Total Pageviews

Thursday 29 January 2015

dimanakah dia?

Assalammualaikum
salam Khamis
Dah hampir seminggu  aku tak nampak lagi kelibat JJ....biasanya walaupun tak lagi bermalam di rumah dia akan pulang waktu subuh untuk makan.Kini dah tiada lagi ...dimanakah dia kini ...aku risau sangat dan mungkin aku rinduuuu juga.Sejak kecil dia sentiasa bersama aku ,peneman aku dikala keseorangan di rumah.Walau ada yang lain aku masih terasa kehilangannya ....
JJ seekor kucing yang tak cerewet tentang makan ,apa saja diberi semua boleh ngap...sebab tu badannya agak montel dari yang lain .Agak pendiam ,susah nak dengar dia mengiau,juga agak penakut walaupun dengan anak2 yang sekali2 balik cuti...mulalah dia menyorok.Mungkin juga ini salah satu sebab kehilangannya kerana bunyi ketukan dan  berbagai2 dari pekerja tukang rumah ni menakutkan dia .
JJ tak berani nak bermanja dengan oranglain kecuali aku dan Iman .Bila aku duduk dia  suka mengesel2kan kepalanya pada kaki aku tapi bila ada kaki lain yang menadah jangan harap akan dilayan...kadang2 anak2 cemburu dengan tingkah JJ yang begitu manja dengan aku.Juga menjadi peneman waktu aku menyidai kain seharian ....bila aku mandi ditunggunya di pintu bilek air ,tapi kini dah tiada lagi....di mana kah kau JJ?....makan kah dia?kena dera kah dia? ....berbagai kemungkinan terbayang dimindaku...

Tuesday 27 January 2015

Azim dan jawatan pengawasnya

Assalammualaikum
Sudah hampir sebulan tahun 2015 berlalu bermakna  anak yang bersekolah juga sudah lebih setengah bulan . Satu malam Azim menelefon ku dan bagitau nak letak jawatan sebagai pengawas sekolah,katanya  bebanan kerja semakin banyak dah tingkatan 3 ni.Juga tanggungjawap sebagai pengawas juga semakin berat ,kadang bila sedang belajar pun kena buat spotcheck kat kelas2. Lagipun katanya tahun ni nak PT3 kena belajar lebih......banyak betul alasannya...
Hari Sabtu yg lalu , Azim pulang ke rumah selepas menghadiri sambutan maulidur rasul di masjid berdekatan sekolahnya . Setibanya di rumah dia menyatakan hasrat hati yg sama . Pada mulanya aku dan ayahnya  tidak bersetuju  kerana pelajar selalunya berebut untuk mendapatkan jawatan tetapi  Azim ni pula mahu melepaskan jawatan . Puas juga  kami memujuknya untuk tak lepaskan jawatan pengawas tu kerana dia telah dilantik sejak tingkatan satu lagi... . tapi dia tetap nekad ...kalau dah itu keputusanya kami terpaksa ikut je .
 Apa yang tak bestnya awal tahun sudah beli pakaian pengawas baru untuk dia .....nasib baik sepasang je.....nampaknya kena lah beli pakaian sekolah menengah biasa .Aku kata tak ada budget beli baju sekolah baru.....senang je jawapnya katanya duit bantuan sekolah 100 tu kan ada .....mujor juga tak kena ganti kasut sekolah kerana dia kelas KAA sememangnya gunakan kasut hitam .Tali leher pun dia dah ada katanya.Kalau tak tentunya lagilah banyak pembaziran ....
Sebelum menghantarnya pulang ke asrama, terpaksalah  singgah  kedai  beli  seluar hijau dan kemeja lengan panjang putih .Lencana dan tanda nama juga nak kena jahit semula .Olehkerana dah kesuntukan masa aku jahitkan kat dalam kereta masa tiba depan asrama ....huhuuu macam2 aje anak2 ni.

Friday 23 January 2015

tak selesa

ASSALAMMUALAIKUM
salam Jumaat
moga rakan2 blogger diberi kesihatan yang baik hendaknya.
Hampir 60% rumah kami sedang dibina semula sekarang ni Mujor cuaca begitu baik ,kerja2 pembinaan dapat  berjalan lancar cuma kesian dengan pekerja2 yang terpaksa menahan terik panas mentari .Tapi aku  kagum dengan semangat pendatang2 asing yang begitu tekun berkerja tanpa curi tulang atau berbual2 ...walaupun tanpa pantauan pakcik (warga malaysia ) selaku ketua mereka.Jika tiada halangan cuaca insya Allah  sebulan sudah siap rumah kami ni apatah lagi mereka tak pernah pun bercuti sejak ni.
 Kucing2 kat rumah ni semua bagai menghilangkan diri ketika orang sedang buat kerja.Mungkin takut dengan bunyi mesin2 dan ketukan2 yang kuat.Apa yang menyedihkan aku si Jay Jay yang begitu manja dengan aku dan Iman terus tak mahu lagi bermalam di rumah ...kalau ada balik pun awal pagi untuk minta makanan ...itupun masa orang belum memulakan kerja.Bulunya putihnya dah comot seperti kucing jalanan rupa nya sekarang,...
                                  inilah jay jay satu ketika dulu
Bukan saja kucing2 yang trauma ,aku yang duk kat rumah ni pun kadang2 stress ....bila suami kerja aku yang jadi tempat rujukan mereka untuk bertanya....terasa bagai pengurus projek lah pulak ....soal kewangan juga suami serahkan pada aku.Rasanya nak berehat waktu siang memang tak boleh apatah lagi dengan keadaan rumah yang berhabuk dan tak selesa sekarang ni.Pak cik tu ada cadangkan untuk menyewa rumah lain tapi lagi lah menyukarkan Iman nak ke sekolah dan tentunya risau nak meninggalkan barang2 dengan keadaan rumah yang begini.Nampaknya kena lah bersabar untuk keselesaan dikemudian hari....


