Total Pageviews

Friday 30 October 2020

Masak lemak sulur keladi

Assalamualaikum
Seperti biasa 2 atau 3 hari sekali aku ke gerai ikan untuk stok beberapa hari .Biasanya sebelum suami pergi kerja dia akan bawa aku dulu cari barang2 basah .Belum pun pukul 7 pagi aku dah terpacak depan gerai ,walaupun pekedainya masih lagi berkemas mengeluarkan ikan ,udang ,ketam dan berbagai lagi dari peti beku.Suami kena pergi kerja sebab tu aku perlu awal.Biasanya di gerai ikan ni ada saja orang yang hantar sayur2 kampung atau barang lain seperti acar ,pekasam dan kadang ada juga kulit lembu yang dah diproses untuk dijual.
Pagi ni ada pula orang hantar sulur keladi di gerai ni.Aku apa lagi pantang nampak sebab sekarang susah nak dapat sulur keladi.Kalau beli di pasar tani kadang gatal pada tekak.Sulur keladi ni tak seperti biasa agak kecil tapi ini berwarna hijau dan besar.Ini kali ke 2 aku beli di gerai tu sebab sebelum ni memang tak pernah jumpa lagi sulur seperti ni.Satu ikat ni 5 rm ,agak mahal tapi ok lah benda payah nak cari kan.
Sebelum nak masak kenalah siang dulu.Bebudak sekarang memang tak tau buat kerja2 ni.Mula2 buang kan kulit nipis nya dan dipotong seperti kacang panjang.
Cuci dan kemudian rebus sekejap untuk menghilangkan rasa gatal .Kadang boleh je nak masak terus tapi kita kan perlu beringat....
Lepas sudah dicelur tu kena lah tapis untuk buang airnya.
 Masukkan sulur tadi ke dalam periuk, masukkan juga bahan2 tumbuk seperti bawang putih,bawang merah,ikan bilis , sedikit lada kisar ,kunyit serbuk dan asam jawa.
Olehkerana aku guna kelapa parut ,terus je masukkan santan dalam periuk.Hidupkan api masukkan daun kesum .
Setelah agak lembut bolehlah masukkan garam dan sedikit kiub ikan bilis.Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
Biasanya orang dah berusia  seperti aku ni je yang suka sayur sulur  ni ,budak2 memang kurang lah  nak menjamah.
Sedap ....ada pulak sambal belacan dan ikan goreng.

Monday 19 October 2020

10/10/2020

Assalamualaikum
10/10/2020 ramai yang ambil kesempatan untuk mengabadikan tarikh yang cantek ni terutama pasangan2 pengantin ,ramai yang buat majlis akad nikah.Anak sedara sebelah suami dan sebelah aku juga diijab kabul pada hari itu.Serba salah dibuatnya bila kami dijemput hari yang sama dan lebih menjadikan serba salah bila adek aku yang menjemput itu berada di negeri Selangor yang ketika itu wabak covid19 sudah mula menular di sana.Yang anak sedara sebelah suami kami  awal2 dah bagitau tak dapat hantar pengantin ke Bekok Segamat...settle.
Bila hampir tarikh 10/10 tu wabak covid semakin ramai yang kena di Selangor .Stress dan risau sangat masa tu, bertanya pada diri samada kena pergi atau tidak ...takut sebenarnya apatah lagi nak ke majlis2 bertemu orangramai.Sebelum wabak mula meninggi kami adekberadek dah plan nak pergi ramai2 ke sana.Apatah lagi adek lelaki aku tu baru pertama kali anaknya berkahwin.Baju untuk kami  adek beradek perempuan SIL dah hantar melalui pos .SIL juga minta aku buatkan telor pindang untuk dihadiahkan pada pihak lelaki.Aku tekad kan hati samada dapat pergi atau tidak untuk merentas negeri , kena juga merebus telor pindang kerana akan memakan masa beberapa hari.Aku fikir andai tak dapat pergi pun boleh sedekah kan pada jiran tetangga atau kawan2 yang suka telor pindang. Sebab telor dah beli banyak ,nak simpan pun takut rosak  .                                             
Setelah 4 hari siap rebus 200++ biji telor pindang dan disusun untuk dibawa ke Selangor.
Sehari sebelum ,kakak dan Fateha yang berkerja dapat notis dari majikan mengatakan tak boleh merentas negeri.Kalau pergi juga kena kuarintin 14 hari tanpa gaji dan kena buat swab test kos sendiri.Akhirnya hanya aku 4 beranak dan abang sekeluarga je dari Johor  yang pergi ke majlis tu.Walaupun 10/10 hari ijab kabul nya tapi majlis dibuat pada 11/10.Kami bertawakal je dan niat perjalanan kami kerana Allah dan kerana adek aku.Ketika kami tak ada apa2 dulu disaat anak2 semua masih belajar adek dan isteri nya ni lah yang banyak tolong kami.
Kami pergi Sabtu tengahari,saja melambatkan masa sebab tak mahu bertemu dengan orangramai  kerana majlis akad nikah diadakan awal.
Foto: pelamin di rumah untuk lepas akad nikah.
Sebab adek dah buat tempahan homestay untuk kami dari Johor yang katanya ramai tu, malam tu kami bermalam disitu tapi hanya kami 4 beranak saja.Abang dan family nya tidak terus ke tempat adek tapi ke Janda Baik ke rumah keluarga angkat  .Homestay yang adek sewakan tu sebenarnya lebih sesuai untuk dihuni lebih dari 10 orang.
Foto: ruang tamu homestay
...seramm wei hanya kami 4 org .Homestay tak jauh pun dari rumah adek.Malam datang ke rumah dia lagi,makan2 bual2 dan melihat anak sedara pakai inai.
Majlis walimatulurus adek diadakan di Kelab Rahman Putra.
Pagi tu hujan lebat sangat apa lagi budak ber2 ni sambung tidur lah dengan suasana homestay yang cukup selesa .Pukul 11 baru kami bertolak dan checkout keluar.
Alhamdulilah majlis anak sedara berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan.Tak berlama2 di sana pukul 2 petang kami bertolak balik ke Johor.
Sebenarnya hingga saat ini Iman dan Fateha pergi sekolah dan kerja belum lagi dapat bersalam dan peluk cium ..konon2 nya kami kuarintin 2 minggu ..hihii padahal 1 rumah bebas je macam biasa.
Buat anak sedaraku Aimiliana dan Alif semoga bahagia hingga ke syurga.



