Total Pageviews

Saturday 31 May 2014

hari cuti dan pengantin

ASSALAMMUALAIKUM
Hari ini saja di kawasan tempat tinggal aku ada 5 jemputan pengantin dan satu majlis bacaan yasin dan tahlil dan satu jemputan dari kampung.Hanya sempat pergi separuh saja sebab mengejarkan majlis bacaan yasin pada jam 2 petang.Cadang tuan rumah untuk majlis bacaan yasin ni untuk doa selamat dia ke umrah tapi malang terpaksa di tangguhkan sebab tak dapat visa Bagaimana pun adakan juga yasin dan tahlil untuk arwah2.
Cuti di Johor ni pada Jumaat dan Sabtu ,oleh itu berrebut2 orang mengadakan majlis pada hari Sabtu.Sekarang ni sudah tak tunggu cuti sekolah lagi asal hari Sabtu tentu ada undangan .

Setakat ini di tempat aku belum lagi ada yang buat majlis perkahwinan pada Jumaat.Majlis yang ada depan rumah ni pun hanya selang 3 rumah dari majlis satu lagi.Ramai juga kenalan2 mereka dari luar yang salah rumah .Iman yang seronok dapat lihat perarakan pengantin 2 tempat tapi dari rumah saja....


Dipetik dari Novel Denyut Kasih Medik:
'Jika anda dirisik secara langsung oleh seseorang lelaki da anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibubapa , bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia . Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan Rasullulah S.A.W"

Wednesday 28 May 2014

Durian belanda goreng

ASSALAMMUALAIKUM
Buah durian belanda berbuah agak lebat ,banyak lagi putik dan bunga  yang mencelah celah  diatas pokok.Sebiji buah nya yang agak obesiti dari yang lain ,agak2 lebihkurang 2 kilo ...aku  jaga dan aku lihat hari2. ...takut bila sudah terlebih masak akan jatuh ke tanah dan merosakkan buah.Cadangnya nak aku sedekah kan pada kawan untuk diberi pada kakaknya yang sakit kanser..
Bila nampak agak matang ,suami terus petik untuk dibiarkan agak lembut baru diberikan pada kawan .Sehari dua hari aku tunggu2 masih lagi keras.Entahlah mungkin OBESITI sangat payah sangat nak masak ...sudahnya kat hujung buah tu aje yang benyek.....mungkin kena picit2 aku agaknya..Nampak gayanya tak ada rezeki lah untuk kawan aku tu ...tapi banyak lagi buah yang sedang menunggu matangnya ....insya Allah  akan ku berikan padanya.
Bila suami potong2 buah durian belanda tu memang keras sangat lagi ....bagaimanalah nak makan.Nak dibuang sayang pula..Teringat resepi yang seorang kawan beri goreng durian belanda yang masih muda.
Potong2 durian belanda  dan buang biji nya celupkan tepung....goreng seperti goreng pisang atau keledek.
Sedap .....bila tenguk semula bawah tudung saji ....licin dahhh.










Tuesday 27 May 2014

BILA TIBA



                                     Sumber : Google Image

Assalamualaikum ..

terasa insaf diri menghayati lirik lagu ini..


Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-bila-tiba-ungu-ost-sang-kiai.html#ixzz32sxjXLE6



                                     

Sunday 25 May 2014

makanan kegemaran Rasulullah

ASSALAMMUALAIKUM
Masa melawat Atiqa di asrama poster yang di tampal di papan kenyataan tepi dinding surau menjadi perhatian Iman.Banyak bertanya kerana tak faham dengan ringkasan yang dipaparkan tapi begitu berminat untuk mengetahui .Seronok hendak makan apa yang Rasululah gemari .apatah lagi bila dia baca bab minyak zaitun "Iman nak minum minyak zaitun lah ,nanti lambat tua" Apa aje lah Iman...tapi makanan kegemaran Rasululah memang terbaik untuk tubuh badan kita

Thursday 22 May 2014

sayur keladi tumis pedas

ASSALAMMUALAIKUM

Bila tekak rasa teringinnnnn.... sangat mengalahkan orang mengidam.Dapat pula apa yang dicita ,buatlah juadah hidangan tengahhari semalam.Aku masak tumis pedas je .
Resepi sayur keladi tumis pedas
batang keladi dan isinya -direbus sekejap bersama 1 keping asam keping
15 batang lada kering
 3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit air asam jawa
1/4 kiub ikan bilis
daun kesum
garam

