Total Pageviews

Wednesday 23 July 2014

dugaan Ramadhan Iman

ASSALAMMUALAIKUM
        Salam seindah pagi Ramadhan



Iman ...di sekolah katanya tolong cikgu angkat kerusi meja ke tingkat bawah .Diberi upah sedikit wang dan beberapa kotak susu.
Balik sekolah selalu ayah dia yang ambil walaupun tergesa2 balik kerja.Semalam kerana ada masalah balik agak lewat ....bulan puasa ni Iman keluar sekolah 5.30.Aku pesan pada jiran ambil Iman sekali dgn anaknya yg ada di sekolah yag sama.Bila budak2 sekolah mula pulang aku tunggu depan rumah ,terpandang anak jiran hanya bawa adiknya tanpa Iman.
Bimbang dan kasihan sangat ingatkan Iman sendirian di sekolah.Apatah lagi 3 empat hari sebelum ni ada kes budak perempuan tahun 3 hampir kena colek di hadapan masjid.Tanpa fikir panjang minta tolong jiran yang lain .Lebihkurang 500 meter jiran tadi pusing balik bawa Iman sama.Rupanya dia jalankaki seorang diri dari sekolah....walaupun taklah jauh lebihkurang 1 km tapi dalam keadaan puasa dengan beg yg berat nampak sangat letihnya.Selesai ifftar dan solat maghrib terus dia tidur...
Awal pagi lagi jiran sudah telefon mohon maaf sangat2....





Monday 21 July 2014

Periksa dan raya

ASSALAMMUALAIKUM

Ketika hendak kembali ke asrama Atiqa menghulurkan kad pengenalan dia ...meminta si kakak membelikan no pin untuk kemasukan ke kolej Matrikulasi tahun 2015.Aku bagai baru tersedar begitu pantas masa berlalu....terasa baru semalam menghantar dia mendaftar ke tingkatan satu....kini tinggal beberapa bulan saja dia akan menamatkan alam persekolahan.Akhir tahun ni dah pun SPM.Tahun depan tentu makin jauh tinggalkan kami.....

                         Gambar ketika tahun satu
Sekarang ni orang lain sibuk2 nak buat persiapan raya ,dia sedang sibuk untuk hadapi trail dalam bulan syawal ni.Kata dia tak perlu beli kan apa2 utk dia tak mahu raya....yalah tu ....bila orang nak pergi beraya nanti dia dulu lah yang masuk kereta....

Sunday 20 July 2014

cerita kuih buah melaka

ASSALAMMUALAIKUM
    Awal Ramadhan tempohari terasa ingin sangat nak makan kuih buat melaka untuk manisan ifftar.Sukar nak cari keledek aku gantikan dengan ubi kentang untuk mengurangkan liat tepung pulut.Memang mudah dan tak mengambil masa lama tapi olehkerana kesuntukan masa buat bebola kuih buah melaka jadinya pun sebesar buku lima Iman......makan 2 biji pun dah kenyang.
   Bila anak2 yang duk asrama balik....aku buatkan sekali lagi untuk mereka merasa.Kali ini anak dara aku yang buat bebolanya....
warnanya  tak menyerlah sebab aku gunakan sedikit saja daun pandan
yang togel ni untuk Iman sebab dia tak nak makan santan katanya (tak tau beza santan dgn kelapa parut)

         Bila cerita bab kuih buah melaka ni teringat aku peristiwa bulan Ramadhan lebihkurang 4 -5 tahun yang lalu.Di kawasan kediaman aku seorang warga emas meninggal dunia akibat tercekik kuih ni masa ifftar.Sejak peristiwa itu suami begitu hati2 bila anak2 nak makan kuih buah melaka pastikan tak liat dan kunyah dengan hati2....walaupun anak2 dah besar sering diingatkan....

Saturday 19 July 2014

Hitam juga pilihannya

ASSALAMMUALAIKUM
21 Ramadhan 1435
      Hari raya yang lepas2 biasanya aku buat dan jahit sendiri baju2 kurung dan baju melayu anak2 dan suami.Biasanya hari raya pertama kami pakai baju sedondon 7 beranak.Mula menjahit 2 atau 3 bulan sebelum Ramadhan ...apa taknya walaupun yang lelaki seorang sepasang ...yang perempuan biasanya lebih le....
     Tahun ini semua pakaian terutama baju melayu beli saja.Takde tema2 warna seperti yang lepas ....ikut saja warna yang sendiri suka .Semalam belikan baju melayu dan t shirt untuk Azim dan Iman .Azim pilih baju melayu warna ungu cerah ....Iman, anak aku yang seorang ni dalam banyak2 warna yang cantek2 boleh baju melayu telok belanga hitam yang menjadi pilihan dia ....Bila suroh pilih t shirt pun warna hitam yang menjadi idamannya....walaupun aku berkenan sangat 1 t shirt yang warna biru ....memberontak dia suruh letakkan balik ke tempat asal.Agaknya hitam tu menawan sangat hati dia...
   