Friday 16 October 2020

Keladi Selatah

Assalamualaikum.
Khamis lepas suami tak kerja.Seperti biasa lah ada aje aktiviti dia di luar rumah sepanjang hari.Tinggal di felda ni adalah tanah sekangkang kera sekitar dan belakang rumah.Adalah sedikit pokok buah ,pokok2 yang boleh dijadikan sayuran atau ulaman.Kalau setakat pokok ubi dan keladi ada aje sekitar tepi dan belakang rumah.
Suami kata keladi selatah di sempadan rumah jiran sudah berisi dan boleh dicabut.Aku segera ambil baldi untuk bekas keladi yang dicabut nanti.Tentu ramai yang tak kenal rupa keladi selatah kan.Atau mungkin tempat atau negeri lain namanya lain.Tapi aku tau nama keladi selatah ni sejak dulu lagi arwah mak yang bagitau.Haa ni lah rupa keladi selatah,kalau duk  kampung pasti biasa lihat atau di pasar tani ada je dijual.
Ini rupa pokok keladi selatah,agak besar dari keladi lain.
Agak subor tumbuh di kawasan teduh.
Asal anak pokok hanya 2 3 batang saja bawa dari kampung .Kini sudah banyak yang dapat ditanam .Seronok bila pokok yang kita tanam telah dapat hasilnya.Banyak juga isi keladi yang dapat dituai.Mana yang tanah tak keras aku cabut sendiri.Sementara suami akan menggunakan cangkul untuk mengeluarkan isi yang tertinggal dalam tanah .
Ini lah rupa induk keladi selatah.Tak boleh ambil yang ini tapi umbisi  yang melekat pada induk saja .Terlupa mokcik nak snap gambar sebab sudah teruja bila lihat cabut saja banyak isi nya.
Setelah ambil isi keladi ni potong induknya sikit dan bolehlah ditanam semula untuk tuaian dimasa depan.
Keladi selatah ni mudah je ditanam .Batang induk keladi yang ditanam akan menghasilkan pokok yang baru.
Hasil tuaian harini dikongsi dengan jiran.
Keladi selatah ni boleh direbus tapi tak perlu lah kupas kulitnya dulu.Sudah masak dan nak makan baru buang kulitnya .Sedap dan lembut apatah lagi part kat tunas tu mok cik suka sangat.
Boleh juga dimakan dengan gula dan kelapa parut seperti ubi kayu rebus.Kalau dulu2 kala arwah mak suka buat getok keladi.Sekarang ni aku lebih  suka cicah sambal tumis je.
Keladi seletah ni sedap juga dibuat kerepek...tapi tu lah mok cik ni rasa penyakit M pulak nak kupas buah kecik2 ni 🤗.Jadi rebus je lah..senang kan..

