Total Pageviews

Monday 30 June 2014

Iman di puasa pertama

Begini lah keadaan Iman petang ramadhan pertama semalam sewaktu menghantar kakaknya kembali ke asrama....dah tak larat sangat menunggu waktu berbuka .Bukan kali pertama berpuasa pun ,sejak di tadika lagi dah belajar berpuasa.
Senang kejutkan dia bangun sahur....bila dia bangun dulu.jadi jam lonceng bagi yang lain ...kalau dah mulut dia terlebih berkicau semua kena bingkas bangun..
bersahur hari pertama dia hanya sebelah kurma dan segelas susu dan sesuap dua nasi.Sebenarnya Iman ni agak payah sikit bab makan walaupun hari2 biasa....
Alhamdulilah ....dapat juga dia menghabiskan puasa di ramadhan pertama Hanya berbuka segelas air sirap dan mee sup saja.Dapat menunaikan solat terawih lagi walaupun sekadar 8 rakaat saja.

Wednesday 25 June 2014

Jawapan untuk Hainom okje....

ASSALAMMUALAIKUM
     Entry lepas blogger Hainom okje  nak aku share tip2 anak cemerlang. Aku rasa anak2 orang lain lebih pandai dari anak2 aku yang tak seberapa ni.Cuma aku bersyukur dan sebagai ibubapa akan terima seadanya walau apa jua tahap dan keupayaan mereka
Untuk pengetahuan Hainom anak2 akak ni tak pernah pun ke kelas tuisyen seperti  oranglain kecuali yang diadakan di sekolah.Sebagai surirumah sepenuh masa dengan ilmu yang tak seberapa akak ajar sendiri anak2.Waktu di sekolah rendah aje,dah sekolah menengah mereka dah tinggal asrama.Bukan apa pun sekadar pantau buat homework dan latihtubi kat buku aktiviti je.Ada juga buatkan soalan2 sendiri berpandukan soalan2 periksa ank2 terdahulu samada sekolah agama atau sekolah biasa.Guna tulisan tangan lagi....Itu dulu lah....dah zaman Iman ni malas lah pulak nak buat ....mungkin faktor usia kot ...
Akak juga tak pernah belikan anak2 makanan tambahan untuk merangsang otak mereka kecuali kismis Sesekali akak buatkan jus pegaga ...Bila nak ambil exam penting  tak benarkan makan meggi ....tapi bila tamat je exam meggi dulu lah yang dicari mereka.Bila aku fikir2 sekarang kenapa lah aku bagi sekatan rupa tu?.....Bila dah belajar kat U meggi tu dah jadi makanan ruji mereka pulak.....
Masa anak2 di sekolah rendah dulu selalu juga cikgu2 bertanya bila di rumah belajar di mana...dah kata budak2 jawapnya jujur le...depan TV.Memang betul pun segala buku2 dilonggok kan depan TV ....sambil belajar sambil mengerling ...Dah besar2 ni belajar nak ada radio atau muzik kat telinga ....jika tak,... tak dapat belajar katanya....zaman akak belajar dulu bila ada bunyi2an hilang tumpuan jadinya.
Melalui pengalaman akak lah cara anak2 lelaki dan perempuan belajar berbeza ...yang perempuan nampaklah tekun nya tapi yang lelaki nampak selamba je...
Inilah cara anak akak belajar takde tip2 apa pun ....yang penting doa untuk anak2

Monday 23 June 2014

Hari hari yang sibuk

ASSALAMMUALAIKUM
Hari hari yang sibuk ...sehari sebelum, ambil Azim di asrama,seawal 7 pagi 21hb yang lalu sudah bertolak ke bandar Johor Bahru untuk ke majlis anugerah  cemerlang untuk dia.Olehkerana jemputan hanya untuk ber3 tak lah bawa Iman bersama, Ada sekolah ganti tapi Iman ponteng ...dah ibunya tiada siapa nak siapkan dia ke sekolah . Tumpangkan Iman di rumah jiran dengan berbekalkan handset dan komik .
Majlis dimulakan agak lewat dari yang tersenarai dalam surat jemputan .Tamat pun lewat .Telipon asyik berbunyi msg ,Iman asyik bertanya bila balik,katanya bosan amat2 tanpa kawan sebaya..
.apa pun makan tengahhari disediakan .Hidangan nasi Arab dan lauk pauk yang menyelerakan .tak ketinggalan sambal belacan tomato (tak snap pula hidangan ,malu oooo dgn tetamu lain).....apatah lagi perut sudah berkeroncong .Selesai makan terus segera keluar majlis .


