ASSALAMMUALAIKUM
Sambil menunggu Iman balik sekolah ,sempatlah belek2 pokok2 bunga ....agak banyak juga bunga2 berkembang walaupun lebih banyak tanam pokok2 berdaun saja....kes malas nk jaga lah ni.Tapi bunga2 masih mampu menyerlah walau kurang perhatian.
bunga ni menarik perhatianku ,dah lama aku tanam baru ni lah muncul bunga ,tak tau lah apa ke nama bunga ni.Ambil benih dari rumah arwah makayah satu ketika dulu .
Inilah rupa daunnya seperti pokok nenas tapi tak berduri.Daun2nya pun rompong sana sini mungkin dimakan ulat2 daun.Melihat kan selama ini tak pernah berbunga aku biarkan hidup nya tanpa belaian....
bunga ni pun berasal dari kampung ,jiran arwah mak yang bagi.Sentiasa berbunga sepanjang tahun ,aku suka tanam pelbagai jenis bunga tapi nama bunga2 tak pernah tau pun.Biasanya bunga2 yang bawa dari kampung agak unik .La ni pun bunga2 nya lebihkurang 6 inci panjang ,berbulu macam ekor kucing....
pokok bunga ni seingat aku lebih tua dari usia Iman ,dah tak tanam dalam pasu lagi ,agak besar tapi ada yang baik hati selalu cantas bila dah agak tinggi.
bila dah masa ia berbunga berkembang sana sini....dah tuadan kering boleh jadikan benih ,tabur je mana2 yang suka.
orkid ku baru nak menyerlah ,cuti sekolah tempohari hero2 aku main bola ......bila lihat... ini je yang tinggal....masing2 tak mengaku...grrrrr.
Adalah juga lagi bunga2 lain turut berkembang ...kalau setakat nak mandi bunga 7 warna lepas dah.....
Bunga ekor kucing tu nostalgia buat kakak tau SI. Dulu rumah arwah atok kakak ada tanam pokok ini sebelah kolam. Masa main sembunyi-sembunyi kakak tercebur dlm kolam gara-raga nak sembunyi balik pokok bunga inilah. Kalau dah membiak kan dia besar dan rimbun bawah itu yg buat tempat menyorok:)
ReplyDeleteYg macam bunga kantan tu cantiklah SI. Kakak terpikat pulak.
heeh....nak masuk sekali bunga ekor kucing sekali dalam besen ke SI...hehe....
ReplyDeleteharus gatal satu badan nanti tu hehe....OKje suka bunga SI tapi malas nak tanam....camne tu dah katanya pemalas hehe
kakzakie ....taktau pula bunga ekor kucing tu boleh besar merimbun sebab suami saya pantang pokok besar sikit habislah togel dikerjakan ....yg mcm bunga kantan tu kalau tengok pd daunnya mcm malas nk tanam ,tapi bila dh brbunga cantik dan unik lah pulak....
ReplyDeleteHainom.....kalau nk cuba apa salahnya....lepas tu siap lah mengaru...
banyak bunga kaler merah..berseri laman kan..
ReplyDeletemusim panas pokok perlukan air lebih,klau tak daun kuning gugur dan jadi sampah..
ReplyDelete