Total Pageviews

Monday 23 January 2017

GAP YEAR

Assalamualaikum
Semalam Iqa ada hantar WA mengenai perlaksanaan 'GAP YEAR' di 8  universiti awam.Walaupun katanya untuk kebaikan mahasiswa namun agak mengecewakan dia.Bercuti setahun bermakna masa yang lebih lama untuk sambung belajar.Kalau boleh dia nak cepat abis belajar,cepat bekerja.....tak mahu lagi melihat si ayah memerah keringat dengan keadaan yg tak sehat.Aku yang mulanya tak faham apa2 pun turut rasa terkilan ....kenapa perlu ada peraturan baru. Kenapa baru sekarang nak di laksanakan .
Tapi apa kan daya sebagai rakyat marhaen ,kalau dah kata menteri gitu,terpaksa lah akur.
Ini antara info yang Iqa kongsi...






Friday 20 January 2017

Kembali ke hobi lama

Assalamualaikum
Aku tertarik dengan komen blogger Rozita semalam.
Betullah tu ,aku rasa banyak masa yang panjang bersama suami ....masa muda tempat yang ceria2.Dah tua2 ni ke hospital je lah...asalkan berdua bersama pun dah bahagia:-).
Hari2 biasa dah tentu nya  sendirian je kat rumah.Tiba2 tersuka pula nak buat crochet kembali bila satu hari tu lihat sorang kawan sedang mengait bunga untuk bantal kusyen nya.
Lama sangat dah aku tak pegang jarum kait ni.Rasanya sejak Azim belum lahir lagi.Tak beli yang baru pun hanya guna jarum antik tu je.Bimbang hobi sekerat jalan nanti....sekarang ni memang lah tengah kemaruk ,tak siap satu nak buat satu yg lain pulak.
Tempat tisu hasil yang pertama aku cuba buat setelah bertahun2 tak pegang jarum dan benang kait.Tak kemas langsung...Warna ikut febret Iman ,JDT kononnya....Bila aku tambah bunga,Iman merungut kenapa ada bunga pulak JDT ,tak best katanya....
Cuba nak buat yang lain2 tapi tak siap2 lagi....stok benang dah tinggal sikit.
Alas meja bulat ni aku kait dah lebih 20 tahun rasanya .Guna benang halus...bagai tak pecaya rajin sungguh aku masa tu....huhuu angkat bakul sendiri.Kalau sekarang tak kuasa den nak buat benda2 yang halus2 ni....mata dah rabun wei...
 Sekarang sedang buat ini walaupun alas meja kecil tak siap lagi.
Rambang mata lihat diagram cantek2 ....Kalau boleh semua nak buat.

Wednesday 18 January 2017

Cerita semalam

Assalamualaikum
Semalam seharian di Poliklinik HSA menemani suami jumpa pakar darah.Datangnya awal pagi ,pukul 4.30 petang baru tiba di rumah.Mujor Iman dah semakin matang .Balik sekolah buka kunci pintu sendiri,makan sendiri dan terus bersiap ke sekolah agama .
Hasilnya jumpa pakar darah rasa nya tak berbaloi dengan masa yang panjang menunggu.....seperti biasalah temujanji lagi.
Foto: buku temujanji seperti buku sekolah juga ubat cair darah .
Bila dah kata kat hospital macam2 orang sakit dan penyakit yang boleh dilihat. Biasanya mereka2 datang berteman tapi ada juga yang sendirian walaupun kudrat agak lemah.Kesian sungguh aku tengok ....tapi apa kan daya nak menolong.
Ada juga wargatua meneman pasangan buat rawatan ,terpaksa lah ber pimpin untuk berjalan dan ke toilet.Masa aku dan suami lihat situasi tu ,aku gitau suami " kita 10 tahun lagi gitu lah bila ke hospital ni".Allahuakhbar...semoga kami tak menyusahkan anak2. Takpe lah hanya kami ....
Semalam juga dapat aku bertemu bekas kawan sekolah yang datang ke HSA ni untuk rawatan kakak nya. 33 tahun yang lalu kami jumpa masih remaja ,kini dah nenek2 dah...hahaaa.Apapun seronok sangat ,ilang lah keboringan ku menunggu giliran suami ambil ubat yang agak lama di farmasi.

Monday 16 January 2017

Pergi lagi....

