Total Pageviews

Thursday, 21 January 2016

Stress dan puji diri.

Assalamualaikum
Beberapa harini  keadaan agak  sibuk...macam2 hal.Azim yang nak bertukar sekolah juga banyak nak diselesaikan sedangkan masa agak suntuk.Satu masalah pulak sebab tak dapat asrama sedangkan rumah jauh..Suami kerja agak huruhara sekejap cuti sekejap kerja...Sibuk meneman aku ke hospital lagi...Tambah merunsingkan Iman pulak demam.
Kesian pulak tengoknya hadapi hari2 sukar seperti ini .Aku cuba nak mengurangkan stress nya dengan nak pergi sendiri sesuatu tempat tapi macam tak beri je....weh teringin juga lah nak naik bas awam ....
Macam2 dugaan awal tahun....tapi tak mau lah fikir2 kan.Baik layan Rashid orang lidi yang viral kat FB tu seronok pulak baca.Kawan wasap group juga tak mau ketinggalan puji diri...

                Kawan aku sorang ni  memang suka buat lawak ,la ni angkat bakul sendiri pulak....!
        Budak Iqa dengan tak habis dengan korea.

Semoga suamiku  seperti Rashid kuat semangat ,tabah hadapi dugaan ....mana lah tau lepas ni jadi viral 'Jadi lah seperti encik Burhan'....hihiii.
Apapun Allah sedang menguji kita sekarang.

12 comments:

  1. Patutlah kat FB merata benda gitu, rupanya tgh viral benda ni haha....
    Sabarlah En Burhan dan isteri hihi....
    Namanya pun kehidupan kan SI, ginilah seadanya. Redah ajelah.
    Siannya Azim....pergi sekolahlah SI, buat rayuan, masalah jugak nak menghantar sekolah pagi pagi tu..

    Kenapalah gambo profile tu kecik sangat SI? Tak nampak apa tau!!

    ReplyDelete
  2. Haha tidak mengambil gambar dalam pertolongan. Moga dipermudahkan urusan SI, inshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Nak jadi macam Rashid tapi dlm keadaan dunia hari ini banyak ujian kena tempoh. Kadang mulut kata ok tapi minda dan hati berkecamuk. Akibatnya stress dpt darah tinggi.

    Harap-harap SI dpt kurangkan stress. Tak lama lagi 27hb tu. Kakak doakan semua baik-baiklah hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Patutlah kat FB merata benda gitu, rupanya tgh viral benda ni haha....
    Sabarlah En Burhan dan isteri hihi....
    Namanya pun kehidupan kan SI, ginilah seadanya. Redah ajelah.
    Siannya Azim....pergi sekolahlah SI, buat rayuan, masalah jugak nak menghantar sekolah pagi pagi tu..

    Kenapalah gambo profile tu kecik sangat SI? Tak nampak apa tau!!

    ReplyDelete
  5. CONTOHI SESIAPA SAJA YG BAIK PERILAKUNYA ...

    ReplyDelete
  6. rashid sentiasa ada di mana2..huhu..

    moga bertabah dgn segala ujianNya.

    ReplyDelete
  7. kikiki...akak ni dalm duk risau2 camtu pon bole buat lawak gak ye...betol tu kak boga incik Burhan tabah dan kuat dalam mengaharungi kekalutan ini...tak lama pon sekejap je...mudah mudahan...lepas akak selesai di hospital...iman di asrama...harap2 rutin akak kembali tenang2 seperti biasa...lepas akak dah betol2 sehat dah bole menjenguk dan menguruskan keluarga seperti biasa...

    Ini puan Saniah...
    Puan Saniah akan masuk hospital..
    tapi puan Saniah terus tenang dan kuat...
    puan Saniah banyak bersabar...
    jadi la seperti puan saniah :)

    ReplyDelete
  8. Kak Zai pun nak jadi puan saniah kuat tenang dan sabar. Hari ini kak Zai tak tenang selagi belum tahu perkembangan kimo adik di Taiping.

    ReplyDelete
  9. Tu la kak saniah...tgk kat FB byk jumpa post pasal Rashid..hehehe

    ReplyDelete
  10. salam

    dari blog http://cahayacinta.com

    stress kalau boleh nak lari tapi kena tangani juga kalau tak kawal bahayakan diri..

    pujian sukar nak dapat lain ornag benar ikhlas dengan apa kita buat pujian akan buat kita jadi lebih bermakna

    ReplyDelete
  11. Moga Allah permudahkan segala urusan... moga diberikan kesihatan dan kekuatan dalam hidup.. take care

    Rashid mmg tengah glamor sekarang.. hehehhe

    ReplyDelete
  12. moga urusan akak dipermudahkan, jangan stress sangat ye kak..

    ReplyDelete