cara nya
batang keladi dan isinya yang telah direbus tadi ,ditapis untuk toskan airnya....buangkan asam keping tadi.Sementara tu lada kering ,bawang merah dan bawang putih dikisar ....masukan ikan bilis ,kisar sekejap tak perlu hancur sangat Kalau rajin boleh lah tumbuk saja
Sementara itu panaskan sedikit minyak dalam kuali tuangkan bahan2 kisar tadi dan biarkan sehingga terbit minyak.Lepas itu baru masukan batang dan isi keladi yang sudah dicelur tadi ,gaulkan pada sambal tadi ,baru masukan air asam ,kiub ikan bilis dan daun kesum.Biarkan agak2 kuahnya kering baru masukan garam secukup rasa....siap untuk dihidang...
Pesan nenek  yang masih dalam ingatan ku hingga kini bila masak sayur keladi jangan masukan belacan ,taktau lah mungkin takut gatal kut.Satu lagi bila sedang makan sayur keladi jangan sebut2 perkataan gatal...semakin gatal lah tekak tu.

Wednesday 21 May 2014

Hilang lagi...


ASSALAMMUALAIKUM
Hilang lagi untuk kesekian kali.Kali ini pencil warna yang baru dibeli minggu lepas.Dalam bulan ini saja sudah 2kotak pencil warna hilang.Kali pertama baru 2 hari beli isinya tinggal separuh, last2 yang separuh pun hilang juga.Pencil ,pemadam .pembaris dan alat2 tulis lain memang biasa dah hilang...kalau tidak hilang pun pembaris atau pemadam bila bawa elok je....dah balik sekolah ....huhuu dah patah dua .Begitu lah Iman masih cuai lagi walaupun sudah tahun 2.
Di rumah ni walaupun hanya dia seorang yang bersekolah dari rumah ,stok alat2 tulis sentiasa tersedia ...dah rupa kedai ....kalau tidak jenuh lah malam2 kena cari .Alat tulis yang dihadiahkan cikgu nya tak mahu pula digunakan....macam budak perempuan katanya warna pink...

Tuesday 20 May 2014

Hujan dan petir di malam hari....

ASSALAMMUALAIKUM
Pukul 7 petang sudah ada tanda2 hari akan hujan.7.30 sudah mula berangin dan kilat guruh sudah mula kedengaran..Setelah Maghrib Iman bersiap untuk ke kelas zapin setelah ponteng beberapa kali hadapi periksa setengah tahun.Katanya malam ni ada pemilihan untuk persembahan akan datang.Cadangnya nak pergi pukul 8.30 tapi hujan lebat sudah mula turun diikuti petir dan kilat berdentam dentum.Cuaca di luar agak gelap walaupun ada lampu jalan,oleh itu nampaklah cahaya terangbenderang sesekali kilat memancar .
Seketika kemudian tiba2 gelap ,,,biasalah kalau ada petir .suis terpelantik .Iman mula lah kecut perut.Mujor suami sudah balik dari masjid lepas maghrib.Nyalakan lilin sebab kilat dan petir masih sabung menyambung .Mulut Iman tak henti2 baca surah2 lazim walaupun mukanya ditutup dengan bantal.Suami mula lah buat penglipurlara untuk Iman "malam gelap gelita ,kilat sabung menyambung dan hujan lebat....tiba2...."hish bertambah2 kecutlah budak tu.
Agak lama juga hujan dan petir baru reda barulah betulkan suis ....setelah Isyak Iman terus tidur dan kisah zapin nya pun entah kemana dah...
Tengahmalam sekali lagi hujan dan guruh petir berulang....blackout lagi.Tapi dah mengantuk amat biarkan saja kegelapan.3.30pagi dah terasa nak pergi toilet baru lah sibuk cari suis.....gitulah kisah semalam

Monday 19 May 2014

pisang kapas pun boleh...

ASSALAMUALAIKUM
Setandan pisang kapas hampir masak di atas pokok...suami terus tebang dan di potong tiga, tandan yang agak besar.Cadangnya nak dibahagi2kan untuk jiran dan kawan2 .Hanya satu dua biji yang nampak kekuningan tapi dihujung tandan masih nampak muda ....sesuai sangat kalau nak buat sayur pisang muda .tapi memandangkan anak2 pun tiada di rumah dan suami pun tak begitu suka sayur pisang ,terfikir aku untuk buat kerepek pisang.Buat sedikit sekadar nak mengunyah sambil menonton TV saja ....walaupun rasanya tak lah sesedap kerepek pisang tanduk atau pisang nipah tapi Iman dan ayahnya suka sangat.



