Total Pageviews

Tuesday 28 July 2015

sekian lama terpisah

  Assalammualaikum
Masih lagi dalam mood raya kan..... aku sendiri walaupun tak dapat beraya sakan dek kerana cuti yang berbeza antara anak2 dan suami namun agak bermakna raya 2015 ni bila
dapat bertemu semula ramai kawan2 sekolah walaupun sekadar di alam maya bila dipelawa menyertai group whatapps.Kadang termangu2 aku sendiri rasa tak percaya dan tak pernah bayangkan dapat jumpa sahabat baik aku dizaman itu...bukan 10 -15 tahun terpisah tapi dah lebih 30 tahun tanpa khabar berita masing2.Namun dengan adanya kecanggihan IT sekarang ni segalanya tak lagi mustahil untuk bertemu semula .
Hari raya ke 2 mereka ada buat alumni di salah satu rumah kawan sekolah tapi aku belum lagi join dia orang dalam group...hanya dapat lihat wajah2 terkini mereka di FB kawan ,memanglah dah banyak yang berubah ...ialah dulu  kami berkawan dizaman remaja tapi kini ada yang dah ada cucu pun.Juga ramai yang dah ada dan bakal menerima menantu tahun ni. Nampaknya nya aku agak ketinggalan dalam bab ni...ialah Allah kurniakan zuriat pada kami agak lambat...lambatlah lagi juga kami mendapat rezeki ini.
Sebenarnya bila dah ramai yang menegur aku sendiri tak inagt siapakah mereka walaupun nama penuh masih boleh diingati tapi wajah2 silam mereka dah luput dalam ingatan ...ialah kawan2 yang bersekolah sama sejak dari sekolah rendah masih boleh aku hafal nama mereka tapi yang sekolah menengah saja  memang aku tak mudah nak ingat semula....begitu lah mereka juga.Sewaktu aku ting 1-3 bersekolah di SMRK kerana takde ting 4 berpindah pula ke sekolah bersebelahan hingga SPM.
Kini mereka2 semua dah bertebaran di serata negeri dan ramai juga yang telah kembali ke Rahmahtullah ...Terkini aku baru sja mengetahui kawan sekelas aku dari ting 1 -3 telah lama tiada sejak tahun 80an lagi ,katanya sakit kanser.Murid paling bijak di kelas dan sekolah juga ketua pegawas /murid juga telah tiada lagi sejak 2010 akibat kemalangan jalanraya ...ini pun aku ketahui bila bertemu rakan2 di FB.Moga kawan2 ku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman ,,,
Aminnnn.
Masing2 berbagai jawatan dan kerjaya yang disandang,..tak kurang juga yang surirumah seperti aku.Malah ada yang tak menyangka aku sekadar surirumah kini...tapi itu takdir hidupku,setelah berkahwin aku kerja tak lama ,,,,tapi tak semua pengalaman hidup boleh dikongsi walau satu ketika dulu begitu akrab.
Untuk mengenali semula rakan2 ada juga kata saniahibrahim yang pendiam tu kan...tapi sebenarnya aku bukan pendiam sangat pun tapi ketika di sekolah menengah 1-3 tu aku rasa tertekan sangat dan rasa rendah diri bila ditempatkan di kelas yang pertama dari 7/8 kelas .Kawan2 baik aku semuanya di kelas2 lain  .Aku tak ada bestfriend pun kat kelas tu sampaikan aku doa agar dapat turun kelas ...tapi impian aku tak pernah tercapai sehingga SRP dan tukar ke sekolah lain.Walaupun aku mendapat agreget yang cemerlang ,aku ke aliran sastera dibandingkan anak2 aku yang tak berminat bab2 sastera ni...
Bila dah ting 4-5 ni ke sekolah berdekatan lah kami semua ,kawan2 pun makin bertambah ,itu yang tak boleh nak ingat sangat bila dah lebih 30 thn muncul semula  .Dengan wajah yang banyak berbeza ,yang comel pun dah kembang ,masing2 telah di mula ditelan usia yang semakin terus berlalu.
Apa pun aku harap kan persahabatan di alam persekolahan dulu akan berkekalan hingga ke akhir hayat masing2.

