Total Pageviews

Tuesday 28 February 2017

Tumis sulur keladi

Assalamualaikum
Tumis sulur keladi lauk tengahhari semalam.Teringinnn sangat nak makan sulur keladi bila melihat keladi jiran mengeluarkan sulur.Aku minta beberapa pokok anak keladi untuk aku tanam di tepi rumah yang kawasan nya agak lembab.Rasanya baru saja aku tanam tak sampai pun 2 bulan.....sulur keladi dah banyak yang menjalar.Sebelum ni ada juga tanam pokok keladi  tapi tak punya sulur.Aku tak tahu nama2 pokok keladi ....Kalau nak tahu kenalah tanya WP yang mahir bab2 tanaman ni.
Sejak arwah bapa meninggal aku tak pernah makan lagi sulur keladi.Dulu arwah banyak tanam di tepi2 rumah....kalau nak ambil je.Bukan takde jual di pasar2 tani tapi selalu je terbeli gatal kan tekak bila dah di masak.
Anak2 sekarang sulur keladi pun tak kenal....nak makan pun belum tentu lagi.Sedappp sangat pada selera orangtua seperti aku ni.Sulur keladi ni kena celur dulu seperti juga kita masak sayur batang keladi.Nak masak nya pun sama je seperti asam rebus,tumis pedas atau masak lemak.Ikut lah selera masing2.
Aku hanya goreng tumis je sebab makan pun sorang ,ikutlah selera.Tumbukkan ikan bilis ,bawang merah,bawang putih dan sedikit kunyit .Tumis kemudian masukkan sulur keladi yang dah dicelur.Tak lupa masukkan sedikit air asam jawa ,sedikit kiub ikan bilis dan akhir sekali masukkan beberapa tangkai daun kesum...
Makan dengan nasi panas ,ada pula sambal tumis bilis tamban...bertambah2 nasi wei....Sedapppp

Monday 27 February 2017

Menulis

Assalamualaikum
Tersenyum seketika aku sewaktu membaca komen sweety😛
...manalah ada bakat menulis sekadar bahasa pasar je aku gunakan untuk merapu dalam blog suam2 ni.
Dari zaman remaja lagi aku suka catatkan apa juga peristiwa menarik dalam diari.Lebih excited menulis bila si  ❤🐒menghadiahkan sebuah diari masa birthday...walaupun saiz poket je...huhuu budak sekolah mana lah ada duit.Dah semakin2 remaja dah mula malas nak menulis walau sebaris ayat  pun.
Dah punya anak baru aku mula kembali menulis  setelah bertahun2 hanya mencatat kenangan di minda  saja. Masa tu hanya guna kamera biasa saja ,tak kan lah nak amik gambar anak hari2.Jadinya aku abadi kan tingkah mereka dalam diari.Itupun dah terlewat baru teringat...bila satu hari tu suami bawa balik diari.
Setiap hari aku catat perkembangan 📝dan tingkah anak2 sewaktu baby..
Foto: indah kenangan bila dapat mengingati langkah pertama anak. Anak sulung mula berjalan agak lewat setelah 16 bulan baru berani melangkah.
...masa berlalu dan terus berlalu .Kini bila rindu saat itu aku selak semula apa yang telah aku tulis.Walaupun anak2 dah remaja catatan itu masih ku simpan rapi.
Aku tak pernah terfikir nak menulis di blog sehinggalah satu hari tu dalam tahun 2012 Fateha kata dia nak buat blog tapi dia tak suka menulis .....buat untuk mak je lah katanya.
Fateha tahu aku suka menulis dalam diari  dan ada juga yang aku beri dia baca tapi tak semua lah.
Sebenarnya pada mula nya aku tak tahu apa yang nak ku celoteh kan dalam ruang yang terbuka ni.....kena lebih hati2 ,bukan semua dapat dikongsi.
Aku cuba menulis juga walaupun banyak yang merapu dan banyak juga entry2 awal aku delete bila aku baca semula.🙆.
Lagipun  dengan menulis di  blog ni dapat juga mengisi masa sunyi ku sendirian di rumah....walaupun  kadangkala ntah apa2'yang ku celoteh kan.😊


