Total Pageviews

Thursday 24 December 2020

Kari kering kentang dan terung

Assalamualaikum
Sejak Iqa ada ni kerja2 memasak banyak yang dia buat.Walaupun tak berapa mahir tapi boleh lah ... sejak dari tingkatan 1 dah tinggal di asrama dan seterusnya ke universiti.Bila balik katanya nak makan masakan mak, jadi nya dengan gigih mak tetap melaksanakan .Rasanya semua ibu2 pasti buat pekara yang sama. Sekarang ni lah dia baru belajar2 masak .
Kari kering kentang dan terung ni dia yang masak.
Tak  tengok pun apa yang dibuat ,cuma bau masakan nya menusuk ke hidung.Tak sabar nak rasa....ermm boleh tahan sedap juga.Dia gunakan rempah kari cap O ni yang  dibeli di Pasar Tani.
Sejak pertama kali menggunakan rempah kari cap O ni terus jatuh cinta.Tapi tulah bukan semua tempat ada jual .Walaupun menantu orang utara tak pernah lagi kirim rempah kari bila dia balik sana.Sebab nya jarang sangat masak kari kat rumah ni sebab boss tak boleh makan. Jadi nya kalau teringin nak buat,buat je lah.Untuk  suami kena masakkan lauk lain.
Terung yang digunakan dalam masakan ni pun hasil dari tanaman tepi2 rumah.Tak banyak tapi lepas lah untuk dijadikan lauk.
Foto: terung dalam gambar ni bukan  terung yang dimasak Iqa.Ni yang dipetik minggu lepas.Yang untuk menu kari ni dipetik on the spot, segar dari pokok, tak sempat nak snap.
Resepi kari kentang dan terung ni simple je.Iqa kata dia goreng dulu kentang dan terung tu dulu.Kemudian tos kan.Kemudian tumiskan bawang putih,bawang merah yang telah dihiris, masukkan daun kari.Masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak.Masukkan sedikit air,asam keping dan sedikit kiub ikan bilis.Boleh lah masukkan kentang dan terung yang dah digoreng tadi.Last sekali masukkan hirisan tomato dan perasakan dengan garam secukupnya.Sudah boleh dihidang.
Bau rempah kari masak merah  cap O ni buatkan Iman tak sabar2 nak makan.Dia ingatkan masak ayam .Dia kata tak mahu makan dengan nasi tapi nak makan roti cicah kari.Setelah tahu hanya kentang dan terung ,dia ok je sebab budak sorang ni memang peminat kari tapi terung dan tomato susun tepi pinggan lah.

Monday 21 December 2020

AYAM MASAK PALEMBANG

Assalamualaikum
Ayam masak palembang,lauk minggu lepas.
Jadi mak2 ni penat nak fikir menu harian untuk keluarga.Kadang2 menu yang sama tukang masak pun bosan nak masak.Tukang makan bedal je asal sedap😄😄.
Ayam masak palembang ni resepi dari FB .Teringin nak mencuba sebab mudah sangat.Cuma ku derhaka kan sikit tambah kentang .Ini ku share kan resepi nya ,semoga empunya resepi ini dapat pahala juga.

AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam

A: Bahan dikisar,

. Bawang besar 2 biji sederhana
. Bawang putih 5 - 6 ulas
. Halia besar ibu jari

Bahan B:

. Serbuk kunyit
. Daun kari 2 - 3 tangkai
. Kicap manis 1/2 cawan
. Cili blend ikut pedas (2 senduk nasi)
. Asam keping 2 keping besar
. Santan 100ml
. Minyak untuk tumis
. Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan. 

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau. 

Masukkan cili blend. Tumis sampai pecah minyak.

Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.

Masukkan daun kari. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam keping. 

Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.

Masukkan santan. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan. 

Kalau kering sangat masukkan air sedikit.
Kredit resepi, Nurul amira

Foto: ayam yang sudah digoreng
Foto:Ayam yang siap dimasak,masih dalam piuk lagi🤭

Thursday 17 December 2020

Lemak putih umbut kelapa.

