Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur sangat2 setelah berbulan2 akhir nya masalah platelet encik suami telah pulih semula.Agak mendadak naiknya dibandingkan bulan2 sebelum ini.Dari 65 terus kepada 165 ....sudah ditahap normal. Alhamdulillah....mungkin apa yang berlaku sebelum ini ada hikmah yang tersembunyi.
Seperti biasa bila nak dapat kan rawatan di HSA ,keluar rumah seawal 6.45 am ,sambil tu terus hantar Iman dulu ke sekolah .Bersaing dengan orang ramai yang nak ke tempat kerja amat mencabar dengan jalan yang sesak .Perjalanan yang hanya 40 -45 minit dah jadi ke 1 jam lebih.Tiba di perkarangan hospital satu lagi masalah mencari tempat pakir kereta .Ruang semua dah penuh,nasib baik encik suami dapat menyelit di bahagian tepi .Mana yang dapat je asal kan tak menyusahkan empunya kereta lain nak keluar kelak.
Seperti biasa lah bila dah ke hospital ni banyak prosedur yang dilalui.Lama lah juga giliran suami ambil darah untuk diuji.Keluar dari bilik rawatan kelihatan agak lesu ,apatak nya katanya doktor ambil 6 tiub darah untuk diuji....rungut suami tanda tak kepuasan hati.Tapi yang disuruh bawa ke makmal hanya 2 tiub.....redha je lah.
Menunggu2 giliran ni sebenarnya membosankan ,dah tu perut asyik lapar je.....aku lah tu hihii.Aku lah yang berulang ke kafe sebab suami takut nama dipanggil.Pagi sarapan teh o ,macaroni goreng dan sandwich telor.Tengahhari aku beli kan suami nasi ayam dan untuk aku nasi berlauk ayam kicap ,kacang panjang tumis dan telor dadar.Makan di ruang menunggu je...kenyang baru lah semangat nak menunggu.Sambil2 tu sempat jugalah aku mengait .
Bila selesai jumpa doktor pakar darah katanya dah boleh tutup buku ...Alhamdulillah.Tinggal hanya buat rawatan susulan ke pakar jantung saja.
Oleh kerana tiada sesiapa di rumah aku suruh Iman bawa kunci .Kesian anak aku sorang ni ..makan meggi je balik sekolah tu.Itu pun si ayah tak benarkan buka api dapur .Jadi aku sediakan airpanas yang di simpan dalam termos.Tapi akal dia pulak katanya dia masak dalam rice cooker....oklah tu walaupun katanya dia masak tawar .Takpelah janji perut kenyang bila nak ke sekolah agama.Kan ada hikmah nya bila keadaan ini Iman pun dah boleh berdikari.
Kami sampai rumah Iman dah lama ke sekolah agama .
Alhamdulilah....dah separuh lega dah kan SI. Separuh lagi tang jantung pulak. Kalau jantung pun dah lega, dah boleh lena tidurlah...
ReplyDeleteKalau saya setakat jadi penunggu tak kisah sangat SI. Yg seramnya yg jadi pesakit tu ha. Dahlah nak kena menunggu, sakit ambik darah lagi nak tunggu result lagi ....aduhhhh
Alhamdulillah kak, tumpang gembira. Yalah, sape tak risau jan, bila keadaan kesihatan suami tak menentu. Saya pun pernah mengalaminya, bila suami kena masuk wad dalam 2 mggu juga sbb kurang darah, so faham sangat perasaan akk tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteDah kembali normal darah suami akak..
Semoga terus sihat..
Kesian pulak iman ye...
Makan megi..
Kegemaran anak2 juga tu..
Dapat juga belajar berdikari ye kak..
assalamualaikum kak SI. alhamdulillah kembali normal. part jantung tu kak pertimbangkanla yang saya cakap tu ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Seronok dgr hubby saniah dah pulih. Part jantung tu in syaa Allah berkat doa akan kembali normal.
ReplyDeleteIman pun dah pandai berdikari tp kesian juga makan maggie.
Kesian si Iman, tak elok makan mee segera tu tp nak buat mcm mana kan, dah terpaksa.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga abang bertambah sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Setiap apa yang berlaku tentunya ada hikmah disebaliknya. Ianya adalah kebaikan buat hamba-Nya.
#Saya di antara manusia yang 'akrab' dengan hospital kerana sering membawa si kecil yang istimewa menjalani rawatan. Faham sangat situsinya di hospital..heh
Assalamualaikum kak...semoga akak sekeluarga diberi kesihatan untuk menjalani kehidupan harian.
ReplyDeletepasti ada hikmahnya kan semua ni kak ��
ReplyDeleteAlhamdulillah kak..lega mendengarnya
ReplyDeletepandai juga iman berdikari
Alhamdulillah saniah..moga terus sihat en.suami saniah
ReplyDelete