Total Pageviews

Friday 30 October 2015

kenali diri

Assalamualaikum
Senda pagi...dari rakan wsp
Untuk menceriakan diri sendiri juga













Thursday 29 October 2015

sampai juga.!

Assalammualaikum
Terlebih dulu terimakasih pada teman2 blogger yang memberikan komen2 yang membina pada entry lepas....terharu ketika aku membaca bait2 ayat kalian,moga ia menjadi pendorong kepada aku untuk lebih tabah....sayang kamu semua!
Semalam kasut yang Fateha order dari Zalora telah tiba .Bukan nya sehari 2 menunggu tapi dah hampir 2 minggu ....hari2 pastikan ada yang kat rumah untuk menunggu van Gdex sampai .Akhirnya kena lah Fateha call baru selesai masaalah ....Pihak Zalora tak tunggu lama minta maaf...Bukan salah Zalora je pun ,Fateha pun dah salah bagi no phone.



Salah satu hobi anak aku yang sorang ni ,kalau ada duit sikit suka membeli walaupun belum lagi bekerja...samada online atau biasa .Tapi kebanyakan yang dibeli bukan untuk dia ,samada untuk adik2 atau aku sendiri.Kasut dari Zalora ni pun dibelikan untuk Iqa tapi malang nya saiz agak besar ....dah orang belikan kan Iqa ni terima saja dengan senanghati ,takut si kakak kecik hati!
Seperti bulan lepas Fateha ada belikan dua helai jubah,katanya satu untuk Iqa satu untuk mak.Masa balik cuti tempohari dibawalah jubah tu balik rumah.Tak sabo juga nak pakai ...pemberian anak kononnya,Iqa kurus tinggi tak jadi masaalah apa pun boleh sarung tapi aku dah macam sarung nangka gamaknya....aduhai sesak nafas aku .!
Kesian juga seperti tak hargai tapi nak buat camna dah ketatttt...Aku walaupun kurang sehat berat badan tak pernah susut ,maintain pada angka yang sama.
Ini lah rupa jubah Iqa ,tahu citarasa Iqa yang suka merun.Untuk maknya dah tentu warna gelap kelabu asap....

Wednesday 28 October 2015

Ujian dariNya

Assalamualaikum
Pada teman2 yang tak pernah mengikuti keadaan kesihatan ku akhir tahun lepas  klik di sini ,ianya berulang kembali beberapa bulan yang lalu.Aku kini kena berulang ke hospital kembali.Walaupun tak separah dulu tapi bila ianya memanjang tanpa henti memang membuatkan selalu stress jadinya.Nak solat nak beribadat pun dalam keadaan tak selesa .Berbagai ubat telah ditelan berbagai makanan tambahan telah dibeli juga pad herba telah berkotak2 aku beli namun keadaan tetap sama .Minggu depan kena buat pap smear semula wlpun sebelum ini tak tau pun resultnya.Memang gerun utk ketahui keputusan...tapi tawakal saja jalan terbaik.
Esok hari ketiga aku cuba perubatan tradisional .....,sebagai ikhtiar....kakak yang bagi rawatan tu hanya suruh amalkan baca al fatehah,an nas dan al falaq juga selawat sewaktu minum air yang diberi.....Ya Allah semoga dengan izin Nya pulihlah hendaknya.
Pada yang merasai saja yang dapat rasai perasaan yang aku lalui ....wlpun sesekali perasaan putusasa timbul dibenak fikirkan untuk terus menelan pelbagai ubatan moden mahupun tradisional .Bila difikirkan ramai lagi di luar sana lebih menderita sedangkan aku hanya diuji sedikit saja.Semoga aku dapat bertabah dengan ujian dariNya ini....




Tuesday 27 October 2015

Aku surirumah

Assalamualaikum
 terbaca di FB terasa seperti ada kesamaan pada aku yang sudah lama menjadi surirumah sepenuh masa.Yang membezakan aku tak perlu meminta ....suami dah beri amanah sejak mula lagi menjaga ekonomi keluarga.


