Total Pageviews

Monday 30 November 2015

penat tapi bahagia

Assalamualaikum
Selesai sudah kenduri kesyukuran untuk Iman pada Jumaat lepas... .Alhamdulillah tetamu melebihi dari yang dijangka.Seronok melihat sorang sorang tetamu melangkah masuk Seperti biasa majlis dimulakan dengan zikir munajat dan diakhiri zikir taubat nasuha.
Seperti yang dah dirancang kami
 sediakan nasi ambeng .Tapi aku rasa ini lah kali akhir masak sendiri ....bukan pe ingatkan kudrat masih mampu rupanya diusia2 kini rasa kepenatan tahap maksima walaupun anak perempuan dua orang ni ada tolong juga dua tiga kawan lagi datang sejak pagi lagi.Lepas ni nampaknya majlis kecil / besar kenalah order je...


Semasa majlis tak sempat nak snap gambar dek kerana  terlalu sibuk....lagipun henpon aku pun tak tau mana letak nya .Cuma Fateha masa menghidang ambil peluang amik beberapa gambar lauk walaupun gambar agak gelap ...
Seperti biasalah menu untuk nasi ambeng: ayam kicap,serunding,sambal goreng jawa,sambal udang,kerabu pucuk ubi/tauge,kacang panjang tumis ikan kering bulu ayam.
Sebagai adat tanda kesyukuran buatkan juga pulut kuning berlaukkan kari ayam.
Memang kepenatan amat bila kena masak sendiri tapi satu kepuasan bila melihat mereka suka apa yang kita masak....Alhamdulillah.
Awal pagi baru selesaikan periuk belanga yang dah menunggu untuk disental...yang penting bahagi2 kerja dengan anak2 ,baru kerja jadi ringan...
Budak berkhatan tu pulak sibuk mengira pulus yang dia dapat ....sukanya dia hilang dah rasa sakit....












Tuesday 24 November 2015

persiapan kenduri.

Assalamualaikum
Alhamdulillah Iman dah beransur sembuh...wlpun belum boleh melenting2 lagi.Seharian terbaring buat dia bosan amat walaupun buku cerita ,gajet2 ,tv dihadapnya sentiasa namun naluri anak2 yang nak main dengan kawan2 diluar sana melonjak dalam jiwa nya.Mudah2an minggu ni dia dah betul2 sehat.
Sekarang ni aku yang agak sibuk  untuk persiapan kenduri kesyukuran Jumaat ni.Seperti yang hainomokje tanya nak masak apa ?.Ntah lah mula2 pening gak nak fikirkan ,nak guna khidmat catering rasa tak perlu kot dengan tetamu sekadar 30/40 org.Aku cadang nak buat nasi ambeng saja,mudah dah tak membazir....makan sikit lebih, masing2 boleh bungkus bawa balik.Walaupun aku bukan anak jawa tapi dah biasa dengan nasi ambeng ni cuma sejak tinggal disini jarang sekali jumpa ....semua dah gunakan bufet walaupun msjlis kecil besar.
Ayam dah pun aku tempah dengan orang pejabat peladang lebihkurang 20 ekor....safe budget ayam potong baru 11 rm sekor.Barang2 kering seperti kentang ,bawang ,lada kering dah standby kat dapur.Goodies untuk buahtangan tetamu juga dah beli...
                         Foto: beg2 kecil purple pilihan hati
Tapi bila check list banyak lagi barang belum beli....huhuuu pening2',belum lagi nak kawen kan anak pun.! ...Nak memikirkan  lauk pauk untuk nasi ambeng juga satu hal ,biasanya kan ayam ,serunding ,sambal jawa ,mee goreng ,sayur kacang ,ikan kering ....Apa lagi ya????.
Hahaaa...nak masak bagai2 pun kesian pulak budak Iman ni masih dalam pantang.Nak tunggu dia betul2 pulih Iqa pulak nak kembali ke U.Ni pun kakak dengan abang dia pun tak dapat balik...cuti dah tak sama camni memang susah nak kumpul  semua.
Harap semua berjalan dengan lancar almaklumlah sekarang ni musim hujan....