Friday 24 February 2017

Pagi ini

Assalammualaikum
Indahnya matahari pagi Jumaat yang mulia ni bila baru muncul menampakkan sinarnya. Disebalik keindahan ni ada kesedihan pada dua keluarga yang kehilangan orang tersayang . Aku tak pasti siapa keluarga mereka , hanya mendengar dari pembesar suara yang mengumumkan berita dukacita itu di awal pagi ni. Sewaktu aku menulis ini cuaca dah kembali suram ...
Kat rumah ni pun sunyi walaupun anak2 bujang ada balik , biasalah lepas solat subuh terus😴. Iman ada kelas tambahan Bahasa Inggeris di sekolah. Awal pagi dah pergi dengan menunggang basikal aje. Anak2 sebelum ni si ayah tak pernah benarkan bawa basikal walaupun sekadar jalanraya depan rumah ....bimbang keselamatan mereka . Bila dah Iman ni ok pulak.... Dah tua2 ni nak biarkan Iman cepat berdikari agaknya.
Guru BI kelas Iman mengajar kelas tambahan percuma . Biasalah orang kampung mana lah mahir sangat BI. Risau juga dengan UPSR yang ada tambahan penulisan BI.
Sejak anak2 kecil aku hanya ajar asas aje pada mereka. Nak speaking london , takut pulak berbulu telinga mertua aku mendengarnya😜.
Budak berdua ni aku goreng kan nasi je pagi ni untuk sarapan ....
Senang tak payah nak fikir2 kan. Tengahhari nanti kena lah masak berbagai lauk .... Takde lah yg istimewa cuma lauk2 biasa. Kesian pulak budak2 ni sesekali je dapat makan kat rumah.... Azim kata nak makan yang mak masak. Bujang sulong aku pulak dah 4 bulan tak balik , dah tentu nak makan makanan kat rumah. Esok mereka dah hai... Hai byebye..

Monday 20 February 2017

Bila nafas terhenti.

Assalammualaikum
Ketika sedang nyenyak dibuai mimpi😴, aku dikejutkan suami. Tersentak aku seketika sambil melihat jam , sudah hampir subuh ke... Fikirku🙆. Aku lihat jam masih awal lagi.
"Kenapa tak bernafas? " tanya suami. "Kalau tak bernafas tak kan boleh bercakap ni" sambil aku merebahkan diri semula....sambung mimpi.
Petang selepas suami rehat2 lepas balik kerja aku bertanya apasal tanya  tak bernafas tu. Kata dia sebelum tu dia dengar aku berdengkur kemudian senyap.... Kemudian dia lihat aku seperti tak bernafas... Lalu dia kejutkan , bimbang agaknya isterinya tak bernyawa lagi😢. Mungkinkah dia yang bermimpi.... Hmmm ntahlah , bila ditanya dinafikannya.
Sebenarnya sejak suami kena heart attack tempohari aku juga pernah rasai perasaan yang sama cuma aku tak pernah bagitau dia. Kadangkala ketika tidur , tak nampak ombak dadanya sengaja aku cuit2 , bila dia bergerak sikit pun hati dah lega.
Begini lah keadaan bila dah sama2 tak sehat . Apatah lagi dah tua ni...
Sebab tu sebelum tidur mengingatkan diri sendiri tak lupa kalimah sahadah selain doa2 lain. Kita tak tau bila malaikat maut menjemput.Yang pasti mati itu pasti...



Friday 17 February 2017

Bau bau bacang

Assalamualaikum
Bila masuk ke ruang dapur Iman kata "ada satu bau lah"..."Itu bau buah bacang yang dalam besen tu" aku kata padanya.Buah bacang???....mana lah dia pernah makan sebelum ni.
Sebenarnya semalam jiran belakang rumah menghantar buah ni pada aku .Bukan dari  pokok dia tapi pokok dari tanah kami sendiri.Cuma pokok ni berdekatan sangat dengan beranda dapur rumah dia.Bukan salah kami ....pokok tu lebih awal ditanam sebelum rumah itu dibina.Tambahan pula rumah dia dah terlebih2 kawasan tanah kami tanpa izin.Dah hidup berjiran kami redha je....
Pokok bacang ni dah lama kami tanam...rasanya dah berbelas tahun.Tak besar pun pokok nya ,kurus tinggi je.....hihii macam orang pulak.Takpernah berbuah pun sebelum ni .Jadi nya inilah buah pertama ...ini pun kami tak pernah tau sebab dekat sangat dengan rumah orang ,sehingga kakak tu hantar ke rumah.
Petang tu bila aku lihat kat pokok....wah banyaknya buah melayut....daun2 nya nampak gondol je.
Buah bacang ni aku tak lah gemar sangat sebab banyak serat tapi bila dah jarang jumpa ni makan lah juga....
Selain dari makan gitau je ,tau tak buah bacang ni nak buat macamana ya?....Kalau buah mangga boleh lah buat jeruk atau kerabu ke.

