Total Pageviews

Friday 29 January 2016

aku di hospital 1

Assalamualaikum
Bersiaran dari katil hospital HSA JB .
Sejak dikejutkan 4.30 pagi tadi,mata dah tak mahu lena lagi.Terfikir pulak update blog untuk mencatatkan perkembangan terkini kesihatan aku.25hb tempohari  dah daftar masuk.wad ,walaupun sehari tu takde apa2'pun dilakukan selain berehat dikatil....malam tu memang tak dapat tidur,tau jelah bila dah tukar katil sepatah kata hainom okje...apatah lagi memikirkan Iman ketika itu masih tak sehat lagi.
Foto:suasana dlalam wad
26 hb  aku dipindahkan dari bed 11 ke bed 2' memandang
kan akan dibedah esok ,mereka nak pantau keadaan aku..Semuanya dalam keadaan baik je walaupun HB  9.7.Tapi masalahnya selama ini aku tak pernah terfikir yang aku ada masalah potasium yang rendah.Doktor bagitau agak bahaya  untuk melakukan pembedahan jika potasium rendah.Dengan itu asyik kena minum air garam dan  pagi petang siang malam juga bagi melalui drip lagi...tak tahan oiii rasanya yg pelik hampir termuntah aku menelannya.Melalui drip yg disalurkan pd tangan pulak.....sakit sangat,sebab air garam agak pekat kata nurse memang menyakitkan.
Petang itu juga kena minum air ( aku tak ingat apa ke namanya) untuk membersihkan usus.Air yang rasa yang berbagai2 membuat kan aku termuntah.2 cawan yang diberi mungkin secawan je yang dapat aku telan.
Dengan itu ulangalik lah ke tandas sehingga tengah malam dan hampir pagi baru lega....
Ok lah sambung di entry akan datang...sekarang ni nk kena telan ubat2 dan sarapan.

Saturday 23 January 2016

Apakah sebabnya?

Assalamualaikum
Ini cerita semalam, aku ,suami dan Azim pergi ke Mydin Kulai untuk beli barang keperluan Azim untuk ke asrama(dah pun buat permohonan).Masa jalan masuk aku beriringan dengan Azim sementara suami agak belakang.Azim menarik troli dan kami terus masuk.Tiba2 sensor tempat laluan berbunyi dan lampu menyala...terpinga2 juga kami tapi buat selamba je terus masuk dan  belanja apa yang diperlukan.
                  Foto: antara barang2 yang dibeli
Selesai belanja dan buat pembayaran terus ke tempat security untuk cop slip pembayaran.Sekali lagi sensor berbunyi dan menyala.Aduhai ....kali ni agak kecoh gak ....dah lah security bangla ...kena selongkar balik lah apa yang kami belanja tadi...dahlah bangla tu tak tau bahasa melayu...Barang2 semua ok .Apa yang buat aku tension beg tangan yang aku bawa pulak kena geledah ,padahal dah beratus2 kali aku bawa beg dan isi yang sama dalam beg tu masuk keMydin...geram aku tau.... segala khazanah dalam beg tu aku tunjuk termasuk pad yang sentiasa ada untuk kecemasan.....Sudah lah orang ramai peratikan.....!,macamlah kami ni betul mencuri...Ada sorang ibu muda tu bagitau kat aku katanya dia pun pernah kena gitu....padahal cuma bawa barang2 makeup dia je pun yang ada dalam beg tangan.Tapi masalah nya sehingga kami lepas dari situ pun tak tahu apa yang menyebabkan kan sensor tu boleh berbunyi...Azim buat andaian sendiri mungkin kad ATM dia ke sebab baru saja simpan dalam wallet dia.Aku terfikir mungkin kah kesan dari xray dalam tuboh aku ni  ke.....huarghhhh...merepek sungguh !Ingat aku alien ke...Tak suka betul hadapi benda camni ......sampai rumah masih mengiggil dibuatnya .....rasa fobia pulak nak masuk Mydin kelak.

Thursday 21 January 2016

Stress dan puji diri.

Assalamualaikum
Beberapa harini  keadaan agak  sibuk...macam2 hal.Azim yang nak bertukar sekolah juga banyak nak diselesaikan sedangkan masa agak suntuk.Satu masalah pulak sebab tak dapat asrama sedangkan rumah jauh..Suami kerja agak huruhara sekejap cuti sekejap kerja...Sibuk meneman aku ke hospital lagi...Tambah merunsingkan Iman pulak demam.
Kesian pulak tengoknya hadapi hari2 sukar seperti ini .Aku cuba nak mengurangkan stress nya dengan nak pergi sendiri sesuatu tempat tapi macam tak beri je....weh teringin juga lah nak naik bas awam ....
Macam2 dugaan awal tahun....tapi tak mau lah fikir2 kan.Baik layan Rashid orang lidi yang viral kat FB tu seronok pulak baca.Kawan wasap group juga tak mau ketinggalan puji diri...

