Total Pageviews

Monday 31 August 2015

selamat hari kebangsaan

Assalamualaikum
Selamat hari Merdeka



Suasana anak2 sekolah meraikan hari kebangsaan ...snap gambar dari dalam kereta sambil menunggu Iman keluar sekolah

Friday 28 August 2015

musim periksa bermula.

Assalammualaikum,
Semalam Azim dah habis trial PT3,..tapi tak lagi dapat menarik nafas lega selagi belum selesai exam yang sebenar.Apa pun aku tak menaruh harapan tinggi dengan result PT3 dia kelak memandangkan format peperiksaan dah tak sama macam PMR.Cuma aku harap result nya kelak dapat memudahkan dia pindah sekolah yang lebih baik bila ting 4 nanti.
UPSR pun tinggal tak sampai 2 minggu lagi kalau tak silap.....tapi sejak ibubapa tahun 6 mengenali kami masa program motivasi tempohari ramai yang nak menghantar anak mereka tuisyen dengan budak2 kat rumah ni.Bukan tak mahu menolong tapi dah last2 minit macam ni bagaimana nak ajar .Tambahan pula cuti Fateha dengan abangnya pun dah nak habis ,masa dah suntuk untuk ajar tuisyen.Tempohari ada juga ambil sorang untuk belajar matematik  bila maknya tak henti2 memujok ,tapi terpaksa Fateha menolak hari2 seterusnya ... agak stress bila budak yang bakal ambil UPSR ni sifir pun tak hafal lagi sedangkan maknya begitu menaruh harapan .


Terbaru semalam ibu kawan Iman minta tolong ajar tuisyen BI  untuk anaknya dan kawan2 yang juga pelajar tahun 6.Bagaimana lah nak tolong dah saat akhir ,sedangkan belajar dari tahun 1 hingga 6 ,tak mungkin  dalam masa seminggu ni boleh selesai masaalah ...terpaksalah menolak dengan cara berhemah agar tak menyinggung hati sesiapa.Apatah lagi Fateha dan abang nya pun akan kembali ke uni seminggu  lagi.
Moga anak2 yang bakal amik periksa ni dipermudahkan menjawap soalan2 yang diberi.

Thursday 27 August 2015

minyak ...

Assalammualaikum


Aku beli minyak urut(minyak urut ke minyak urat?)  ni dua tiga hari yang lepas pada seorang pakcik yang datang ke rumah.Masa dia bunyikan hon motor aku ingatkan sesorang yang nak menghantar kad jemputan atau mungkin penduduk di sini yang nak berjumpa aku atau suami.Cepat aje aku buka pintu sambil menyahut salamnya ....macam biasa jumpa je... pakcik tu menyapa dengan ramah sambil mengeluarkan minyak yang nak dijualnya.Katanya datang dari JB untuk jual minyak2 urut ni....aku ni cepat je kata mahu untuk membeli memandangkan katanya sesuai untuk kebas2 juga ,tapi aku beli satu je...harga pun tak mahal cuma rm 5 je.....tapi ntahlah mudah sangat aku nak membeli .Biasanya aku tak kan melayan pada jurujual2 yang datang ke rumah ni ...hmmm mungkin dah rezeki pakcik ni lah agaknya .
Satu waktu dulu masa anak kecil2 aku hampir ditipu dengan kehadiran jurujual yang ada kan gores dan menang,Masa tu mak mertua aku pun ada sama di rumah ...katanya rumah aku terpilih untuk hadiah ...dipaksanya untuk gores kad yang dibawa .Konon2nya aku dapat sebuah mesin jahit keluaran terbaru....memanglah rasa excited juga nak dapat hadiah free .Tapi lepas tu katanya kena bayar ntah berapa % dari harga sebenar ....ceh aku mana lah ada duit duduk rumah je aku cakap pada mereka .Takpe katanya boleh keluarkan duit kat bank....Masa ni lah teringat nak  tepon suami...apa lagi suami punyalah pesan jangan percayakan mereka...barulah aku sedar nak kena tipu dah...nasib baikkk.
Berbalik pada minyak urut tadi ,petang tu aku tunjukkan suami sambil minta urutkan tangan yang selalu kebas .Sambil membuka tudong botol sambil juga mulutnya membebel "percaya sangat dengan orang jual2 ,ntah2 dibuat pakai minyak DIESEL "heee... agak2 lah abang oiii tapi hati cuak juga !Dah beli kan nak buat macamana tapi aku percaya pakcik jual minyak ni orang baik2.
Dulu masa mak mertua aku masih ada berbaris lah botol2 minyak urut kat bilek dia .Kalau perlu nak guna mintak je ...sambil aku menyapu minyak pada tangan kebas aku sambil berceloteh denga Fateha dan cakap padanya zaman muda2 dulu bau perfume ,dah tua2 ni bau minyak angin lah pulak....