Thursday 16 February 2017

Sukun goreng bubur merah/putih

Assalamualaikum
Beberapa hari ni cuaca agak sejuk ,berangin dan hujan turun sekejap2.Sejuk2 ni perut mudah pulak lapar.Teringat buah sukun yang telah aku potong2 dalam peti sejuk. Saja aku goreng tanpa tepung ,baru lah terasa keenakan asli buah sukun .Makan panas2 sambil hadap tv...huh sedap nya walaupun sendirian.
Sukun dari pokok sendiri.Dapat lah 2 biji.....sebiji beri kan kat jiran .Anak2 takde di rumah ni ,apapun susah nak habiskan.Encik suami dengan Iman tak layan sukun ni....jadinya buah nan sebutir tu digoreng sikit2 bila nak makan je.

Ini lagi satu Iman lagilah tak pandang.Biasalah adat orang Johor ni akan buat bubur merah bubur putih atau pulut kuning sebagai tanda kesyukuran .Bubur ni jiran yang beri....banyaklah pulak.Encik suami adalah menjamah ssesudu dua masa balik kerja....Aku  makan lebih sikit walaupun kurang suka makanan manis...selebihnya alahai terbiar gitu je....membazir  sungguh.
Pisang kapas yang baru ditebang dari pokok juga sudah kuning hampir setandan.Agihkan juga pada jiran.Tapi masih berbaki banyak lagi.Teringat pesanan kakak ipar ,setelah dikisar simpan je kat petisejuk...sejuk beku kan.Boleh digunakan bila2 je.Ok juga kan ,kalau anak2 balik boleh lah buat kuih bagai.Kalau sekarang ni hanya kami ber3 setakat buat cekodok je lah :-)

Wednesday 15 February 2017

Ikan lumi part 2

Assalamualaikum
Olehkerana ramai yang tanya pasal ikan lumi ,ni lah rupanya....dengan ikhsan google.
Menakutkan kan  rupanya dengan mulut nganga gitu....hihii. Masa siang tu buang lah kepala nya.
Jangan pandang pada rupa,kalau dah makan pasti tercari lagi .Ikan ni lembut sangat sampai ke tulang ,walaupun ada tulang2 halus semua boleh je makan.Tak perlu nak kunyah bagai....
Selain dari goreng boleh aje masak asam rebus ke....ikut lah selera.Goreng pun biasanya bersalut tepung  kalau tidak mahu hancur ikan tu jadinya.
Kalau ke pasar dengan anak2 pasti terjenguk2 mereka cari ikan lumi.Bukan selalu ada sebenarnya....ramai yang tak pandang ikan lembek gitu  kan.
Seperti aku juga satu ketika dulu ,bila arwah mak selalu beli...Aku fikir kan ikan malong yang aku tak suka rasanya....hahaa....jangan tanya aku rupa ikan malong  ,aku pun dah tak kenal.
Harga ikan lumi ni biasanya murah je.
Ikan ni bukan ikan sebelah atau ikan bilis kecil tu yatie,hainom.Lain beno rupanya...
Betul kata Kakzakie ,ikan lumi kering biasanya tawar .Kalau digoreng biasanya rangup sebab nipis .
Okeylah rasanya dah dapat pencerahan kan pada yang ingin tau.

Tuesday 14 February 2017

Ikan lumi

Assalamualaikum
Ikan Lumi goreng tepung ni jadi febret kami terutama anak2.Tak sempat dihidang untuk buat lauk separuh dah diratah.
Ikan lumi tak selalu ada di pasar ,sesekali terjumpa dah tentu aku beli sekilo dua.Kalau yang kering banyak lah di kedai2 runcit...tapi aku kurang minat .
Satu masa dulu kami tak pandang pun ikan ni bila tengok lembik semacam je.Bila balik kampung  ,arwah mak selalu beli ikan ni.Cakap dengan mak kenapalah ikan macam tu yang mak berkenan sangat.Sehinggalah masa mak tinggal dengan kami selepas pak meninggal ,mak selalu pesan kalau jumpa ikan lumi di pasar tolong belikan.Dah tentu2 aku tukang masak  kat rumah ni...tepung untuk goreng ikan tu aku campurkan garam  ,kunyit dan bawang putih tumbuk .Salutkan kat ikan dan goreng rangup....sedapppp.Sebelum tu masa siang ikan tu buang lah kepala....tajam tu gigi2 halusnya.
Gambar ikan lumi ni sebenarnya dah berbulan tersimpan kat draf.Last beli 3 bulan lepas ....tak selalu ada kat pasar.Tak ramai sebenarnya pandai makan ikan lembek ni .Adek aku sendiri pun pernah try tapi tak sedap katanya.Memang lah kalau goreng tepung kosong gitu je mana ada rasa....
Febret Iman ni ,kalau ada ayam goreng pun dia tak pandang.