Thursday 17 July 2014

Al FATIHAH

ASSALAMMUALAIKUM
19 RAMADHAN 1435
       Suasana pagi agak sendu kelihatan cahaya kilat memancar dari jauh dan awan hitam nampak berarak lembut namun sehingga tengahhari ini belum ada setitis hujan pun yang turun ke bumi.Suasana suram bagai mengerti kesedihan seorang isteri kehilangan suami ,seorang anak kehilangan ayah ,seorang ibu tua yang kehilangan seorang lagi anak.
     Selesai berbuka kami dikejutkan kawan suami yang juga anak jiran ku telah menghembuskan nafas terakhir.Meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia 16 tahun.Telah selamat disemadikan diawal pagi tadi .Sebak rasa hati bila melihat isteri dan anak kehilangan orang tersayang disaat menjelang lebaran tak berapa hari lagi.Namun menurut ibunya masih sempat menunaikan zakat fitrah untuk anak isteri dan ibunya.
Masih mampu berpuasa walau tidak sehat....Ramadhan ini benar2 terakhir untuk nya.Al fatihah....
   Balik rumah melihat WHI mengesahkan banduan akhir seorang wanita tak dapat menahan airmata ku luruh bila melihat luahan2 nya yang bakal menunggu mati.Mungkin ramai diluar sana yang merasai kesedihannya sehingga pengacara juga turut mengalirkan airmata.Namun masih aku ingat kata2 ustaz jemputan nya berkata walau apa cara pun kematian tak penting.....yang penting mati dalam iman....
    

Tuesday 15 July 2014

kuih2 raya

ASSALAMMUALAAIKUM
 17 RAMADHAN 1435
              Tentu ada yang sudah mula buat kuihmuih untuk kudapan hariraya yang bakal menjelang .
Satu ketika dulu aku rajin juga buat kuih sendiri walaupun anak kecil2 lagi....Agak mencabar bila anak2 kecil mengacau .Mak mertua yang sememang sudah uzor ketika itu tolong juga jaga kan anak2...tapi biasanya lepas juga ke dapur.Nak kan budak2 ni diam bagi kan tepung yg sudah diadun seketul  ...buatlah bagai tanah liat..sampai tak rupa tepung dah..
      Sekarang dah berusia malaslah pulak buat sendiri ....kuih tunjuk je lah .Nak buat kerepek atau kekacang pun dah tak larat nak menghadap api dapur lama2.Aku biasa beli kat IKS Simpang Renggam atau Azhar Food Supplier , nak kuih atau kerepek apa saja semua ada.murah2 lagi..rambang mata dibuatnya.bawa je duit sebakul ...hihiii
 dulu kuih2 rupa ni lah rajin sangat aku buat ...la ni gambar hiasan je ,snap dari buku resepi yang dah berabuk tersimpan.

resepi ni dari majalah keluarga bulan julai 1993....masih elok dalam simpanan....akhir 80an  dari majalah wanita pun masih ada....tak tau lah simpan buat apa lagi..... semua ada nilai sentimental....Biasa nya masak tak ikut resepi pun ...ikut suka sendiri je.
     .

Saturday 12 July 2014

Indahnya...

ASSALAMMUALAIKUM
14 Ramadhan 1435

Bila bunga2 berkembang banyaklah serangga seperti kumbang dan rama2 menghampiri.Bila  perhatikan rama2 perbagai warna bagaikan lukisan ....indahnya ciptaan Allah.

Friday 11 July 2014

kita dan pembaziran

ASSALAMMUALAIKUM
13 ramadhan 1435
       Di  awal suboh sewaktu nak ambil wuduk aku sudah ditegur Iman....katanya aku mengambil wuduk makruh.Buka air paip besar...ustazah kata tak boleh membazir air  .Huhuuu... mak nya yang over kalau mengguna kan air pun....
       Bila cerita bab membazir ,setakat hampir 2 minggu ramadhan ni aku bersyukur sangat sebab dapat mengurangkan pembaziran dalam makanan.....bukan tak ada yang terbuang pun tapi kuranglah dari ramadhan yang lepas2.Sebab nya aku masak pun ngam2 untuk berbuka dan bersahur.....dan jarang sekali membeli....apatah lagi suami tak mahu makan makanan yang dibeli di bazar ramadhan, walaupun aku dan anak2 suka ....
Buat renungan diri sendiri juga.;
   Firman Allah  dalam dalam surah Al Isra' ayat 27 "sesungguhnya orang yang boros itu saudara syaitan ,sedangkan syaitan itu makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"

