Total Pageviews

Tuesday, 3 October 2017

Ikan siakap kukus

Assalamualaikum
Walaupun hanya 3 beranak di rumah ,bila nak masak pening juga nak fikirkan menu apa .Apatah lagi dua beranak ni banyak sangat tak makan nya.
Ni menu minggu lepas.Ikan siakap kukus....makanan sehat dan mudah disediakan.Febret encik suami.Berkali kali menambah nasi,Alhamdulilah suka melihat dia berselera.Mengukus pun senang sambil tanak nasi ,sambil juga mengukus ikan.Bila nasi masak ikan pun dah siap dikukus....senang kan rice cooker sekarang ...boleh masak nasi dan mengukus sekali.Tukang masak pun apa lagi ....relax memanjang le :-).
Mudah je nak mengukus ikan siakap ni.
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili merah
Tomato( tak letak )
Daun bawang
Semuanya dihiris dan tabur atas ikan yang telah dilumur sikit garam.Sebelum mengukus perah kan sebiji dua limau ke atas ikan. Lepas tu kukus lah hingga masak.
Mudah kan...budak sekolah rendah pun boleh buat.



10 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, sedap juga nampaknya menu sihat tu. Cara penyediaannya pun tak rumit mana. Bolehlah saya dan ummu ikhwan mencubanya nanti.
    Benar kata akak, di antara masalah kecil tapi besar kaum surirumah ialah "nak masak apa hari ni?" hehehe....

    ReplyDelete
  2. Baru minggu lepas masak siakap kukus ni kak..
    Anak2 pun suka..
    Betul tu kak..
    Makanan sihat..

    Best pulak rice cooker akak tu..
    Boleh mengukus sekali..
    Nak beli lah..
    Tambahan pulak rice cooker saya tu dah rosak..
    Sebab bila masak nasi sebelah hangus berkerak dan sebelahnya lembik berair..
    Jenama apa rice cooker akak tu..
    Brpa harganya kak πŸ˜†

    ReplyDelete
  3. Ikan siakap ni ada 2 versi.
    Siakap laut atau siakap bela.
    Kalau nak lebih sedap (tapi lebih mahal) cari siakap laut lepas punya.

    ReplyDelete
  4. wah boleh tiru cara kak saniah masak ni. 2 in 1 gitew. len kali nak masak nasik sambil steam jgak. siakap kukus sedap

    ReplyDelete
  5. Wah senang keja tu Kak, bagus juga manfaatkan rice cooker tu sepenuhnya kan. Kena plak dengan selera si suami kan, seronok la masak, lain Kali boleh masak lagi kan, hehe.

    ReplyDelete
  6. Hihi....ringkas dan mudah ye SI. Cepat siap, cepatlah kita boleh terbongkang depan TV hihi...

    Buat sambal tak SI?

    ReplyDelete
  7. Apa-apa pun saya berkenankan dengan kaler periuk nasik tu.

    ReplyDelete
  8. saya terpaksa cari kat kedai tomyam ajelah kalau teringin nak makan ikan kukus ni...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya menu sihat tapi perlu makan semasa panas, barulah urmmmmmm..

    ReplyDelete
  10. Aduhai, kak! Janganlah kata budak sekolah rendah pun boleh buat. Saya tak pernah lagi mengukus ikan sebabnya takda pengukus. Hahaha... sajalah bagi alasan padahal malas!

    ReplyDelete