Total Pageviews

Friday 29 July 2016

Hilangnya seorang nenek

Assalamualaikum
Salam Jumaat
Seminggu yang lalu ,malam tu kami semua bermalam di quarters Fateha.Malam tu aku tidur agak awal ,tiba2 telefon berbunyi.Yang pelik nya aku tak pula rasa terkejut walaupun ketika itu jam dah 12.30 tengahmalam.Sebenarnya masa aku terjaga ingatkan dh pukul 6 pagi ,tenang je aku jawab panggilan.Kedengaran esak tangis sepupu aku dihujung talian mengatakan nenek nya dah meninggal.Dalam keadaan jalu aku tanya bila dan dimana ....Apapun aku tak dapat lah nak pergi ziarah memandangkan jauh di Seremban sana ditempat adek yang telefon aku tu.
Arwah nenek ni cukup istimewa buat sepupu aku adik beradik .Sepupu aku ni ada 6 orang adik beradik ,telah kehilangan mak dan ayah( adek mak aku yang bongsu) sejak mereka awal remaja dan adik2 masih kecil lagi.Nenek ni sememang nya tinggal bersama mereka sejak dulu lagi.Mereka tinggal di felda di daerah Kota Tinggi.Aku pun tak pasti nenek ni pernah berkahwin atau balu .Sebenarnya arwah ni makcik kepada mak mereka yang telah dianggap seperti mak sendiri.
Setelah mereka jadi yatim piatu nenek nilah menguruskan mereka adek beradek sehingga mereka boleh berdikari dan berkeluarga .Mungkin kerana itu Allah beri dia usia yang panjang untuk menjaga anak2 yatim piatu ni.. ...Usia nya lebih kurang je dengan arwah nenek aku /sepupu (sebelah ayah sepupu) tapi arwah nenek kami dah lama kembali ke Rahmatullah sejak 30 tahun yang lalu.
Setelah nenek ni semakin uzor cucu2 ni lah silih berganti menjaga .Masaalah juga lah bagi mereka kerana semua berkerjaya perlu tinggalkan dia sendirian seharian di rumah.Akhirnya cucu ke2 nya bawa ke seremban untuk dijaga walaupun dia dan isteri bekerja tapi si isteri masih boleh balik awal kerana hanya mengajar sebelah pagi.Ketika terakhir aku melihatnya sewaktu singgah rumah sepupu di Seremban nenek ni walaupun dah uzur namun kudrat nya masih berupaya lagi untuk menguruskan diri .Walaubagaimanapun isteri sepupu ni sungguh murni hati menjaga nenek ,dilayan dengan baik walaupun katanya  pada ku suka bila nenek tu cakap jawa....padahal dia tak faham langsung sebab dia orang Kelantan.
Semoga arwah nenek ini ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Aminnnn.


Thursday 28 July 2016

ku siram selasih...

Assalamualaikum
Foto: gambar pokok selasih ni agak kabur,Iqa snap waktu hampir senja.
Benih pokok selasih ni encik suami bawa dari tempat kerja.Aku semai  dalam pasu menumpang di pokok bunga.Tapi bila dah membesar dan membiak2 aku pindah kan ke tanah.Suami kata daun selasih ni sedap dimasak bening campur dengan sayur2 tertentu.Masa budak2 nya dulu arwah mak dia selalu masak katanya.Tapi masa tu hidup susah ,masak pun lebih kuah dari sayur nya ...itulah yang dia kenal sangat pokok nya.
Sahabat2 dan adek2 blogger tau ke masak apa lagi boleh masukkan daun selasih ni?Sebenarnya dah try juga masak bening tapi rasanya wangi daun selasih ni  selera aku sukar nak terima.
Jenguk encik google ,rupanya banyak khasiat yang aku tak pernah ketahui sebelum ni.Patutlah dihadapan rumah2  bangsa cina banyak ditanam pokok ni.
Pokok yang aku tanam ni dah semakin merimbun ...tapi sekadar menjaga dan menyiram je,tak pernah lagi dipetik.