Thursday 23 July 2015

aku dan hariraya 2015

Assalammualaikum ,
Selamat hari raya semua....maaf zahir batin andai ada menyinggung hati sahabat2 blogger sewaktu singgah mengomen di entry2 kalian .
Semenjak kedua mak ayah dari sebelah aku mahu pun suami dah tiada ,rumah kami lah tempat adik beradik selalu berkumpul dan berkunjung di hari raya walaupun aku dan suami bukan nya anak sulong.Selesai solat hari raya adik beradik suami dan aku silih berganti datang dan ada yang datang serentak membuatkan agak kelam kabut juga nak melayan apatah lagi dengan kehadiran anak2 dan cucu sedara yang agak ramai....apa lagi lah anak gadis 2 orang aku ni lah yang jadi maid....tak kering tangan dibuatnya.
 Hari raya ke 2  baru ada kesempatan ziarah kakak sulong dan sedara mara di kampung ,juga hari ke 3 jelajah felda2 di Kota Tinggi untuk jumpa abang , pakcik dan sepupu .2 hari ni memang padat perut dibuatnya ,bila singgah pastinya bukan sja dijamu dengan kuihmuih raya malah makan makanan berat juga...huhuuu abislah diet aku dengan anak2 perempuan yang kononnya nak kekal kan berat badan seperti masa puasa .
Sekarang ni anak2 dah bersekolah dan suami dah bekerja , dah tak de raya2 lah jawapnya apatah lagi bila cuti dah tak sama .....kesian pulak bila kita beraya Iman ke sekolah pula...Iqa pun hari sabtu ni dah nak balik ke u ,Azim di asrama .Yang ada 2 orang yang sedang cuti sem ni je....mood beraya pun merudum...

 gambar;
sewaktu beraya di rumah anak sedara yang baru siap dibina  di satu  kg di Parit Raja....masih belum ada perabot atau kerusi meja .Yang duk ramai2 tu anak sedara dan cucu sedara dari keluarga kakak sulong.....masing2 sedang menikmati sup gearbox kambing dan lontong.Aku  tak makan daging kambing ... mujor ada sup ayam kampung ...



Friday 10 July 2015

sekadar memberi

Assalammualaikum
salam jumaat terakhir Ramadhan
Seperti  selalu durian belanda yang kami tanam tepi rumah berbuah lebat lagi.Seperti bulan puasa tahun lepas buah sudah mula masak.Pagi petang nak kena tengok kalau tak alamat lah jatuh benyek ke tanah.Sudah banyak aku sedekahkan pada kawan2 dan jiran2.Ada juga yang tak kenal datang singgah bertanyakan tentang durian belanda  yang sememang nya aku tanam boleh nampak dari  jalan .Ramai juga yang kata  nak membeli ,tapi bila diberi beberapa biji membayar alakadar je jika dibandingkan dengan harga di pasar yang kadang kala mencecah 16 rm sekilo .Aku ni pulak jenis yang mudah kesian ,aku lebih banyak memberi walaupun bukan sebangsa dengan aku.....
Sepanjang bulan Ramadhan ni adalah beberapa kali aku buat juz buah durian belanda untuk berbuka, memang menyegarkan apatah lagi bila cuaca panas terik disepanjang hari...enak bila ditambah ais.Tapi dalam pada itu aku tak rasa boleh minum juz durian belanda lagi dalam masa terdekat ni sebabnya gastrik dah mula singgah .....mungkin rasa masamnya dah tak sesuai dengan umor aku yang menjengah senja ni untuk terus menikmatinya.
Dengan baki buah2 yang masih ada kat pokok aku bercadang nak buat buat aiskrim malaysia ,apatah lagi menjelang raya ni boleh juga diberi pada budak2 yang datang  kelak....hmmm kadang mak budak pun suka juga ,ada yang bertanya ada ke aku buat aiskrim durian belanda....
aku bukannya berjual pun sekadar suka2 membuat .


Tuesday 7 July 2015

Monday 6 July 2015

Ekperiment memasak

Assalammualaikum
Ramadhan berlalu terasa pantas, pejam celik pejam celik dah pun nak menyambut hariraya.Bulan puasa tahun ini walaupun agak sibuk dengan mebuat alakadar apa yang patut pada rumah kami yang baru siap awal tahun lalu ,tapi dapatlah rehat sikit bila Fatiha cuti  ,adalah tukang masak untuk membuat juadah berbuka setiap hari.Pengalaman dia memasak gunakan rice cooker masa di universiti menjadikan dia begitu seronok nak memasak di rumah.
Suka bersendirian di dapur...tak suka bila kita sibuk2 juga mengacau dia.Terasa  janggal pulak rasa ,bila aku tak masak .....Sesekali menjengah juga aku untuk memantau apa yang dimasak....juga tukang komen ...bukan apa ,biar dia belajar dari kesilapan untuk hari2 seterusnya.

