pertama Sarah.

Monday 9 November 2020

Sehari sebelum PKPB

Assalamualaikum  
Sejak PKP bulan Mac jarang bertemu cucu sorang ni sebab selain dari sebab Covid ,anak juga sibuk bekerja untuk balik ke Johor selalu.Atok dengan nenek hanya dapat melihat keletah si kecil melalui layar maya saja.Sedar tak sedar bulan Dec ni sudah pun setahun.Sabtu 7hb terdetik hati nak melawat cucu sebab rindu sangat rasa nya nak peluk cium budak bambam ni.Olehkerana tanpa dirancang terpaksalah tunggu suami balik kerja.Bila semua sudah bersiap2 dan aku sendiri dah masuk kereta ,tiba2 dapat info akan ada PKPB 9hb Isnin....Alahai hati dah gundah gulana samada nak terus kan pergi atau tak ,bimbang pulak terkandas di Melaka rumah anak.Akhirnya teruskan je sebab ada masa lagi sehari.
Foto: Pak su Iman melayan Sarah bermain.
8hb Ahad anak ajak bersarapan diluar sebab isterinya sibuk dengan sikecil Sarah yang meragam .Yang si ayah ni sudah biasa di rumah sendiri pasti nak pekena teh panas dan makanan agak berat pepagi.Kononnya aku nak lah buatkan juga tapi walaupun di rumah anak menantu sendiri nak mencari gula teh pun tak tahu di mana letak nya.Nasib baik lah diajak sarapan di luar.Disebabkan kedai makan yang selalu dikunjungi tak buka hari itu ,dibawanya kami ke Air Keroh ,katanya ada 1 kedai yang menjual nasi ambeng yang sedap ...jauh tu dari rumahnya ke Air Keroh.Malangnya kedainya pun tak buka.Mujorlah sekitar situ banyak restoran,singgah je lah sebab perut pun dah lapar.Makanan disitu biasa2 saja,oder je roti canai ,nasi lemak dan meehoon...mujorlah paru sambal nya sedap. 12 lebih tengahhari kami dah bersiap nak balik Johor.Anak kata mereka pun nak turun Pagoh untuk membeli pau frozen,jadi dia ajak saing sekali .Sebelum tu singgah makan tengahhari di Jasin.Tak ingat apa ke nama restorennya tapi ramainya orang yang makan di situ.Seram pulak tengok macam takde SOP dah...Tapi makanan nya memang terbaik patutlah ramai orang .Kebanyakan menu nya berasas kan nasi kukus dan berbagai lauk pilihan.Snap makanan pun sekadar je sebab malu lah pula orangramai tengok mok cik ni sibuk2 tangkap gambar...hihii.
Foto: baru perasan kat menu ada nama kedai 🤭
Foto: sempat snap air carot dan jus belimbing ni je
Foto: nasi kukus sup ayam untuk suami mok cik ni yang tak makan pedas.
Bila keluar dari restoren hujan lebat lah pulak.Sepanjang2 perjalanan kami hujan lebat sehingga lah sampai ke detinasi baru hujan agak reda.
Foto: bangunan Pau Mira Frozen dari sumber google
Foto: sempat snap waktu tiba dengan cuaca masih lagi hujan.
.Sebenarnya anak kali ke2 dia ke sini jadinya dibawa maknya pula .wahh...rasa nak borong semua pau yang ada.Berbagai inti rambang mata dibuatnya.Harga pun murah ,paling mahal pun 10 rm untuk 6 ketul .Pau kelapa dan durian memang bukan pilihan lah sebab kami tak suka durian ,suami pula tak suka inti kelapa.Aku sempat lah capai pau inti kacang merah,bologense,sambal serai ayam,kaya pandan ,kari daging dan 1 lagi ..tak ingat dah.Sambar juga 6 ketul aiskrim 1rm ...jumlah semua baru 51 rm. Kami berpisah di sini sebab anak kembali ke Melaka dan kami terus kan perjalanan balik Kulai.Sebelum tu sempat lah gomol sikecil Sarah puas2 sebab kini terpisah dek PKPB.. Tiba rumah sebelum nak keluar semula sebab ada urusan lain sempat lah mengukus pau ....lembuttt dan sedap sangat....menyesal pulak tak beli lebih2.Sekarang ni nak beli lagi pun dah terhalang tak boleh rentas daerah dah....ermm.Lokasi nya boleh lah cari kat google ya.Memang tak kan menyesal borong pau Mira  di sini..memang terbaik.