Setelah selesai satu urusan terus pergi ke asrama Atiqa kerana ada sedikit urusan untuk berjumpa dengan dia .Mujorlah sekolah dia di Johor Bahru juga walaupun terpaksa pusing2 bandar .Bila jumpa dia sekadar berbual dalam kereta kerana kesuntukan masa.Wajah dia pun kelihatan keletihan ,katanya baru selesai majlis sukan sekolah.
Pulang ke rumah  cuma sebentar tergesa2 nak hantar Azim kembali ke asrama pula...dah peraturan asrama perlu hantar masa yang ditetapkan ....walaupun semalam 22hb Jun aku pergi juga ke sekolah dia lagi kerana Hari Terbuka.
Pukul 8 malam kena hantar Iman ke dewan untuk persembahan zapin nya yang pertama.Majlis ni pun sebab meraikan pelajar2 dari UTM Skudai di malam Semarak Kasih.Olehkerana keletihan kami balik dulu dan datang semula untuk melihat persembahan zapin ....tapi bila tiba mereka sudah pun hampir selesai menari......snap gambar dah selesai je lah....Apa pun keesokannya di hari penutup program , perlu lagi buat persembahan kerana ramai yang tertarik dengan persembahan anak2 kecil ini.....Sekali lagi kami terlepas untuk menyaksikan.....

Thursday 19 June 2014

mencari dana

ASSALAMMUALAIKUM
      Waktu aku bersama Iman di rumah ,seorang lelaki cina datang berkunjung dengan membawa kertas2 risalah dan  sekeping buku .Di hadapan rumah kelihatan sebuah lori kecil menanti.Biasanya jurujual yang datang diwaktu2 begini ,oleh itu tak lah aku hirau sangat tapi Iman sibuk2 memanggil aku.
     Terpaksa lah aku berhadapan dengan dia.....dengan budibahasa lelaki itu menyatakan hasrat dia.Tak ada pun nak jual apa2 sekadar nak minta derma saja .....itu pun bukan  duit yang dia mahu tapi barang2 terpakai seperti buku2 lama ,suratkhabar,baju2 terpakai ,TV rosak (katanya nanti boleh repair) atau komputer lama dan apa saja kecuali barang2 kaca.Aku pun tak tau nak bagi apa...teringat pula baju2 Iman yang tak boleh dipakai lagi  ...sememang nya dah aku susun2 dalam 1 beg.....dia cakap tak apa baju budak pun boleh.Baju2 terpakai memanglah ada tapi bila masa pula aku nak mengemas ....
     Satu Tv rosak kebetulan ada di ruangtamu kami ,hendak aku beri serbasalah pula tanpa pengetahuan suami....manalah tau nak buat harta karun....hihiiii.Bila lelaki cina tu dah pergi barulah perasan satu komputer lama ada dalam simpanan......
    Aku kagum dengan semangat mereka hendak mencari dana untuk kebajikan....begitu bersungguh2..

Wednesday 18 June 2014

bila bunga2 berkembang....

ASSALAMMUALAIKUM
          Sambil menunggu Iman balik sekolah ,sempatlah belek2 pokok2 bunga ....agak banyak juga bunga2 berkembang walaupun lebih banyak tanam pokok2 berdaun saja....kes malas nk jaga lah ni.Tapi bunga2 masih mampu menyerlah walau kurang perhatian.

 bunga ni menarik perhatianku ,dah lama aku tanam baru ni lah muncul bunga ,tak tau lah apa ke nama bunga ni.Ambil benih dari rumah arwah makayah satu ketika dulu .
Inilah rupa daunnya seperti pokok nenas tapi tak berduri.Daun2nya pun rompong sana sini mungkin dimakan ulat2 daun.Melihat kan selama ini tak pernah berbunga aku biarkan hidup nya tanpa belaian....
bunga ni pun berasal dari kampung ,jiran arwah mak yang bagi.Sentiasa berbunga sepanjang tahun ,aku suka tanam pelbagai jenis bunga tapi nama bunga2  tak pernah tau pun.Biasanya bunga2 yang bawa dari kampung agak unik .La ni pun bunga2 nya lebihkurang 6 inci panjang ,berbulu macam ekor kucing....

