ASSALAMMUALAIKUM
Esok 16 Mei setiap tahun aku tak kan pernah lupa tarikh itu...tarikh keramat untuk mengingati jasa guru2 ...pada aku ,anak2 aku dan pada semua yang pernah menimba ilmu di sekolah mahu pun di menara gading...Terlebih dahulu di ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk sahabat2 yang bergelar guru ,anak2 saudara yang bakal dan telah menjadi guru serta guru2 yang sedang mengajar anak2 ku....
Walaupun sudah sekian lama aku meninggalkan alam persekolahan,masih teringat lagi guru2 dari aku sekolah rendah lagi yang kebanyakannya sudah tiada ...namun masih dikenang hingga kini.Guru kelas aku darjah satu namanya cikgu Sahar.Darjah dua cikgu Salmah ...seingat aku cikgu ni ada penyakit yang serius selalu pengsan masa sedang mengajar.Darjah 3 guru kelas aku cikgu Adam ....cikgu ni agak garang ....biasanya budak2 lelaki suka buat bising tapi kami satu kelas kena berdiri depan kelas dan betis masing2 kena libas dengan rotan....huhuuu sakitnya dua tiga hari tak hilang bekas.Tapi kalau zaman ni rasanya sibuk emak bapak datang sekolah tak puashati.Masa tu tak kisah pun ....
Masa darjah 4 aku tak ingat siapa guru kelas tapi darjah 5 juga guru yang agak garang mengajar Ilmu Hisab(Mat) cikgu Jaafar namanya.Masa ni sibuk nak ambil Penilaian darjah 5,bila cikgu ni masuk kelas je masing2 macam tikus ...kecut.Mana tak nya rotan sentiasa ditangan....Darjah 6 best sebab dah selesai penilaian darjah 5 ,dapat pula cikgu yang suka buat lawak dan mesra dengan murid2.....dan selalu mengingatkan kami yang semakin meningkat remaja ketika itu.Apa tak nya walaupun dah 12 tahun masih main lompat2 tali ....mungkin zaman tu budak2 lambat matang agaknya.....
Di sekolah menengah aku tak ingat sangat nama guru2 kelas .....cuma ingat nama cikgu2 yang mengajar mata pelajaran tertentu sahaja.Apa pun terimakasih cikgu yang telah mengajar aku .....terimakasih juga pada cikgu2 yang telah mengajar anak2 aku seawal di tadika lagi Alhamdulilah berkat didikan mu mengajar mengenal huruf kini anak2 ku sedang meniti kejayaan ....AL FATIHAH juga buat guru2 ku yang telah kembali ke Rahmahtuallah...
Assalam saniah..avik dulu masa sekolah..rasa bertuah ada cik gu yang ambik berat..walau pun avik bukannya murid pandai sangat..mungkin sebab avik murid dari keluarga yang hidup susah kan
ReplyDeleteAssalamualaikum Saniahh,,,
ReplyDeleteAduiii teringat plk masuk f5 bru merasa kena rotan....
uiii...
www.notashalimar.blogspot.com
Kenangan bila SI cerita kisah sekolah dulu-dulu. Kakak pun punya ramai guru yg masih dlm ingatan. Dua tahun lepas masa reunion kami bertemu lagi semua cikgu kakak dah tua-tua. Lebih ramai yg dah pencen berbanding yg masih mengajar.(dulu anak dara - sekarang anak dah masuk U pun ada)..
ReplyDeleteTerima kasih buat semua guru & selamat hari guru buat mereka.
Mulianya tugas guru nikan SI....Amal jariah yang berpanjangan . Rasa mcm baru jer kita ambik Penilaian Darjah 5 kan SI...tau tau dah gini umur kita hehe
ReplyDelete