Wednesday 26 August 2015

nostalgia bunga ros

Assalamualaikum



Kalau tengok pada rupa bunga ros ni tak de yang istimewanya pun ,taklah secantek bunga2 ros yang kelopaknya begitu memikat pada yang memandang .Ros ini kelopak nya hanya beberapa helai saja juga sehari dua sudah lerai gugur ke bumi...Ianya tetap megah berbunga tanpa musim walaupun takde sapa peduli dan tak berkesempatan membelainya .Tak pernah di bubuh baja untuk terus hidup atau berbunga.Walaupun batangnya dah tak mampu terus bertahan namun dahan2 yang lebih muda masih boleh disemai dengan mudah untuk tumbuh semula .
Tentunya ramai yang tak percaya ros ini hadir lebih dulu di halaman rumah ini dari aku sendiri....seingat aku bunga ini dah wujud sejak kali pertama aku menjejak kan diri di rumah ini 28 tahun dulu,cuma bezanya sekarang sudah beralih tempat asalnya bila suami mengalihkan ke tepi jalan ...walaupun ianya mungkin cucucicit bunga asal tapi generasinya masih tetap bertahan hingga saat ini....nostalgia sungguh ros ini ..,menjadi saksi kehidupan kami lalui sehari2...menjadi saksi pada anak2 yang baru belajar bertatih ,bermain juga berkejar2an bersama anak jiran di halaman rumah satu ketika dulu.Ia juga menjadi saksi melihat satu persatu penghuni datang dan pergi ...juga ada yang tak kembali lagi ...
Aku tak pasti sampai bila ia mampu lagi bertahan ...

Tuesday 25 August 2015

bila cili masuk mata

Assalamualaikum
Rasanya dah lama tak makan sayur lemak keladi....selera ni kadang2 mengalahkan orang mengidam.Sementara budak 2 ni ada cuti bolehlah masak sayur2 lemak ni ,kalau mereka takde alamatlah aku masak sendiri makan sendiri ...Tak perlu membeli ,cabut saja kat belakang rumah ada sepokok dua yang aku tanam dah cukup elok untuk dibuat sayur.Setelah siap buat kerja2 dalam rumah ,terus aku mencabut 2 batang keladi dan terus membersihkan di luar.Siap2  semua ,dah siap celur kenalah buat bumbu2nya.Gunakan lesung batu saja ...tumbuk tumbuk..tak beringat....pap masuk ke mata...aduhai pedihnya walaupun hanya bawang2 dan ikan bilis aje pun.Teraba2 mencari bilek air menahan pedih....basuh sikit dengan air hilang dah...hisss nak makan sayur keladi punya pasal ...

