Total Pageviews

Wednesday 16 January 2019

Lunch nasi goreng

Assalammualaikum
Bila dah sesorang duk kat rumah...nak makan simple je .Apa yang ada kat dapur tu lah yang di masak.Nak masak lauk pauk rasanya awal lagi untuk Fateha dan si ayah  balik kerja nanti.Biasa matahari dah terbenam baru tiba rumah.
Sekarang ni waktu siang masak sendiri makan lah sesorang....huhuu sedih .Gini lah gaya nya bila dah tua....kitaran hidup kan😢
Harini makan tengahari nasi goreng .Rasanya selalu juga lah makan nasi goreng untuk makan tengahari.....nasi goreng kampung kan senang aje...main campak2....yang penting taruk cili padi dan sayur lebih.Berulam pulak dengan sayur kacang botor....
Nasi yang untuk nasi goreng ni bukan nasi semalam .Setiap pagi suami bangun sendiri untuk tanak nasi dan buat lauk untuk bekal dia pergi kerja.Kiranya stok nasi sentiasa adalh.

Thursday 3 January 2019

Bila tak dirancang...

Assalammualaikum
Bila anak2 dah tiada di  rumah, biasanya ke mana pergi hanya kami .Walaupun urusan kecil aje,biasanya aku lah peneman encik suami .
Malam tadi ada urusan kat  atm bank .Seperti biasa aku lah yang kena settle kan .Kalau dah kata pergi bank saja ,pakai lah alakadar dengan masing2 pakai selipar jepun buruk lak tu dengan baju yang biasa pakai di rumah.Bila dah selesai ,ingatkan nak terus balik .Tapi aku kata nak beli buah ,kat mana ya...tiba2 encik suami belok ke Aeon.Aduhai berat hati juga nak turun kereta tapi tengok kesungguhan suami nak memenuhi keinginan aku ikut je.
Kami pakir kereta pun sebelah belakang.Kereta2 pun masih tak banyak lagi.Cepat2 kami masuk ke tempat buah2an .Pilih2 apa yang patut dan aku cepat2 ajak suami keluar....malu weh ....dah rupa pasangan pendatang tanpa izin dah kami.Rasa dorang lagi elok dari kami...
Foto:inilah hasilnya yang sempat disambar.

Foto: epal hijau makan dengan kuah rojak berkacang...sedappp.

Wednesday 2 January 2019

Giliran Iman ke asrama

Assalammualaikum
Selamat Tahun Baru 2019.
Sudah beberapa bulan tak menulis .Terasa kekok nak memulakan ayat.Memandangkan kini aku sendirian lagi bila waktu siang ,banyak waktu terluang untuk berblog.
Kini fasa hidupku banyak yang berubah.Aku juga telah bergelar mertua pada 30/11 /2018 yang lepas.Anak sulong ku telah pun mendirikan rumahtangga  dengan gadis pilihannya dari utara .Alhamdulilah semua urusan berjalan lancar.
Kali terakhir aku menulis waktu Iman sedang hadapi UPSR. Hari ini Iman sudah pun berada di tingkatan 1. Seperti mana yang aku kata memang takde memohon SBP mahupun MRSM walaupun result UPSR nya agak baik. Tapi Iman tetap tinggal di asrama Pusat sekolah nya.Ini kemahuan dia sendiri.Lagipun pelajar yang mengikuti Kelas Aliran Agama digalakkan tinggal di asrama kerana kelas bermula awal.
Bila sudah biasa menghantar kakak2 dan abang2 nya ke asrama sedikit pun dia tak rasa jangal atau sedih.Kami pulak makpaknya yang berat nak tinggalkan dia.
Waktu siang di rumah seperti biasa lah keadaan seperti dia masih berada di sekolah tapi bila malam terasa benar dia tiada.Bukan tak biasa anak2 tinggal di asrama ....4 anak yang lain sebelum ni juga tinggal di asrama sejak tingkatan 1 lagi.Ermm...takpelah ,biar dia belajar bedikari.
Jika dulu aku terasa bosan bila sendirian di rumah.Tapi kini aku rasa tenang kerana dapat lebih muhasabah diri dengan mendekatkan diri kepada Nya .Usia pun dah semakin senja.
Terkini sudah 3 hari Iman tinggal di asrama.Aku usung henpon ke sana ke mari,bimbang dia call bila2 masa.Bekal kan dia siling yang banyak untuk dia guna kan telefon awam.Tunggu2 juga call dari nya tapi xde.Rupa2nya dia x ingat pun nombor henpon aku dan ayah nya. Nasib dia guna nombor henpon dia sendiri ,itupun baru 10 patah dah terputus....mungkin dia masih belum mahir guna telefon awam....Alahaii anak.