Monday 26 October 2015

Majlis bertunang

Assalamualaikum
Jumaat lepas ada majlis pertunangan di rumah jiran.Alhamdulillah akhirnya bakal bertemu jodoh juga anak jiran aku ini walaupun agak lewat.Walaupun dekat bila ada majlis2 ni segan juga pergi sorang...maka Iman lah jadi peneman.
Agak lama juga tak sertai majlis bertunang gini almaklumlah anak buah ramai yang sudah lepas berumahtangga.Sepatutnya jika melihat usia perkahwinan aku memang sepatutnya giliran aku yang kawenkan anak2.Memandangkan aku agak lewat dapat anak. ,lambat lah terima menantu...apatah lagi budak 2 pun masih belajar.Kawan2 sekolah aku pun ada yang sudah bercucu.Tapi aku tetap dipanggil nenek juga....cucu sedara dah ramai pun!.
Iman balik saja dari majlis tadi sibuk mulut bercerita.Sambil tu sempat bertanya "agaknya ucu ita nanti nak bulan madu ke mana ya"...hiss budak2 sekarang sampai situ fikirkan ,inilah akibat banyak tengok drama....padahal ucu tu baru saja bertunang.

        Sirih junjung pihak perempuan

         Sirih junjung pihak lelaki



Friday 23 October 2015

Tips minum madu

Assalamualaikum
Salam Jumaat yang barakah
Sekadar senda untuk diri sendiri dan dikongsi bersama sahabat.

        Foto sumber :wassap

Tuesday 20 October 2015

Pekse dulu...

Assalammualaikum,
Pemandangan di luar sana masih lagi kelabu di sana sini dek penangan jerebu yang tak berkesudahan .Aku yang duduk dalam rumah memanjang ni pun tak dapat elak dari sakit tekak ...Sebulan dua ni aku tak keseorangan bila Iqa cuti sem agak lama sejak balik Ahad lepas .Azim juga setelah selesai PT3 asyik monteng je kerjanya...tak balik pun ke asrama semula ,sekolah sehari dua pun dari rumah ,itu pun sekadar pulang buku teks dan hadir untuk PBS.
Teringat semasa anak sulong aku amek PMR dulu ,17hb Okt hari akhir pekse ,tak diduga 18hb atuknya di kampung meninggal dunia .Setelah selesai segala urusan sehari dua di kampung kami terpaksa balik ke rumah masing2 kerana budak2 kena sekolah .Olehkerana nenek dia sendirian di kampung ,aku tinggal kan anak sulong menemani dia ,apatah lagi pekse pun dah selesai .Nak pulang buku teks pun kirim pada kawan.Teruslah bercuti sehingga keputusan PMR baru jejak semula ke sekolah.
Iman minggu ni ada pekse akhir tahun .Sekejap je rasa ,tahun depan dah pun tahap 2 .Suroh belajar banyak berlakon je lebih setengah hari menghadap buku tapi matanya ke lain .Tapi sempat juga kata "mak doakan Iman tau".Aku kata padanya memang lah mak sentiasa doakan semua anak2 tapi kalau tak belajar macamana nak jalan."tapi kan doa ibu tak de hijab"katanya ...pandai saja menjawap .Lepas tu giliran aku lah pulak pot pet pot pet bebel kat dia.....!
Baru saja hari pertama pekse dah pun excited nak sertai rombongan sekolah bulan depan.....naik keretapi  katanya ,bukan pun jauh sekadar ke bandar Kluang je pun .Rombongan untuk murid tahap 1 saja .Kalau ikutkan memang lah tak izin kan untuk dia pergi ,bukan apa terasa masih kecil untuk dilepaskan ,tapi bila dah merayu bagai ...relakan lah!
                     foto sumber;wassap

Monday 19 October 2015

Ayam segar peladang.