Monday 23 November 2015

Meniti remaja

Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai sudah Iman berkhatan semalam...semua berjalan dengan mudah apatah lagi dia dah begitu teruja sejak pagi lagi dah bersiap untuk ke klinik.Sebenarnya sejak tahun lepas lagi dia nak berkhatan tapi ketika itu pun aku sendiri kurang sehat .Tiap hari bertanya bila nak berkhatan....akhirnya tercapai sudah kehendaknya pada pagi 22 nov semalam.

Budak2 sekarang ni berkhatan mudah je dengan peralatan moden  dibandingkan zaman dulu bila berkhatan di rumah dengan menggunaka batang pisang ,abu (aku pun tak tau untuk.apa sekadar melihat persiapan orang2 dulu masa nak berkhatan kan anak mereka)...Bila dah berkhatan di rumah ada juga kes tumpah darah yang agak teruk....tapi biasanya mereka atasi cara tradisional juga
Berbalik pada Iman tadi bila dah terbaring seharian ,merungut pulak kebosanan....ialah selalu melenting sana sini.Dalam rumah pun pun jadi main bola sepak sama abangnya.....waktu2 gini lah aku dapat rehat membebel kat dia orang....

Sekarang Iqa masih lagi cuti,kena lah jadi 'Kak Ros' dalam Upin Ipin ....kena suruh ambil itu ini untuk dia.Kata Iman ,Iqa tak boleh marah2 ....
Minggu ni pun aku agak sibuk buat persiapan majlis kesyukuran untuk Iman juga majlis tahlil sekali ,sementara Iqa belum kembali ke U ,kalau tidak payah juga takde siapa nak tolong serba sedikit.
Alhamdulillah...anak kecil kami kini sedang meniti alam remaja.

Thursday 19 November 2015

bila Iman pergi rombongan.

Assalamualaikum
Hari selasa lepas pukul 10 malam Iman baru balik dari rombongan sekolah ke Kluang walaupun tak lah jauh tapi begitu teruja kerana pergi ke sana dengan naik keretapi dari stesen Kulai.Yang cikgu2 bawa pergi ni pun murid tahap 1,walaupun agak sukar nak mengawal nya tapi guru yang ikut serta pun agak ramai...
Sunyi satu hari tanpa suara Iman di rumah.Yang Iman pun walaupun bawa henpon ,susah nya nak call ....Anak bertuah tu siap telefon pagi tu katanya mak tak payah telefon dia ,dia sibuk ...nanti Iman yang telefon mak aje....aku tunggu2 sampai petang tak call balik...udahnya pesan anak jiran yang ikut rombongan sama dia...barulah dengar suara dia telefon kita orang kat rumah .
Bila pergi Kluang dah tentu melawat tempat2'pertanian...biasalah Iman tak pandai nak snap2 gambar ,cuma haiwan ni je yang berkenan dimatanya yang sempat di snap dengan henpon cikainya tu.

Budak2 ni singgah lah juga ke pekan Air Hitam untuk membeli belah.Tapi Iman tak de lah beli apa pun sekadar makan je dengan guru kumpulannya .Lagipun dah pesan tak payahlah beli2 buah tangan... apa lah dia tau utk membeli.Apapun cikgu dia ada belikan sorang sebiji mug untuk cenderahati.
Katanya singgah juga di Tropikal Village sebelum ke Air Hitam.Tempat ni dah lama wujud sebelum Iman lahir lagi.Dulu masa anak2 yang lain masih kecil selalu juga bawa ke sini tapi tak terfikir pulak sekarang ni masih beroperasi dengan lebih menarik...biasanya lalu seperti suram je tempatnya.Seperti biasalah Iman bukan nya kisah nak abadikan gambar kenangan di tempat tu.
Foto tropikal village :sumber google

Semalam juga cuti hari Hol di Johor ni ,seharian bawa dia jalan2 ,makan2 ...konon2'nya nak menghabiskan hari2 terakhir zaman kanak2 nya...lepas Ahad ni Iman dah meniti remaja....nak berkhatan sudah!.













Monday 16 November 2015

cerita hari Ahad.