Wednesday 8 February 2017

Coretan lemau...

Assalamualaikum
Rasa lemau je nak update blog ,terfikir juga nak pencen .Tapi katanya coretan hidup kan ,nak juga abadikan kan kenangan pahit manis dalam blog .....selagi upaya.Andai aku dah tiada ,dapat juga ditatap oleh anak cucu....mudah2an mereka tahu sukarnya perjalanan untuk  membesar kan mereka.
Adoiiiai...duk merapu aku pagi2 ni.Selesai berkemas ,rehat2 lah kejap.Takde apa nak dikejar bila dah sendirian ni.Lepas selesai semuanya nanti baru mula kan aktiviti mengait ...terleka bila dah hadap benang kait.
Lepas subuh tadi mengalir airmata aku bila Fateha hantar wasap....Alhamdulillah dia dapat Dekan lagi sem ni.Bukan mudah anak2 ni hadapi exam tempohari dengan keadaan ayah nya yang sakit .Apatah lagi memikirkan keadaan kewangan terhad ketika ayahnya tak dapat berkerja masa tu.Alhamdulillah....rintangan itu menjadi semangat .
Esok 9 Februari.....dah 11 tahun Iman.Kebetulan esok cuti ,sibuk dah mengingat kan hari  besday dia.Tak de lah bezday2 party cuma dia kata nak kek je....makan anak beranak je.
Iman ni lahir dah terkemudian dari abang kakak nya,perangainya pun berbeza .Dan kami yang dah berusia ni membela nya pun dengan cara yang berbeza....tak sama dengan anak2 terdahulu yang kurang celek it masa baya2 Iman ni tapi Iman celek mata dah didedahkan dengan it.
Foto: Iman masa tadika
Apa pun semoga Iman membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat....Aminnm.

Monday 6 February 2017

Perjalanan

Assalamualaikum
Bersiaran dari HSA...rutin se
tiap bulan meneman suami .Budak2 pun dah kembali sekolah setelah cuti CNY.Yang kat U hanya Fateha saja yang balik sekejap masa cuti tu.Abang nya memang dah berbulan2 tak balik.... ,sibuknya anak2.....itu belum bekerja tu.
Iqa pula ada projek 1EDUMAS anjuran kolej kediaman ke 5 UM  menjelajah  di seluruh Malaysia untuk beri seminar kepada pelajar SPM /STPM 2017
.Jadinya dia hanya balik rumah seminggu je walaupun cuti sem sebulan.Masa dia minta izin ,dah tentu lah aku ok aje...bila lagi kan nak tengok negeri orang.Kalau nak harap pi sendiri atau dengan mak/pak ntah bila lah....kata orang sambil menyelam minum air .Setakat harini dah beberapa sekolah dan negeri mereka telah jalankan misi.Bermula 30/1 di Terengganu ,Kelantan ,Perak,Perlis,Kedah dan sekarang di P.pinang .Lepas naik sem akan ke Pahang dan negeri2 di selatan tanahair.Dan misi terakhir mereka awal bulan Mac di Sabah dan Sarawak.
Foto:
Antara WA yang dihantar pada kami.
Di SM Syed Alwi Kangar ,Perlis
Di SMK Ibrahim Fikri Terengganu

Katanya pergi juga ke tempat belibelah tapi sekadar cuci mata je ,sedar keadaan ekonomi diri tak mengizinkan. Perjalanan dan program mereka ni sebenarnya ditaja dan juga sumbangan dari orang ramai ...
Semoga perjalanan Iqa dan teman2 dipermudahkan...Semoga dengan memberi ilmu pada oranglain dapat memberi ilmu pada diri sendiri.

Friday 3 February 2017

Putih ke hitam

Assalamualaikum
Salam Jumaat

Iman dah tak de kerja pagi ni ,buat eksperimen kasut putih sekolah dikapur nya warna hitam.Kebetulan kasut putih ada lebih yang hanya di gunakan untuk sekolah agama .Kasut hitam yang digunakan untuk sekolah pagi untuk jawatan pengawas hanya ada sepasang ......baru sebulan sekolah pun dah agak uzor jadinya.
Lantak lah Iman...kita tengok lah nanti macamana hasilnya.Takut2 kena hujan hilang pulak penyamaran kelak.