Wednesday 27 July 2016

Durian mula gugur

Assalamualaikum
Pokok durian nan sebatang kat belakang rumah dah mula gugur kan buahnya.Tahun ni nampak nya sikit je buahnya .Tambahan pula ada makhluk Allah yang menumpang rezeki.....
Foto: beginilah rupa kebanyakan buah yang gugur

 Foto: segera aku suruh Iqa buka ,bimbang masuk semut pula dalam buah yang berlubang.
Foto: simpan dalam bekas ,nanti Iman balik senang nak makan....baru2 gugur ni masih tak muak lagi dia makan.Yang lain memang kurang minat dengan durian ni kecuali ada Azim dan abangnya balik.
Aku juga setakat ni baru merasa seulas,selain nak jaga kesihatan ,tak tahan sebenarnya rasa manis durian.

Tuesday 26 July 2016

Menumbuk lah pulak.

Assalamualaikum
Masih lagi dalam suasana raya kan tapi aku seisi keluarga memang takde raya2 dah .Tetamu2 je yang datang berkunjung terutama kawan2 anak. Biasanya baju2 raya dah diulang pakai sepanjang Syawal tapi kali ni sekali pakai je dah tergantung tak terusik dlm almari.
Seronok juga ramai yang datang bertamu .....walaupun kuih dah tinggal koret2 tapi  boleh masak makanan lain.Kuih2 raya bukan tetamu yang lebih makan tapi kami ni anak beranak tika tengok tv mulut tak berenti mengunyah....krup,krap,krup,krap tau2 dlm balang tinggal habuk...hihii.
Kalau sedara2 atau kawan2 anak bagi tau nak datang adalah masak2  sikit untuk dorang tapi kalau tak semena2 ada kat mukapintu makan kuih raya yang tak seberapa tu je lah jawapnya.
Semalam sepupu wasap gitau nak datang selepas zohor.Olehkerana dia hanya berdua dengan suami, pakat dengan Iqa masak ringkas je.Kami buatkan speggati je....
Masak mudah ni kejap je siap,lepas tu melingko lah aku dengan Iqa hingga terlena  aku dibuatnya bila yang ditunggu tak tiba2.Bila tersedar lapar lah pulak terus ke dapur ,teringin pulak nak makan sambal telor hancur bila buka aisbox nampak lada kering yang sememangnya dah direndam lebihan buat ayam masak bali semalam nya.Datang pulak angin rajin nya ,lada tu aku tumbuk dengan lesung batu je....kelentang kelentung aku menumbuk, kerja yang dah lama sangat aku tak buat kecuali buat rencah2 untuk masak je.Standby pinggan lutsinar cover muka takut terpercik ke mata ....
Inilah hasilnya walaupun tak selumat guna blender.Sebelum tu aku ada goreng peria katak bersalut tepung....lupa pulak nak snap gambar ,bila lepas goreng terus meratah.....asyik lapo je tak sedar diet dah ke laut:-)
Yang ditunggu datang pun dah petang sangat tibanya....