Assalamualaikum
Pagi Ahad yang agak sibuk , Fateha dengan abangnya nak balik U selepas seminggu cuti. ..katanya nak balik awal pagi ,khuatir jem diperjalanan kelak.Harini juga ada majlis anugerah cemerlang di sekolah Iman.
Lepas suboh je dah kena menyediakan bekal utk yang berdua tu...alakadar je tak sempat nak masak bagai ,yang penting nasi putih mesti ada...kesian takut mereka tak sempat ke cafe haritu.
Dalam aku bersiap untuk ke sekolah Iman sempat juga Fateha masak speggati untuk sarapan dengan menu ringkas sos speggati yang sedia ada ditambah sosej dan cendawan butang.Cukuplah untuk alas perut sampai mereka tiba nanti.
Lepas mereka bertolak aku pun bergegas ke sekolah.Walaupun tak lah lewat sangat tapi semua kerusi dah penuh  kenalah berdiri sekejap tunggu kerusi2 lain dibawa turun ke dewan .
Hanya dapat snap gambar Iman di kejauhan berbaris menunggu giliran naik pentas.Ketika berbaris ni juga hujan turun agak lebat......maklumlah dewan terbuka.Masa kat pentas pun tak sempat nak snap bila tengok ramai ibu2 muda agak berpusu2 ke depan nak mengabadi kan kenangan anak2 mereka.Aku ibu tua ni taklah begitu teruja ....dah banyak pengalaman lalui.Nak gambar juga kena lah tunggu cikgu share kat FB.


Seperti biasa lah dapat piala ni dengan sijil....menambah koleksi sedia ada.

Friday 13 November 2015

Hepi Bezday ayah!

Assalamualaikum
13 Nov,hari Jumaat yang mulia ni
bertambah setahun lagi usia insan yang jadi tunggak keluarga kami.Semoga ayah kepada anak2 ku dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik sentiasa..
Ayah mereka tak pernah kisah pun ulangtahun hari lahir nya...anak2 je yang beria....nak2 Iman ,minta belanja makan katanya...tak faham aku hari lahir siapa yang sebenarnya ni...huhuuu.
Seorang yang cool.apatah lagi dengan anak2 dibandingkan aku yang sesekali boleh jadi singa jika dah naik angin....hahaa.
   Foto:        Begitulah juga sikap suamiku .








Thursday 12 November 2015

xtvt dapur

Asallamualaikum
Bila anak2 semua ada kat rumah dah tentunya xtvt kat dapur pun agak meriah...pendek kata api dapur pun tak boleh nak rehat...seminggu ni tugas Fateha lah sementara cuti .

Beberapa hari yang lepas bersarapan dengan ubi rebus..sukanya budak2 ni makan  sehingga kan makan tengahhari pun dengan ubi.Aku yang menjamah seketul dua buat sarapan pun dah masuk angin sampai ke malam.
Juga sarapan beberapa hari lepas laksa goreng ,untuk Iman mee goreng tentunya tak pedas.

Untuk minum petang semalam roti pizza  tapi yang dalam PA ni hanya tinggal baki ...kurang bahan ,sebelum tu tak sempat nak snap gambar dah licin tak sampai beberapa minit pun.

Sambil buatkan adik2'roti pizza sempat juga Fateha buat cheese cake kukus....tak tahu nak mendeko di bubuhnya susu manis ,ditaburnya milo krunch...hahaaa apa saja lah nak oii janji sedap.
Iman lagi lah disurohnya Fateha buboh buah lokam kat kek tu...katanya kan merah  rupa macam ceri....ada ke patut.
Pada yang tak kenal buah lokam ...ni lah rupanya ....rasanya masammm,ada biji2 halus didalam nya.Aku memang ada tanam pokok ni ,ambil benih dari kampung...saja tanam utk anak kenal pokok2.

Wednesday 11 November 2015

ke Agro Petanian dan Nelayan

Assalamualaikum
Bukan senang kami sekeluarga ni dapat jalan2 sama...sorang ada sorang takde ,lagi lah anak sulong payah beno nak balik cuti ada saja pratikal atau kelas ,kadangkala berbulan2 tak dapat balik.
Bila dah ada semua ni ,seronok sikit jalan sekeluarga.Ambil peluang ada Agro Petanian dan Nelayan di Kluang ...ke sana lah kami ...sambil jalan2 boleh tambah pengetahuan di pameran sana.Bila dah sekeluarga bukannya boleh satu kereta lagi dengan anak2 yang dah beso2 ni....apatah lagi dah terlebih muatan.Seperti biasalah aku dengan Iqa naik kereta anak sulong ,sementara budak2 ber3 tu dengan ayahnya.
Semalam hari terakhir lagilah ada cuti depavali ...punyalah payah nak parking kereta,setengah jam juga lah baru dapat tempat,itu pun jauh nun....kena menapak lah kami dengan terik mentari tengahhari.Nasib baik ada jalan shortcut..