Monday 19 January 2015

makan dengan anak2

ASSALAMMUALAIKUM
Bila anak2 dah menginjak remaja amat sukar untuk keluar makan bersama.Biasanya bila cuti sekolah ,yang di IPT pulak tak bercuti.Mengambil kesempatan cuti sekolah yang bersambung seminggu kemudiannya ,kebetulan Fateha dan abangnya dah habis exam dan pulang cuti aku cadangkan bawa mereka makan di luar .Si abang pun cuti cuma 3 hari je..sibuk sangat dia bila dah tahun 3 ni....itu pun sekadar menjenguk aku yang baru keluar hospital tempohari....juga mungkin nak lihat rumah sedang diubahsuai Sekarang ni pun dah kat Taiping.
Cadangnya nak makan steamboat tapi bila difikirkan kena tinggalkan rumah kosong waktu malam...rasa macam kurang selamat pula.Buntu juga nak makan apa petang2 gini,Si abang cadangkan makan kat Kenny Roger Rooster ...yang lain tak membantah.Kat blog KakZakie ada juga aku terbaca mengenai  KRR Aeon  ni tapi aku pergi sebelum tu ...pada pandangan aku pun perkhidmatan agak kurang memuaskan kerana agak lama juga menunggu padahal ketika itu tak pun ramai pelanggan lain .Apa yang kesiannya budak Azim paling last dapat hidangan walaupun menu yang sama dengan Iqa.Rasa ayamnya pun agak kurang segar pada selera aku ....tapi aku tengok anak2 laju je .
Dengan anak yang 5 orang dengan makayah mereka lagi terpaksalah cantumkan meja ...buat macam harta sendiri....hihiiii.Masing2 dengan selera sendiri....nak order pun pening kepala.Seronok lihat anak2 berkumpul makan bersama ,berkongsi2 rasa....Yang perempuan memang susah nak habiskan hidangan ...serah kan je pada bujang 2 aku tu....licin jadinya.
Tukang bayar dah tentulah aku selaku menteri kewangan tak bertauliah ayah mereka....Walaupun terpaksa mengeluarkan $$$ yang lebih namun kepuasan bersama sekeluarga amat bererti.Lepas ni tak tau bila lagi ada kesempatan ....

Wednesday 14 January 2015

semakin sehat

Assalammualaikum
Terima kasih kepada sahabat2 blogger Acik Erna ,Nur Hayati,,Ruzana Ibs,,juga Kak zaitun yang doakan kesihatan yang baik untuk ku...terharu membaca komen2 kalian...anda memang insan yang baik hati.Dibandingkan kalian aku bukan lah sesiapa hanya seorang suri rumah biasa ...kebanggaanku hanya keluarga .
Alhamdulilah terasa bertambah sehat dari sehari kesehari ...makan juga bertambah2 selera ...apatah lagi pihak hospital bekalkan banyak pil2 vitamin ....sengaja aku tak terus mengambilnya ....huhuuu boleh obesiti pulak aku dibuatnya nanti ....Part ubat lain budak Iqa ni lagi tegas dari jururawat kat sepital tu ...tiap waktu dipantaunya ,celik mata je diberikan ubat  ....kadang aku rasa aku macam dah tak perlukan ubat lagi ketika ini...rasanya dah sehat kut....tapi tak boleh nak mengelat dengan Iqa ni...
Budak2 pun dah mula bersekolah sekarang ni ...Iman dah pun tahun 3 ,takde masaalah nak memulakan persekolahan.Sekolah agama dekat dengan rumah ,bila aku suroh si kakak hantar dia pada hari pertama pun tak mahu katanya malu dah besar pun nak kena hantar....
Sekarang tinggal Azim yang masih duk asrama ...taklah kelamkabut seperti tahun2 sebelumnya nak hantar ke asrama2 yang berasingan.Rasanya awal tahun ni agak relax lah aku dan si ayah dalam menguruskan hal2 sekolah.Tapi pertengahan tahun kelak si ayah pasti bertambah pening bila Iqa. bakal meneruskan pengajian....dengan Fateha dan si abang juga masih belajar....perbelanjaan untuk pelajaran mereka juga tentunya makin bertambah.
Moga 2015 ni membawa kebaikan kepada keluarga ku dan kawan2 blogger sekelian...