Sunday 18 May 2014

tip mengawal kemarahan

ASSALAMMUALAIKUM
Tip untuk diri sendiri dan semua yang terbaca entry ini;
MENGAWAL KEMARAHAN
1:apabila marah biasanya mudah untuk kita menghamburkan kata2 kesat yang pasti kita sesali kemudian hari.Cara yang baik dengan MENDIAMKAN DIRI.Sabda Rasululah s.a.w maksudnya"Apabila salah seorang daripada kalian marah,maka hendaklah dia diam"
2:DUDUK salah satu cara yang baik.Jika berdiri khuatir perasaan marah akan dikuti gerakan fizikal seperti memukul dan menendang.Hadis Nabi s.a.w maksudnya"Apabila salah seorang kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk agar kemarahan dia hilang.Apabila masih belum reda maka hendaklah dia berbaring"
3:MENGAMBIL WUDUK.merupakan cara yang sangat baik .Sabda Rasululah s.a.w maksudnya "Marah ialah bara api,maka padamkan ia dengan berwuduk"

Thursday 15 May 2014

Jasa mu dikenang

ASSALAMMUALAIKUM
Esok 16 Mei setiap tahun aku tak kan pernah lupa tarikh itu...tarikh keramat  untuk mengingati jasa guru2 ...pada aku ,anak2 aku dan pada semua yang pernah menimba ilmu di sekolah mahu pun di menara gading...Terlebih dahulu di ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk sahabat2 yang bergelar guru ,anak2 saudara yang bakal dan telah menjadi guru serta guru2 yang sedang mengajar anak2 ku....
Walaupun sudah sekian lama aku meninggalkan alam persekolahan,masih teringat lagi guru2 dari aku sekolah rendah lagi yang kebanyakannya sudah tiada ...namun masih dikenang hingga kini.Guru kelas aku darjah satu namanya cikgu Sahar.Darjah dua cikgu Salmah ...seingat aku cikgu ni ada penyakit yang serius selalu pengsan masa sedang mengajar.Darjah 3 guru kelas aku cikgu Adam ....cikgu ni agak garang ....biasanya budak2 lelaki suka buat bising tapi kami satu kelas kena berdiri depan kelas dan betis masing2 kena libas dengan rotan....huhuuu sakitnya dua tiga hari tak hilang bekas.Tapi kalau zaman ni rasanya sibuk emak bapak datang sekolah tak puashati.Masa tu tak kisah pun ....
Masa darjah 4 aku tak ingat siapa guru kelas tapi darjah 5 juga guru yang agak garang mengajar Ilmu Hisab(Mat) cikgu Jaafar namanya.Masa ni sibuk nak ambil Penilaian darjah 5,bila cikgu ni masuk kelas je masing2 macam tikus ...kecut.Mana tak nya rotan sentiasa ditangan....Darjah 6 best sebab dah selesai penilaian darjah 5 ,dapat pula cikgu yang suka buat lawak dan mesra dengan murid2.....dan selalu mengingatkan kami yang semakin meningkat remaja ketika itu.Apa tak nya walaupun dah 12 tahun masih main lompat2 tali ....mungkin zaman tu budak2 lambat matang agaknya.....
Di sekolah menengah aku tak ingat sangat nama guru2 kelas .....cuma ingat nama cikgu2 yang mengajar mata pelajaran tertentu sahaja.Apa pun terimakasih cikgu yang telah mengajar aku .....terimakasih juga pada cikgu2 yang telah mengajar anak2 aku seawal di tadika lagi Alhamdulilah berkat didikan mu mengajar mengenal huruf kini anak2 ku sedang meniti kejayaan ....AL FATIHAH juga buat guru2 ku yang telah kembali ke Rahmahtuallah...

Tuesday 13 May 2014

alahai si jering...

ASSALAMMUALAIKUM
Suami balik kerja bawa bungkusan plastik ,segera dihulurkan untuk dibawa ke dapur .Terus ke singki untuk dicuci.....bila dikeluarkan dari plastik ku fikir buah buahan apa lah yang dibawa ,rupanya jengkol.....oppp jering..
Katanya ada kawan beri...setahu aku dia dan anak2 tak makan jering ni.Aku pun tak minat sangat dengan rasanya  ....apatah lagi tak larat nak hidu wangian di toilet kelak......Sudahnya suami suruh sedekah pada jiran sebelah ....makcik tu pun memang pengemar jering....

Sunday 11 May 2014

restu dan ucapan

ASSALAMMUALAIKUM
Hampir 11 malam Azim telefon dari asrama minta doa dan restu walaupun hanya peperiksaan setengah tahun begitu juga Atiqa yang bermula lebih awal.Sambil itu ingin mengucapkan Hari Ibu sekali.
Petang itu Iman balik sekolah ada ceritakan guru kelas ada bertanya ustaz pasal Hari Ibu perlukah disambut....Ustaz kata tak perlu sebab kita orang Islam hari ibu adalah hari2....nak bagi hadiah hari lain pun boleh .Lepas itu aku tak dengar lagi gomelan Iman ...sibuk sediakan makanan untuk dia.
Bagi aku tak perlu hadiah2 bagai ....kejayaan cemerlang anak2 adalah hadiah yang terindah ..

