Total Pageviews
Friday, 2 May 2014
SYAHID YANG TERTANGGUH
ASSALAMMUALAIKUM
Salam Jumaat yang barokah,
Atiqa pulang dari asrama seperti biasa bila meminjam buku atau novel dari kawan atau perpustakaan segera diberikan kepada aku untuk dikongsi bersama....dah tahu sangat dengan sikap ulat buku ibu dia ni.....
Kisah AHMAD AMMAR ni mungkin sudah ramai yang membacanya ,cuma aku saja yang baru berkesempatan .Kisah syahid pemuda 20tahun yang mencetuskan fenomena luarbiasa walaupun kematian dia satu kemalangan biasa Disemadikan di perkuburan Eyub Sultan yang menempatkan 60 jasad para sahabat nabi.
Beliau merupakan pelajar kedua terbaik di Maktab Tentera Diraja (MTD) semasa peperiksan SPM 2010 .Beliau telah memilih bidang sejarah semasa melanjutkan pelajaran di Turki dan telah terlibat dengan pelbagai misi kemanusian sepanjang hayatnya.
Mustahil untuk sesiapa sahaja melihat Ammar ketawa atau berseloroh.Beliau sangat menjaga adab dan perilakunya.Malah, pernah beberapa kali ibu beliau menerima panggilan telefon dari guru semata-mata memberitahu Ammar ketawa pada hari itu.
Diantara isi dalam buku tersebut yang ditulis oleh Mejar (B)Mohammad Qayyum A.Badaruddin ini ialah :-
ANDA TANYA ALLAH JAWAB
1.Ketika kita mengeluh ,"Ee...aku penat sangat."
Allah menjawab, "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat."(78:9)
2.Ketika kita mengeluh,"Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku."
Allah menjawab "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan."(2:286)
3.Ketika kita mengeluh, "Serabutnya!"
Allah menjawab, "Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang."(13:28)
4.Ketika kita mengeluh."Apa yang aku buat ini semua sia-sia."
Allah menjawab "Siapa yang mengerjakan kebikan sebesar biji zarah sekalipun nescaya ia akan melihat balasannya ."99:7)
5.Ketika kita mengeluh,"Tiada seseorang pun mahu tolong aku"
Allah menjawab, "Berdoalah(mintalah) kepada Aku,nescaya aku kabulkan untukmu"(40:60)
6.Ketika kita mengeluh "Aku sedih sangat"
Allah menjawab ,"Janganlah kamu berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kamu.
Itulah diantara kandungan buku ini.Semoga lebih ramai lagi AHMAD AMMAR dapat dilahirkan.Diharap Arwah tenang di sana Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al fatihah...anak2 muda..yg suka berpeleseran,buang masa..patut amik iktibar kes Ammar ni..patut rasa 'cemburu'..
ReplyDeleteMalunya kita dgn Allah....mcm mcm nikmat yang dititipkan buat kita...tp kita masih tetap mengeluh meminta lebih...
ReplyDelete