Thursday 8 January 2015

masuk wad

ASSALAMMUALAIKUM
Rindu rasanya nak menegur kawan2 blogger yang baik hati.Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan dan sibuk dengan keadaan rumah yang sedang diubah suai menjadikan tak mempunyai kesempatan .4 hari tinggal di dalam wad Hospital Sultanah Aminah kerana masaalah anemia yang agak teruk .Bibir dah sepucat mayat ...redha kena masuk wad juga .Saat diberitau boleh balik rumah petang tu ,seronok tak terhingga rasanya.Apatah lagi kesian dengan budak Iman yang tak pernah berpisah dengan aku sejak lahirnya.Kesian dengan suami yang terkejar2 antara kerja ,anak2 di rumah dan aku di hospital.
Buat masa sekarang keadaan aku beransur pulih setelah di masukkan 1pain darah.Terima kasihlah pada empunya penderma darah yang telah menyelamatkan nyawa ku .Tapi yang pasti aku pun tak tau apakah masaalah  ku yang sebenarnya bila doktor teliti katanya tak nampak pun ada fibroid seperti yang doktor2 lain bagi tahu sebelum ni...agak menakutkan juga bila dibagitau samada kanser atau benda lain katanya .Tapi sampai balik pun aku tak tau resultnya.....mudah2an sesuatu yang baik ...Aminnn

Friday 2 January 2015

ke Penghujung Benua Asia

Assalammualaikum
Selamat datang 2015....moga hadirmu memberi sinar yang lebih baik di kehidupan kami.Kami akan merinduimu 2014...(ayat jiwang lah pulak...hihiii)
Cuti akhir tahun yang panjang hampir berakhir walaupun bakal disambung lagi seminggu akibat musibah banjir di seluruh negara.Budak Iman ni dah tak sabar2 nak sekolah ....bukan pe pun saja nak nak pakai keperluan sekolah serba baru dia .Lagi pun dah boring agaknya duk rumah lama dah tak jumpa kawan2 sekolah dia.Hasrat nak bawa mereka cuti2 malaysia pun tak dapat nak tunaikan bila banyak sangat aral yang melintang dan kesihatan yang tak mengizinkan .
30 December si ayah kerja setengah hari .Aku cadang nak beli alat tulis untuk budak 2 ni...walaupun keperluan lain dah selesai....tinggal 2 org yang masih bersekolah ni tak lah bercelaru sangat otak aku.Sambil itu nak bank in sedikit wang untuk Fateha.Pelawa budak ber3 ni ikut sama .Azim dan Iqa laju je terus bersiap ....pantang dipelawa!.Iman pula terkulat2 meragam sambil mulut memprotes ...katanya tak mahu pergi sebab dekat je....Iman nak jalan jauh2.Setelah dipujuk untuk ke Aeon barulah nak bersiap walaupun duk dalam kereta hanya menyepikan diri.
Setelah selesai urusan walaupun tak beli lagi alat2 tulis ,suami suarakan cadangan bawa mereka makan2 kat Kukup .Aku ikut je ,makan punya pasal... walaupun budak2 ni tertanya nak ke mana.Setelah bagitau barulah suara Iman kembali riuhkan suasana..
Dah agak lama juga kami tak ke Kukup ni walaupun bermastautin di negeri Johor,tercari2 juga lah kedai makan mana nak dituju.Tempat parking kereta .memang ada disediakan walaupun tak memuaskan hati...mungkin hak persendirian agaknya...bila masuk je kat tpt parking dah ada yang sedia menunggu dgn resit di tangan ...RM 3 katanya untuk 2 jam tak boleh 1jam Bayar je lah perut pun dah lapar.
Makan pun ikut selera Iman ,dia yang memilih menu walaupun kurang memenuhi selera kami.....tak  ada pedas ...ikan siakap kukus.ketam goreng kunyit dan udang goreng butter.Selesai makan katanya tak mau balik terus nak jalan2 lagi.
OK kita pergi tempat jauh sangat ke penghujung benua Asia ....jauhhhh tu....Tapi Kakzakie tentu  dah biasa ke sini kan.... Seronok Iman ...tiba pun disambut kawan2 nya yang ramai menunggu dengan bagai ragam ada yang mengendung anak kecil .tapi sekadar tengok dlm kereta je ...takutttt




.Mungkin kami salah hari berkunjung ke sini kerana 2 hari sebelum tu ada Festival Air Pasang Besar....katanya bagai acara diadakan.
Si ayah kata kita sewa  chalet untuk rasa suasana laut malam hari....dah lah pergi tak merancang dengan sehelai sepinggang ,tak mau lah.Ada juga saudara sebelah suami yang tinggal di pekan Serkat ,tak jauh dari persimpangan ke Tanjung Piai...pun kami tak sempat nak singgah ...dah petang sangat  dah...
.