Friday 9 May 2014

bila dah tertarik...


ASSALAMMUALAIKUM
Boleh teka bunga apa agaknya ni.....agak cantik juga bila dipandang ,lantas aku dekati dan cuba nak menghidu walaupun terpaksa bertunjit sebab pokoknya agak tinggi.Mungkin baru berkembang ,agak harum baunya tapi tak berani nak dekat sangat .....khuatir jadi hidung badut pasal ada lebah yang berlegar2.Sebenarnya cuma bunga jambu batu tapi menarik perhatianku...cantik..

Wednesday 7 May 2014

Akhirnya....


ASSALAMMUALAIKUM
ALHAMDULILAH....akhirnya dapat juga Iman menghabiskan juzuk 30 walaupun majlis khatam Al Quran diadakan pada bulan Oktober kelak.Sebenarnya Iman hanya menyambung  dengan ustazah pada juzuk 28 yang telah dibaca sebelum ini.Kertas rekod pembacaan nya dibawa setiap hari ke sekolah...sudahnya dah tak rupa kertas ....comot dan bonyuk ....mujorlah bila sudah habis pembacaan kena hantar pada ustazah.

Monday 5 May 2014

Bila Iman bertanya...

ASSALAMMUALAIKUM
Waktu terluang bersama Iman menonton cerita klasik di TV.Dalam asyik leka keluar pertanyaan dari mulut Iman "masa zaman dulu dunia kita hitam putih ke?".....rupanya dalam diam dia berfikir.Kena lah bagitau sebenarnya supaya dia tak terus keliru.....
Bila Azim duduk di sisi , aku bertanya pada Azim tinggi sekarang berapa ....kata dia lebih kurang 170cm .Aku bagitu dia lebihkurang 6kaki +++ walaupun baru 14tahun.Iman yang suka mencelah ni boleh pula dia cakap "tapi Iman tengok kaki dia 2 je"selamba je bertanya .....malas dah aku nak layan

Friday 2 May 2014

SYAHID YANG TERTANGGUH


ASSALAMMUALAIKUM
Salam Jumaat yang barokah,
Atiqa pulang dari asrama seperti biasa bila meminjam buku atau novel dari kawan atau perpustakaan segera diberikan kepada aku untuk dikongsi bersama....dah tahu sangat dengan sikap ulat buku ibu dia ni.....
Kisah AHMAD AMMAR ni mungkin sudah ramai yang membacanya ,cuma aku saja yang baru berkesempatan .Kisah syahid pemuda  20tahun yang mencetuskan fenomena luarbiasa walaupun kematian dia satu kemalangan biasa  Disemadikan di perkuburan Eyub Sultan yang menempatkan 60 jasad para sahabat nabi.

Beliau merupakan  pelajar kedua terbaik di Maktab Tentera Diraja (MTD) semasa peperiksan SPM 2010 .Beliau telah memilih bidang sejarah semasa melanjutkan pelajaran di Turki dan telah terlibat dengan pelbagai misi kemanusian sepanjang hayatnya.

Mustahil untuk sesiapa sahaja melihat Ammar ketawa atau berseloroh.Beliau sangat menjaga adab dan perilakunya.Malah, pernah beberapa kali ibu beliau menerima panggilan telefon dari guru semata-mata memberitahu Ammar ketawa pada hari itu.

Diantara isi dalam buku tersebut yang ditulis oleh Mejar (B)Mohammad Qayyum A.Badaruddin ini ialah :-

ANDA TANYA ALLAH JAWAB

1.Ketika kita mengeluh ,"Ee...aku penat sangat."
Allah menjawab, "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat."(78:9)

2.Ketika kita mengeluh,"Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku."
Allah menjawab "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan."(2:286)

3.Ketika kita mengeluh, "Serabutnya!"
Allah menjawab, "Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang."(13:28)

4.Ketika kita mengeluh."Apa yang aku buat ini semua sia-sia."
Allah menjawab "Siapa yang mengerjakan kebikan sebesar biji zarah sekalipun nescaya ia akan melihat balasannya ."99:7)

5.Ketika kita mengeluh,"Tiada seseorang pun mahu tolong aku"
Allah menjawab, "Berdoalah(mintalah) kepada Aku,nescaya aku kabulkan untukmu"(40:60)

6.Ketika kita mengeluh "Aku sedih sangat"
Allah menjawab ,"Janganlah kamu berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kamu.

Itulah diantara kandungan buku ini.Semoga lebih ramai lagi AHMAD AMMAR dapat dilahirkan.Diharap  Arwah tenang di sana  Al-Fatihah.