Assalamualaikum
Berulangalik bila nak keJB atau saja jalan2 ke Bandar Putra atau ke AEON pasti lalu di hadapan Pejabat Peladang Kulai .Baru2 ni ada banner yang diletakkan depan pagar.Katanya ada dijual ayam segar 10 rm seekor.Berkali2'juga nak singgah tapi tak berkesempatan.
Semalam  lepas bayar bil kebetulan lalu di pejabat peladang.Tak nak lepaskan peluang singgah lah sekejap,nak juga tengok apa yang dijual,betul ke ada ayam 10 rm.Malangnya  bekalan ayam segar yang dijual belum lagi tiba walaupun jam dah hampir 11 pagi.Tak kan nak keluar tangan kosong je.Intai2 peti beku nya banyak juga produk yang dijual.Tak dapat beli ayam segar aku sambar 3 plastik ayam beku yang sudah dipotong2 kasar.Setiap satu harganya baru 11 rm.Aku capai nugget ayam biasa 4rm sebungkus ...aku beli 2  ,nugget aiskrim 4.70 rm juga keropok ikan tamban (besut) 6 rm sebungkus.Melalui kertas yang ditampal juga kekepohan mulut aku bertanya pada adek manis kat situ katanya perniagaan bermula pukul 8.30 pagi sehingga 7 malam kecuali hari apatah tak ingat pula hanya setengahhari.
Rasanya kali pertama pergi dah jatuh cinta ,akan pergi hari2'akan datang memandangkan ayam peladang terjamin halal ,segar ,bersih lagi suci.Walaupun aku sendiri belum dapat membeli ayam segarnya .Segala produk ni dihasilkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor(PPNJ).
Olehkerana Fateha nak balik U ....apatah lagi tiket bas dia pulul 2 petang ,tiba rumah cepat2 bersihkan ayam ...goreng nugget ,pap,pap...masak campak2 ...siap masa yang ditetapkan.Masuk dalam bekas untuk dia bawa bekal.
 Nugget yang dah siap goreng,nugget ais krim tu ada lebih kurang 18 btng satu paket.

Sedikit info mengenai ayam yang dikeluarkan oleh pihak peladang.

Friday 16 October 2015

Renungan anak2

Assalamualaikum
Dikongsi dari wsp group..
Buat renungan  anak2 juga pada semua yang masih punya ibu.

Al fatihah buat emak dan mertua ku

Wednesday 14 October 2015

Awal Muharram yang bermakna

Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah
21 tahun yang lalu cuaca ketika itu agak panas kerana tak hujan beberapa hari .Bekalan air paip pun selalu jadi masalah ,kadangkala sehingga seminggu air tak keluar.Lori tangki hantar air bantuan pun berjadual....memang merumitkan keadaan masa tu,mujurlah penghuni dalam rumah belum ramai lagi,cuma aku ,suami mak mertua dan anak sulong yang baru setahun usia.Nasib baik juga kilang sebelah rumah kami ni simpati dengan keadaan penduduk,kami dibenarkan ambil air utk kegunaan seharian....juga disediakan paip disebelah pagar utk penduduk ambil air ,membasuh dan ada juga yang mandi disitu.Walaupun airnya agak keruh tapi itu saja ikhtiar yang ada.Tapi untuk masak kena lah juga tunggu air bantuan tiba.
Olehkerana pintu kilang masa tu berdepan dengan rumah ,kami dibenarkan masuk untuk ambil air di surau kilang .Masa tu aku sarat mengandung 9 bulan.Kerana kesian suami yang mengangkut air berulangalik berkali2',aku ikut membantu.Suami pun dah tak dapat melarang aku mengangkat air berbaldi2'bersama dia untuk dibawa balik ke rumah yang lebih 50'meter .Mak mertua yang ketika itu sudah uzor tak boleh nak kata apa ,hanya perhatikan keadaan aku yang terboyot2 membawa air yang kadang 2 baldi sekali gus...masa tu mmng terdesak sangat selalu takde air.
Hari itu 1 Muharram seperti biasa tolong suami angkat air pada sebelah petang.Tak aku duga akan bersalin malam itu ,sakit hanya beberapa ketika.....hampir juga terbersalin dalam van yang menghantar ke Hospital JB...nasib baik pemandu van redah je keadaan yang jem .Nasib baik  juga misi ada ikut sama ...kalau tak mahu saja bersalin dalam van.Alhamdulillah Allah permudahkan  perjalanan dan tiba je di hospital terus bersalin ....Mungkin juga kerana membawa berat hari2 aku bersalin lebih awal dari yang dijangka.
Sebab tu setiap tiba 1 Muharram pasti aku teringat peristiwa itu,malangnya Fateha lahir 12.40 tengahmalam dah pun 2 Muharram.
Sekarang ni bila tiba awal Muharram pasti Fateha mengingatkan hari ulangtahun kelahiran dia.Padahal anak2 lain aku tak ingat pun bulan hijrah apa kecuali anak sulong dan juga Fateha sendiri.
Dan masalah air juga tak pernah lagi berlaku seteruk dulu.




