Total Pageviews

Wednesday 27 April 2016

mengampu Iman

Assalamualaikum
Setiap hari homework Iman banyak untuk dibuat samada untuk sekolah biasa atau sekolah agama.Kadang dah 11 malam baru selesai....kesian pulak tengok dengan keletihan seharian sekolah lagi....ada kalanya sedang menulis pun tertidur .....tengok2 pensil je tercacak tanpa bergerak atas buku :-).
Semalam waktu dia nak buat homework ,aku offer kan diri tolong buat kan kerja seni.lukisan nya.....DSV kata istilah kat sekolah sekarang ...Dunia Seni Visual.....hmmm bukan Datuk Seri Vida tau.
Seronok pulak buat kerja memwarna ni ....dah lama sangat tak gunakan water colour....Teringat zaman2 sekolah dulu seronok bila lukisan2 yang terpilih ditampal kat depan kelas.

Biasalah kalau dah memwarna ....berserabut sana sini tapi Iman seronok maknya sama2'buatkan kerja seni dia.
Bukan saja2 ....lebih nya nak memujuk dan mengampu Iman yang akan kena tinggal dengan ayahnya seminggu lagi ,pasal aku kena menemani Iqa yang akan hadiri temuduga di Pulau Pinang.Sebelum ni jika aku gitau suruh tinggal je pasti bergenang air mata dia.....gitulah Iman walaupun dah 10tahun tapi tetap nak duduk bawah ketiak mak selagi boleh...

Tuesday 26 April 2016

obses diet

Assalamualaikum
Bila dah beranak pinak ,tambahan dah berusia  badan mudah je kembang ...Apatah lagi jika tak aktif dan tak jaga makan mencanak2 lah naik jarum penimbang....hihiii cakap pada diri sendiri lah ni....ketika sakit pun orang tak tau sebab tak susut pun badan ....
Sebenarnya nak cerita pasal sorang kawan ni ...usianya lebih muda dari aku,sejak aku tak sehat tempohari lama sangat tak jumpa dengan dia.Bila dia mengetahui dari sesorang yang aku baru jalani pembedahan ,dia datang lah rumah untuk ziarah.Hampir saja aku tak kenali dia....memang jauh sungguh perbezaan nya....aku tanya dia sakit ke ? Ketara sangat bila melihat wajah nya dulu bambam boleh  nampak bujur.
Bila dia terangkan baru tahu yang sekarang dia diet.Sebelum tu dia kata sakit lutut sangat2, bila dia jumpa doktor kata tak perlu bagi ubat cuma kena turun kan berat badan untuk hilang kan sakit.Sebelum ni kata dia berat badan nya 98 kilo tapi bila datang ziarah aku tempohari dah pun turun 78 kilo dan last jumpa tempohari dah 70 kilo.Dia kata nak capai target 64 kilo sesuai dengan ketinggian nya...tapi aku lihat sekarang pun dah dia kurus dan nampak seperti orang sakit...ialah kita dah biasa melihat dia berisi.
Cara dia untuk turun kan berat badan mudah je ,cuma nak kuat semangat.Katanya dah berbulan tak makan nasi.Hari2 hanya makan oat tapi lauk pauk dia makan lah tapi tidak dengan nasi ...gantinya dengan sumber kabohidrat yang lain.Katanya  dia menahan nafsu makan  dengan berpuasa setiap hari  kecuali masa ABC .Dah berbulan2 dia amal kan .Sebenarnya aku kagum dengan semangat dia tapi dalam pada itu bimbang juga terdetik ....risau dengan keadaan dia yang terlalu obses akan menjejaskan kesihatan.
Aku??? rasanya tak mampu seperti dia.Cukuplah rasanya dengan makanan seimbang ....nasi tetap aku cari jua ...
             Foto: ayam bakar rempah madu,sup sayur cendawan ,ikan masin terubuk  sabah dan celur pucuk mulberi bercicah sambal minang  _makanan tengahhari Sabtu lepas.





Monday 25 April 2016

Iqa ,tuisyen dan baucer buku.

