Total Pageviews

Tuesday 24 October 2017

Kacang pool,air tembikai

Assalamualaikum
Pagi Ahad hantar Iqa ke Terminal Larkin untuk kembali ke U.Dengan cuaca panas ting ting ,dengan jalan yang sesak ,nak sampaikan ke Terimal yang tinggal tak sampai 1 km pun mengambil masa setengah jam.Tiba pun dah cukup2 10.30 pagi ,apa lagi terkejar2 lah mencari tempat bas yang dia nak naik.Mungkin baru lepas cuti....aduhai ramainya manusia....apatah lagi dengan keadaan terminal yang sedang di renovat.Stress dibuatnya!.
Bila bas yang Iqa naik dah jalan ,aku yang menghantar bersama anak sulong terus berlalu.Ingatkan Arif nak terus balik ,rupanya dia bawa singgah ke restoran 'Kacang Pool Haji'.Aku ok je perut pun dah mula lapar dan dahaga sangat .Tempat duduk penuh,melilau juga mencari tempat kosong.Ada yang bangun je terus cop dulu tempat duduk.

Bila tiba je air yang di order,slruppp....ahh segarnya rasa tekak dengan segelas air tembikai.Arif minum teh tarik aje. Yang istimewa nya ' haji ' sendiri yang menghantar ke meja kami.Segelas ais kosong percuma juga diberi tapi tak terusik pun.
 2 mangkuk kacang pool
Licin kami makan .Lebih menyelerakan bukan sebab lapar pun tapi anak belanja dari hasil titik peluh nya tu yang istimewa nya.

Saturday 21 October 2017

Hukum sujud atas telekung.

Assalamualaikum
Untuk peringatan diri sendiri juga
Sumber: telegram
*Hukum sujud di atas telekung*

📌Jika seseorang sujud di atas sesuatu yang menghalang antara seluruh dahinya dengan tempat sujud maka solatnya tidak sah jika penghalang itu bersambung dengannya atau atas tanggungannya seperti hujung pakaiannya yang mana pakaian turut bergerak apabila dia bergerak ketika berdiri dan duduk.

📌Fakta di atas ada dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam karangan beliau “al-Minhaj al-Qawin”:

ﻭﺷﺮﻃﻪ ﻋﺪﻡ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻰ ﺷﻲء ﻣﺤﻤﻮﻝ ﻟﻪ ﺃﻭ ﻣﺘﺼﻞ ﺑﻪ ﺑﺤﻴﺚ ﻳﺘﺤﺮﻙ ﺑﺤﺮﻛﺘﻪ ﻓﻲ ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺃﻭ ﻗﻌﻮﺩﻩ ﻓﺈﻥ ﺳﺠﺪ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﺎﻣﺪا ﻋﺎﻟﻤﺎ ﺑﻄﻠﺖ ﺻﻼﺗﻪ ﻭﺇﻻ ﻟﺰﻣﻪ ﺇﻋﺎﺩﺓ اﻟﺴﺠﻮﺩ

Maksudnya: “Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.

📌Berdasarkan kenyataan Imam Ibnu Hajar di atas, maka jelas bahawa wanita yang sujud di atas telekungnya sendiri maka sujudnya tidak sah, apabila sujud tidak sah maka solat juga tidak sah. Ini kerana telekung yang dipakai bersambung dengan dirinya atau ditanggung olehnya, malah turut bergerak dengan pergerakkannya.

Monday 16 October 2017

Kasih ayah

Assalamualaikum
Keempat2 anak bila dah melangkah sekolah menengah semuanya tinggal di asrama kecuali anak sulong  yang masuk selepas PMR.Tiga dari mereka selama mereka tinggal di asrama tak pernah sekali pun balik sendiri atau menggunakan kenderaan awam.Walaupun asrama Fateha dan Iqa masa tu tak jauh mana pun dari rumah tapi tetap kami jemput dan menghantarnya walau sesibuk mana pun.Tapi bila dah time Azim ni apatah lagi dah sekolah di JB ,terpaksa lah banyak berdikari bila waktu balik selalu lah mengheret beg untuk naik bas.Kadang kesian juga bila terpaksa berjam2 menunggu bas tapi tu lah nak buat macamana kudrat si ayah dah tak sekuat dulu nak mengejar waktu antara kerja dan anak.Bila kena masa yang sesuai baru dapat menjemput nya sendiri.Seperti Jumaat lepas dia balik pagi ,terpaksalah balik sendiri....berjam juga menunggu bas kat Terminal Larkin .Tiba rumah pun dah tengahhari....tau mesti dia lapar ,awal2 dah aku masak kan lauk febret dia.....asam pedas ikan mayong & ayam goreng.

