Tempohari aku ke pasar ,terpandang pula terung yang djual dengan harga agak murah .Aku beli lah lebih kurang sekilo,teringin pula hendak buat pajeri .Sudah lama tak makan pajeri terung, mengidam pula nak makan......
Semalam pagi lagi aku sudah belah2 terung dan rendam dalam air .Sementara itu aku sangai kan kelapa untuk dijadikan kerisik.Inilah resepi pajeri terung yang aku buat.
Terung dibelah2 dan direndam
sedikit ikan bilis (boleh gunakan udang kering)
Bawang merah
bawang putih
rempah kari daging
asam keping
garam gula
kerisik
rempah tumis
cara;
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis. bawang putih,bawang merah dan ikan bilis yang sudah dikisar. lepastu masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. biarkan sehingga terbit minyak. kemudian baru masukan terung dan dikacau.Jika kering tambah sedikit air dan asam keping.Biarkan sehingga terung agak lembut ,barulah masukan kerisik dan kacau .Aku tidak menggunakan santan kerana kerisik sudah rasa lemak.Akhir sekali barulah masukkan garam secukup rasa dan lebihkan gula .Biasa nya pjeri terung ni rasa nya agak manis.
Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti
No comments:
Post a Comment