Seperti biasa lah jika ada pameran petanian ni dah tentunya  bsnyak barang berasaskan pertanian ,jangan tak tau kain baju pun banyak ...itulah yang aku tak faham !.
Dari satu booth ke satu booth kami redah...budak2 ni apalagi  setiap booth yang sediakan sample makanan semua dia bedal...percuma katanya.Di booth kek sarawak berbagai kek yang dapat dirasa...pendek kata kenyang lah juga part merasa2 ni.
Hasrat hati aku nak beli pokok belimbing buloh tapi dah habis pulak ,tak nak menghampakan hati sendiri beli lah satu pokok limau purut....
Kalau dah pi sini ,tak beli orkid rugi pulak rasanya ...capai juga lah 3 pokok walaupun rambang mata tengok orkid berbagai ...cantekkk.Kalaulah kak zai tengok pasti suka sangat bab orkid2 ni kan kak zai....



Bila balik rumah Iman kata" sikit nya mak beli pokok".Mana tak nya beli makanan je lebih...yang makan kat sana lain ,yang makan dalam kereta lagi .Sudahnya bila singgah rumah makcik mereka kat Simpang Renggam dah tak larat makan  makanan yang terhidang.

       Di gerai makanan dengan cuaca panas terik Fateha beli kan air jambu batu asam boi 7 bekas ...   terlupa dia ayahnya tak minum ais....apa pun habis juga penangan budak2 ni kehausan.Mujor ada kerusi meja yang disediakan kosong...dapat lah melepaskan lelah sekejap....sambil makan2.

            Nasi ayam untuk aku  dengan anak2 lelaki ,yang gegirl2 makan meehoon  sup je....tak larat nak beratur panjang .Nasi yang penuh pinggan tak siapa boleh habiskan kecuali azim .Akhirnya semua berkongsi ....apatah lagi ayahnya beli karipap giant ,Azim beli sotong giant goreng...haaa masa balik dah tak larat nak panjat bukit pi tempat parking !
Lepas ni tak tau lagi bila boleh jalan2 sama keluarga lagi.

Monday 9 November 2015

bila anak2 cuti.

Assalamualaikum
Selamat bercuti pada yang dah mula bercuti sempena deepavali....budak2 sekolah juga,dapat cuti agak panjang juga...bagi yang dah pekse cam Iman ni memang enjoy beno tapi pada anak2 diluar sana yang masih SPM tentu masih belum dapat relax.
Seminggu ni anak2 semua ada kat rumah...masing2 cuti ,Walaupun semua ada di rumah suasana seperti biasa saja...kalau riuh pun suara Iman dengan Iqa je yang lebih....Bila dah ramai2 begini dapur pun tak pernah kering...anak2 ulangalik ke dapur cari makanan utk di kunyah.Mujorlah Fateha dah suka bab2 memasak ni ,dapatlah aku rehat sikit...kalau tidak alamat bersilatlah jawabnya.
Hari pertama mereka balik dah tentu kainbaju setimbun kena basuh...nak2 yang sulong tu duk mengangkut baju kotor satu bagasi...dah rupa kedai dobi bila jemur diampaian.
     Masa nak menyidai sempat Iman berangan ...kepunyaan abangnya .Ceminmata aku pun dirembatnya!
Masa balik haritu ada suprise dari Fateha .
Kek aiskrim untuk Iqa dan ayahnya walaupun bezday Iqa dah pun berlalu 1 Nov lepas ,ayahnya pulak 13hb nanti....haha aku pun dah lupa 13hb tu.Kek yang sedap walaupun takde rupa yang cantek...rasanya sedap apatah lagi bila semua anak2 ada ....sekali hadap je .
Walaupun takde hari istimewa untuk aku Fateha beli kan sehelai blouse ,dah pun aku pakai ....mujor tak jadi 'sarung nangka 'lagi,kalau tak pasti merajuk seperti tak hargai pemberian dia....ialah takde sapa suroh pun beli tanpa empunya diri.!