                Kawan aku sorang ni  memang suka buat lawak ,la ni angkat bakul sendiri pulak....!
        Budak Iqa dengan tak habis dengan korea.

Semoga suamiku  seperti Rashid kuat semangat ,tabah hadapi dugaan ....mana lah tau lepas ni jadi viral 'Jadi lah seperti encik Burhan'....hihiii.
Apapun Allah sedang menguji kita sekarang.

Tuesday 19 January 2016

moga dipermudahkan

Assalamualaikum
Awal pagi semalam sambil terus menghantar budak2 ni  ke sekolah kami teruskan perjalanan ke HSA JB.Ada temujanji dengan doktor membincangkan pasal pembedahan nanti.Memang lah bertolak 6.40 dari rumah tapi faham2 je lah kalau dah hari bekerja ni jem memanjang pulak....Bila tiba pun dah lebih 8.30 masaalah pulak nk cari parking.Last2 aku turun sendirian ,biarkan suami berlegar2 .Tiba kat bahagian O&G pun tak lama nama dah kena panggil.Tempat pertama kena pergi ke bilek 7 untuk diambil darah....legaaaa sebab dah boleh makan yang sebelum itu kena puasa sejak 12'malam.Kena hantar sendiri darah dan urine ke makmal dan seterusnya kena pergi ke bahagian xray....baru berkesempatan makan sepotong sandwich dan air milo yang suami belikan kat kafe.....itupun seteguk dua sebab panas sangat ,lagipun tekak tak gemar nak minum air manis sekarang ni.Selesai ambil xray pergi pulak check jantung.Pergi semula jumpa doktor O&G sekejap disuruh pula jumpa pakar bius untuk diberi kaunseling.Dan kemudian kembali ke doktor O&G semula ,diberi sedikit penerangan tentang pembedahan sebelum diberi surat arahan untuk masuk wad....begitulah prosedur2 yang kena lalui bila di hospital kerajaan ni.Penat memang penat bukan saja ke sana ke mari tapi perut lapar sebab dah tengahhari...
Resultnya doktor kata HB aku agak menurun walaupun ketika ini aku rasa lebih sehat dan bleeding pun dah tak lagi.Katanya kalau untuk pembedahan sepatutnya lebih dari 10.Yang lain ok je baik jantung atau result xray.
Semalam juga result Azim untuk ke sekolah  TIJB dah keluar.Alhamdulillah...dia diterima masuk.Kesian pulak bila dikenangkan waktu pendaftaran kelak aku dah kat wad.Selama ini urusan pendaftaran anak2 sekolah mahupun ke U pasti aku ada bersama.
Mujor juga Fateha cuti sem sekarang tapi bila dia jaga aku di hospital  kelak bagaimana pula lah dengan urusan sekolah Iman nanti....tentu suami agak kelamkabut dengan hal kerja lagi.Tinggal lah si ayah dengan Iman berdua je kat rumah kelak.Iqa hanya dapat balik cuti 6 hb kelak juga abangnya masih lagi pratikal di Ipoh sehingga tahun baru cina.
Hah...aku terlalu memikir kan mereka....padahal mereka lagi memikirkan aku.Tapi  naluri hati ibu dan isteri memang tak dapat lari dari memikirkan  anak2 dan suami walau meninggalkan mereka beberapa hari cuma.Moga dipermudahkan....

Monday 18 January 2016

Iman dan sekolah harini.

Assalamualaikum
Sudah lebih 2minggu budak2 bersekolah tapi baru Khamis lepas Iman dilantik jadi ketua darjah sekolah agama untuk kelas dia.Soal ketua darjah tu biasa je tapi masalah nya kena tukar baju warna hijau muda dan sampeng hijau tua.Di sekolah agama  kat Johor ni pengawas baju pink sampeng/kain meroon ,pengawas pustakawan pulak baju purple sampeng/ kain purple gelap.Mujor juga awal tahun tempohari Iman tak ganti baju ,pakai baju tahun lepas sebab masih elok .....kalau tidak tentunya membazir! Kelam kabut juga memikirkan nak buat baju melayu dalam masa yang singkat rasanya malas pulak....nasib baik pergi kedai ada jual yang dah ready made.Cuma kenalah repair balik yang panjang yang lebar nya ...