Azim kata tak lapar pun sebab dah sarapan nasi lemak  KFC di terminal tu .Tapi bila tengok asam pedas dah tak menahan nak makan...
Seperti biasa lah si ayah bila tahu anak nya balik sendiri setiap jam asyik telefon bertanyakan Azim dah tiba mana.Padahal anak tu dah besar dan dah biasa naik kenderaan awam.Sebenarnya pada aku lebih suka anak balik sendiri supaya lebih berdikari dan berani .Tapi sebelum ni anak2 yang lain memang tak rasa lah.Dah duk U barulah tahu naik2 bas ni.
Seperti minggu ni memandangkan Fateha ada sikit masalah ,dia perlu berulang dari rumah ke tempat kerja setiap hari.....Si ayah sanggup mengambil dan menghantarnya walaupun terpaksa melewatkan waktu ke tempat kerja.Bukan perjalanan yang pendek ,kalau nak dikira hampir 160km bila dah berulangalik.Katanya nak melatih Fateha memandu kereta sendiri untuk ke tempat kerja kelak.Memandangkan bila dah kata menghala ke JB memang tak dapat tidak pasti jem setiap hari.
Setelah anak sulong  dapat kereta dari majikan,kereta dia dah tak pandang lagi.Jadinya Fateha lah yang menggunakan sekarang.Masalahnya kereta nya manual dengan keadaan sesak setiap hari si ayah cukup bimbang dengan anak dara sorang ni.
Apapun aku mengharapkan suami  sentiasa diberikan kesehatan yang baik. Semoga dia terus sehat.....walaupun oktober ni dah setahun peristiwa heart atacck nya,namun trauma pada kami masih tak hilang lagi.

Thursday 12 October 2017

Kaki ayam

Assalamualaikum
Seperti biasa aku kalau membeli ayam selalunya pasti di Peladang Biz Centre.Lebih rasa terjamin dan tak ragu2.Walaupun ayam2 nya dah difrozen kan tapi masih segar.Dan bagi aku lebih banyak pilihan untuk membelinya.Kepak,punggung ,whole leg ,dada ,chicken chop,dan berbagai lagi semuanya dah dipack sekilo2.Ada je ayam seekor2 gitu tapi tak kuasa lah mak nak memotong nya sendiri di rumah....
Selalunya aku beli ayam potong,whole leg dan punggung( bukan tongkeng tau) ....bahagian bertulang ,kalau isinya banyak buang dari makannya nanti.
Sebenarnya semalam aku ada beli juga sekilo kaki ayam .Dah pun bersihkan tapi tak tau nak masak apa.
Tentu ramai juga yang tak makan kaki ayam kan....seperti juga anak kat rumah ni,Iqa kata mak tau tak ia pijak apa....hishhh geram betul dah dia tak makan banyak  mulut pulak.Padahal kaki ayam tu kan ada'stokin' nya....
Kaki ayam ni sebenarnya banyak khasiat .....kalau nak tau 'google' lah ya.Malas lah pulak makcik ni nak terangkan panjang lebar.Sebab tu bangsa cina suka makan kaki ayam .Teringat masa kerja dulu di kantin tempat kerja yang bossnya cina,hari2 ada kaki ayam masak kicap.
Yang sukaaa sangat makan kaki ayam kat rumah ni Fateha lah.Biasanya kalau dia balik selalu lah ada masak kan kaki ayam .Tak jadi lauk dah,meratah je dia.
Iman pun suka ....tapi untuk hari ini tak tahu pulak menu apa nak dimasak dengan kaki ayam ni.Kalau nak tau seeloknya rebus dulu sebelum dimasak .Buang air rebusan dan baru lah boleh masak ikut suka.
Pernah juga buat kerabu,masak sup,kari dan kicap ....harini nak masak apa pun xtau lagi.
Ok lah makcik dah penat membebel ni ,nak ke dapur dah ni nak teruskan projek kaki ayam ....hihiii.

Tuesday 3 October 2017

Ikan siakap kukus

Assalamualaikum
Walaupun hanya 3 beranak di rumah ,bila nak masak pening juga nak fikirkan menu apa .Apatah lagi dua beranak ni banyak sangat tak makan nya.
Ni menu minggu lepas.Ikan siakap kukus....makanan sehat dan mudah disediakan.Febret encik suami.Berkali kali menambah nasi,Alhamdulilah suka melihat dia berselera.Mengukus pun senang sambil tanak nasi ,sambil juga mengukus ikan.Bila nasi masak ikan pun dah siap dikukus....senang kan rice cooker sekarang ...boleh masak nasi dan mengukus sekali.Tukang masak pun apa lagi ....relax memanjang le :-).
Mudah je nak mengukus ikan siakap ni.
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili merah
Tomato( tak letak )
Daun bawang
Semuanya dihiris dan tabur atas ikan yang telah dilumur sikit garam.Sebelum mengukus perah kan sebiji dua limau ke atas ikan. Lepas tu kukus lah hingga masak.
Mudah kan...budak sekolah rendah pun boleh buat.