Monday 25 July 2016

Ayah anak2 ku

Assalamualaikum
 Anak2 ku ...Semoga kamu tak lupa pengorbanan ayah andai hidup mu sudah berjaya kelak.Ayah sangat sayang anak2 hingga kadang kala mengabaikan kesihatan diri.Bagi ayah kebajikan dan keselamatan anak penting buat nya.
Hari kelmarin ,bila melihat ayah kamu tidur awal selepas solat Isyak mak terasa kesian sangat....bayangkan betapa penatnya seharian  demi anak.Seawal 6.45 pagi dah pergi menghantar Fateha yang memakan masa sejam ++ juga ,berebut pula untuk ke tempat kerja mencari nafkah untuk kita.Sabtu Fateha kerja separuh hari ,ayah juga terpaksa bekerja separuh hari, tanpa menyuap secubit makanan untuk tengahhari terus tergesa nak jemput Fateha balik,walaupun jika lewat pun Fateha boleh balik ke quarters nya dulu....tapi mungkin dia risau agak nya,maklumlah anak perempuan.
Olehkerana minggu ni Azim ada balik ,lepas makan dan solat dengan tak sempat berehat terus bersiap nak hantar Azim balik ke asrama pulak.
Dalam pada itu Arif bagi mak mesej katanya duit tak cukup dan keesokan perlu ke Muadzam pulak.Balik dari asrama Azim,mak ajak ayah singgah ke CIMB nak bank in untuk Arif.Malangnya no akaun yang biasa digunakan tak dapat diguna lagi.Hari dah hampir senja ,perlu balik dulu solat.Punyalah susah hati ayah bila memikirkan keadaan Arif  di sana tanpa sumber kewangan yang mencukupi.Dalam perjalanan balik Arif msg no akaun baru.Malam tu juga selepas Maghrib ayah ajak mak ke bank semula .Alhamdulillah....dipermudahkan urusan bankin untuk Arif.Nak guna  cimb klik agak memakan masa sedang kan urusan untuk sewa rumah dan kereta perlu di selesaikan  pagi sebelum ke Muadzam.Arif pun satu hal suka bagitau last minute.
Malam tu setelah solat Isyak ayah terus tidur....kesian mak tengok dia betul2 keletihan.Sehari suntuk terkejar2 demi anak2.Tapi itu lah ayah kan sukar nak kata tidak pada anak2.
Ini kisah  hari kelmarin saja tapi hari2 lain juga ayah masih terkejar2 antara kerja dan kamu.
Masa balik kampung raya tempohari ,sedara2 tanya mak samada anak2 dah habis belajar atau tidak....mak kata belum lagi .Ada yang kata bila lah ayah kamu ni dapat berehat .....Yalah sepatutnya diusia2 ayah sekarang ni dah tak perlu membanting tulang atau terkejar2 .Tapi kamu kan tau ayah bagaimana ....tak kan dibiarkan anak2 hadapi masalah sendiri an.
Ayah memang tak pernah merasa berehat sepenuhnya sejak dulu lagi .Masa ada opah dulu ayah sorang lah yang  jaga kebajikan opah  walaupun anak opah  ramai....kalau opah tak sehat perlu tergesa2 balik dari tempat kerja untuk bawa opah ke klinik dan selalu juga terpaksa cuti  .Biasalah opah mana mahu ke hospital ,jadinya kalau tak sehat berkali2 lah dalam seminggu berulang ke klinik.Setelah opah dah takde  ketika nenek tinggal dengan kita ayah juga lakukan rutin yang sama seperti mana dia lakukan pada opah.Ketika mereka sakit ayah lah yang berjaga waktu malam padahal keesokan perlu pergi bekerja juga walaupun dalam keadaan mengantuk yang amat. Ketika itu ayah masih muda.Tapi kini ayah semakin berusia ,kudrat pun tak seperti dulu lagi dan kesihatan juga perlu diberi perhatian walaupun pada zahirnya kini masih nampak sehat.
Buat anak2 sentiasa lah berdoa untuk  insan yang bergelar ayah ni sentiasa diberi kesihatan yang baik dan panjang umor kerana kita sama2 masih memerlukan dia .Semoga Allah sentiasa lindungi ayah kamu untuk kita.
......tiba2 jadi sentimental pulak hari ini :-).
                               foto; Iman dan ayahnya setahun yang lalu

Friday 22 July 2016

Mesin basuh.

