Total Pageviews

Friday 26 March 2021

Menginjak usia

Assalamualaikum
22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara harini ,walaupun Allah uji dengan sakit 5 tahun yang lalu.
Ahad 21hb beria anak daraku 2 orang ni ajak keluar .Ingat kan seperti biasa nak menyoping barang makanan mereka untuk bekal pergi kerja.Rupanya saja Fateha nak beli kan sesuatu sebelum ini aku inginkan.Iqa baru bekerja dan belum ada gaji ,jadi dia jadi escot je.Beberapa kedai juga masuk tapi tak dapat apa yang dicari .Kalau ada pun harga agak mahal .Aku kata tak perlu lah belikan untuk mak buat masa ni,bukan lah keperluan sangat pun.Simpan lah duit tu persiapan perkahwinan dia kelak .Emak tak mahu pun hadiah mahal2 ,dapat masuk Eco2 pun suka sangat2.Dorang layan kan je mak nya menyoping . Diam tak diam 1 jam juga kat dalam kedai saka tu.
Jenuh juga ikut orang muda ni jalan sana sini.Iman yang ikut kami dah mula bersuara bila nak makan sebab sudah tengahari.Lagi pula suka dia ikut kakak ,sebab dapat mengepau makanan yang dia suka.Anak dara 2 ni sebenarnya dah pakat nak bawa maknya makan2.
Foto:sebab kurang minat makanan western ,mak order lah salad je tapi takde lah pulak.Gantikan dengan chicken chop,ada salad juga kan...hihii
Foto: taklah makan sorang ,banyak tu...
Foto: Fateha order ayam goreng
Foto: Iqa oder ramen ni.Suruhnya aku merasa ,tak mahu lah sebab bau nya pun dah macam meggi kari.
Foto:Ni pinggan Iman.Tak pernah jemu dengan speggeti.Spaggetti cabonara dengan ikan salmon.
Foto :minuman ni kami kongsi ber3 ...masamm tu tapi menyegarkan .
22hb ,petang ,balik kerja ,masuk rumah je Iqa sibuk cari mana mak.Sedangkan waktu itu aku duduk2 di belakang rumah sambil memerhati tanaman dan si ayah yang sedang buat kerja.Rupanya nya buat suprise lagi membeli kek ...huargh...sedih sebenarnya budak2 ni beria2 nak merahikan sangat birthday mak nya yang sudah meniti senja ni.
Disebabkan maknya puasa ,kena lah tunggu lepas ifftar baru boleh potong kek.
Kek coklat cheese ni sekali hadap je.Tengok kan si ayah juga suka sangat makan ,beberapa potong juga dia makan.
Tahun depan kalau umorku panjang ,birthday2 ni sudah lain susananya sebab Fateha sudah menjadi milik orang ...tidak lagi depan mata.

11 comments:

  1. Alhamdulillah. Happy birthday kak Saniah. Eh.. Mana tau nanti lagi meriah hari jadi tahun2 akan datang dengan kehadiran menantu or maybe cucu. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah akak Saniah,Semoga dikurniakan keberkatan hidup dunia & akhirat.Juga semoga anak- anak serta keluarga akak juga dikurniakan rezeki & rahmat.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday. Moga sentiasa dalam peliharaan Allah. Bahagia dunia dan bahagia akhirat. @@ Mac itu sama tarikh lahir dengan bongsu saya, Firdaus.

    ReplyDelete
  4. hepi belated besday maksaniah tuuh.. 😅

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH SANAH HELWAH SAN SHT SJHTRA SELALU

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, Sanah helwah.. alhamdulillah, moga diberkati usia kehidupan

    ReplyDelete
  7. Sanah helwah kak..semoga panjang umur murah rezeki,diberkati dan dirahmati..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal... Happy Birthday Saniah, semoga diberikan kesihatan dan kebahagiaan selalu disamping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  9. Sanah Helwah kak saniah..
    Maaf lewat ucapkan..
    Semoga Allah SWT kurniakan umur yg diberkati Dan kesihatan yg baik jua hendaknya buat akak. Aamiin YRA 🤲🏻❤️

    ReplyDelete
  10. salam kak, lama betul saya tak berkunjung ke blog akak ni, semoga akak dipanjangkan umur.

    ReplyDelete