 pokok bunga ni seingat aku lebih tua dari usia Iman ,dah tak tanam dalam pasu lagi ,agak besar tapi ada yang baik hati selalu cantas bila dah agak tinggi.
bila dah masa ia berbunga berkembang sana sini....dah tuadan  kering boleh jadikan benih ,tabur je mana2 yang suka.
orkid ku baru nak menyerlah ,cuti sekolah tempohari hero2 aku main bola ......bila lihat... ini je yang tinggal....masing2 tak mengaku...grrrrr.

Adalah juga lagi bunga2 lain turut berkembang ...kalau setakat nak mandi bunga 7 warna lepas dah.....

Tuesday 17 June 2014

erti hari bapa buatku....

ASSALAMMUALAIKUM,
Masih dalam suasana kemeriahan Hari Bapa....pagi semalam sambil aku melakukan rutin seharian di rumah membiarkan skrin TV bersiaran ,aku cuma mendengar apa yang diperkatakan kerana sibuk dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis.Biasanya pagi2 ni siaran MHI jadi pilihan telinga ku dan seskali menjeling juga  ke skrin bila ada yang menarik perhatian.
Terdengar harapan seorang anak yang ingin sekali menemui ayah yang tak pernah bertemu sejak 3 tahun lalu.Mungkin ada kemelut kehidupan yang membataskan pertemuan mereka.Entahlah terasa sebak bila mempekatakan tentang bapa ,walaupun telah hampir 6th bapa aku pergi menemui Nya.
Bertahun2 aku menjaga mertua ,sempat menemani  mak selama 4th tapi aku tak berkesempatan walau sekejap pun menjaga bapa.Perginya dalam suasana kemeriahan hariraya lagi,baru beberapa hari kami berkumpul meraikan aidilfitri bersama..... tanpa diduga ....tanpa menyusahkan anak2 atau emak sekalipun.Kami kembali semula ke kampung hanya dapat mencium pipinya yang telah sejuk....

Begitu lah kehendakNya...Sesungguhnya ajal dan maut hanya Allah yang mengetahui.
kini aku hanya mampu merinduinya ....Al fatihah untukmu.

Friday 13 June 2014

Selamat ulangtahun kelahiran ...

Assalammualaikum
Di hari Jumaat yang mulia ini syukur Alhamdulilah aku masih menghirup udara kehidupan lagi ,masih diberi kesempatan  melihat anak2 meniti kedewasaan .Hari ini genaplah Fateha 20tahun ,walaupun ketika ini dan saat ini dia tdak bersama kami....sedang menghadapi peperiksaan akhir sem.
13hb Jun 1994 bersamaan 2 Muharram lahirnya ke dunia si abang baru saja berusia 1tahun 2 bulan.Setelah lebih 5tahun menanti zuriat lengkaplah keluarga kami dengan sepasang cahayamata.Ketika itu si abang belum pun pandai berjalan ....agak kelamkabut juga kehidupanku menjaga anak2 yang masih kecil dan siabang masih memerlukan perhatian .Kiri kanan terpaksa menghayun buaian ....silih berganti meragam apatah lagi ketika tidak sihat.Namun kini terasa begitu pantas masa berlalu .....tanpa sedar mereka sudah pun melangkah ke alam kedewasaan....Sekarang Fateha  dan si abang menuntut di IPTA yang sama dan Insya Allah akan graduet pada tahun yang sama.Selamat Hari Lahir Fateha ....semoga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat...doa ayah dan emak sentiasa mengiringi kehidupan anak2.

KENANGAN2 SILAM;

Tuesday 10 June 2014

sudah membuahkan hasil...