Friday 6 November 2015

gurau

Assalamualaikum
Untuk menceriakan diri sendiri juga
Sumber:facebook

Thursday 5 November 2015

semakin mencabar

Assalamualaikum
Tahun ini sekolah Iman adakan peperiksaan agak awal ,keputusan juga dah pun diketahui.Alhamdulilah, walaupun dalam keterlekaan aku memberi perhatian pada pelajaran nya dapat juga dia.meraih tempat ke2 keseluruhan seperti tahun lepas.Surat dari sekolah untuk anugerah cemerlang pun dah diberi wlupun 15Nov  majlisnya....
tak seperti tahun2 sudah kadang sehari sebelum majlis baru nak hantar surat pada ibubapa.Tahun ini juga pengalaman pertama kali ada hari terbuka sebanyak 3 kali dalam setahun ...untuk ujian awal tahun ,setengah tahun dan akhir tahun pada 8hb kelak.
Buku teks pun dah dapat semalam.Excited beno Iman tengok buku2 yang dia bawa balik tu.Aku juga terbelek2 tengok isi2 yang terkandung.Bukan apa lain beno dengan buku2 anak2 yang lepas2.Apatah lagi jarak umor Iman dengan abang kakak dia agak jauh.sukatan pelajaran pun dah berbeza....dah rupa sekolah menengah gayanya bila tengok ada buku teks yang tak pernah ada sebelum ni.Masa balik sekolah terbongkok2 bawa beg yang sarat dengan buku....apataknya 16 buah yg dikendong.
Harap Iman dapat harungi dengan cekal pelajaran yang lebih mencabar di tahap 2 kelak dan tahun2 seterusnya....jika sebelum ni murid2 agak mudah nak peroleh markah yang cemerlang ,tapi sekarang bila dah guna pentaksiran banyak kena gunakan otak untuk berfikir....takde lagi dah soalan ABC yang nak ditenyeh ....Tak dapat 85 peratus keatas ,jangan harap dapat A.
Apapun harapan mak ,Iman boleh!


Wednesday 4 November 2015

Tali...

Assalamualaikum
Sekolah dah hampir sampai kepenghujung  bila dah menjelang Nov ni.Dah abis pekse ,tibalah masa nak pulang buku teks.Sekolah Iman tahun ini sekolah agama pun diberi pinjaman buku.pada semua murid.Bila masa nak kemas2'buku sibuk lah mencari tali .Biasanya tali plastik (tali rafia) lah yg digunakan."cikgu kata suroh ikat  dengan tali Rokiah"kata Iman masa sedang kemas."Haa..pergilah rumah tokyah sebelah tu ,minta tali dengan bini ustaz ,kan nama nya Rokiah"saja aku jawab dengan selamba."mak ni....buat lawak pulak" ...kata dia.
Hahaa...padan muka sebut pun tak betul!