Assalamualaikum
Dua 3 hari lepas suami ada tebang pokok kelapa yang hampir dengan jalan besar.Pokoknya tak lah besar mana,tebang pun guna parang je.Yalah takut pula pokok tu dah tinggi jadi masalah pula jika tumbang ke jalan.Jalan terbaik nya tebang je lagi pokok tu masih kecil.
Masa suami sibuk dengan kerja dia ,aku pun sibuk menanya ada ke umbut kelapa .Sebab pokok tu masih kecil .Teringin nak makan sebab bukan senang nak dapat umbut kelapa sekarang ni kalau takde orang  tebang pokok kelapa.Nak cari orang jual pun payah nak jumpa.Alhamdulilah setelah suami potong2  dan belah2  dapat lah sedikit umbut kelapa.
Makan gitu je pun sedap ,manis.Bila pelawa budak2 ni untuk makan sedikit takde yang mahu.Budak2 sekarang mana tahu nak makan umbut kelapa ni. apatah lagi yang belum dimasak..
Disebabkan hari dah petang kala, dengan gigihnya aku potong dan hiris kecil dan kemudian rebus sekejap ,sebelum disimpan dalam aisbox.Simpan dalam freezer sikit untuk dimasak lain hari .Selebihnya masak esoknya.
Masak lemak putih je umbut kelapanya.Masa masak ni teringat lah arwah emak dulu masukkan lada putih   supaya makan nanti tak berangin.Umbut kelapa ni katanya sejuk dan siapa tak tahan boleh sakit perut berangin.Disebabkan tak de lada putih jadi ku gantikan lada hitam .Bahan2 lain biasa lah bawang merah,bawang putih dan ikan bilis tumbuk.Oleh sebab umbut nya pun sudah direbus terlebih dahulu, masak pun tak lama...siap .
Sebenarnya masa dulu2 kalau nak masak umbut ni tak pernah pun merebus dulu tapi disebabkan banyak baca blog2 orang lain kata merebus boleh mengelakkan berangin,jadinya kita ikut lah mana yang baik.Lagipun dah tua2 ni kena jaga permakanan juga ,kalau dah sakit menyusahkan anak dan suami pulak nanti.
Tak cantek pula kuah putih je ,jadi campakkan juga cili api merah penambah seri.Berselera makan tengah hari tu tapi rasa nya aku yang beria ...suami ada lah menjamah sikit ,sementara anak2 lelaki tak pandang pun.Anak2 perempuan ok lah makan juga sikit...Ermm takpelah.

Monday 14 December 2020

Jambu bol

Assalamualaikum
Buah dari pokok belakang rumah  tapi tak banyak ,hanya ini saja yang ada.Lepas lah rasa teringin ,setelah 2  3 tahun tak berbuah setelah di cantas dahan2 tingginya.Lihat pada dahan2 masih ada yang mengeluarkan bunga.Insyaallah kalau ada rezeki adalah berbuah lagi.
Tanam pokok jambul bol ni dari biji benih buah yang dimakan  pemberian  seorang kawan.Saja2 tanam akhirnya tumbuh membesar dengan jayanya.Dulu tanam ingat tak sempat nak merasa ,jadilah untuk anak  cucu.Rupanya beberapa tahun saja sudah berbuah.
Jambu bol ni tak banyak lagi orang tanam.Jadi sengaja nak kekal kan pokoknya agar anak cucu boleh kenal walaupun pokok nya sudah menjulang tinggi.Biasa kalau berbuah pun kami dapat jolok yang rendah2 saja.Yang tinggi rezeki tupai dengan burung lah.Biasa yang gugur pun banyak dah dimakan tupai .Yang lebih sadisnya yang masak ranum yang dikerjakanya...huhuhu.Tapi takpe lah  kita berkongsi rezeki dengan makhluk Allah yang lain, dapat juga pahala kan.
Bebudak di rumah ni kalau kita tak potongkan memang tergolek gitu je lah buah apa pun.Bila dah dipotong dan simpan dalam aisbox baru dorang makan.Jambu bol ni sedap kalau dapat cicah dengan kuah rojak .Malangnya kat rumah ni dah kehabisan stok.Kalau yang betul2 masak ranum makan gitu je lagi sedappp sangat .