Petua arwah mak dulu bila masuk cili dalam mata raba je lah bekas garam yang mak letakkan disudut para... amik sikittt garam tu masuk mulut....masa tu mak aku masak gunakan garam kasar.Masa budak2 dulu kat kampung aku manalah ada letrik.Nak makan sambal ,nak masak asam pedas kenalah tumbok guna lesung batu.Aku kerap juga tolong mak menumbok lada tapi bila lada masuk ke mata aku punya meraung boleh dengar jiran yang sepelaung...sehingga jiran bertanya pada mak"kenapa budak tu siah"...mak pun gitau "lada masuk mata dia"......hahaaa tak senonoh betul perangai .
Zaman sekarang ni serba mudah ....kalau malas2 tekan je suis semua boleh masak.



Monday 24 August 2015

28 tahun sudah...

Assalamualaikum
23hb Ogos amat bermakna...tak sedar pejam celik pejam celik dah 28tahun usia rumahtangga kami.Jika melihat pada anak2 yg masih belajar ada yang tak menduga begitu lama sudah perkahwinan kami...bersyukur dikurniakan zuriat juga walaupun lewat ,tatakala rakan sebaya ada yang sudah pun menimang cucu ketika ini.
Gambar:wajah2 kebahagianku si ayah bersama 4 dari 5 anak.

Dalam meniti kehidupan rumahtangga banyak sudah pahitmanis kehidupan ditempuh bersama...adakalanya bukan calang2 dugaan yang terpaksa dilalui...Alhamdulilah berkat kesabaran dapat jua diatasi...
Dalam menyusuri usia2 yang semakin menganjak ini ...impian kami ingin sangat melihat anak2 mengenggam segulung ijazah dan berjaya dalam kehidupan masing2...aminnn

Friday 21 August 2015

makanan simple

Assalamualaikum,
Makan tengahhari yang ringkas
Sambal minang terung,ayam goreng kunyit dan ulam pucuk tenggek burung


Wednesday 19 August 2015

falsafah buah buahan

Assalamualaikum,
Aku dapat dari wasap group kwn2...marilah kita mencari maksud yang tersurat dan tersirat disebalik falsafah ini.
Jom kita kongsi
FALSAFAH BUAH2AN..
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..

🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠
4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..

🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐
5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏
6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..

🔮🔮🔮🔮🔮🔮🔮
7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..


Tuesday 18 August 2015

keindahan sementara

Assalammualaikum
Bila Iman dah ke sekolah agama pukul 9.30 pagi ,macam biasa lah aku tak terus masuk ke rumah ...tak perlu awal2 memikirkan apa yang perlu dimasak ....merehat2kan minda membelek2 bunga yang tak seberapa nak berbunga ,yang banyak pokok2 yang berdaun hijau cuba menyerikan laman yang suram.
              bunga2 yang kembang pukul 10 ni (ntah apa ke namanya) aku tanam ditepi2 simen ni hasil idea Iman yang suka lihat bunga2 ni berkembang..tapi sayang hanya sementara bila beransur petang kembali menguncup

                  abaikan simen yang berkarat dek tumpahan cat ...
             
                 dicelah2 batu pun boleh tumbuh bila anak2 benih ditabur merata2.