                                                       SUMBER: GOOGLE IMAGES

Thursday 10 July 2014

selera Iman

ASSALAMMUALAIKUM
12 Ramadhan 1435
       Mungkin budak2 sebaya Iman tak pandang kalau sekadar kuih apam untuk jadikan juadah berbuka ....apatah lagi jika ada kuih2 yang lebih sedap dan menyelerakan .Tapi selera anak aku sorang ni agak pelik ...balik sekolah bila nampak aku ada buat kuih apam ,tak sabar2 nak tunggu berbuka.Setelah berbuka dan makan sedikit nasi ,kuih itulah yang di hadapnya....tak ada yang istimewa pun sekadar kuih apam tepung gandum biasa saja.Suku loyang juga kuih tu je yang dimakan ....bila sahur makan roti dengan kuih apam lagi.....Kalau lah badan dia naik gebussss macam kuih apam tu bagus juga .....sekarang ni cekeding je...apatah lagi  puasa ni berat badan dia makin susut.


Wednesday 9 July 2014

Epok2 ke karipap?


ASSALAMMUALAIKUM
11 Ramadhan 1435
   Epok epok homemade....orang Johor tentu dah biasa dengan nama epok2 ni....anak saudara aku yang tinggal luar Johor selalu gelakkan bila sebut epok2  ni...apa pun epok2 ke karipap tetap kuih yang sama.
Karipap sardin ni aku buat Ahad lepas untuk berbuka puasa .Iman suka sangat makan karipap apatah lagi berinti sardin.Jika inti kentang atau keledek ....dibuangnya inti makan kulit je...lagilah jika pedas.Biasanya kalau beli karipap sardin ni mesti pedas ....buat sendiri tak bubuh lada sikit pun untuk selera Iman.Boleh makan banyak mana nak makan sebab kalau beli pun berapa aje yang dapat....goreng bila hampir nak buka ...makan panas2 lagi sedappp....

Tuesday 8 July 2014

10 Ramadhan 10 tahun lalu..

ASSALAMMUALAIKUM
10 Ramadhan 1435
  4 hari sebelum Ramadhan 2004 bapa mertua ku kembali ke Rahmahtullah .Kali pertama aku dan suami menguruskan sendiri hal2 kematian dibantu oleh saudara mara dan jiran tertangga.Ketika tanah kubor masih basah lagi......10 Ramadhan 2004 hanya selang 2 minggu pemergian bapa mertua ku ,ibu mertua ku pula menghembuskan nafas terakhirnya.Terkesan juga dalam diri aku kerana sepanjang perkahwinan mak mertua tinggal dengan kami....terasa sangat kehilangan nya.Apatah lagi suami ku sedih amat....
 namun reda dengan kehilangan kedua ibubapa nya dalam bulan yang sama ...Olehkerana mereka meninggal dalam jarak yang hampir....pusara mereka bersebelahan tanpa diselangi yang lain.


Kini 10 tahun telah berlalu namun kenangan itu tak mungkin dilupai....AL FATIHAH

Monday 7 July 2014

walaupun hitam ku pandang manis

ASSALAMMUALAIKUM
9 Ramadhan 1435

 hitam hitam si tampuk manggis
sungguh pun hitam ku pandang manis
orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa
           Musim buah2an di bulan ramadhan.....selain dari durian,....rambutan dan manggis pun sudah mula masak.Walaupun tak ada pokok manggis sendiri ,dapat juga merasa pemberian seorang jiran.Iman begitu teruja untuk makan waktu berbuka .....bila sudah merasa seulas ,tak kena pula dengan selera dia yang pelik tu.....

Saturday 5 July 2014

manisan untuk ayah

ASSALAMMUALAIKUM
Salam ramadhan ke7


Buka puasa hari ke 6 ,untuk manisan... suami minta buatkan serawa durian untuk dicicah bersama lempeng pekak.Mudah kerja aku senang dan cepat .....walaupun sekadar lempeng seronok bila semuanya habis apatah lagi kelima2 anak2 ada berbuka bersama.Iman ni lain sikit selera dia ,walaupun suka makan durian ...serawa durian ni dia tak mahu.Tapi sangat suka makan lempeng....hanya itu saja yang dimakan masa buka ,makan bersama ayam yang khas untuk dia ...tak pedas.

