Total Pageviews

Tuesday, 12 April 2016

kura2 untuk Iqa

Assalamualaikum
Alhamdulillah....Asasi Iqa selama setahun di UiTM dah pun selesai ,tinggal tunggu sambung ijazah bulan September kelak.....InsyaAllah.Buat masa ini 'tanam anggur' lah kat rumah.Tinggal ceruk kampung ni nak bekerja sementara pun agak sukar.
Minggu ni juga Fateha dan abang nya cuti midsem....riuh lah sekejap rumah.Fateha balik bawa kura2 buat hadiah untuk Iqa katanya.Tak tau lah dia boleh jaga atau tidak sebabnya aku tak dapat lah nk tolong ....geli geleman pulak bila tengok ia bergerak.
Foto: comel je kura2 ni tapi siapa kata kura2 semuanya lembab,kalau dilepaskan punyalah laju ia melarikan diri......jadinya kena kurung je lh  sebelum dikerjakan 3 ekor kucing kat rumah ni.Suka bersembunyi di tempat2 yang gelap .

14 comments:

  1. Hihihi teringat pulak saya Nabil dan Najeeha..
    Mereka pun ada pet kura-kura ini..
    Nabil punya namanya Shark ..
    Najeeha pulak namanya Sally..

    Betul tu kak bila dilepaskan laju jer dia berlari..
    Saya pun sama kak geli tengok..
    Mereka berdua selalu buat kura-kura mereka lumba lari..
    Tapi sekarang kedua-dua kura-kura mereka dah mati.. :(
    Sebab masa tu cuti raya tinggal lama kat rumah lupa nak bawa balik sama..

    Seronoklah akak, anak2 balik cuti kan..
    Boleh mereka masak dan mengemas utk akak..
    Akak boleh rehat :)

    ReplyDelete
  2. Jgn bagi mereka tanam anggur SI
    Banyak kerja boleh buat. Kat AEON tu boleh kerja sementara
    Tak pun cuba ke Setia Tropika - MyEg nak staff kakak rasa. Tapi lepas CNY hari itu. Anak buah kakak sebab hubby kakak dah bagi dia kerja di CIQ jadi dia tak ke MyEG.

    Cubalah daripada tanam anggur kan.

    ReplyDelete
  3. kat rumah bapa sedara suami ada ada berbelas2 ekor kura2 yg diletak dalam bilik mandi..so dia orang akan mandi bersama kura2 hehe..kalau saya..mau tak mandi la jawabnya..

    ReplyDelete
  4. saya pernah bagi anak2 bela kura2. tp kura2 suka larilah, kejap ke hilang

    ReplyDelete
  5. eiii saya pun geli saniah...

    ReplyDelete
  6. Fateha ni yg suka beli barang barang utk SI dan adik beradik dia kan....
    Untung Iqa dpt kakak pemurah. Esok dah kerja lagilah, mewah hadiahlah seisi rumah...

    ReplyDelete
  7. Fateha ni yg suka beli barang barang utk SI dan adik beradik dia kan....
    Untung Iqa dpt kakak pemurah. Esok dah kerja lagilah, mewah hadiahlah seisi rumah...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Kiutnya kura-kura tu...masa kecil-kecil dulu pernah juga saya bela kura-kura, kura-kura yang liar tu tangkap dalam parit. Senyap-senyap bawa balik, letak bawah rumah. selang beberapa hari emak(arwah) tahu, kena marah dan kena lepaskan semula..hehe. Yelah zaman tu, memang pelik kalau bela kura-kura, tak macam zaman sekarang. Belalah apa-apa pun ular, iguana, harimau, lintah.. apa-apalah yang pelik...perkara biasa aje!

    ReplyDelete
  9. Comelnya kura-kura tu, best juga ada kura ni kan gerak sana sini.. tapi tula menjaga yang geli kena fikir berkali. Tanam anggur sekejap je kan.. bole teman kSI.

    ReplyDelete
  10. kak kalau disini saya minta bekerja dijabatan saya ni nak pakai pekerja sambilan untuk banci, kalau tempat akak dekat dengan jab.perangkaan boleh juga cuba disana, kerana kami memang memerlukan pegawai sambilan sekarang ni.

    dulu anak2 saya juga ada kura2 dah besar sedikit tapi hari tu mati pula, memang betul tu kak kalau dilepaskan tu laju perginya

    ReplyDelete
  11. Comel..kak Zai suka. Dulu anak lelaki kak Zai ada bela bila dah besar lepaskan dkt Taman Titiwangsa.

    ReplyDelete
  12. akak duduk di johor ye..

    jab.perangkaan di JB 07-2244589
    di kluang ini pusat operasi - 07-7783700
    pusat operasi muar - 06-9563700

    cuba akak telefon nombor yang saya bagi tu

    ReplyDelete
  13. bagus juga latih anak bermain dengan gajet alam ini daripada asyik dengan gajet maya yang tiada roh kasih sayang...

    ReplyDelete