Tak tau apa lagi nak buat bila dah menu utama nya ayam setiap hari....Stok ikan dalam freezer pun dah abis.Sotong dan udang memang kami jarang beli memandang kan kulit Iman alahan sejak kecil lagi.Tapi bila makan kat luar atau tempat orang ,terpaksa biarkan dia makan.
Kerana tular pasal kari kentang di WA group Aweks Blogger,timbul idea untuk buat kari ayam campur kentang ...
Aku gunakan ayam yang dibeli di Peladang yang sudah dipotong,jadi aku tak pasti lah berapa ketul yang aku masak,yang penting tak sampai sekilo pun.
Bahan2nya
Beberapa ketul ayam-di garam kunyitkan
3/4 kentang di potong wedges
Bawang besar seketul( aku tak guna kan bawang kecil dlm masakan...leceh .....hihii)
3 ulas bawang putih
1/2 btg serai
Setangkai daun kari
1peket rempah kari daging/ayam
Sedikit halia.
Minyak
Asam keping
Garam
Bahan2 lain
Carrot
Tomato
Caranya:
Ayam digoreng agak2 garing....angkat dan toskan.Kemudian goreng pula kentang hingga lembut ....angkat dan ke tepi kan.
Dengan kuali bekas gorengan tadi kurangkan minyaknya.Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia yang telah ditumbuk kasar.,masukkan daun kari dan serai ....tumis sehingga naik bau,masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.
Kemudian masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.Masukkan juga carrot,tomato ,asam keping dan bawang hiris,Sambil kacau rata ayam dan bumbu2,Last sekali masukkan garam secukup rasa.Gaul rata sehingga carrot agak lembut ,tutup api ...
Iman walaupun tak makan makanan pedas tapi bab kari paling febret dia sekarang.Suka beno masa balik sekolah ada berlauk ayam masak kari kering ni ,berulang2 kali dia makan nasi ....Alhamdulillah walaupun hanya kami bertiga licin juga ....Iman lah tukang perabis...:-)
Wahh.. sedap. menariknya resepi :)
ReplyDeletemenarik resepi akak ni, boleh juga saya cuba untuk dibuat berbuka puasa nanti, itupun kalau kerajinan datanglah hehehe
ReplyDeleteSalam kak...atie dah lama xmengari..hehe..tp sekali sekala msk mmg syok!
ReplyDeleteRESEPI BARU YG SDP NI SBB TU RAMAI YG SUKA
ReplyDeleteyummy....sedapnye.....thanks for the share....boleh la rietta cuba...xpernah lagi masak macam ni...
ReplyDeletePS: salam perkenalan....
Hihihi .. akhirnyaaa..
ReplyDeleteYe kak saniah..
Kari kentang viral 😂😆
Lepas ni nak cuba resepi akak pulak sbb ada ayam juga tu..
Hihi....dah berapa kali round ni SI masak kari kering mcm ni? Saya dah ngeri buat masa ni sebab ada org ckp makan kentang boleh gemuk. Dahlah badan mmg gems, makan lagi kentang....aduh!! Bilalah pulak nak kurusnya ...
ReplyDeleteYg penting anak anak suka ye SI. Senang pun senang masaknya..
Ni kira tkde santan kan kak? Saya pun suka juga buat kari ayam kering camni, tapi tkdelah letak kentang. Macam nk cuba juga ni.
ReplyDeletekalau kari kering mcm ni saya suka cicah dgn roti atau pulut kuning
ReplyDeletedah terbau kesedapannya
ReplyDeleteSedapnya....
ReplyDeleteOrang penang macam makchaq kalau kari meleleh ayaq lioq la... dari kecik kari ke kari nasik kandaq papadom..
Memang kena masak kari ni la tengah hari ni... ada ayam dalam peti tu..
Nampak resipinya mudah jer n sedap nampak nyer ni.. boleh cuba ni nanti.
ReplyDeleteNampak sedap kentang kari akak ni. Siap ada add on add on lagi. Anak2 kita ni kalau lauk lain dr yg biasa baru nak makan ya kak. Anak saya pun camtu. Eh! tp Iman tak camtu yek, lupa pulak selera dia pelik sikit....hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga seniasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBaru baca pun dah terasa kecur air liur, belum mencicipnya lagi. tentu sedapkan. Sama la di rumah saya, masak kari ni ramai peminatnya... kalau tak nak makan dengan nasi boleh juga buat lempeng nipis cicah dengan kuah kari tu...fuh...
Wowww.....nama pun dah sedap tu kak..kebetulan..memang tengah mencari2 menu untuk besok
ReplyDeleteSaya kak asal masak kari aje mestilah ada kentang. Kentang kari viral ke (^_^), ayam masak kari ke, daging masak kari ke, kentang dilupa jangan ^_^ Rumah saya memang mewah dengan kentang. Kalau takda kentang, dunia tak aman ^_^ Tapi tidaklah hari-hari mengentang aje kerjanya. Lebar tak main mm nanti, terus km. Hahaha!
ReplyDeleteSaya suka kari kering atau tak guna santan sebab HD tak suka sebenarnya bab-bab makanan bersantan ni. Sebab itulah cukup gemar alahai kari mamak tu. Jadi, saya bawa balik kari mamak tu masak di rumah. Hahaha!
Lepas ni apa yang nak kita karikan dan kentangkan ya, kak?
sy lebih suka kari+santan. nyumnyumnyum <3
ReplyDeleteni resepi baru ni.
ReplyDeleteaida biasa nyer buat kari yg berkuah tu.
boleh aida cuba nanti.