Masa balik sekolah tengahhari semalam....Iman tunjukkan benda ni,katanya kat kelas tak perlu bercakap untuk bagitau faham atau tidak ...ialah tu macam2 lah sekarang ...

Juga dibawa balik buku peta pemikiran ...yang ni memang aku kena tunjuk kad merah tu..Aku betul2 tak faham dengan pembelajaran sekarang ni.Kalau dulu anak2 yang 4'orang tu aku tak pernah hantar tuition sepanjang sekolah rendah ,boleh lah aku tunjuk ajar sikit2 kat rumah tapi bila Iman ni kesianlah pulak tak banyak beno yang aku tak tau...

Friday 15 January 2016

Indahnya sedekah

Assalamualaikum
Alhamdulillah....Alhamdulillah...syukur tak terhingga .Walaupun di awal tahun banyak kewangan mengalir keluar untuk anak2 sekolah juga ,perlu menghantar pada anak2 di IPT terutama anak sulong yang perlu kan untuk. pratikal semasa cuti sem ni...Namun Allah Maha Penyayang sentiasa mencukupkan rezeki  ,kadang ia datang tanpa disangka.
Suami selalu pesan jangan lokek bersedekah dan memberi ,InsyaAllah Allah akan beri lebih lagi pada kita. ..Bukan senang menyara keluarga sendirian bekerja dengan anak2 yang masih belajar apatah lagi 3 di IPT.Alhamdulillah... .Allah sentiasa permudahkan walaupun tak mewah namun selesa untuk anak2 belajar dan belum pernah sekali pun tertunggak bayar 2 kereta.
Cerita semalam sewaktu kemaskini ASB ,hasrat hati nak keluar kan sedikit dividen untuk kegunaan anak2.Kerani Pejabat Pos kata kakak nak wakaf tak untuk anak yatim.Aku kata boleh juga bukannya banyak pun cuma 30rm .Masa tu aku pun tak tau lagi berapa dividen boleh dapat memandangkan sepanjang tahun ni banyak aliran keluar.Alhamdulillah....bila tengok akaun bersyukur sangat dengan rezeki  yang tak diduga agak lumayan juga....Indahnya bersedekah kan Allah akan beri ganjaran yang berganda.

                 Foto: sumber google

































Wednesday 13 January 2016

bawa balik

Assalamualaikum
Fateha balik cuti sem,segala apa harta karunnya kena bawak balik juga walaupun banyak yang tinggal.Lebihan bahan masakan nya di sana juga dibawa balik kerana cuti agak lama takut pulak expired bila dah kembali ke U semula.Banyak juga lah bahan masakan segera yang dibawa,almaklumlah masa kat sana mereka masak guna rice cooker ,jadinya semua pun segera2.
Olehkerana tak nak kan pembaziran masak lah dia bahan2 yang dibawa tu kat rumah.Semalam pun dia buat mee rebus ,sebelum tu spaggeti olio....hmmm semua tu dari bahan2'yang dibawa balik.Sebenarnya aku tak suka gunakan bahan2 masak segera ni tapi bila dia masak bedal je....hehe.Tapi part cili powder ni yang tak tahan ,berasap telinga dibuatnya dek terlalu pedas ....

Hari ini tak tau lah apa lah yang nak dimasak ..
Tapi yang ni aku suka dia bawa balik...boleh kurus kan badan..hehee!.
.

Monday 11 January 2016

kagum...

Assalamualaikum
Fateha cuti sem,hari Sabtu jemput dia di Larkin Central.Balik suami menyatakan hasrat nak tukar minyak hitam keta.Aku on je,takde apa nak terkejo2 balik apatah lagi budak 2 ada tunggu rumah.Sementara suami ke bengkel keta ,aku dan Fateha pergi kedai makan yang kebetulan ada kat depan saja....Fateha pun dah lapo tak makan sejak pagi.Lagipun kononnya nak tunggu keta siap tapi sampai selesai kami makan tak sudah lagi .Ada yang suami minta tukar alat ganti rupanya.
Sementara tu kami duk melanguk je lah kat luar bengkel  ...agak lama juga lah sambil memerhatikan mereka buat kerja.Terpegun  kami berdua melihat isteri tuanpunya bengkel ni sama buat kerja.Mungkin mereka berdua ada kemahiran yang sama ,begitu pantas dan mahir dia buat kerja sambil suaminya sesekali tunjukajar.....Seronok tengok ,tak sedar kami dah berdiri lebih dari setengah jam menunggu !.
Fateha pelajar kejuruteraan walaupun bukan mekanikal ,bab2 enjin dalam kereta ni ada lah  yang dia tau  sebab ada belajar asas .Sambil tengok nyonya tu buat kerja sambil lah dia bagi tau aku apa ke nama2' dalam2 enjin tu....heee pening lah aku nak tau benda2 camtu.
Tapi aku memang kagum dengan kebolehan nyonya tu buat kerja2 yang biasa dimonopoli lelaki.Kerja2 camni memang kotor dan berminyak tapi duit banyak masyukkkk....
Kalau anak perempuan aku nak buat kerja camni pun aku tak kisah ...tapi memang mereka2 tak berbakat langsung sekadar menghafal bolehlah...