Assalamualaikum
Malam tadi sebelum bermalam di quarters Fateha kami singgah kedai dobi.Kebetulan Azim balik dari asrama banyak kain baju kotor diangkutnya bawa balik.Sejak awal syawal tempohari mesin basuh yang baru saja beli tak pun sampai 2 tahun dah pun buat ragam.Memang tension dibuatnya .Sejak dulu lagi aku lebih selesa gunakan mesin basuh separuh auto ....senang untuk mengasingkan baju2  tertentu terutama nya baju sekolah.Tambahan pula aku suri rumah takde apa yang terkejar2 sangat masa untuk membasuh sehari2.Malangnya mesin basuh kali ni awal2 lagi dah buat hal.Masa ni pengering nya dah tak nak jalan kan tugasnya....padahal bagi aku itu lah yang penting apatah lagi dengan cuaca sekarang ni....setiap hari pasti hujan.
Makanya malam tadi kebetulan nak ke tempat Fateha kami angkut sebakul kain baju .....mendobi lah aku dan Iqa ....hihiii aku memang jakun part mendobi layan diri ni,manalah pernah buat seumur hidup .Nasib baik lah Iqa dah biasa masa Asasi tempohari.....puhhh lega  kain dah siap basuh.Tapi balik rumah ada lagi sebakul yang menunggu...huhuu.Oleh kerana warranty 3 tahun agent jenama mesin basuh katanya nak datang betul kan di rumah....tapi sampai la ni batang hidung pun tak nampak lagi.
Foto: Iman yang kebosanan menunggu ,memerhatikan mesin yang berputar  untuk dikeringkan.
# seperti mana viral sekarang ni kata Suhaimi Saad suami Ina ....mesin basuh sekarang ada dimana2 dan 24 jam lagi.
Bagi aku lebih selesa untuk basuh di rumah sambil2 boleh buat kerja2 lain.Hmmm....mudah2an masalah akan selesai dalam waktu terdekat ni.


Thursday 21 July 2016

Kisah semalam

Assalamualaikum
Ini  cerita semalam tapi trauma nya sehingga kini aku terasa .Semalam balik dari bermalam di quarters Fateha ,aku dan suami yang cuti haritu terus ke Kulai untuk berurusan dengan bank,apatah lagi anak sulong yang di Terengganu tu juga dah minta bankin kan. Kami pergi ke bank yang bertentangan hala ,jadinya suami ikut jalan di kawasan taman perumahan untuk shortcut dan menjimatkan masa.
Sedang kami lalui satu jalan tu terpandang sebuah van yang bergerak perlahan dan ada seekor anjing di tepi jalan. Tiba2 'DUM' bunyi dari dalam van dan anjing yang segar bugar tu tumbang....betul2 waktu tu kereta kami lalu.Ya Allah hanya lihat seketika perasaan aku bercampur baur .....terkejut dan terasa hampir mengalir airmata aku menahan sebak bila melihat makhluk Allah ni mati di bunuh depan mata aku .Terdiam aku seketika menahan rasa sehingga encik suami mengenggam tangan aku ,bila lihat keadaan aku yang terkejut .....tapi hingga pagi ni masih lagi teringat2 peristiwa pagi semalam.Subhanallah....
# maaf mungkin ada yang tak faham apa yang berlaku....sebenarnya anjing tu telah ditembak betul2 masa kereta kami nak lalui