Tuesday 3 November 2015

Jalan2 ke Rengit

Assalamualaikum
Iqa kata sempena ulangtahun kelahiran dia tak mau apa2 cuma nak pinta ayahnya bawa jalan2.Bila ayah nya cadang kan ke Aeon makan2 tak mahu pulak.Katanya nak ke Rengit boleh jalan2 makan2 di sana.
Sebenarnya dia benak hati aku pun rindu sangat dengan daerah kelahiran aku itu.Suka sangat perasaan aku bila iqa nak ke sana.Betul2 tak singgah rumah sesiapa ,tiba di pekan Rengit pun dah hampir asar.Kata Iqa kita singgah kubor atuk nak tak tapi  cuaca ketika itu dah mendung ,sekadar melihat dari kejauhan saja ....
Suami aku berhentikan kereta di tepi jalan dan mengajak kami duduk sekejap kat wakaf ditengah sungai ni.Aku ni jenis orang yang gayat amat ,walaupun terpaksa mengikut kehendak budak2 ,tak mampu aku bertahan...apatah lagi melihat pagar nya ada yg dah tertanggal.Dah terlampau gayat tak boleh nak duduk selesa ,terbongkok2 aku menahan wlpun digelak mereka tapi ikut saja aku yg mahu segera beredar.
Sebelum nak ronda2 pekan Rengit ni singgah sekejap di masjid untuk solat asar.Aku dengan Iqa tunggu dalam kereta ...sambil melihat2 pada mereka2 yang turun naik dari masjid.Walaupun ini kampung ku tapi tak sorang pun dapat aku kenali.Masa bapak aku meninggal 2008 masjid ini dalam pembinaan ,tak sempat bapak merasa bersolat di masjid ini.
Sempat lah aku snap pejabat pos Rengit ni masa singgah kedai roti yang wujud sejak dulu lagi walaupun ditempat yang berbeza..biasanya kalau hari Jumaat depan ni ada pasar minggu ,memang sesak lah tempat ni.Pejabat pos ni banyak kenangan pada aku ,masa baru belajar menyimpan duit guna setem ,sini lah tempat bermulanya...
di hadapan sana sekolah menengah rendah kebangsaan Rengit tempat aku belajar hingga tingkatan 3'disini.Kini ditukar nama Sek.Men Permata Jaya.
Kami teruskan meronda ,pusing sana pusing sini ...singgah sekejap di kedai yang ada jualan murah tapi tak beli apapun sekadar melihat je.
Nak cari kedai makan yang sedap pun tak tau kat mana .Yang agak menonjol kat Rengit ni KFC dengan kedai mamak.
Lepas singgah isi minyak kat shell hujan dah mula turun .Akhirnya dek kerana dah lapar singgah di kedai makan yang berhampiran.Walaupun pada aku begitu meyelerakan tapi pada anak2 dengan suami tak begitu memenuhi selera mereka tapi habis juga semangkuk..
Dah penat ronda2 Rengit kami meneruskan perjalanan balik kerana hari pun semakin petang ,hujan juga masih tak berenti lagi.Dalam perjalanan singgah pasar malam Parit Markom ,hasrat hati nak cari sayur kampung tapi tak banyak pulak pilihan.Aku beli 2 ikat pucuk paku merah dengan seikat petai je...lebihnya beli makanan je untuk dibuat kudapan dalam perjalanan.
Iqa ,walaupun kehendak dia untuk jalan2 keRengit tapi seolah2 seperti mengimbau kembali kenanganku di pekan kampung aku ini.Kini pekan cowboy satu ketika dulu sudah semakin membangun.






Monday 2 November 2015

Iqa dah 18 tahun

Assalamualaikum
1hb Nov.semalam hari ulangtahun kelahiran Iqa yang ke 18 tahun.Betapa suka nya dia seluruh Johor cuti ...hahaa perasaan je pun ,dah tentunya Johor meraikan JDT juara piala AFC.
18 tahun sudah ....Iqa semakin remaja kini.Sekarang ni sedang bercuti dan akan meneruskan sem seterusnya awal bulan Dec kelak.
Satu pengalaman sewaktu melahirkan dia ialah kerenah kakak dan abang yang jadi kenangan hingga saat ini.Apatahnya bila aku terpaksa masuk wad awal kerana waktu due yang sudah melebihi 10 hari,kakaknya Fateha baru umor 3 tahun sementara abangnya 4 tahun ...dorang melaung satu hospital boleh dengar !.sebab nya budak 2 ni tak boleh pisah dengan aku.Waktu itu budak2'boleh naik wad ....okeylah masa jumpa kat wad tapi bila masa balik masing2 buat drama ratapan.....aduhai kesian beno melihat suami aku mengolahkan budak 2 ni.Jururawat pun pening tengok perangai budak2 ni yang susah nak pisah dengan maknya....skg dorang pulak dah tinggal kan aku ,sob,sob,sob....
Iqa lahir hampir 2 minggu lewat ,sepatutnya dia lahir bulan Okt.tapi mungkin dia lebih selesa duk dalam perut kena paksa baru nak keluar melihat dunia.Sebelum itu pun kena masuk wad beberapa hari  dek kerana tak rasa gerakan nya beberapa hari...bila doktor cek kata baby tido....itulah Iqa hingga saat ni pun kuat tido ,jika duk rumah kalau tak dikejut mahu memanjang lah dia tido berjam2.
Walaupun agak lewat pandai membaca hanya pada umor 6tahun namun agak teranghati nya dalam pelajaran.
Dibandingkan dengan anak2 lain Iqa ni lebih banyak melihat suka duka kehidupan kami sejak kecil lagi,satu darinya .pengalaman melihat arwah nenek dia meninggal depan mata nya sewaktu dia dengan ayahnya bawa ke hosptal tentunya kenangan pahit yang melekat dalam memorinya.
Rasanya terlalu pantas masa berlalu ,Iqa dah pun remaja ...mak ayah dah semakin tua.Semoga kehidupan mu sentiasa bersinar...Terimakasih kerana sentiasa membanggakan kami.