Assalamualaikum
Minggu ni Azim tak balik ,jadinya kami lah yang datang melawat dia di asrama.Bawa kan sedikit bekalan dari rumah..
Foto:sandwich telor
Foto:bekas makanan yg hampir licin...bukan Azim saja yang makan,Iman juga turut  berselera.
Sejak Iqa ada ni dia ikut sama ,dapat lah ajar Azim apa yang dia tak faham sambil2 makan bekal yang dibawa bersama2..Sebenarnya masa sejam tak cukup ....nak betul2 kenalah balik rumah nanti ...Iqa ada je kat rumah sementara belum sambung belajar ni.
Foto: sementara tunggu kami solat di surau ,Iqa sempat ajar Azim dalam kereta.
Foto:Beralih pula duduk di luar bila ada bangku kosong kerana banyak kerja sekolah yang Azim tak faham Kami bertiga duduk dalam kereta je ....jadi pemerhati..!.

 Di rumah juga Iqa buat  tuisyen untuk beberapa orang pelajar sekolah menengah .Buat masa ni adalah 5 /6 orang yang berminat.Bayarannya seikhlas mereka saja.Yang penting dapat kongsi ilmu .Lagipun otak sendiri kena diasah juga ,nak tunggu September boleh berkarat jadinya :-)....!.Bukan kali pertama buat tuisyen ,sebelum ni pernah juga ajar anak2 jiran yang nak ambil upsr.Ajar anak2 orang okje dia tapi kalau dengan adek sendiri macam singa kata Iman...!
Masalah bagi Iqa sekarang ,pelajar2  sekolah menengah sekarang guna kan bahasa melayu bagi sains dan matematik ,sedangkan dia waktu tu gunakan bahasa Inggeris.....sukar juga dia  nak cari istilah2 BI ke melayunya pulak.
Foto:antara buku2 latihan dan rujukan Iman dan Azim.
Masa dah nak abis sem tempohari Iqa dapat baucer buku....kalau dah kata penghujung sem apa lah lagi nak digunakan .Beruntung lah buat adek2 dia yang dorang  ni.....berbagai alat tulis dan buku2 dapat dibeli ....cuma terpulang lah pada budak dua ni nak belajar atau tidak lagi...

Thursday 21 April 2016

pilih baju ....

Assalamualaikum
Bersama anak2 perempuan lebih mudah menjadi kawan ,dibandingkan dengan anak2 lelaki.Banyak pekara boleh dikongsi...apatah lagi soal orang perempuan yang kadang kala begitu rumit.Anak2 perempuan aku setiap hari ada je modal buat lawak bila dah berwasap .
Pada si Fateha ni lebih kurang sebulan +++ ni akan berakhir sem .Sibuk lah mereka nak ada kan Annual Dinner .Bila dah ada majlis2 ni sibuk pulak nak cari pakaian yang sesuai.Bila dah berwasap dengan Iqa gini lah anak bertuah aku ni bualkan

Bertuah punya anak ingat kan maknya dulu artis ke.... pakai gaun cinderela pulak tu!!!!
Akhirnya baju ni yang dipilihnya....walaupun masih remaja suka sangat dengan warna2 gelap .....suka hati lah nak oiii asalkan menutup aurat.!.


Wednesday 20 April 2016

makan telor anai2 katanya.