Wednesday 9 December 2020

Berkebun tepi rumah

Assalamualaikum
Sekarang ni mood menulis suram kembali sebab masa2 terluang banyak ku habis kan dengan berkebun di tepi2 rumah.Mula kembali nya hobi berkebun ni sejak awal PKP ,sebab dah ada covid manalah boleh nak berjalan2 sangat pun.Duduk dalam rumah pun sampai dah tak tahu apa nak buat .Jadi baiklah kita buat yang berfaedah dan berhasil.Banyak kebaikan bila berkebun ni selain dapat mengeluarkan peluh dapat juga mengurangkan kos beli sayuran .Selain dari tu tak lah risau pasal keracunan sebab kita yang tanam sendiri kan.Hanya menggunakan baja organik dan air basuhan beras dan ikan.Memulakan bercucuk tanam ni sebenarnya agak malas  tapi kalau dah buat seronok jadinya ,apatah lagi apa yang kita tanam sudah mula boleh dituai.Anak2 pun suka tengok mak bercucuktanam walaupun mereka tak minat join sama,cuma Iman je yang rajin meneman kan ,bukan rajin menolong pun ,bermain je lebih.Anak2 belikan  benih sayuran dan baja di shopee .
foto: baja organic Milagro kali pertama nak guna.Aku suka sangat apatah lagi suami sudah tolong buat kan batas2 sayur dan pagar untuk mengelak kan anak2 bulus membuang .Seronok lihat anak benih sayuran dan cili di shopee...berbagai boleh dapat dan tak pernah tanam lagi sebelum ni.Rambang mata nak pilih ,macam lah nak berladang ...jadi nya beli lah serba sikit ,ada yang untuk tanam di batas dan dalam pasu.
Foto: biji benih serba sikit,ntah kan menjadi ntah kan tidak .Harap2 pokok maman boleh tumbuh subur sebab kat Johor ni  tak pernah nampak orang jual.Pernah sekali cari kat pasar tani daun maman tapi dipanggil nya pemuda yang bernama Maman😂😂😂 .
Pasu2 bunga pun banyak yang dah kosong sebab bunga2 banyak yang dialihkan ke tanah.Sekarang ni awal pagi lepas sarapan , solat Dhuha dan mengaji terus keluar rumah lihat dan siram tanaman.Satu dua hari ni cuaca  panas terik,jadinya kena lah siram pagi dan petang.
Berkebun ni dapat juga menjadi terapi diri.Rasa hilang segala tekanan dan masalah bila nampak biji benih yang kita semai sudah mula muncul dan anak2 pokok mula membesar.
Foto: anak benih cili pelangi sudah mula muncul.
Foto:anak pokok kacang bendi sudah dialih ke tanah,Alhamdulilah banyak yang menjadi.
Foto: anak pokok peria katak...biji benih dari buah peria katak yang dibeli  untuk masakan.
Foto: bayam brazil ni dah lama tanam dalam pasu, jadi kena lah pindahkan ke tanah untuk ia lebih membiak.
Foto: bayam brazil goreng tepung.Febret Iman ni walaupun tak suka makan sayur ,bayam brazil ni dia nak makan .Kadang buat cekodok pun masukkan bayam ni.
Foto: pokok terung ni kali pertama berbuah.Benih pemberian kawan.Kurus tinggi tapi tak lokek berbuah..Alhamdulilah.
 
Foto: pokok nenas ni dah lama tanam .Mudah2an dapat lah merasa ,bimbang juga selain dari tepi rumah tepi jalan juga.Ada beberapa pokok lagi yang baru mengeluarkan buah.Anak pokok diambil dari rumah anak sedara di kampung.
Banyak lagi pokok2 yang di tanam dari tangan tua ini.Kunyit ,serai ,lengkuas ,pandan ,daun kari sentiasa ada.Bukan untuk dijual tapi dikongsi bersama jiran dan kawan.



"Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -"
(QS. An-Naba' 78: Ayat 14)

"Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -"
(QS. An-Naba' 78: Ayat 15)







