Total Pageviews

Wednesday, 29 April 2015

sayangnya nangka...

Assalammualaikum

nangka ni dah hampir seminggu dalam peti sejuk ,akhirnya jadi habuan si bakul sampah .Sayang juga hendak dibuang tapi buahnya dah tak sesuai lagi untuk dimakan .Bukan banyak pun hanya 3 ulas namun tiada siapa yang sudi menyentuhnya.Mak cik jiran sebelah begitu bersungguh ingin memberi tapi aku hanya minta 3 ulas saja kerana tahu sangat selera penghuni rumah yang tak berminat nangka ni.Hanya aku saja yang makan tapi tak boleh nak habiskan semua ....akhirnya terbiar dalam peti sejuk.
Iman pun tak biasa dengan buah nangka ni tapi dia ada tengok cerita legenda Sultan Mahmud mangkat dijulang tempohari .Katanya ini kan buah yang dalam cerita haritu kan.Ialah tu kerana seulas nangka perut mangsa kena belah ...kita yang ada rezeki depan mata dibuang pula....apa nak buat anak2 dan ayah anak2 semua tak makan...Selera aku apa pun boleh.... lagi lah kalau dapat sayur nangka muda masak lemak....sedapnya tapi tak lah bolehlah banyak boleh sebu perut jadinya.

Tuesday, 28 April 2015

Mak Teh

Assalammualaikum
25hb April genap 32tahun Allahyarhamah pelakon terkenal Saloma kembali ke Rahmatullah sebagaimana yang aku lihat dalam siaran TV dua tiga hari lalu.Sebenarnya aku bukan lah nak cerita pasal beliau tapi tarikh kematian nya mengingatkan aku pada tarikh aku kehilangan insan yang aku sayang buat pertama kalinya dalam hidupku..Mak Teh panggilan aku pada adik mak yang ke empat.Dia pergi meninggalkan kami 3hari selepas kematian saloma ,itulah yang jadi ingatanku sehingga kini walaupun ada ketika nya aku lupa tarikh yang sebenar.....dia meninggal dalam usia 40tahun kerana sakit lemah jantung sejak kecil....walaupun 3 dekad telah berlalu namun jasa insan inilah tak pernah luput dalam ingatanku.
Mak Teh dah menganggap aku seperti anak sendiri kerana dia tak dapat melahirkan anak akibat masalah jantungnya.Walaupun aku tak tinggal bersama dia namun segala pebelanjaan  sekolah  dia lah yang uruskan .Apatah lagi keadaan mak dan ayah aku yang agak susah ketika itu.  Sejak kecil aku selalu dah dibawa berbulan2 ke rumah dia yang ketika itu  tinggal di Johor Bahru bersama nenek aku. Biasanya arwah nenek lah yang mengambil aku di kampung walaupun cuti sekolah belum lagi bermula tapi nenek dah pun menunggu untuk membawa ku pergi.
Walaupun ketika nak pergi memanglah seronok dapat keluar dari kampung namun sebenarnya nak menghabiskan cuti sekolah bersama mereka agak membosankan pada aku yang begitu terjal dan bebas sebagai anak kampung .Tinggal bersama mereka bermakna sepanjang masa aku hanya dikelilingi orang dewasa ..apatah lagi bilek2  yang nenek dan mak teh tinggal tu ada penyewa2 bujang lain yang kerja berdekatan situ .Bila mereka bekerja aku hanya bersama nenek di rumah....kalau duk di kampung ada je aktiviti aku cuti sekolah ni....masuk kebun ,meredah parit atau main tak ingat nak balik rumah....tapi kat tempat mak teh aku hanya dapat mengira hari bila lah orang nak hantar aku pulang kampung.Bukan seperti zaman sekarang ni boleh menghabiskan masa dengan segala jenis gajet ,atau menonton tv.
Paling seronok bila mak teh cuti dan bawa jalan2 ....ketika itu zoo dan pantai lido je lah tempat yang best bagi kanak2 seperti aku....Ahhh kenangan bersama nya sukar dilupakan ....bagai tergambar diruang mata walau telah lama dia pergi menemui Nya.Damai lah MakTeh di sana...moga rohmu sentiasa dicucuri rahmatNya...Al Fatihah.
                               sumber;google



Monday, 27 April 2015

cuti sakit.