Assalamualaikum
Kisah ni sebenarnya dah dua tiga minggu yang lepas.Mungkin kerana cuaca panas sekarang ni ,ditambah agak aktif di sekolah Iman kena asthma/ semput.Dah bertahun2 tak pernah kena ,sehingga kan aku fikir mungkin dah sembuh sepenuhnya ....oleh tu takde lah simpanan ubat kat rumah.
Hari tu suami agak lewat balik kerja ,bertahan lah Iman dengan minyak angin yang di sapu ke dadanya.Bila ayahnya balik lepas maghrib baru kami keluar ,aku cadangkan terus ke Hospital Kulai je untuk ubat dan menggunakan neubulizer.
Seperti biasa jika kes2 semput ni terus dibenarkan masuk untuk sedut gas.Sementara suami mencari tempat parking  aku menemani Iman  kat dalam.Tak lah bosan sangat walaupun lama menunggu Iman sebab ada lah oranglain yang ajak berbual.Ada sorang ayah bawa anak lelaki nya sebaya Iman ,sakit dalam telinga akibat masuk semut di sekolah petang tu katanya.Ramah sungguh berbual ...tapi yang tak bestnya bila dia kata"akak baik bagi makan TELOR ANAI ANAI untuk ubat semput anak akak ni "..... aku dengar pun geli  tapi mengiakan je apa yang di kata....weii macam takde ubat lain hati ku berkata...padahal anak2'semput bukan nya kali pertama.Alhamdulillah bila mereka remaja akan sembuh sendiri.Iman ni pun setelah sedut gas ...semput dah ok .


Monday 18 April 2016

bertiga saja....

Assalamualaikum
13hb Rabu, lepas ikut suami hantar  Iman ke sekolah agama ,aku,Iqa dan anak sulong segera bertolak untuk ke Senawang .Sengaja bermalam di rumah sepupu kerana perlu hadir kan diri pada Khamis 14hb pukul 8 _9 pagi di Dewan Banquet UPM untuk taklimat JPA bagi pelajar lepasan Busary.Jika bertolak dari Johor tentunya kena keluar seawal 4 atau 5 pagi.
Suami tak dapat pergi sama kerana Iman sekolah dan Azim nak balik dari asrama khamis tu.Mujurlah anak sulong cuti midsem dapat lah bawa aku dengan Iqa.
14hb tu dari rumah sepupu di Senawang kami bertolak awal pagi melalui lebuhraya LEKAS....walaupun tak juga lekas :-) tapi sempat juga tiba pada waktu yang ditetapkan.Pelajar2 lain dah pun ramai berbaris ditempat pendaftaran.Anak sulong sekadar menghantar aku dengan Iqa.....dianya stay kat kolej dia sementara tunggu majlis selesai.Tak ramai yang dihantar keluarga sebab ketika ini mereka2 masih belajar dan ada U yang sedang final exam...U tempat Iqa belajar Asasi habis awal.Yang dari IPTS kebanyakan nya dihantar dengan bas.Majoriti pelajar2 cemerlang ni hampir 80 peratus bangsa cina.
Olehkerana aku duduk berasingan dengan Iqa ,aku bersendirian je,mujurlah ada seorang ibu dari Kelantan jadi teman baru walaupun sekejap cuma.
Selesai majlis pukul 12.30 tapi tunggu anak sulung menjemput hingga pukul ,1 baru tiba...walaupun kolej kediaman dia tak jauh pun.

Foto:bosan tunggu anak sulong datang kami memerhatikan pelajar2 menaiki bas masing2 untuk kembali ke IPT masing2.
Oleh kerana dah pun tengahhari perut dah pun lapar sebelum bertolak balik ke Johor aku cadangkan makan dulu.Anak sulong kata jom kita makan kat ioi CityMall  yang tak jauh dari kolej kediaman dia....aku ok je janji perut perlu diisi.