Monday 18 July 2016

quarters Fateha

Assalamualaikum
Seperti yang aku ceritakan di entry yang lepas ,Fateha dan abangnya sedang jalani LI sepanjang cuti sem ni.Abangnya masih di Dungun Terengganu ,mungkin lagi 3 minggu baru habis LI nya di sana.
Fateha tak jauh pun cuma 40/45 , minit perjalanan dari rumah ,dan kalau bawa kereta seperti F 1 mungkin 20/30 minit dh tiba.Oleh kerana takde lagi lesen kereta terpaksa lah sebelum pergi kerja ayahnya menghantar dia dulu dan menjemputnya waktu balik.Memang amat memenatkan kedua2nya.
Minggu lepas pihak kilang berikan sebuah rumah staf yang telah 6 bulan kosong untuk menginapan Fateha sepanjang dia buat LI kat kilang tu.Sebenarnya hanya Fateha sorang je pelajar yang buat praktikal kat situ dan baru pertama kali menerima pelajar perempuan untuk latihan kejuruteraan.Kami  ni makayah dia memang risau sangat nak lepaskan anak gadis tinggal bersorangan. Apatah lagi  rumah nya agak terasing berhampiran ladang kelapa sawit walaupun tak lah jauh dari kilang .Jiran2 di quarters berdekatan juga jarang ada di rumah, sementara yang dah lama bermastautin dan berkeluarga agak jauh .Kononnya minta Iqa temankan sementara dia masih belum pergi  belajar .Tapi hingga hari ini pernah 2 kali kami menemankan Fateha  di rumah tu,bukan hanya Iqa je tapi dengan kami semua.Risau pulak nak tinggalkan Iqa keseorangan bila Fateha ke tempat kerja.Hari2 lain Fateha masih lagi berulangalik dari rumah...rumah penginapan tempat dia tunggu ayah nya jika lewat datang je.
Foto: inilah rupa quarters yang dipinjamkan pihak kilang...sebuah rumah agak lama .Punya 4 bilek tidur dan 2 bilek air.Van depan rumah tu memang sengaja diletakkan di situ sejak rumah ni dikosong kan .Mula masuk rumah agak seram2 juga almaklumlah dah hampir setengah tahun tanpa penghuni ,takut ada penghuni lain pulak menumpang...seram pada aku lah tapi tidak pada Fateha.
              
Foto: dalam rumah dah ada perabut contohnya sofa ni ,tapi jenuh juga bersihkan abuk2 yang melekat .Aisbox pun disediakan malangnya dah tak sejuk sebab katanya gas dah abis ,nak gantikan baru ,Fateha hanya menghuni sekejap cuma.
Foto; untuk hilangkan kebosanan terutama kami yang sesekali datang meneman  bawa tv kecil ni dari rumah .Walaupun dikawasan agak terpencil sambungan internet agak laju.
Foto:selain dari perabut2 lain meja makan juga di sediakan .
Foto .hanya di bilek utama disediakan kelengkapan bilek tidur dan almari .
Foto;jauh dari hiruk pikuk kenderaan ,mula nya Iman agak bosan ,mula lah dia menjelajah sekitar rumah.Udara memang segar waktu pagi yang dikelilingi kehijauan pokok2.
Foto;Meronda  di jalan melihat persekitaran rumah2 jiran dan kawasan menjadikan dia seronok pulak ....Petang tu kami nak balik ,katanya nak tinggal kat situ je....yalah tu berani lah nak tinggal sorang!
Foto; Walaupun di lengkapkan dengan dapur untuk masak tapi encik suami kata tak perlulah nak angkut gas sebab bukan selalu tinggal di sini .Dah tu hanya tinggal sebulan lebih je Fateha  di sini.Akhirnya bawa rice cooker je untuk memasak serba ringkas .Jug keetle untuk jerang air.Huhuuu ...aku tak reti nak masak dengan kelengkapan dapur yang terhad ni.
Buat masa ini kami memang berulangalik ke tempat pratikal Fateha.Takpelah berkorban untuk dia untuk dua bulan ni beritahu suami juga pesan untuk diri sendiri, lagipun anak ini banyak bantu keluarga  walaupun masih belum bekerja hanya dengan biasiswa yang diterima.
Satu hari nanti keadaan sekarang ni akan jadi kenangan terindah pada dia dan kami juga.