Kailan goreng dengan cendawan ni dari air tangan anak dara aku, Atiqa ....hasil idea dari kakzakie dari ruangan komen.Anak2 ni kalau kailan je susah sangat nak makan ....pahit katanya tapi bila dah tambah cendawan camni suka pula mereka makan kecuali Iman.Hasil dari tanaman sendiri ....

Friday 4 July 2014

menu berbuka dan bersahur

 ASSALAMMUALAIKUM
Salam ramadhan ke6
Bila terbaca entry HAINOM OKje pasal kuah lodeh sambal kacang ....mengada2 pulak tekak ni nak makan lontong ,bukan lotong tau...hihiiii (tak tau lah kat negeri lain sebut lontong juga atau tidak sebab  SIL kata ketupat nasi dgn kuah lodeh ....apa2 ajelah asal benda yang sama).Buat sendiri nasi himpit seawal tengahhari....jenuh jugalah menghenyak dan memadatkan nasi lembik tu kat loyang....untuk pedas buatkan sambal tumis telur.Iman biasalah tak kan menyentuh makanan pedas walau sedikit pun ....makan dengan ayam goreng je.

Masih berasap lagi dah snap ......kelabulah jadinya.
Nasi himpit yang tak habis masa berbuka semalam aku jadikan hidangan untuk sahur dengan membuat lontong goreng.Berselera anak2 yang ada balik cuti ni bersahur ....cuma Iman tak pandang sebelah mata pun bila nampak lada.
Tak susah pun buat lontong goreng ....seperti goreng nasi biasa ,nak tambah udang atau daging pun sedap juga ,masukan sedikit kiub ayam atau ikan bilis.jangan lupa sayur seperti hirisan kubis atau sawi juga daun bawang dan daun sup.Nak pedas tambahlah hirisan cili padi atau cili merah.Biasanya aku tak gunakan garam
,tuangkan kicap secukup rasa.Sedap ....licin pinggan hidangan bersahur tak seperti kebiasaan .

Thursday 3 July 2014

Indahnya pagi


ASSALAMMUALAIKUM
Suasana pagi yang indah ciptaan Allah....bersyukur masih diberi kesempatan menghirup udara pagi ini dan dipanjangkan usia untuk melihat anak2 meniti kedewasaan.Kini sudah ramdhan yang ke 5 seketika saja masa berlalu pergi...suami tersayang selalu mengingati apakah ini ramadhan terakhir untuk kita....hanya Allah Maha Mengetahui....

Wednesday 2 July 2014

wangian yang mistri....

ASSALAMMUALAIKUM
Setelah selesai solat suboh pagi ini aku terus ke ruangtamu ....suami dan Iman pun ada sama.Tiba2 terbau satu wangian seperti bau daun pandan....kuat sangat baunya dan beransur2 hilang lebih kurang 5minit  kemudian.Tak tau bau dari mana ,mustahil ada yang buat kuih pagi2 di bulan ramadhan ni....apatah lagi takde pula jiran2 yang berjualan kuih.Masa di kampung dulu arwah mak cakap kalau bau pandan tu ada musang dekat2 situ.tapi kat tempat aku ni manalah ada musang berani singgah kalau dah rumah disekeliling.
.dah lah tu dah siang pun hampir pukul 6. Hingga kini aku dan suami masih tertanya2 bau apakah itu....


Tuesday 1 July 2014

musim durian gugur...

ASSALAMMUALAIKUM
Pokok durian kami nan sebatang tu berbuah lagi dan sudah mula gugur.Tak lah lebat sangat tapi cukup lah untuk dibahagi2kan pada jiran2 untuk sama menikmati.Untuk kami sekeluarga memang dah berlebihan ....lagipun bila dah ada pokok sendiri ni macam dah tak kisah sangat pun ...suka makan masa mula2 gugur je....lagilah bulan puasa.Nak dijual berapa biji ajelah yang ada .Aku sendiri tak begitu minat durian ni sekadar merasa seulas dua....lagipun kena jaga kesihatan dah usia gini ,takut pulak tekanan darah melambung...

 agak banyak juga gugur harini walaupun dah diagih2kan ,...tapi rasa2nya 2 atau 3hari ni habislah buah kat atas pokok tu.
beginilah rupa durian kami.....buat lah juga sedikit tempoyak....ada anak yang begitu berminat.Nak aku buat gula durian atau lempuk membazir saja....pernah sampai berkulat dalam peti sejuk berbulan2.....