Foto: makan di Boat Noodles .Anak2 order bermangkuk2 noodle tapi aku hanya makan 2 je...maklum lah selera kampung rasa tak kena je pada tekak aku.Anak ada order juga sepinggan nasi tapi aku hanya makan sikit bersama telor ,lebih nya budak 2 ,tukang perabis.Tekak aku hanya berselera dengan dessert yang dicicah dengan manisan seperti kaya tu.
Selesai makan terus ke Putrajaya ,Alhamdulillah dapat  solat kali pertama kat Masjid Sultan  Mizan Zainal Abidin.Cuma agak sakit lutut aku mendaki tangga escalator yang tak bergerak.
Masa nak keluar dari Putrajaya ,aku tepon anak sedara kat Batu Berendam Melaka gitau nak singgah .Sebab belum pernah datang lagi rumah dia selepas  berpindah dari Kelantan. Anak sedara janji nak jemput kat depan zoo Melaka.Bila dah hampir kat tol Air Keruh aku tepon dia semula...."Mak Ngah ni terbang ke ?.....sekejap je dah sampai".Huhh...dia tak tau anak sulong aku ni kalau drive punyalah laju.Aku yang duk sebelah menahan rasa dengan berzikir :-).
Oleh kerana anak sedara baru 2 hari kembali dari rumah mertuanya di Sabah  selain diberi nya sikit makanan2 ringan ada juga berbagai ikan masin dan ikan bilis .Ikan masin kurau tu dah pun Fateha buat masak kailan ....sedapppp.
Yang panjang seperti coklat tu sebenarnya belacan.Masa balik rumah tu Iman tertipu bila aku kata 'choki choki'...hahaaa...
Masa nak keluar dari rumah sepupu sebelum itu juga dapat buah tangan,...oleh kerana si isteri orang Kelantan tak jauh dari budu.Rempah ayam madu yang diberi juga dah digunakan untuk  ayam bakar buat bekalan Fateha dan abang nya balik ke U semalam.

Apapun aku harap kan kehadiran kami ke taklimat ni tak sia2  .Aku berdoa agar result Asasi Iqa cemerlang bagi membolehkan dia terus dapat biasiswa JPA bila dia sambung belajar  september kelak.Dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni keadaan ekonomi keluarga juga tercabar dengan 5 anak yang masih belajar.Semoga dapat meringankan bebanan si ayah kelak.


Tuesday 12 April 2016

kura2 untuk Iqa

Assalamualaikum
Alhamdulillah....Asasi Iqa selama setahun di UiTM dah pun selesai ,tinggal tunggu sambung ijazah bulan September kelak.....InsyaAllah.Buat masa ini 'tanam anggur' lah kat rumah.Tinggal ceruk kampung ni nak bekerja sementara pun agak sukar.
Minggu ni juga Fateha dan abang nya cuti midsem....riuh lah sekejap rumah.Fateha balik bawa kura2 buat hadiah untuk Iqa katanya.Tak tau lah dia boleh jaga atau tidak sebabnya aku tak dapat lah nk tolong ....geli geleman pulak bila tengok ia bergerak.
Foto: comel je kura2 ni tapi siapa kata kura2 semuanya lembab,kalau dilepaskan punyalah laju ia melarikan diri......jadinya kena kurung je lh  sebelum dikerjakan 3 ekor kucing kat rumah ni.Suka bersembunyi di tempat2 yang gelap .

Monday 11 April 2016

Anugerah cemerlang Iman.

Assalamualaikum
Dah pun bulan April tapi di sekolah agama Iman baru semalam adakan majlis anugerah cemerlang untuk tahun 2015.Disamping itu ada juga mesyuarat badan kebajikan sekolah.
Foto:amik gambar dari tempat duduk ,segan pulak nak ke depan .InsyaAllah akan dapat gambar yang elok dari ustazah/ustaz.Berulang alik Iman naik ke pentas.

Walaupun akhir tahun 2015 Iman dapat tempat ke 3 namun berjaya dapat  3 mata pelajaran teras terbaik (Ibadat, tauhid dan tulisan jawi).Dapat lah 4 piala sebagai galakan.
Lepas Iman  terima anugerah aku dan Iman terus  keluar dewan kerana dah merancang nak ke Simpang Renggam tempat kakak.Nombor yang diberi untuk cabutan nombor bertuah aku berikan pada seorang kawan .
Foto: anak lembu peliharaan kakak begitu tergoda dengan Iman yang masih berbaju sekolah.Mungkin samping hijau tu  difikirnya rumput :-).
Balik dari rumah kakak ,kawan yang aku beri nombor cabutan bagi wasap dan tepon kata dapat ,dia pun dapat benda yang sama.Aku kata ambil saja untuk dia tapi tak lama  kami tiba rumah dia datang menghantar barang2.tadi.Alhamdulillah dapat 2 helai sejadah dan sedikit makanan ringan tapi yang aku konfius kenapa dapat garam?????.