Sunday 29 November 2020

Jem mulbery

Assalamualaikum
Buat masa ni hobi berkebun kembali semula.Apatah lagi cuaca sekarang elok sangat nak bercucuk tanam.Tak perlu lah nak menyiram hari2. Beli benih dari shopee banyak pula pilihan ,rambang mata dibuatnya.Tapi kena ajar diri berpada2 supaya tak terpedaya dengan nafsu membeli.
Sekarang ni awal pagi dah keluar rumah membelek dan menyemai tanaman.Kerja2 dalam rumah anak2 boleh selesaikan.Satu waktu dulu masa 4 anak di asrama , Iman pula sekolah dan si ayah kerja seharian memang aku tak kan keluar rumah.Bukan saja risau keselamatan tapi risau anak2 yang jauh telefon tak dapat dengar .Payah pula nak bawa telefon sambil berkebun.
Mulbery ni dari tanaman sebelum2 ni .Asalnya hanya sepokok ,sekarang ni sudah berpokok2 .Anak pokok ni dulu anak sulong bawa balik masa dia pratikal di Air Itam Kluang.Mula2 excited bila sudah mengeluarkan buah.Pucuk nya boleh  juga di celur untuk dijadikan ulam.Tapi bila dah makan sorang , tak rajin lah nak petik.Sekarang ni banyak yang terbiar gitu je.
Harini bila keluar rumah teringin pula nak petik mulbery ni.Banyak yang dah kehitaman...ermm rasa nya manis tu dibandingkan yang masih merah rasanya masam.
Dapat lah satu bekas, banyak je lagi kat pokok tapi mak ni malas nak memetik...hihii.
Bila difikirkan jika dibiarkan gitu je takde siapa nak makan ,maka ku fikirkan baik buat jem saja...mula2 kenalah cuci bersih dan kisar .Masukkan dalam kuali ,tambah gula pasir .
Kacau sehingga agak likat...siap.Setelah sejuk boleh simpan dalam bekas.
Buat tak banyak pun sebab anak2 kat rumah ni tak gemar sangat manis2 ni.
Boleh lah disapu pada roti atau biskut.Rasanya masam2 manis seperti juga rossele.

Friday 27 November 2020

Lepat ubi dan pelam muda.

Assalamualaikum
Iqa sejak dah abis belajar ni ada je kat rumah .Musim2 covid ni  cari kerja pun amat2 sukar.Sepatutnya Oktober lepas sudah ada majlis konvo,malangnya kita hanya merancang covid19 pula yang melanda negara.Buat masa ini transkrip ijazah hanya dikirim melalu pos laju.Impian mak nak tengok iqa menyarung jubah konvo belum tercapai lagi.
Masa2 terluang dia ada saja makanan atau kuih yang nak dicuba buat.Tapi kalau untuk berniaga rasanya dia masih belum mahir lagi.
Rabu si ayah tak bekerja,seperti biasa lah ,mana reti duk diam .Ada je aktiviti berkebun sekitar rumah yang dibuat. Ada juga dia cabut beberapa batang pokok ubi yang telah berisi dan nak ditanam semula pokok2 baru.Banyak juga hasil tuainya .
Cakap dengan Iqa, boleh buat kuih ni .Iqa kata ok dia boleh buatkan tapi part kupas kulit dan memotong ubi mak lah yang buat. Biasa lah budak2 sekarang semua boleh tengok resepi.Kalau mak nya selalu agak2 je ikut orangtua dulu apatah lagi kuih2 lama ni.
Iqa kata nak buat lepat ubi ikut resepi Namakucella.Dari mengisar ubi sehingga selesai semua dia yang buat.Disebabkan terlebih ubi derhaka lah resepi ,yang penting bahan perlu ada.Syukur duk kampung ni daun pisang belakang rumah je.Yang tukang ambil Iman lah ,senang nak cantas daun yang tinggi .Ya ...Iman dalam usia 14 tahun dah agak tinggi ,mak dah paras bahu dia je.
Berbalik cerita lepat ubi , kalau dulu2 gunakan parut kelapa ,sekarang kisar je dah siap.
setelah diperah airnya,diadun bersama gula merah dan santan .Tambah secubit garam supaya rasa lebih lemak.
Buat agak banyak ,bila dah ramai2 kat rumah ni habis juga bila dah petang .Sebab tu Iqa suka mencuba resepi2 sebab ada tukang makan...hihii.
Sementara tu masa si ayah masih di luar rumah ada pula 2 cina bermotor singgah ,katanya nak minta mempelam pauh yang ada depan rumah...Alamak kita sendiri tak perasaan yang buah pelam tu dah boleh diambil sebab sebelum ni nampak masih berputik.
Sebab orang dah minta dengan baik ,beri kan lah juga.Tak sangka orang cina pun pandai nak buat jeruk katanya.
Sudah ambilkan orang ,ambil juga untuk orang kat rumah sendiri.Buah pelam pauh ni masih muda belum ada sabutnya lagi.Rasanya masam amat tapi kalau dah masak manisss sangat.Maka buat jeruk je lah yang sedap buah muda ni.Satu balang untuk yang tak buang kulit ,lagi satu yang dah kupas kulit.
Maaf kalau ada yang terliur🤭🤭