Thursday 14 July 2016

raya 2016

Assalammualaikum
Dah pun minggu ke dua raya kan ....Sorry lah hainom akak tak sempat nak menulis ,inipun akak luangkan waktu seketika ....nak juga cerita pasal raya 2016 .Tak taulah tang mana nya yang sibuk sangat tu kan. Nanti lah di entry yang seterusnya akak cerita kan ...
Bila budak2 dah sekolah ni kemeriahan raya pun semakin hambar. Seperti juga di rumah ni, sepi ...
Alhamdulilah, puasa kali ni aku dapat sempurnakan sebulan walaupun di akhir2 Ramadhan aku demam  ...hampir tewas juga dek kerana keletihan  yang amat .Apatah lagi persiapan raya juga banyak disedia kan disaat akhir. Pakaian raya anak2 juga beli hanya tinggal dua tiga hari je nak raya ,itupun pada sebelah malam je berkesempatan.Kalau oranglain dengan sedondonnya tapi tidak pada kami ,apa yang sedap mata memandang ,itulah yang dicapai .Kenapa perlu  semuanya disaat akhir kan..?  untuk anak2 dah besar ni budget untuk mereka juga besar ,jadinya tunggu lah bonus si ayah di penghujung Ramadhan .
Dah takde makayah dan mertua ni ,kami sambut raya anak beranak je kat rumah sendiri .Masak seperti biasa ketupat ,ayam merah,sambal kacang dan kuah lodeh juga sedikit daging masak kicap.Pagi raya bertukar2 juadah dengan jiran2.Penuh satu meja jadi nya ....
Foto: Iman menikmati ketupat dengan daging kicap.Lauk pauk yang banyak terhidang sikit pun tak menggoda hati nya ,apatah lagi lauk yang pedas .
Lepas  dorang balik solat sunat hariraya, mula lah sesi bermaaf2an dan wefie2an ....untuk kenangan kata nya kan.Bukan senang kami dapat berkumpul anak beranak gini...Anak2  yang dua ni bakal tahun akhir sem depan ,begitu sibuk dengan LI masing2. Anak sulong raya ke 4 dah berada di Terengganu selama sebulan.Fateha walaupun dekat LI nya tapi cuti sekejap je.
Tak seperti tahun lepas hariraya pertama biasanya tunggu tetamu ,yang biasanya adek beradek datang ziarah ,kali ni selepas zuhur kami dah keluar rumah untuk beraya ke rumah SIL ,makcik dan sepupu di Pontian....malam juga lah balik rumah walaupun hanya sempat 3 rumah je.Yalah kalau dah jumpa sedara tak ingat hari dah petang.
Raya ke dua janji dengan adek lelaki aku yang dari Sg .Buloh ,jumpa kat tempat kakak dulu di kampung.Sebenarnya adek dan keluarga nya  ni kalau balik Johor ni hanya rumah aku je tempat dia bermalam walaupun rumah  yang lain lebih selesa.
Olehkerana dia lewat sangat tiba kami anak beranak ikut anak sedara ke Parit Raja ke rumah anak sedara yang lain.Kebetulan tengahhari tu kat rumah dia ada baraan.Seperti tahun lepas menu juadah  untuk baraan dan rumah terbuka pastinya sup tulang kambing dan sedikit sup ayam dan nasi impit.Anak sedara dan suaminya ni rajin sungguh mengerjakan dan masak sendiri untuk tetamu...30 kilo tu tulang kambing  yang pasti dibelinya setiap tahun.Berminyak2 mulut aku tengok mereka2 menghirup sup termasuk lah anak2 aku sendiri....Aku hanya layan sup ayam je .
foto:beginilah rupa pinggan mangkuk masing2 dengan sup gearbox  berketul2.
Dah kenyang kami minta diri ...banyak lagi tempat perlu singgah .Haritu kami balik rumah malam lagi...
Hari ketiga adek kata perlu balik hari itu juga ,lepas solat Jumaat kami ke Simpang Renggam ke rumah kakak satu lagi .Olehkerana anak sulong  tak ikut  kereta agak mampat dengan anak yang 4 orang ni.Adek juga singgah sebelum teruskan perjalanan baliknya.Kat rumah kakak juga ada rumah terbuka.Berbagai2 makanan yang dibuatnya.Nasi impit ,rendang,mee rebus dan berbagai lagi.Tapi yang aku tak tahan nafsu walaupun perut dah sendat ialah keladi rebus bercicahkan sambal tumis ...perghhh sedap sangat.
Hari itu kami balik malam lagi.
Hari seterusnya dah tak kisah raya2 lagi dah....terlalu sibuk dengan urusan anak2 .Duk rumah tunggu tetamu je datang beraya.
Oklah kita jumpa di entry seterusnya kelak...insyaallah.