Setiap hari pasti ada sayur bening/air atau sup teristimewa untuk ayahnya yang tak makan makanan bersantan.Apatah lagi jika ada berbagai bahan atau sayuran seronok lah dia mengubahsuai menu setiap hari.Biasanya daging ayam ,kobis ,lobak merah ,tahu telur,cendawan tiram atau inoki/shimeji/,soohooon menjadi bahan ekperimentnya setiap hari ....ditambah pula bila aku suroh masukkan sehelai  daun kunyit yang di siat2.....memang sedap ,bertambah2 si ayah makan nasi waktu berbuka ...penangan masakan anak gadis nya yang masih dalam peringkat percubaan!

Dua tiga hari yang lepas katanya teringin nak buat mee hailam ....biasa lah anak2 sekarang google lah yang senang.Tak macam zaman2 aku dulu tercari2 dalam buku resepi....Macam biasalah aku sekejap2 ke dapur menjengah dan menyibuk2....Kata dia gunakan resepi dari TERATAK BUNDA,Walaupun tak cukup bahan yang ada tapi rasanya boleh tahan juga ....Iman lah yang suka sebabnya tak pedas ....berkali2 minta tambah .
Semalam petang dalam  aku ulangalik ke dapur sempatlah aku masak ikan bawal kukus ....hidangan sehat juga kegemaran semua,menambah juadah yang sedia ada....

Aku cadang untuk juadah hariraya nanti nak suroh dia buat rendang atau makanan hariraya dari airtangan dia pulak ...bagaimana lah rasa agaknya!
Harap bila dah kembali belajar ,takkan hilang minat nya nak memasak lagi....

Friday 3 July 2015

Ke Pasar minggu lagi

Assalammualikum ,
Awal pagi teman kan anak bujang aku ke pasar minggu Kota Tinggi untuk membeli seluar katanya.Pasar minggu ni hanya hari Jumaat aje dibuka dari awal pagi sehingga pukul 12 tengahhari'....hanya menjual kain baju dan lebih2 lagi tudung yang melambak2.Takde jual makanan atau sayuran.Kalau nak beli barang basah tak susah pun pasal pasar minggu ni berdepan dengan pasar borong Kota Tinggi.Kembang kuncup juga hidung menahan bauan dari pasar.
Bila tiba pun kenderaan dah penuh sesak ,bukan saja ditempat letak kereta malah di tepi2 jalan dah pun berderet2 panjang.Almaklumlah dah nak raya masing2 nak beli pakaian dan tudung2 baru yang sememangnya banyakkkk sangat pilihan .Harga pun agak murah dibandingkan di kedai2 biasa.Kena pandai cari gerai yang lebih murah dan kena tawar menawar akan dapat harga yang diingini.
Tiba di sana aku bersama Azim  sementara abangnya ikut haluan dia sendiri untuk mencari apa yang dikehendaki .jika tak begitu tentunya lambat nanti dengan gerai2 yang begitu banyak dan cuaca pun panas terik.
Tak sampai pun separuh gerai2 yang aku jalan  dah dapat belikan baju kurung untuk Iqa,jubah untuk Fateha,t shirt untuk Iman dan untuk Azim seluar jean dan t shirt.Rambang mata dibuatnya dengan berbagai pilihan tapi budget  dah tak cukup....duit2 ungu yang aku bawa dah pun tinggal beberapa keping merah tapi sempat juga aku capai sehelai instant shawl harga 10 Rm ,tak kisahlah untuk  Iqa atau Fateha .kelak.
Dah dapat apa yang dihajat aku ajak Azim pusing balik walaupun aku tak sempat nak redah gerai2 lain lagi.jenuh juga lah menunggu abangnya yang masih. membeli belah....
Untuk anak2 persiapan raya mereka hanya sikit lagi yang belum dibeli .Sementara aku dan ayahnya tak kisah pun baju2 ni....dengan keperluaan anak2 yang belum ada yang bekerja ni pun agak parah nak tunaikan ,,,,apatah lagi Iqa pun baru saja ke Uni ....banyak perbelanjaan dah digunakan
Anak2 perempuan tak cerewet hal pakaian ni ...terima seadanya dibandingakan anak lelaki .Iman si bongsu aku ni pun dah pandai demand...tempohari aku dah pun belikan baju melayu teluk belanga untuk nya tapi bila nampak baju melayu Azim berleher cekak musang ,dia kata tak mahu pakai baju yang aku beli masa raya nanti....nak yang lain ,kalau boleh nak jubah biru....hmmm nampaknya kena lah beli yang l;ain memandangkan dia begitu tekun berpuasa.
okeylah penat dah berceloteh ,tangan pun dah mula kebas ...