Sunday 16 August 2015

mengimbau masa lalu

 Assalammualaikum
Bila dah rakan2 wasap group chating2 ada saja cerita2 yang muncul ,apatah lagi usia pun sebaya dan melalui zaman yang sama .Segalanya penuh nostalgia bila tengok gambar2 yang mereka kongsikan  .Bila cerita bab permainan memang menyeronok kan bagai tergambar diruang mata  zaman kanak2 yang meriang kan ,..
Main teng teng; tak kira lah di sekolah ke di rumah jadi saja .kalau di sekolah tempat yang bersimen apalagi rembat je kapur tulis kat kelas untuk buat kotak2 teng2 tu.Kalau di halaman rumah biasanya kawan2 sekampung datang untuk main sama ,tak pun dengan adik2 sendiri pun jadi saja.
 Main baling selipar ni aku selalunya main dihalaman luas jiran aku .Bukan saja selipar ,baling tin juga selalu menjadi permainan kami hari2 .Udahnya kadang2 balik rumah berkaki  ayam ,selipar ntah ke mana bila dah buat baling2 ....kena marah mak...dah biasa!
 Part botol2 kaca minuman berkarbonat ni agak2 ada lagi tak ya ?kalau dulu biasa lah mana ada dalam botol plastik seperti sekarang.Walaupun dari jenama yang sama sejak dulu2 lagi Apa yang aku ingat pasal oren bodoh yang arwah bapa selalunya setiap raya beli berkotak2 ,  tak tau lah oranglain sebut apa ...juga aku sendiri waktu kanak2 dulu selalu tengok nenek sedara membuat kuih bangkit mengunakan oren bodoh ni...dah tentunya yg perisa oren bukannya sarsi ke apa ke..
         haa...ada ke lagi orang sekarang bungkus telor dengan kertas tisu camni...Kalau dulu dah biasa sangat bila pi rumah pengantin biasanya dapatlah rupa ni.Kata kawan masa dia buiat majlis kawen anak dia tempohari nak juga buat camni tapi digelak kan anak2 dia ...udahnya tak menjadi lah si umi nya nak mengenang semula memori silam.Lagipun kertas tisu sekarang pun dah nipis sangat tak seperti dulu .
 Kitab2  ni hanya orang Johor saja yang kenal .Zaman2 aku sekolah dulu kitab2 begini lah yang kami balajar ...nipis dan kecil.Tulisan nya pun kecil ,takde gambar2 berwarna seperti kitab2 budak2 zaman ni
Kembang setaman..hahaa zaman tu memang popular ni,kalau bdk2 skg kat Fb lah...ada juga berkekalan hingga ke alam perkahwinan.
Bila tngk gambar anak ini main ,terbayang diruang mata sewktu baya mereka inilah kerja kami bila rehat...kami kata main galah ni .seronok kdg benjol2 kepala terlanggar kwn.
Main ni aku suka sangat ,main an budak perempuan ,boleh tukar2 baju cantek...hmmm semuanya dalam kenangan hanya mampu dikenang....

Monday 10 August 2015

siapalah kami...

Assalammualaikum
Hari Sabtu 8 Ogos pihak sekolah dan persatuan generasi menjemput kami sekeluarga ke majlis motivasi  untuk murid2 yang bakal menduduki UPSR di SKSB.....sekolah anak bongsu aku Iman .Dua 3 hari sebelum terkejut juga aku bila 3 orang  wakil dari generasi datang bertandang ...tertanya apakah hajat tak pernah2 datang sebelum ini.Katanya datang bawa hajat ...hisss bikin suspen dibuatnya.Katanya keluarga kami terpilih menjadi KELUARGA IKON untuk di undang di majlis motivasi kelak , berdasarkan pencapaian anak2 dalam pelajaran .Mereka nak kan biodata kecemerlangan serta sijil2 yang pernah anak2 perolehi untuk di tayangkan di slideshow nanti.
Bukan senang untuk aku terima undangan tersebut , apa lah sangat dengan anak2 kami untuk dikatakan berjaya sedangkan belum seorang pun yang bekerja sedangkan diluar sana masih ramai lagi yang boleh dipilih.Juga bimbang dikatakan riak kelak....
Mereka kata bukan  untuk riak2 bagai tapi nak bagi motivasi pada anak2 yang bakal menghadapi UPSR tak lama lagi   yang keluarga  kurang berkemampuan seperti kami anak2 boleh juga mendapat kejayaan
Kami memang bukan orang ada2 ,....Bagi kami setiap anak2 ada rezeki masing2  .Ketika kawan2 sebaya  dapat keputusan2 cemerlang ,ibubapa mereka menghadiahkan sesuatu seperti handphone misalnya tapi anak2 kami tak pernah kami janjikan apa2.Jika ada rezeki lebih adalah kami hulurkan sesuatu yang termampu tapi jika tak anak2 ni tak meminta. Pernah masa Iqa dapat perpect score dalam PMR  dia hanya mahukan makan  aiskrim MAGNUM saja!...
Kerana pendapatan tak seberapa ni kami tak pernah menghantar anak2 ke kelas2 tambahan diluar sana kecuali yang disediakan oleh pihak sekolah .Sebab tu selalu pesan anak2 tumpukan pada pelajaran bila guru mengajar...
Walaupun dijemput sekeluarga ke majlis motivasi tersebut tapi aku pergi 3 beranak je ,suami kerja ,azim di asrama manakala anak sulong aku tak de mana nya dia nak ikut.Janjinya pukul 12 lebih untuk aku datang setelah  penceramah motivasi  selesai tapi bila kami datang tak habis2 lagi ....rasa macam nak balik sja sebab perut pun dah lapaq....tapi sempat juga kami tumpang mendengar motivasi yang diberikan oleh DR>FAKRULRAZI walaupun lawak tapi berisi...Walaupun azan dah berkumandang di masjid tapi ceramah hanya dihentikan sekejap dan disambung balik sehingga pukul 2 ptg baru beransur2 nk berhenti ...aku tengok guru2 pun dah mula resah dah terlebih waktu yang di jadual....akhirnya hampir 2.15 baru kami dijemput untuk naik ke pentas dan dibacakan biodata aku dan suami juga anak2 satu persatu.Tak teringat dah nak snap gambar ....mujor ada salinan slideshow yang diberi untuk jadikan kenangan kelak.Alhamdulilah selesai sudah...
---------------tanpa pencapaian anak2 siapa lah kami di mata masyarakat

