Total Pageviews

Monday, 27 February 2017

Menulis

Assalamualaikum
Tersenyum seketika aku sewaktu membaca komen sweety๐Ÿ˜›
...manalah ada bakat menulis sekadar bahasa pasar je aku gunakan untuk merapu dalam blog suam2 ni.
Dari zaman remaja lagi aku suka catatkan apa juga peristiwa menarik dalam diari.Lebih excited menulis bila si  ❤๐Ÿ’menghadiahkan sebuah diari masa birthday...walaupun saiz poket je...huhuu budak sekolah mana lah ada duit.Dah semakin2 remaja dah mula malas nak menulis walau sebaris ayat  pun.
Dah punya anak baru aku mula kembali menulis  setelah bertahun2 hanya mencatat kenangan di minda  saja. Masa tu hanya guna kamera biasa saja ,tak kan lah nak amik gambar anak hari2.Jadinya aku abadi kan tingkah mereka dalam diari.Itupun dah terlewat baru teringat...bila satu hari tu suami bawa balik diari.
Setiap hari aku catat perkembangan ๐Ÿ“dan tingkah anak2 sewaktu baby..
Foto: indah kenangan bila dapat mengingati langkah pertama anak. Anak sulung mula berjalan agak lewat setelah 16 bulan baru berani melangkah.
...masa berlalu dan terus berlalu .Kini bila rindu saat itu aku selak semula apa yang telah aku tulis.Walaupun anak2 dah remaja catatan itu masih ku simpan rapi.
Aku tak pernah terfikir nak menulis di blog sehinggalah satu hari tu dalam tahun 2012 Fateha kata dia nak buat blog tapi dia tak suka menulis .....buat untuk mak je lah katanya.
Fateha tahu aku suka menulis dalam diari  dan ada juga yang aku beri dia baca tapi tak semua lah.
Sebenarnya pada mula nya aku tak tahu apa yang nak ku celoteh kan dalam ruang yang terbuka ni.....kena lebih hati2 ,bukan semua dapat dikongsi.
Aku cuba menulis juga walaupun banyak yang merapu dan banyak juga entry2 awal aku delete bila aku baca semula.๐Ÿ™†.
Lagipun  dengan menulis di  blog ni dapat juga mengisi masa sunyi ku sendirian di rumah....walaupun  kadangkala ntah apa2'yang ku celoteh kan.๐Ÿ˜Š


9 comments:

  1. saya pun suka menulis dari masa remaja.sekarang je tak, mungkin dah malas nak layan perasaan sendiri. tapi betul cakap akak, tulis kat blog tak sebebas menulis di diari peribadi.

    ReplyDelete
  2. Saya juga suka menulis diari dulu2 kak..
    Setiap tahun beli diari atau pun pemberian dari bank ke..
    Dalam diari byk luahan perasaan sebenarnya hahhaha..

    Betul kak dalam blog luahan perasaan kena berpada-pada..
    ada yg boleh diluahkan ada yang simpan saja didalam hati :D

    Sama lah dgn saya menulis blog pada tahun 2012..
    Mula2 sebab selalu baca blog orang..
    lama2 teringin nak buat blog sendiri..
    diam tak diam dah hampir 6 tahun kita berblog kan kak saniah :)

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak, saya dulu menulis diari, lepas ada yang baca diari tu saya stop kejap menulis, sekarang menulis blog, pun pernah orang sentap dengan penulisan saya, saya tutup blog tu dan buat blog baru dan lebih berhati2 bila nak menulis..hehehe

    ReplyDelete
  4. saya tak rajin tulis diari. kalau ada pun mesti sekerat jalan saja.
    Blog ni pulak, sebab masa tu nak mengisi masa lapang dan teringat nak simpan kenangan anak-anak. Itu sebab blog saya tu wujud. Memang takde cerita lain lah kalau ke blog saya, kan. Balik-balik cerita anak2 saja hehehe...

    ReplyDelete
  5. Samalah kak, saya masa remaja dulu suka tulis diari juga
    Saya buat blog pun awalnya cuma nk abadikan kenangan bersama arwah mak je.

    ReplyDelete
  6. Tapi betullah Saniah, n3 yang Saniah tulis tu membawa pembaca tergambar seketika suasana hening subuh... emmm senang citer... ada feel-lah.

    Saya pun menulis blog atas saranan kawan sepejabat. Bila saya tanya, apa yg saya nak tulis, dia jawab, "akak buat cam diarilah".

    Ada jugak terlintas akhir2 ni nak tutup blog tapi sayang pulak nak 'tinggalkan kawan2 blog.'

    ReplyDelete
  7. memang bagus menulis blog ni kak, at least kita boleh jalankan kaji selidik sebelum kita menulis. otak cergas kiranya

    ReplyDelete
  8. Kiranya blog ni macam diary kita lah kan... tapi boleh dibaca dan di share dengan ramai orang...

    ReplyDelete
  9. Hihi...baru tau rahsia....
    Mesti SI ni sentimental jugak orangnya kan. Seronok apa tulis blog, dapat baca balik mmg kelakar. Selain tu dapat jugak merapatkan silaturahim.... Dapat pahala jugak SI

    ReplyDelete