Total Pageviews

Saturday 21 October 2017

Hukum sujud atas telekung.

Assalamualaikum
Untuk peringatan diri sendiri juga
Sumber: telegram
*Hukum sujud di atas telekung*

📌Jika seseorang sujud di atas sesuatu yang menghalang antara seluruh dahinya dengan tempat sujud maka solatnya tidak sah jika penghalang itu bersambung dengannya atau atas tanggungannya seperti hujung pakaiannya yang mana pakaian turut bergerak apabila dia bergerak ketika berdiri dan duduk.

📌Fakta di atas ada dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam karangan beliau “al-Minhaj al-Qawin”:

ﻭﺷﺮﻃﻪ ﻋﺪﻡ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻰ ﺷﻲء ﻣﺤﻤﻮﻝ ﻟﻪ ﺃﻭ ﻣﺘﺼﻞ ﺑﻪ ﺑﺤﻴﺚ ﻳﺘﺤﺮﻙ ﺑﺤﺮﻛﺘﻪ ﻓﻲ ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺃﻭ ﻗﻌﻮﺩﻩ ﻓﺈﻥ ﺳﺠﺪ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﺎﻣﺪا ﻋﺎﻟﻤﺎ ﺑﻄﻠﺖ ﺻﻼﺗﻪ ﻭﺇﻻ ﻟﺰﻣﻪ ﺇﻋﺎﺩﺓ اﻟﺴﺠﻮﺩ

Maksudnya: “Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.

📌Berdasarkan kenyataan Imam Ibnu Hajar di atas, maka jelas bahawa wanita yang sujud di atas telekungnya sendiri maka sujudnya tidak sah, apabila sujud tidak sah maka solat juga tidak sah. Ini kerana telekung yang dipakai bersambung dengan dirinya atau ditanggung olehnya, malah turut bergerak dengan pergerakkannya.

10 comments:

  1. Tq info..mmg xtahu..tp nasib baik xpenah sujud alas atas telekung..

    ReplyDelete
  2. Good sharing Kak, walaupun dah tahu, tapi bole dimanfaatkan utk org yg blm tahu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sama2 kita menjaga solat..

    ReplyDelete
  4. insyaALlah kak, sama2 jaga solat

    ReplyDelete
  5. salam singgah.. TQ atas info..

    Awk dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  6. Bagus ni utk org yg tak tahu.
    Elok kak utk manfaat semua..
    Saya tahu dgr ceramah itu hari..

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar jgak info ni. TQ kak saniah share.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak share info penting ni :)

    Akak, jemput join giveaway pertama Siqah ye :)

    http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

    ReplyDelete
  9. Terima kasih perkongsiannya SI. Itulah pentingnya ilmu ketika beramal kan SI. Tanpa ilmu sia sialah ibadah kita

    ReplyDelete
  10. Berguna juga pada yang tak tahu atau tak pasti. Sekurang-kurangnya bila berkongsi info begini adalah manfaatnya kepada orang lain.

    ReplyDelete