Thursday 7 April 2016

scan di Hospital Permai 2

Assalamualaikum
Oklah kita sambung cerita kat Hospital Permai ya .Ada budak tu dah tak sabo2 nak baca apa yang mak nya mengomel kat entry ni...ok bacalah panjang lebar mak nak cerita ni tau...
Sebenarnya dari tempat letak kereta ke bangunan tempat scan tu jauh lagi ....rasanya hampir 500 meter jugalah agak nya ,tu yang berpeluh ketiak dibuatnya :-).Tapi melalui tempat pejalanan kaki tanpa risau kan panas hujan kerana kawasannya berbumbung.Kelihatan staf2 yang beruniform kelabu coklat mengunakan sejenis kenderaan kecil (aku tak tau apa ke namanya) untuk ke sesuatu tempat melalui kawasan situ.Teragak2 juga mencari bangunan yang dikatakan guard sebelum tu.Nasib baik ada jumpa seseorang untuk bertanya.Nak bertanya pada pesakit mental yang kami selisih jalan tu ,ntah ke mana pulak nanti ditunjuknya...:-)
Akhirnya tiba tempat dituju ....kena bagi nama kat pengawal keselamatan yang duduk kat luar pintu masuk.Kata nya dibenarkan 2 orang je masuk dalam termasuk peneman.Aku biasalah bodyguard setia aku encik Burhan jelah jadi peneman.Tiba dalam terus pergi kat kuanter daftar nama dan beri borang2 dari HSA.Agak ramai juga orang yang menunggu tapi mungkin ke bahagian2 lain sebab terdapat beberapa pintu di situ yang tertulis xray dan dan bilek USG(kalau betul lah ingatan ku ni).Bilek CTscan di penghujung je.
Tak sempat panas punggung duduk nama dah dipanggil ke satu sudut bilek berdekatan  .Selepas ditanya serba sedikit disuruh nya salin baju putih dengan kain hijau hospital.Aku pinta encik suami teman kan kalau tidak bagaimana nak ikat tali baju tu di belakang....harus seksi bila keluar nanti.... sebab kena tunggu giliran ditempat yang sama orang ramai menunggu tu.Mujor juga baju tu kainnya agak tebal .Sebelum tu kena masuk bilek kecil tu semula untuk dimasukkan jarum....memang sakit apatah lagi seperti biasalah susah nak jumpa urat2 ,yang sesuai ...nasib baik cuma 2kali.

Selepas itu diberi nya satu bekas air warna ungu untuk diminum.Segelas kena habiskan dan selebihnya diminum masa dalam bilek scan nanti....huhuuu walaupun takde rasa apa tapi ada bau yg tak best.Redha je ke minum dalam keterpaksaan sambil menunggu dipanggil dalam debaran.

Sekejap je nama dah dipanggil sambil bawa sekali baki  air ungu tadi.Masuk je bilek scan aduhai sejuk amat seperti kat bilek pembedahan rasanya.Air ungu tadi kena habiskan dulu ,baru baring kat tempat nak scan tu.Sejuk kaki  tangan aku rasa dengan keadaan suhu bilek tu walaupun berselimut tebal... ke memang aku takut sebenarnya :-).Rupanya ada lagi proses yang kena lalui untuk memastikan scan dapat dilihat dengan jelas.Ntah air ubat apa agaknya di masuk kan dari belakang untuk membolehkan buang air besar katanya.Bimbang juga kot2 bila dah masuk air tu rasa nak mem buang seperti yg diberi tahu....tapi kata nya  kena tahan hingga selesai.Mujur juga aku tak rasa apa hingga sudah.
Berdebar2 juga masa scan nak dimulakan ,tak putus2 aku berzikir moga dipermudahkan.Staf tu terangkan sedikit apa yang aku rasa kan kelak sambil suruh pejam mata.Dalam masa aku pejam tu dia ada masukkan sesuatu cecair melalui jarum kat tangan aku.
Foto: sumber google
Lebih kurang begini lah rupa mesin MRI tu ,cuma bezanya lubang 'giant donut' yang aku masuk tu lebih besar.