Tuesday 13 October 2015

Demam

Assalamualaikum
Baru hari ke 2 PT3 ,Azim bagitau dia demam.Mendengar suara dia masa telefon pagi tadi dah tau dia memang tak sehat.
YaAllah agak menguji keadaan dia harini untuk menjawap peperiksaan....moga dipermudahkan untuk dia.

Monday 12 October 2015

tiba saatnya

Assalamualaikum
Sayu hati pagi ni bila Azim telefon nak ke sekolah tadi.Begitulah anak2 walau tinggal di asrama saat nak menghadapi periksa pasti telefon kami setiap pagi....apatah lagi periksa besar seperti PT3 ni..Azim kata dia gementar ....sebagai ibu hanya bagi nasihat agar tenang dan tawakal...padahal aku juga gementar...!

Saturday 10 October 2015

lawak suboh...

Assalamualaikum
Bila dah lewat tido ,sukar nak bangun awal untuk solat suboh .....kadangkala aku lakukan  seperti ini juga pada anak2....heheee

Friday 9 October 2015

PT3' semakin hampir

Assalamualaikum
Malam tadi sekolah Azim adakan solat hajat untuk pelajar yang bakal ambil PT3,SPM dan STPM.Tak berapa hari lagi PT3 akan bermula.Sebagai ibu pastinya risau dan berdebar bila anak nak peksa.Aku tau Azim lagi lah stress dan tercabar dengan result PMR kakak2 dan abangnya dulu.Selalu juga aku pesan jangan terlalu stress sangat sebab PMR dengan PT3 peperiksaan yang berbeza.Yang penting berusaha.Kalau PMR dulu bolehlah pejam mata tenyeh ABC kalau tak tau jawap mana satu tapi ini PT3.
Apapun aku hanya dapat titipkan doa padanya.Moga dengan resultnya kelak dapat dia bertukar sekolah .Walaupun 5A UPSR nya dulu membolehkan dia ke sekolah yang lebih baik namun keadaan ekonomi keluarga masa tu tak mengizinkan .Ketika itu Iman pun baru melangkah ke tahun 1 ,Iqa dapat tawaran ke sekolah lain ,dia sendiri baru ke tingkatan 1 ,sementara Fateha juga tahun yang sama baru nak ke degree.Anak sulong yang di uni juga perlukan kewangan cukup.Alhamdulillah rezeki anak2 kehidupan sekarang agak selesa untuk anak2 belajar.


Thursday 8 October 2015

teman pengganti

Assalamualaikum
Alhamdulillah jerebu pun dah semakin menghilang ,semoga ianya berterusan.Kembali menikmati keindahan langit biru dan awan berarak lembut ciptaan Allah.

Gambar diambil sewaktu jemput Iman di sekolah petang semalam.
Sudah jadi rutin harian bila suami menjemput Iman di sekolah aku ikut sama.Sejak dari anak sulong lagi begitulah rutin ku ,melihat langkah2 mereka keluar dari kawasan sekolah menjadi kenangan terindah bila mereka dah melangkah semakin jauh.
Kini tatakala keseorangan seharian di rumah budak 2 ni lah jadi teman pengganti.
Tapi bila dah kenyang melingko je lah kerjanya.Pantang aku bertandang ke rumah jiran pun ikut sama bila terdengar suara aku .....kacau betul!
Budak gedik ni suka menyandar tepi dinding sambil buat muka comel.
sikecik ni selalu kena lepuk ibu nya yang sedang bunting,
Walaupun kadangkala agak menguji kesabaran bila mereka buat onar tapi  tabahkan juga menjaga haiwan kesayangan nabi ini.

Wednesday 7 October 2015

macam2 hal

Assalamualaikum
Macam2 hal...
Tak tau nak kesian ke ,nak gelak!