ASSALAMMUALAIKUM
Semenjak dua menjak ni cuaca agak lembap dan hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi, Pokok2 sayuran dan cili yang aku tanam sepokok dua begitu subor menghijau menikmati anugerah cuaca ....tak perlu aku menyiram setiap hari.Pokok bendi setiap hari harus dipetik kerana kalau lalai sehari saja buah nya dah tua .Atiqa memang peminat tegar sayur bendi ni ,hari2 sayur bendi pun tak apalah kata dia ,oleh itu terpaksalah pelbagaikan masak sayur bendi ni setiap hari,hingga aku pun tak tau lah nak masak macamana lagi .Sementara dia belum kembali ke asrama ni makan je lah bendi hari2...pada kawan2 blogger (ada ke?) biasanya bendi ni masak pe ya ?


daun cili yang begitu menghijau.hanya mengunakan baja organik dan tanpa racun perosak.

 cili api juga begitu lebat berbuah ,hampir setiap hari aku petik untuk jadikan bahan masakan atau buat nasi goreng pedas2 gitu...petik cili segar dari pokok lagi.
Cuba untuk menanam sayur kailan ,sudah nampak hasilnya apabila anak2 pokok sudah mula membesar bila disirami hujan hari2....bukan nya banyak pun hanya beberapa pokok  ,saja mencuba walaupun tak minat makan kailan.
suka bila melihat apa yang ditanam telah membuahkan hasil walaupun tak seberapa tapi cukuplah untuk kegunaan sendiri.

Friday 6 June 2014

bola ...bola...

ASSALAMMUALAIKUM
Budak2 di rumah ni sibuk sangat memperkatakan pasal bolasepak . .Apalagi perlawanan bola final antara Pahang dan felda United  untuk piala FA akan diadakan satu dua hari ni ....ntahlah aku pun tak begitu tahu pasal2 bola ni dan tak berminat nak mengetahui dan menonton .Di rumah ni bila ada secara langsung  perlawanan bola di TV baik anak lelaki atau perempuan sama saja teruja ...Si ayah biasa biasa saja melayan anak2 ,tak lah begitu fanatik.Aku?....aku lebih suka menjauhkan diri menonton rancangan2 lain di TV kecil atau pun cuba melelapkan mata di bilek.Tapi kalau dah namanya perlawanan mana lah tak mengugat santai aku ....kejap2 bunyi GOLLLLL.......walaupun tak gol2 pun...
La ni asyik duk tanya emak sokong siapa?.....Malas dah nak jawap soalan2 yang tak perlu aku jawap pun....Tapi dalam hati berkata juga kalau dah kahwin anak peneroka tentu lah Felda yang jadi keutamaan, tak mahu lah derhaka pada felda pulak.....apa2 pun tunggu dan lihat saja lah nanti masa perlawanan....




Wednesday 4 June 2014

kisah hari ini dan dulu.

ASSALAMMUALAIKUM
       Baru balik dari ziarah kawan yang kehilangan ibu tersayang awal dinihari tadi.Bila balik ke rumah anak2 masih menonton TV .Jam dah pun 10.30 pagi dan sekarang ni pun dah pukul 12 lebih tapi eletrik masih ada lagi walaupun dah bagi notis bagitahu bekalan letrik akan terputus dari jam 10 hingga 7 petang pada 4hb ni.Tapi Alhamdulilah hingga saat ni masih ada lagi....kalau tidak anak2 lah yang paling boring duk rumah .Camna pun seawal pagi aku dah memasak dan mengisar apa yang patut....
Teringat zaman budak2 dulu kampung kami agak lewat dapat bekalan letrik ,masak memasak ni pakai kayu api atau dapur arang saja....jenuh lah meniup api bila kayu2 basah,..merah2 mata dek penangan asap.Nak makan pedas kena lah rajin menumbuk ....sampai pijar2 tangan dan selalu  juga biji cili terpercik ke mata....Bila malam belajar berteman pelita...bila tertidur disebelah pelita ....bangun lubang hidung hitam dek jelaga...
Bertapa bertuah nya anak2 sekarang......


                                                       SUMBER :GOOGLE IMAGES

Tuesday 3 June 2014

tak tahu beza

ASSALAMMUALAIKUM




Bila suroh anak petik ulam raja untuk ulaman juadah tengahhari terfikir pula daun apa lah yang dipetiknya nanti sebab pokok bunga tahi ayam (marigold) pun ada ditanam di tepi rumah .Daun ulam raja dengan daun bunga tahi ayam ni kalau tak perhati betul2 memang serupa .Mujorlah pokok bunga tu sudah ada berbunga kalau tidak berulam kan  pucuk bunga tahi ayam lah  kami....