Total Pageviews

Wednesday 19 March 2014

Pokok cermin

ASSALAMMUALAIKUM,
 Mungkin ramai yang tidak tahu apa nama pokok ni,walaupun selalu melihat dimana mana.Aku pun baru tahu bila makcik jiran sebelah berikan anak pokok ni.Dia beri dengan pasu kecil sekali walaupun pada mulanya aku tak berminat...tapi orang sudah memberi terima sahajalah.
Ini lah POKOK CERMIN.Pokok ni sebenarnya elok sangat ditanam sebab boleh menghalau nyamuk.Mungkin baunya yang kuat tu lah yang membuatkan nyamuk tak mahu dekat .kalau kita pegang daun nya yang sudah kering pun baunya masih melekat pada tangan.Pokok ni boleh ditanam dengan keratan batang saja.Biasanya aku patahkan saja pokok yang sudah agak tinggi dan cucuk kan dalam bekas yang lain, mudah saja ia hidup.
Sebenarnya pokok yang makcik tu bagi sudah mati masa musim panas tempohari,mujor lah ada pokok yang lain aku tanam.Tak tau pula boleh ke tanaman ni bawa masuk rumah atau tidak....kalau tidak tak perlulah beli ubat nyamuk lagi.....

                  Inilah rupa daun cermin

2 comments:

  1. Mmg tak pernah jumpa SI.....pernah tgk kat flyers giant dulu....pas tu dah tk jumpa jumpa lagi hehe

    ReplyDelete