Total Pageviews

Thursday, 5 November 2015

semakin mencabar

Assalamualaikum
Tahun ini sekolah Iman adakan peperiksaan agak awal ,keputusan juga dah pun diketahui.Alhamdulilah, walaupun dalam keterlekaan aku memberi perhatian pada pelajaran nya dapat juga dia.meraih tempat ke2 keseluruhan seperti tahun lepas.Surat dari sekolah untuk anugerah cemerlang pun dah diberi wlupun 15Nov  majlisnya....
tak seperti tahun2 sudah kadang sehari sebelum majlis baru nak hantar surat pada ibubapa.Tahun ini juga pengalaman pertama kali ada hari terbuka sebanyak 3 kali dalam setahun ...untuk ujian awal tahun ,setengah tahun dan akhir tahun pada 8hb kelak.
Buku teks pun dah dapat semalam.Excited beno Iman tengok buku2 yang dia bawa balik tu.Aku juga terbelek2 tengok isi2 yang terkandung.Bukan apa lain beno dengan buku2 anak2 yang lepas2.Apatah lagi jarak umor Iman dengan abang kakak dia agak jauh.sukatan pelajaran pun dah berbeza....dah rupa sekolah menengah gayanya bila tengok ada buku teks yang tak pernah ada sebelum ni.Masa balik sekolah terbongkok2 bawa beg yang sarat dengan buku....apataknya 16 buah yg dikendong.
Harap Iman dapat harungi dengan cekal pelajaran yang lebih mencabar di tahap 2 kelak dan tahun2 seterusnya....jika sebelum ni murid2 agak mudah nak peroleh markah yang cemerlang ,tapi sekarang bila dah guna pentaksiran banyak kena gunakan otak untuk berfikir....takde lagi dah soalan ABC yang nak ditenyeh ....Tak dapat 85 peratus keatas ,jangan harap dapat A.
Apapun harapan mak ,Iman boleh!


12 comments:

  1. wah cepat ya di beri buku teks..tahnia keputusan exam yang terbaik

    ReplyDelete
  2. adik yan baru pulang buku teks semalam kak..berdebar tunggu keputusan UPSR

    ReplyDelete
  3. Betul Saniah, skrg ni macam-macam yang nak cemerlang... Kesian tgk anak-anak... 'pecah' kepala belajar. Mak bapak pulak 'pecah' kepala memikirkan duitnya...

    ReplyDelete
  4. Dah itu sistem pembelajaran kita tak boleh nak kata apa. Tapi apa yg sedih walau anak-anak belajar sampai migrain tak pulak negara kita tersenarai sebagai negara yg punya sistem pembelajaran baik.. asyik tukar sistem naik pening cikgu yg nak mengajar. Kesian cikgu, kesian budak dan kesian juga kita mak-pak kena belajar sama sebab nak tengok anak belajar.

    ReplyDelete
  5. wahhh... Tahniah Iman dapat no 2 ye kak.. bijak dia..Alhamdulillah!
    dah macam asyik bertukar je buku anak2... makin mencabar...

    ReplyDelete
  6. Anak2 saudara bunda pun dah hantar buku2 teks pinjaman.....
    Kini menunggu masa keputusan UPSR pulak...

    Keputusan sekolah agama SERAI Perak sudah pun mendapat keputusannya semalam ..
    Alhamdulillah...anak saudara bunda dapat 5 A...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Iman nanti belajo pandai2 lagi tau....bagos la sekolah kat tempat akak cepat sungguh....kat sekolah anak2 saya masih tengah pekse lagi ni....minggu2 depan kot baru pulang kan buku...betol tu kak sukatan pelajaran memang banyak dah berubah kadang tu saya tengok buku menengah satu abang ngah pon siap terkulat2 lagi....hahaha

    ReplyDelete
  8. hari kecemerlangan sekolah anak saya sabtu ni..baru semalam dapat surat..padahal kami dah ada rancangan.terpaksa la tunda..buku teks pun dah dapat..senarai buku ddan harga untuk tahun depan pun dah dapat..

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat iman semoga beroleh kejayaan yang lebih cemerlang dikemudian hari. Alhamdulillah semua anak sanish berjaya dlm pelajaran syabas.

    Anak kak Zai yg kat UK pening tengok cara pembelajaran dinegara kita.

    ReplyDelete
  10. Tahnian kepada anak puan....anak cemerlang mak pun cemerlang.... hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Saniah,

    Semoga Iman bertambah cemerlang di tahun akan datang.. Anak saya dah dpt buku teks tp keputusan exam masih blm dpt lagi.. :-)

    ReplyDelete
  12. Tahniah Iman.....Rezeki SI dapat anak pandai pandai. Okje tumpang bangga SI....

    Kalau dah benih yg baik, bagi jerlah apa pun, insyaallah cemerlang jugak SI

    ReplyDelete