Total Pageviews

Tuesday 22 October 2019

Jeruk Maman

Assalammualaikum
Sabtu lepas aku dan suami berkunjung ke rumah anak sulong di Melaka..Awal pagi dah keluar rumah untuk ke Pasar Tani Alor Gajah.
foto: sebelum tu singgah sarapan di sini.
foto: antara menu sarapan , first time beli nasi lemak dengan tumis kangkung
Bila ke gerai sayur kampung terpandang ada sayur maman yang popular masak rendang negeri 9 .Teringinnn sangat nak mencuba merasa.Serius...memang tak pernah makan maman.Tengok harga yang dipaparkan RM 8.Tapi sebabkan tak pernah makan aku beli RM 2 lebih je.
Memang excited sangat nak try buat jeruk.Sebab balik Kulai pun dah petang hanya sempat bersihkan  dan simpan dalam aisbox dulu
.Pagi sebelum mulakan proses menjeruk kena lah tanya google dulu sebab tak pernah buat.
Oh baru tahu hanya guna kan air , garam dan nasi saja.Ok dah siap buat jeruk ,
kata nya kena tunggu 3 hari baru boleh makan .Esok atau lusa boleh lah merasa...tak tahu lah tekak yang teringin ni boleh terima atau tidak.

Friday 4 October 2019

Jus dan jem roselle

Assalammualaikum
Sejak beberapa bulan ni aku dan suami banyak bercucuk tanam disekitar kawasan rumah untuk mengisi masa yang banyak terluang bila anak2 dah ke haluan masing2.Banyak yang telah kami tanam antaranya pokok roselle .Dapat anak benih dari seorang kawan ...Alhamdulilah membesar dengan jayanya.

Roselle ni banyak khasiatnya...info sepenuhnya boleh lah tanya encik google ya.Kami tanam ni saja suka2  tapi bila dah mengeluarkan hasil teruja melihat buah2 roselle yang merah agak banyak kat pokok.Ya pokoknya juga banyak sebab senang sangat tanamnya.Taburkan je biji benih insyaallah akan tumbuh.Lepas tu rajin2 lah menyiram dan membaja.
Dengan adanya pokok roselle ni boleh buat jus dan jem homemade.Sebelum tu kena asingkan kelopak dari bijinya dulu.
Kemudian cuci dan tapis.Untuk buat jus aku rebus roselle yang telah dileraikan tadi sehingga mendidih dan biarkan beberapa ketika.Kemudian tutup api dan biarkan sejuk .Sudah sejuk bolehlah tapis dan jus boleh dimasukkan dalam bekas untuk disimpan atau minum segera.Aku sengaja tak tambah gula dalam jus ni.Kalau sesiapa yang nak minum boleh lah masukkan gula dan tambah air putih .Bagi aku biasanya minum tanpa gula lebih baik.
Ada juga yang dijemur untuk simpan lebih lama .Bila nak minum kelak boleh lah rendam dengan air panas saja.
Untuk buat jem roselle boleh lah kisar roselle yang telah dileraikan dari biji tu.Tak payah lah halus sangat sebab roselle ni lembut kelak akan hancur juga.Aku sendiri ada yang masukkan yang tak dikisar pun tapi hasil nya sama saja.Masukkan roselle yang dikisar tadi ke dalam periuk  dan masukkan gula secukupnya

.Dalam resepi kali ini aku juga ada masukkan sedikit gula batu untuk hasil yang lebih cantek.Masak sehingga pekat dan selalu2 lah dikacau agar tak hangus dibahagian bawah.Ada resepi yang tambah kan tepung jagung untuk kepekatan tapi aku tak masukkan pun sebab nak rasa yang lebih asli .Hasil nya ok je seperti yang diinginkan
.Rasanya masam manis dan sesuai dioles pada roti atau biskut...sedap.
Biji roselle boleh lah dijemur .Setelah kering biji benih dalam tu boleh lah disemai untuk tanam semula.

Jika rajin berbakti pada tanah akan mendapat hasil nya.Begitu juga dengan kehidupan kita.

Wednesday 2 October 2019

kali pertama buat sambal hitam

Assalammualaikum
Pokok belimbing buloh yang kami beli di pasar tani beberapa tahun dulu telah banyak kali berbuah.Suka tengok semakin lebat pula buahnya .
Sebelum ni bila petik untuk masak atau buat sambal je.Dan selalu juga kami sedekahkan pada jiran atau kawan2.Bila dah sorang2 kat rumah terdetik hati nak buat sambal hitam .Sebelum ni beli ...alahai sikit sangat  ...tak puas nak makan.Step pertama dah tentu kena merebus belimbing buloh .Takde lah banyak mana adalah dalam sekilo lebih .Dah tentu first time nak buat ...kenalah google .Mula2 kena lah cari periuk yang sesuai untuk merebus .Takut juga berlubang periuk kelak dek penangan belimbing buloh.Mujor ada simpan lagi periuk rice cooker lama.
Setelah bersihkan belimbing  buloh terus masukkan dalam periuk .Masukkan sikit garam. Buka api dan biarkan hingga hitam dan kering.Aku gunakan dapur gas dapat lah kawal api yang diperlukan .3  4 jam juga lah baru terhasil sempurna.Selesai merebus gas pun habis....ermm sebenarnya memang tinggal ciput je gasnya pun.Tapi maaf lh tak dapat nak share gambar belimbing yang sedang direbus dan dah kering sebab gambar2 tu ter delete ...sebab tak terfikir nak berblog lagi.😁
Proses membuat sambal hitam tak lah masa tu juga ...tak terlarat mak nak menghadap dapur berjam2 lagi.Dua minggu kemudian baru lah ter rajin nak buat.Cili padi pun tak membeli ...hasil tanaman sekitar rumah .Aku buat resepi derhaka sebab orang suruh tumbuk sebalik nya aku kisar .Kebetulan bawang merah dan putih memang sedia ada yang berkisar dalam aisbox.Tinggal kisar cili padi dengan ikan bilis je lagi.Dah tua ni dah tak larat nak menumbuk banyak2.Lagipun cili padi memang aku letak lebih untuk rasa yang lebih pedas.Walaupun bahan2 menggunakan pengisar tapi agak kasar je kejadian nya.
setelah panas kan minyak masukkan bawang kemudian cili dan ikan bilis juga belimbing buloh .Aku tambahkan sedikit kiub ikan bilis dan sedikit kicap manis.Tumis sampai naik minyak dan biarkan agak kering
.Aku tak tambah garam sebab masa merebus belimbing buloh tu rasa dah terlebih masin...maklumlah first time buat benda yang tak pernah dibuat.
Alhamdulilah hasil nya tak menghampakan ....jadi lah sambal hitam belimbing buloh versi Kulai...😊sedap secukup rasa tapi sedikit pedas . .Walaupun nampak sikit tapi banyak bekas juga dapat tapi semua dah licin sebab hari2 makan dan lagi Azim dan Iqa ada balik...bekal kan dia 1 bekas untuk  bawa balik ke universiti.
Senang je rupanya buat sambal hitam cuma perlukan kesabaran menunggu proses merebus dan menyambal...Berjam2 juga lah kena menghadap dapur...berpeluh2 mak sesorang ...sebab teringin nak buat sendiri kena lah bertabah.
Kat pokok nampaknya masih banyak lagi belimbing yang masih berputik
....insyaallah akan cuba buat lagi dan cuba perbaiki apa yang terkurang .