Saturday 8 August 2015

sesat di UTM

Assalammualaikum
3hb Ogos ,Isnin lepas ,awal pagi dah keluar rumah ,bimbang bila saing orang pergi kerja jalan jem berbatu2 jauh nya nanti.Kalau ikutkan pada surat tawaran  bermula 8.30 hingga 10.30 pagi.Cuaca hariitu agak dingin kerana hujan turun sejak dinihari lagi.Bila keluar rumah pun masih lagi renyai2.Kalau diikutkan hati boleh tarik selimut semula melayan cuaca dingin di luar sana....tapi Fateha nak kena hantar surat perjanjian JPA nya di UTM Skudai haritu, daerah yang paling hampir dengan tempat tinggal kami.Alhamdulilah dengan keputusan  exam nya dia di tawarkan biasiswa JPA untuk semester depan.Bersyukur aku sekurang2nya dapatlah meringankan bebanan ayahnya ...
Walaupun kami kerap lalu tapi tak pernah sekali pun masuk ke kawasan UTM ....terpinga 2juga mencari di manakah tempat yang tertera di dalam borang .Bila tanya pak guard kak guard mereka pun keliru sebab katanya ada 2 tempat yang hampir2 sama .Nasib juga ada pak guard yang sudi mengiringi kami ke kawasan yang nak di tuju.Memang dah ok tempat yang dituju tu mengikut alamat yang diberi tapi malangnya hanya kelihatan atlet2 yang berkumpul disitu ,tempat JPA telah ditukar di dewan kolej lain.Kesian ramai juga yang terlibat termasuk Fateha sendiri dan lebih kesian bila mereka ada yang berjalan kaki ketempat yang diberitau agak jauh dari situ dalam keadaan hujan renyai....
Ditempat pendaftaran lama juga kami melanguk kat luar dewan menanti urusan Fateha yang tak selesai2 walaupun masa yang ditetapkan hingga 10.30 tapi aku rasa pukul 12 pun tak sesleai lagi .Iman yang ikut sama juga dah mula boring apatah cafe yang banyak2 berderet tu satu pun takde yang buka..Cuaca sejuk terasa nak cari toilet tapi tak jumpa bukan saja kami malah ramai lagi ...pusing2bangunan jumpa lah toilet untuk kegunaan pekerja2 cafe di situ,...tapi tak sanggup aku nak masuk ,bukan saja kotor ,pintunya pun tak berkunci...huarghhh.
Yang bestnya bila masing2 duk tunggu anak dapat lah berkenalan dan berbual2 .Masing2 tinggal di tempat yang berlainan ,juga anak2 belajar di universiti yang berbagai ....di sini datang dengan satu tujuan yang sama .
Agak lama juga baru Fateha keluar dari dewan ,katanya dah selesai urusan dia walau                             pun ramai lagi yang masih menunggu.Sempat lagi untuk Iman ke sekolah tengahhari itu tapi agak kelam kabut apatah lagi ada tetamu yang dah call nak datang beraya.