Thursday 8 October 2020

Kangkung tumis campur cendawan

Assalamualaikum
Ni kisah masa Azim nak exam akhir sem lalu.Disebabkan PKP dah tentu semua dilakukan dari rumah.Salah satu projek akhirnya menanam sayur menggunakan kaedah hidroponik. Prof. dia bagitau kalau nak mudah gunakan biji benih kangkung je.
Beli benih kat kedai macam nak berladang diberinya.Yang digunakan adalah beberapa biji sebab tanam dalam besen kecil yg digunakan kat dapur je...ermm sebelum ni ku bayangkan dalam bekas yang besar.
Hasilnya setelah beberapa minggu...lahai tak pun sampai secekak.🙂...dah lah tu kurus tinggi lampai😄Disuruhnya kita masak ...kalau lah hanya kangkung tu rasanya hanya sejemput bila dah ditumis. Nasib baik ada sedikit bahan2 lain  di aisbox Aku hiriskan bawang merah ,bawang putih ,lada merah dan ikan bilis.Aku tumiskan bersama cendawan .Garam secukup rasa .Maka terhasil lah kangkung tumis cendawan...rasa ok lah tapi tulah sikit sangat untuk dikongsi.

Wednesday 7 October 2020

Lada dan lesung

 Assalamualaikum


Sudah hampir setahun tak menulis,terasa kekok nak memulakan.Rindu sebenarnya nak mencoret di blog kesayangan ni yang banyak ku simpan  cerita suka duka kehidupan seharian ku. Kalau dulu selang sehari pasti ada update di blog walapun menulis dengan hanya mengguna telefon cap ayam ,kecik pulak tu tapi bila dah minat pasti boleh.Kini rasa nya lebih mudah sebab ada laptop dan telefon pintar yang lebih baik di rumah tapi mood menulis sukar datang. Mungkin kerana aku jarang rasa kesunyian sebab anak2 ada saja di rumah apatah lagi masa2 PKP ni. 

Dulu sering ku ceritakan mengenai bujang bongsu ku Iman tapi sekarang dia dah pun remaja.Tak banyak yang boleh dikongsi cerita lagi.Nak cerita pasal cucu pun tinggal berjauhan .Jumpa pun sesekali ...Oh ya Sarah Sofea sekarang dah 10 bulan. Kalau dah sesekali jumpa jangan harap lah atuk boleh timang2 atau main2 ,mau nya menangis bagai dicubit....ermm alahai cucu.

Ok lah nak mulakan cerita  ya. Sebenarnya sepanjang PKP sejak bulan Mac dulu banyak sangat cerita yang tersimpan.Salah satu nya dah tentu pasal kesulitan nak keluar rumah dan membeli barang. Masa tu lah blender ku buat hal .Kalau dah semua kat rumah ada je yang nak dimasak.Sakit hati bila blender  tak de nak buat sambal. Sebab lada dah ku rendam dengan air panas...dengan terpaksa rela ku tumbuk menggunakan lesung batu pusaka ku ini.

Nak makan pedas kan kena lah merajin kan diri walaupun kudrat dah tak kuat .Teringat pulak zaman2 kecik dulu gini lah gaya nya ...bila terpecik ke mata menangis melolong 😂😂. Ada lah seminggu tanpa blender ,yalah waktu tu PKP awal2 kan kedai eletrik pun tak boleh buka.Baru lah terfikir nak beli  kat LAZADA...Alhamdulilah,kalau berbulan2 alamat berketul lah lenganku😀.
Aku ni walau dah berusia tak boleh nak makan kalau takde sambal atau apa je lauk yang pedas.Ni sambal kelapa tiba2 teringin pulak nak makan ...sambal nostalgia ku zaman budak2 dulu.Kerap sangat berlauk kan sambal kelapa sebab masa tu mak pak orang susah.Kalau dulu makan sambal kelapa tanpa tumis tapi aku saja tumis supaya anak2 nak makan .Resepi nya simple je ..buat seperti sambal tumis biasa dan kemudian last sekali masukkan kelapa parut.Masukkan garam dan perasa secukup rasa.Sedap makan dengan ulaman...
Ok setakat ini dulu coretan pertama ku setelah bercuti sekian lama.