Assalamualaikum
Kembali sendirian di rumah....Azim dah balik  semula ke asrama petang sabtu.Iqa semalam juga balik ke U.Cuti sem sebulan hanya sempat balik rumah seminggu je.Ada project EduMas menjelajah sekolah2 terpilih di  Malaysia untuk mengadakan seminar bagi calon SPM/ STPM 2017.Bermula dari negeri Terengganu, Kelantan.....+++ dan berakhir di Sabah dan Sarawak.
 pergi berangkut,balik berangkut...berat tu... berkilo2.Dari tempat letak kereta terpaksa aku  bawa satu beg .Si ayah yang kurang sehat tak dapat nak tolong bawa beg2 berat ni.
Lontong makan masa di Terminal Larkin.Aku aje yang makan....Ajak share makan dengan Iqa kata dah kenyang.Ayahnya lagi lah tak pandang makanan bersantan ni.Harga semangkuk 6 Rm.Iqa kata mak baru makan 3 Rm......pedas weii, mana tahan.
Walau sudah biasa anak2 balik dan pergi ,terasa sayu bila bas mula bergerak meninggalkan terminal.Kami tunggu bas yang dia naiki hilang dari pandangan baru kami gerak balik.
Lepas ni Fateha pula balik ,itupun setelah selesai project tahun akhir nya.Adalah  bertambah penghuni rumah ni 2-3 minggu kelak.Abang dia sejak ayah nya sakit hingga kini masih belum ada balik lagi.Kadang kala terdetik juga rindu tapi kami faham situasi dia.
Aku tertarik dengan satu post di FB ni .....




Wednesday 11 January 2017

Tangguh lagi.....

Assalamualaikum
Dua hari berturut2 meneman suami  ke Poliklinik HSA .Hari pertama jumpa pakar jantung ,Katanya semua ok kecuali platelet  baru capai 80 walaupun normal 150 ++.Masa tunggu giliran jumpa doktor tak lah lama sangat dibandingkan ke bahagian farmasi ,mak ai.....lagi 50 orang terpaksa tunggu untuk sampai giliran suami ambil ubat.....sabo je lah.
Olehkerana masalah platelet yang tak sudah lagi doktor pakar jantung beri surat untuk dirujuk ke pakar darah .Olehkerana kena pergi esoknya terpaksalah suami bercuti lagi.Seperti biasa , hantar Iman ke sekolah terus je kami bertolak.Tiba di Poliklinik dah tak perlu daftar ,terus je jururawat ambil surat rujukan yang di beri.Setelah buat saringan diberitahu pula doktor pakar akan datang dalam satu jam lebih lagi.Tunggu punya tunggu ....bila giliran pesakit2 lain dah ramai masuk ke bilik rawatan ,nama suami pula dipanggil .Tapi jururawat hanya beri surat untuk ditangguhkan seminggu lagi kerana pakar darah takde pada haritu.Grrrr....buang masa je kami pergi semalam.
Nampak gayanya sebulan dua ni kami keraplah ke hospital .Seminggu lagi temujanji suami dengan doktor pakar darah.31 /1 pula giliran aku ke O&G. 6/2 giliran suami lagi.....huhuu gini lah gayanya bila dah berusia.

Tuesday 3 January 2017

Kembali sekolah

Assalamualaikum
Iman lah ni....katanya sekejap sangat cuti !
Hari ni 3 hari dah sekolah...Orang Johor kan mula sekolah Ahad.Waktu yang padat ,balik sekolah tiba rumah 1.30.Pukul 2.00 sekolah agama dah masuk kelas.Nasib baik rumah tak jauh dari sekolah ,agak2 dah lewat ,lari je.
Balik sekolah pukul 5 baru dapat rehat2. Lepas maghrib terus mengaji dan buat homework .Tak sampai pukul 10 dah zzzzz....letih sangat agaknya.
Sekejap je Iman dah Tahun 5 ....Rasa baru semalam je tadika.Dua tahun lagi dah sekolah menengah.Mak pun dah semakin senja.....Rakan2 sebaya mak ni tak ramai ada anak bersekolah rendah lagi dan ada juga yang dah takde anak bersekolah lagi.Tapi mak masih ada Iman peneman sepi kami di rumah....sunyi juga lah bila Iman seharian di sekolah.