gambar: walapun cuaca tak begitu elok acara2 sukan antara universiti tetap diadakan .,seperti gambar di atas acara softball sedang berlangsung .Gambar cenonet sebab snap dari dalam kereta sewaktu nak balik .        

Monday 3 August 2015

bila Iman beraya



Assalammualikum,
Budak2 dah sekolah ,soal nk beraya terpaksa lah diluangkan masa2 tak sekolah
. Merancang bersama teman sekelas , kawan2 Iman  bercadang ke rumah kawan2 dan guru2  sekolah mereka yang tinggal berdekatan pada hari Jumaat lepas .Rumah Iman rumah yang pertama dia orang nak berya katanya ...tapi dah pukol 10 lebih baru terdengar riuh kawan2 Iman memberi salam...".Assalammualaikum...kami datang nak raya "...dailog yang kita biasa dengar dari mulut budak2 bila datang beraya ! Seperti biasalah dah makan  n minum2 mereka nak menyambung ke rumah lain.Mula nya Iman tak lah merancang nak ikut sama tapi bila dah dipujok rakan2 yang 8 orang tu cair juga hatinya....bukan apa pun sebenarnya abang kakak nya sendiri jika berhariraya mestinya dengan keluarga ....terpaksa juga aku lepaskan  sambil berpesan jangan pergi jauh2 dan balik segera bila kawan2 lain nak pergi jauh2 lagi.
Pukol 12 tengahhari masih juga tak nampak bayang ....hati mula dijengah resah tapi masih berfkir yang mungkin mereka tak habis lagi beraya.Pukul 1 tnghari dah ramai yang ke masjid untuk solat Jumaat.Cuaca pun agak redup dan hujan dah mula renyai2 ....walaupun hati risau ke mana lah Iman beraya ni tapi teringat pula nak telefon ibu kawan sekolah dia yang ikut bersma mereka.Bila aku telefon katanya Hanim dah balik sejak jam 11 lebih....Terfikir juga aku kenapa lah tak suroh dia bawa handset ,senang nak aku hubungi.Biasa lah feel aku ni ada masalah sikit dah gitau suami kat tempat kerja sana ...dia pun risau snagat ,tak pernah anak2 sebaya Iman beraya dengan kawan2 kecuali dengan kami.
Mujor juga ibu budak Hanim gitau dia dengar budak2 tu nak solat Jumaat dulu yang kebetulan masjid di hadapan rumah dia...lega rasanya walaupun tak pasti.Pesan juga pada anak jiran yang nak ke masjid jika nampak Iman suroh balik bila selesai solat.Tapi bila mereka dah balik solat tak nampak lagi batang hidung Iman ...Mulut ku tak henti berdoa agar iman cepat balik kebetulan juga di luar sana hujan walapun tak lebat tapi berpetir.Alhamdulilah tak lama lepas tu dia balik dengan  di hantar oleh ayah kawan dia......nak membebel pun tak jadi bila dia kata dengan kawan2 yang lelaki mereka ke masjid agak awal dan tolong kemas2 dalam masjid.Bila ditanya berapa rumah dapat beraya...ntah katanya tak ingat....sambil menunjukkan hanya  duit RM 1 yang dia dpat dari tuan rumah yang dia pergi .Duit2 lain yang dia dan kawan2nya dapat dah dimasukkan dalam tabung masjid katanya....Alhamdulilah semoga sedekah anak2 kecil ini  akan diberkati...