Total Pageviews

Tuesday 14 February 2017

Ikan lumi

Assalamualaikum
Ikan Lumi goreng tepung ni jadi febret kami terutama anak2.Tak sempat dihidang untuk buat lauk separuh dah diratah.
Ikan lumi tak selalu ada di pasar ,sesekali terjumpa dah tentu aku beli sekilo dua.Kalau yang kering banyak lah di kedai2 runcit...tapi aku kurang minat .
Satu masa dulu kami tak pandang pun ikan ni bila tengok lembik semacam je.Bila balik kampung  ,arwah mak selalu beli ikan ni.Cakap dengan mak kenapalah ikan macam tu yang mak berkenan sangat.Sehinggalah masa mak tinggal dengan kami selepas pak meninggal ,mak selalu pesan kalau jumpa ikan lumi di pasar tolong belikan.Dah tentu2 aku tukang masak  kat rumah ni...tepung untuk goreng ikan tu aku campurkan garam  ,kunyit dan bawang putih tumbuk .Salutkan kat ikan dan goreng rangup....sedapppp.Sebelum tu masa siang ikan tu buang lah kepala....tajam tu gigi2 halusnya.
Gambar ikan lumi ni sebenarnya dah berbulan tersimpan kat draf.Last beli 3 bulan lepas ....tak selalu ada kat pasar.Tak ramai sebenarnya pandai makan ikan lembek ni .Adek aku sendiri pun pernah try tapi tak sedap katanya.Memang lah kalau goreng tepung kosong gitu je mana ada rasa....
Febret Iman ni ,kalau ada ayam goreng pun dia tak pandang.

12 comments:

  1. Saya selalu beli yg masin SI....yg basah ni tak pernah jumpa. Mak saya pun suka jugak ikan yg jenis hampir pupus ni haha.... Ikan bilis yg besar jernih tu, ikan lidah tu dia sukalah.... Adakah dia sama dengan ikan bilis yg besar besar tu SI? Confuse pulak dah saya.

    Ikan lumi ni kalau yg masin ada 2 jenis. Satu bulat satu lagi yg leper. Kalau saya suka yg bulat.

    ReplyDelete
  2. Ikan lumi ni mcm ikan sebelah ke kak saniah..
    saya ni nama ikan bukan tahu sangat hihihi..
    entah2 dah pernah mkn..
    nmpk sedaplah kak..

    ReplyDelete
  3. Acik tak kenal ikan lumi ni saniah.tak pernah makan pun

    ReplyDelete
  4. tak pernah tau pun ikan ni kak.apatah lagi nak makan memang tak pernah

    ReplyDelete
  5. Kalau kat kampung kakak bila hidang nasi ambeng mesti ada ikan lumi ini tau SI
    Sebab biasa ikan lumi ni tak masin sangat.

    ReplyDelete
  6. alamak kak, ikan lumi ni macam mana rupa nya. Namanya pun pertama kali dengar.

    Iman ni pelik jugak selera dia ya!

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar nama ikan lumi ni, camane rupanya ya, nnt nak gugel lah, hehe. Ikan celup tepung mmg sedap, pastu mkn dgn sos, fuhhh, seploh ekor pun habis. Saya biasa guna ikan selayang atau org key ell panggil ikan sardin, goreng celup tepung ni.

    ReplyDelete
  8. Haahlah, saya pun tak tahu ikan ni... cer tunjuk gambar yang belum bersalut tepung dan bergorengnya. Mungkin saya pernah makan tapi saya panggil nama lain.

    ReplyDelete
  9. ikan kalau goreng tepung memang sedap kak

    ReplyDelete
  10. Ikan lumi ni sesuai dibuat ikan kering sebab tu jarang dijual basah.
    Isinya banyak air, lembik dan tawar. Kalau goreng mudah hancur.
    Tetapi sesekali jumpa, buat goreng celup tepung memang sedap.

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap ni kak... ranggup nampaknya tu... memang sedaplah kalau dapqt ratah...

    ReplyDelete