Thursday 2 July 2015

Iman dan doa

Assalammualaikum
Sudah lebih setengah bulan kita berpuasa kan....Alhamdulillah si bongsu aku Iman masih dapat bertahan puasanya walau menghadapi dugaan cuaca yang panas terik sejak2 ni.Awal2 Ramadhan tempohari  ,bila saja balik dari sekolah sesi petang..agak keletihan juga keadaannya.Sampai rumah terus mandi dengan air yang ditadahnya dlm besen besar ,tak cukup dengan tu diambilnya ais beberapa ketul untuk sejukkan badan katanya....dah tu berendamlah dia untuk seketika.Aku pesan dengan dia jangan sampai terkentut dalam air tu...batal posa nanti.!
waktu hampir masuk waktu berbuka ,aku selalu pesan denganya,doa lah apa saja yang iman mahukan....InsyaAllah akan Allah kabulkan ."Iman nak helikopter kawalan jauh "katanya.Ceh! ada ke mainan yang di inginkan.Sambil tu sempat juga dia kata pada aku "tangan mak sakit kan ,kenapa mak tak doa kan cepat baik"Terfikir juga aku selama ini doaku untuk kebaikan anak2 dan suami ..lupa untuk diri sendiri.

Wednesday 1 July 2015

berceloteh lagi

assalammualaikum
Bertemu kembali kita di minggu ke2 Ramadhan.
Alhamdulilah masih dapat berceloteh lagi di blog suram ni walaupun hati terdetik nak bersara ,bila keadaan tangan kebas dan kadangkala sakit ni masih tak pulih lagi.Minum air kanji dah lama aku tinggalkan ...putus asa rasanya dengan cara itu.Memandangkan anak2 bila kejauhan rajin mengintai cerita2 di rumah ,aku teruskan juga .Mereka suka baca celoteh aku di blog tapi tak suka pulak bila aku membebel depan mereka...!
Waktu ni di luar sana hujan turun agak lebat...baru sidai kainbaju kat ampaian luar dah kena angkut balik ke dalam rumah.Alhamdulilah setelah hampir 2 minggu panas membahang....selesalah bagi anak2 sebaya Iman berpuasa setelah melalui hari2 yang mencabar.
sekarang ni pun waktu siang aku tak lah sendirian lagi,Fateha cuti sem 2 bulan lebih .Buat masa ni jadilah maid aku di rumah ni.Abangnya walaupun cuti yang sama tapi perlu pergi pratikal.Dah pun berada di Kluang ketika ini.
Buat masa ni anak2 masih belum dapat bersahur dan berbuka bersama2 .Bila yang lain balik yang lain pula tiada.Nampak gayanya hari raya nantilah baru dapat berkumpul semua....InsyaAllah.

                           gambar;di sinilah Iqa menimba ilmu
Iqa kali pertama berpuasa di universiti.Kesian pulak bila ditanya makanan apa yang dimakan ketika bersahur dan berbuka.Masa duk asrama makanan dah tersedia.sekarang ni perlu mencari dan membeli baru dapat makan .Ada satu hari tu katanya makanan yang dimakan masa sahur nya dah basi dan siang tu sakit perut....
Fateha dan abangnya sempat juga seminggu  berpuasa di universiti  sebelum cuti haritu .Tapi mudah bagi mereka beli makanan di Bazar Ramadhan yang berdekatan .Tapi tidak bagi Iqa ,katanya kalau nak ke Bazar jauh...hanya kafe saja tempat di membeli..
Sebenarnya universiti Iqa tak jauh pun dari tempat pakcik nya .Tapi bila pakciknya nak amik pada hujung minggu ,biasanya dia menolak .....Iqa ni pentingkan kawan...kesian katanya roommate tinggal sorang ,walaupun mereka baru je kenal ....
Apapun semua pengalaman dan dugaan ketika berjauhan dengan keluarga bakal menjadi kenangan terindah satu ketika nanti....