Masa dalam pejam tu juga terasa katil bergerak keluar masuk dari terowong seperti giant donut rupanya tu :-).sambil2 mendengar arahan untuk tarik nafas turun nafas.Tak sedar sekejap je ....."akak pejam bukan main rapat lagi,dah selesai pun"kata staf yang bertugas.Hehee malu pulak rasanya...
Alhamdulillah selesai sudah....rasanya membaca /mendengar pengalaman orang lain lebih buat rasa  takut tapi bila dah alami sendiri biasa saja ,ok.saja.Yang tak oknya ni nak tunggu result...Mudah2an aku boleh kembali sehat seperti biasa....Aminnn.



Wednesday 6 April 2016

walaupun cuaca panas

Assalamualaikum
Walaupun cuaca panas pokok cili yang aku tanam awal tahun tempohari berbuah lebat.Dah dua tiga kali juga aku petik tapi tidak untuk masak.....encik suami dengan Iman ni kalau masakan bercili tak pandang sebelah mata pun :-).Jadinya untuk tahan lebih lama aku buat cili jeruk dan separuh lagi sambal kicap.Tak lama lagi budak2 ni ada balik cuti ...sambal kicap sekejap je boleh abis kalau dibuat pencicah pisang goreng misalnya atau dimakan bersama sup.Cili jeruk tu biasanya aku sendiri je yang.makan bersama nasi atau mee goreng.
Selebihnya simpan segar untuk memudahkan dorang nak memasak kelak.
Foto: biji2 lada kering yang aku tabur merata juga membuah kan hasil.Cili2'yang baru dipetik.

Foto: hasil dari cili yang dipetik kali ke 2.

Tuesday 5 April 2016

scan di Hospital Permai 1

Assalamualaikum
4 April semalam hari lahir anak sulong  yang ke 23'tahun.Hanya sempat wish dalam perjalanan awal pagi aku ke hospital .23 tahun lalu anak ini memang dinanti2 kehadiran nya setelah penantian lebih 5 tahun .Alhamdulillah kini dah pun dewasa dan InsyaAllah setahun lagi akan habis pengajian nya .
Hari semalam juga aku telah pun jalani CT scan untuk memastikan sel2 kanser tak terus merebak.Doktor HSA suroh buat di Hospital Permai Tampoi setelah ambil segala surat2 yang diperlukan di poliklinik.Jangan tak tau Hospital Permai ni tempat rawatan pesakit mental.Tapi mungkin peralatan nya lebih canggih dan baru ,ramai pesakit2 dari HSI dan HSA kena buat CT scan kat sini untuk mengenal pasti penyakit.
Sebelum pergi tu terasa cuak juga fikir kan nak pergi hospital mental...tapi bila dah tiba tempat dituju rasa teruja pulak tengok persekitaran yang cantik dan luas.Hospital Permai ni hospital baru menggantikan hospital lama yang dah agak uzor.Kawasan nya luas ,masa nak pergi ke bahagian xray dan scan pun berpeluh juga berjalan .Terasa bukan berada di hospital  ,suasana nya yang luas dengan bangunan2 baru seperti berada di kawasan universiti pulak....sesuai sungguh pesakit2 mental mendapat kedamaian di sini.Agak sunyi cuma kelihatan beberapa orang pegawai perubatan dan cleaner je .Berselisih juga dengan sorang dua.pesakit.mental....hmmm mungkin mereka dah agak sehat sebab boleh bebas kat kawasan tu.Yang lain aku tak nampak pun kat bangunan mana mereka ditempatkan.



 Pasal pengalaman buat scan ni.Kalau ikutkan bila baca pengalaman2 orglain melalui google memang takut sangat .Tapi bila dah alami sendiri bukan lagi mimpi ngeri .Dengan layanan staf2 yang mesra dan tempat yang selesa dan tak lama menunggu walaupun pesakit agak ramai ...semua nya jadi ok je.
oklah kita sambung  entry akan datang pulak ya ....rasa buntu pulak nak menaip panjang lebar...