Friday 8 January 2016

Thursday 7 January 2016

satu hari yang masaalah

Assalamualaikum
Seperti biasalah aku dengan anak2 perempuan 2 orang tu kalau tak berwasap satu hari memang tak sah.
Semalam hari last exam Fateha ...macam2 hal budak 2 ni tau.Study hingga larut udahnya mata pun sukar nak tido hingga dinihari....dah gitu jadi lah mata panda seperti selalu.

Yang Iqa pulak bangun nak pi kuliah air pulak takde....
Petang masa kat dewan kuliah katanya takde letrik...masa kelas BI,panas membahang.Kata Fateha tempat dia pun sama tapi sikit2....huhuu tak faham aku  ada ke sikit2.!


Petang Fateha kabo kan laptop kena virus...padahal sampai 4pagi tu boleh guna lagi.Masih warranty sebab beli pun belum 3 bulan.Janji abang nya esok.akan settle kan .....Bukan pe kononnya dah lepas exam nak start movie marathon nak realise tension kononnya....
Macam2 hal tau....

Tuesday 5 January 2016

panggilan telefon

Assalamualaikum
Sedang aku sibuk masak tengahhari terdengar bunyi dari henpon yang aku cas kat ruangtamu.Terkejar juga dari  dapur .Bila tengok nombor yang tertera terasa berdegup kencang jantung ku .Apatah lagi dia memperkenalkan diri kata dari hospital dan bertanyakan nama aku.Terbayang diruangmata anak2 yang jauh...apatah lagi sejak exam ni Fateha kata tak sehat.
Bila dah dengar dengan teliti dari suara kat tepon tu barulah lega....sebenarnya ingin kompemkan  tarikh pembedahan .....huarghhh...aku sendiri tak ingat yang aku seorang pesakit memandangkan sejak2 ni aku rasa macam dah sehat je..takde masalah apa2 pun.Dia kata kalau boleh nak percepatkan pembedahan memandang kan ada kekosongan pada hari yang terdekat ni.....6hb tu...2hari lagi.Ceh...tak ke kelamkabut dibuatnya .Aku kata tak mahu ...ikut je jadual asal akhir Jan nanti.Macam2 nak kena settle juga apatah lagi hal budak2 sekolah suami juga kena aturkan cuti juga...barulah hati tenang nak duk hospital.
Pasal pembedahan tu aku taklah terfikir sangat  tapi panggilan tepon dari yang tak dikenali selalu buat aku nervous..Apatah lagi anak2 diluar sana...Hingga kembali ke dapur terasa gigilnya lagi.Itu lah sikap  aku yang mungkin fobia pada peristiwa2 lalu dikala zaman2 gunakan telefon rumah dulu.

Monday 4 January 2016

sayur pucuk paku merah

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati kehidupan  ditahun 2016 ini.
Dua tiga hari lepas untuk makan tengahhari aku masak pucuk paku merah masak tumis air.Teringin sangat nak makan bila nampak ada jual kat pasar malam ,rembat 2 ikat....balik siang pucuk paku yang dibeli baru simpan dalam peti sejuk.Kalau Iqa ada ni disurohnya masak lemak ...sedap katanya.Tapi bila dah aku sendirian je makan masak ikut tekak je ,itupun sekadar masak semangkuk kecil.Jejaka2 kat rumah ni semua tak layan pucuk paku ni.Sedap...Walaupun makan sorang ,ada pulak nasi panas ,ikan masin dengan sambal  ...hmmm menyelerakan!.

Masa zaman budak2 dulu pucuk paku merah ni ,petik sendiri dekat tepi jalan bila teringin nak masak.Nak2 bila cuaca hujan cam sekarang ni ..Segar je pucuk paku yang dipetik.Sekarang ni jika teringin kena lah cari kat pasar tani atau pasar malam.Dengan kuahnya warna merah hero2 aku ni lagi lah tak disentuh sayur ni.
Semalam dan harini budak2 dah mula sekolah .Iman pun dah sesi pagi .Cadangnya nak buatkan Iman ayam panggang sos lada hitam tengahhari ni....tentu berselera dia makan nanti.Apatah lagi sarapan nak ke sekolah sukar betul nak telan....