Monday 23 November 2020

Peria goreng

Assalamualaikum
Ahad semalam teman suami jumpa doktor untuk rutin rawatan susulan nya.Tapi aku dengan Iman tunggu dalam kereta je .Berjam juga tunggu ...sambil2 tu layan lah youtube.Nampak pulak resepi peria goreng rangup....teringin lah pula .
Selesai urusan suami, kami terus ke Econsave untuk membeli sedikit barangan dan sayuran.Hanya aku dengan Iman je yang keluar. Suami tunggu dalam kereta .
Nampak peria katak terus beli dalam 6 biji.Tak berapa cantek tapi bolehlah dari takde.
Balik lepas solat zuhur terus bersihkan peria dan potong bulat2.Rendam dengan air garam dalam 15 minit.kemudian rebus dalam 2 minit.Angkat dan toskan.
Sementara tu kononnya nak sediakan batter seperti resepi dalam youtube yaitu sedikit tepung gandum,tepung ubi dan tepung beras juga masukkan bawang putih dan ketumbar
Tetapi disebabkan dah tersilap beli tepung beras terambil tepung pulut, terpaksa lah lupakan bancuhan tersebut.buat dengan tepung bistari je lah jawapnya.Kerja2 menggoreng Iqa yang buat.
Gorengan pertama siap mak dah makan dulu.Rasa ok sedap tapi macam kurang rangup.yalah sudah derhaka kan resepi.Tapi bila anak ramai ni semua licin walaupun sedikit pahit.Tapi si bongsu Iman jangan harap lah nak menjamah.Yang lain ok je kalau goreng seperti ini tapi kalau masak lain ,mak je lah makan sorang.

Friday 20 November 2020

Lepat pisang


Assalamualaikum 
Sejak musim covid19 anak2 banyak berada di rumah.Yang universiti ,yang sekolah dah tentu belajar dari rumah.Yang bekerja pun sudah memang berulangalik dari rumah ke tempat kerja .Makanya bila anak dah ramai di rumah ,memang tak kering dapur ,ada je yang nak dimasak .
Beberapa hari yang lepas pisang kapas belakang rumah sudah banyak yang menguning .Suami memang peminat pisang ,kalau yang ditanam sendiri takde yang masak ,dia akan membeli .Tak kira lah pisang untuk digoreng atau dibuat kuih.Paling2 seminggu sekali pasti ada.Paling kerap buat cekodok pisang lah ...ermm tak jemu2.
Pisang kapas yang ditebang tu agak banyak buahnya.Setelah beri jiran beberapa sisir masih bebaki  lagi.Kalau dah banyak yang masak bukan boleh disimpan lama ,akan busuk nanti.Selalunya akan dilecek banyak2 dan disimpan dalam freezer.Boleh digunakan bila2 teringin nak buat kuih atau cekodok.
Lepat pisang ni buat selasa lepas.Di luar sana hujan ,bila dah sejuk2 ni perut masing2 lapar memanjang.Kebetulan pisang yang suami tebang dah banyak yang masak.
Maka dengan gigihnya mak cik melenyek lah pisang2 masak dengan menggunakan gelas.Bukan tak boleh kisar tapi rasa lebih suka manual sebab lebih terasa puri2 pisang.
Semua bahan pun ada tepung beras,tepung gandum,gula merah,santan kotak dan kelapa parut.Kelapa dan daun pisang pun dari pokok sendiri.Daun pisang ni dari pokok pisang kapas juga.Daun pisang kapas ni memang banyak gunanya terutama untuk buat2 kuih.Jiran2 selalu juga minta untuk kegunaan mereka.
Adunan pisang lecek ,kelapa parut,gula merah dan santan yang sudah siap untuk dibungkus.Pisang kapas ni manis jadi memang tak perlu masukkan lebih gula.Aku memang takde sukat2 maklumlah orang lama,semua agak2 je.
Disebabkan buat agak banyak kena lah guna 2 bekas kukusan.
Makcik masih guna kukusan antik ni...haa boleh lah kukus lepat pisang tu lebihkurang 20 /30 minit.
Dah siap...jangan tak tahu buat agak banyak ,Alhamdulilah abis..