Total Pageviews

Thursday, 12 October 2017

Kaki ayam

Assalamualaikum
Seperti biasa aku kalau membeli ayam selalunya pasti di Peladang Biz Centre.Lebih rasa terjamin dan tak ragu2.Walaupun ayam2 nya dah difrozen kan tapi masih segar.Dan bagi aku lebih banyak pilihan untuk membelinya.Kepak,punggung ,whole leg ,dada ,chicken chop,dan berbagai lagi semuanya dah dipack sekilo2.Ada je ayam seekor2 gitu tapi tak kuasa lah mak nak memotong nya sendiri di rumah....
Selalunya aku beli ayam potong,whole leg dan punggung( bukan tongkeng tau) ....bahagian bertulang ,kalau isinya banyak buang dari makannya nanti.
Sebenarnya semalam aku ada beli juga sekilo kaki ayam .Dah pun bersihkan tapi tak tau nak masak apa.
Tentu ramai juga yang tak makan kaki ayam kan....seperti juga anak kat rumah ni,Iqa kata mak tau tak ia pijak apa....hishhh geram betul dah dia tak makan banyak  mulut pulak.Padahal kaki ayam tu kan ada'stokin' nya....
Kaki ayam ni sebenarnya banyak khasiat .....kalau nak tau 'google' lah ya.Malas lah pulak makcik ni nak terangkan panjang lebar.Sebab tu bangsa cina suka makan kaki ayam .Teringat masa kerja dulu di kantin tempat kerja yang bossnya cina,hari2 ada kaki ayam masak kicap.
Yang sukaaa sangat makan kaki ayam kat rumah ni Fateha lah.Biasanya kalau dia balik selalu lah ada masak kan kaki ayam .Tak jadi lauk dah,meratah je dia.
Iman pun suka ....tapi untuk hari ini tak tahu pulak menu apa nak dimasak dengan kaki ayam ni.Kalau nak tau seeloknya rebus dulu sebelum dimasak .Buang air rebusan dan baru lah boleh masak ikut suka.
Pernah juga buat kerabu,masak sup,kari dan kicap ....harini nak masak apa pun xtau lagi.
Ok lah makcik dah penat membebel ni ,nak ke dapur dah ni nak teruskan projek kaki ayam ....hihiii.

7 comments:

  1. Saya pun tak makan kaki ayam Saniah. Asalnya anak-anaklah... mereka tak makan akhirnya sayapun terikut2 sama. Kalau beli ayam, kakinya tu saya simpan sampailah dah terkumpul banyak saya hantarkan ke rumah kakak saya. Dia suka buat sup.

    ReplyDelete
  2. Saya suka buat sup kak saniah..
    Anak2 pun suka..
    Kalau saya buat nasi ayam..
    Supnya kaki ayam lah..

    Macam nak mencari kaki ayam pulak hujung minggu ni..πŸ˜†

    ReplyDelete
  3. Mak mentua Saya suka buat sup Kak, kalo dia pegi paso, kadang org Kat paso tu bagi free je. Dia masak sup, offer kt saya, ermmm..takdo do Saya makan, geli macam iqa, hihi.
    Tapi katanya bagus utk lutut kan.

    ReplyDelete
  4. saya pun tak makan kak, biasanya saya buang je kaki ayam tu heheh sebab seisi rumah pun tak makan, kalau en.azmi makan saya ok je nak masakkan

    ReplyDelete
  5. Amboiii...bizi betul tak menyabo nak settlekan projek besar nampaknya hihi...
    Sedap tu....buat sup pun ok apa!. Eloklah depa depa tu tak makan SI. Biar kita je yg tambah kalogen sorang sorang. Kita jerlah yg awet nampaknya hihi

    ReplyDelete
  6. saya suka giler kaki ayam ni, kak.
    asben & anak2 pon.
    last week dok masak kaki ayam la.
    just tak amik gambo utk tempek dlm blog :) hi hi hi....

    ReplyDelete
  7. Feveret saya dan Alya, dapat kaki ayam, tak pandang dah bah lain..

    ReplyDelete