Total Pageviews

Monday 2 November 2015

Iqa dah 18 tahun

Assalamualaikum
1hb Nov.semalam hari ulangtahun kelahiran Iqa yang ke 18 tahun.Betapa suka nya dia seluruh Johor cuti ...hahaa perasaan je pun ,dah tentunya Johor meraikan JDT juara piala AFC.
18 tahun sudah ....Iqa semakin remaja kini.Sekarang ni sedang bercuti dan akan meneruskan sem seterusnya awal bulan Dec kelak.
Satu pengalaman sewaktu melahirkan dia ialah kerenah kakak dan abang yang jadi kenangan hingga saat ini.Apatahnya bila aku terpaksa masuk wad awal kerana waktu due yang sudah melebihi 10 hari,kakaknya Fateha baru umor 3 tahun sementara abangnya 4 tahun ...dorang melaung satu hospital boleh dengar !.sebab nya budak 2 ni tak boleh pisah dengan aku.Waktu itu budak2'boleh naik wad ....okeylah masa jumpa kat wad tapi bila masa balik masing2 buat drama ratapan.....aduhai kesian beno melihat suami aku mengolahkan budak 2 ni.Jururawat pun pening tengok perangai budak2 ni yang susah nak pisah dengan maknya....skg dorang pulak dah tinggal kan aku ,sob,sob,sob....
Iqa lahir hampir 2 minggu lewat ,sepatutnya dia lahir bulan Okt.tapi mungkin dia lebih selesa duk dalam perut kena paksa baru nak keluar melihat dunia.Sebelum itu pun kena masuk wad beberapa hari  dek kerana tak rasa gerakan nya beberapa hari...bila doktor cek kata baby tido....itulah Iqa hingga saat ni pun kuat tido ,jika duk rumah kalau tak dikejut mahu memanjang lah dia tido berjam2.
Walaupun agak lewat pandai membaca hanya pada umor 6tahun namun agak teranghati nya dalam pelajaran.
Dibandingkan dengan anak2 lain Iqa ni lebih banyak melihat suka duka kehidupan kami sejak kecil lagi,satu darinya .pengalaman melihat arwah nenek dia meninggal depan mata nya sewaktu dia dengan ayahnya bawa ke hosptal tentunya kenangan pahit yang melekat dalam memorinya.
Rasanya terlalu pantas masa berlalu ,Iqa dah pun remaja ...mak ayah dah semakin tua.Semoga kehidupan mu sentiasa bersinar...Terimakasih kerana sentiasa membanggakan kami.

15 comments:

  1. SEmoga semua anak akak sentiasa dalam rahmatNya

    ReplyDelete
  2. SEmoga semua anak akak sentiasa dalam rahmatNya

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Iqa.
    Moga terus menjadi kebanggan kedua ibu-bapa dan keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  4. Sanah helwah Iqa..
    Semoga menjadi anak yg solehah..
    Anak2 saya semuanya lahir awal kak saniah..
    Yg kuat tido anak saya si Nabilah tu..
    Pantang terletak jer kepala terus tertido..
    tak kiralah di kerusi ke.. dlm kereta ke..
    Nak hantar dia balik madrasah pun sempat tido lagi.. hehe :D

    ReplyDelete
  5. semuga anak2 Si menjaadi kebangaan keluarga. selamat hari lahir Iqa..

    ReplyDelete
  6. Happy birthday buat Iqa semoga menjadi anak yang solehah dan membanggakan ibubapa... amin.

    ReplyDelete
  7. Kalau di fikirkan balik ya Saniah, bukan sebab lewat lahir tapi baby belum cukup masa nak keluar... Sorang kawan cakap... baby dlm kandungan ni macam buahlah... kalau belum cukup masak dan ranum memang dia tak mo gugur tp kalau dah cukup masak dia akan gugur dgn sendirinya...

    Syukurlah dan 18 umur Iqa... tak pa kuat tido jgn kuat ragam... hehheh

    ReplyDelete
  8. selamat ulang tahun iqa :-))
    moga menjadi anak yang solehah..penyejuk mata dan penawar hati orang tua..insyallah..amin

    ReplyDelete
  9. Happy besday Iqa kejap je dah anak dara ye kak...semoga Iqa berjaya dunia akhirat...jadi anak solehah...panjang umur...murah rezeki dan happy bersama keluarga tercinta...best agaknye duduk dlm perut mama dia pasal tu takmo keluar...hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..dah 18 tahun Iqa... moga terus membesar menjadi anak solehah, penyejuk hati mama abah... sihat & pjg umur..
    pengalaman bersalin tak dapat dilupakan kan kak...

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Lahir Iqa....dah besar panjang dah...nanti rajin2 tolong mak dan ayah tau.Iqa..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak,
    Lama sungguh tidak singgah di sini..
    Selamat ulang tahun kelahiran ke 18 iqa...mudah-mudah sentiasa di dalam rahmat Allah SWT...aminn

    ReplyDelete
  13. Hepy Bezday Iqa.....
    Moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah dan sentiasa membahagiakan emak ayah.....

    Gitulah SI.....anak anak ni, masa kecik bukan main melekatnya dengan kita, bila dah besar memasing dah ada haluan sendiri....kita jugak tinggal sorang huhu

    ReplyDelete
  14. semoga menjadi genarasi yang sihat bertaqwa ika ni

    ReplyDelete