Assalammualaikum
Dalam kemelut GST yang masih panas ni ,nampaknya bukan saja barang2 yang naik harga tapi bil klinik juga turut naik...itulah yang aku ketara bila membayar bil untuk anak bujang ku menyambung rawatan dan  cutinya .Sebelum ini cuti sakitnya di klinik kesihatan universiti hanya 3hari walaupun keadaan chicken pox dia agak teruk....masa kan boleh pergi kuliah dengan bintik2 yang masih merah menanah....kesian pula pelajar2 mungkin berjangkit.
Jumaat, bawa dia ke klinik di sini ,diberi ubat sapu seperti kapur juga antibiotik ...bila waktu membayar terkejut dengan harga yang agak mahal walaupun aku dah sedia dengan kemungkinan ini bila dah sibuk2 pasal GST ni.Malangnya cuti  dapat diberi hanya 3 hari saja sedangkan dia ada test pada hari Isnin dan Selasa .Cuti hanya sampai hingga Ahad.Perlu datang semula pada Isnin jika nak menyambung cuti .Datang semula?bermakna kami perlu membayar lagi ....
Kononnya nak cari jalan alternatif untuk menyambung cuti lebih kami ke hospital kerajaan pula.Sebab hari Jumaat cuti umum kenalah pergi ke bahagian kecemasan .Olehkerana dah lewat petang ,tak lah ramai orang tapi kena juga menunggu sejam juga..Bila dah keluar dari bilek rawatan ,katanya cuti diberi juga sama 3 hari juga ...susah juga keadaan ini sedangkan dia belum sehat lagi ....benarkah prosedur sekarang tak boleh beri cuti lebih dari 3 hari?....mungkin ada yang salah gunakan cuti2 sebelum ini tapi anak ini sakit dan pelajaran juga perlu bila dia tak dapat ambil ujian minggu ini perlu sangat surat cuti sakit .....aku berharap cuti sakit yang bakal disambung hari ini akan dipermudahkan.

Thursday, 23 April 2015

dijangkiti virus

Assalammualaikum
Sudah 2 hari aku jadi jururawat pada anak bujang sulongku ,sediakan diet makanan untuk dia,sapukan ubat diseluruh badan  juga tentukan waktu bila nak makan ubat.Sebenarnya dia telah balik ke universiti bersama Fateha pada hari Ahad  selepas cuti sem seminggu tapi terpaksa balik semula ke rumah 2hari lepas bila dah kena chicken pox atau kata orang melayu, cengkering .Dari klinik kesihatan universiti dia dapat cuti seminggu. Teruk juga lah keadaan dia sehingga tak mampu berkereta sendiri untuk balik ,terpaksalah naik bas saja .

Sekarang ni keadaan badan dia masih dipenuhi bintik2 merah berair.Tak tahulah dapat jangkitan dari mana sebab dia baru bercuti dan dikalangan kami pun takde yang kena .Ayahnya kata mungkin ketika dia ke Stadium Larkin tengok perlawanan bola haritu kot...yalah tu sekadar buat andaian.
Dalam 5 orang adik beradik hanya dia seorang saja yang tak pernah kena chicken pox atau demam campak dari kecil .Semua dah merasanya sejak kecil lagi terutama Iqa teruk juga penangan chicken pox nya masa sekolah rendah tahun 1 dulu.Yang lain kena sikit2 je .Tak sangka pula abangnya dah bujang 22tahun ni dijangkiti juga....
Sekarang ni di rumah agak bimbang juga andai ada yang dijangkiti virus ini walapun kata orang tua2 kalau dah pernah kena tak kan kena lagi tapi khuatir juga ...Iqa dan Iman cukup takut ...sepatutnya yang sakit patut di kuarantin tapi kini terbalik pula bila yang sehat asyik memerap kat bilek...Aku yang merawat dia hanya bertawakal ,ialah anak ni walau dah besar panjang pada emak juga lah tempat dia bergantung apatah lagi ketika sakit2 ni.
Aku berdoa agar tiada yang dijangkiti apatah lagi budak Iqa yang perlu ke sekolah untuk anugerah cemerlang 31hb ni.Dan aku harap sangat abangnya cepat pulih supaya dapat kembali belajar setelah ditinggalkan seminggu ni.Juga harap sangat bila dia sembuh nanti parut2 chicken pox ni tak kan begitu ketara terutama di bahagian muka ...maklum saja dah bujang begini ...kesian lah pula.

Tuesday, 21 April 2015

soto dan kenangan itu.

Assalammualaikum
Masa balik dari rumah kakak tempohari aku ajak suami ke pekan Rengit ,kampung kelahiranku yang penuh nostalgia jalan2 yang ku lalui penuh dengan seribu kenangan.Apatah lagi melalui tapak rumah arwah mak ayah...sayu dan hiba aku sembunyikan ,hanya memandang rumah2 jiran yang masih sama walaupun kebanyakan... penghuni yang berbeza...diwarisi generasi mereka.
Hasrat hati nak cari ikan2 segar di pasar tapi tak ada rezeki kami ,hanya ada satu dua gerai yang masih berniaga ketika itu ,tak ada banyak pilihan.Apapun keadaan masa tu dah petang dan cuaca masih hujan walaupun dah tak lebat lagi ,si penjual ikan mungkin nak balik rumah ,mereka jual murah ,ada juga sotong dijualnya 10 rm 3pinggan tapi aku tak beli pun .Iman dan Fateha alahan pada makanan laut ....kesian pula jika kita masak dia tak dapat merasa walaupun dia suka sangat.Aku hanya beli 2 kilo ikan senangin yang dikurangkan 1 rm dari harga asal.
Sebelum ke pasar terasa nak makan sesuatu di sini.Aku cadangkan pada suami kita makan soto di kedai  Milo soto warisan .Soto ni mungkin rasanya biasa aja tapi ia telah bertahan berpuluh2 tahun dulu sejak aku di zaman sekolah lagi .Telah diwarisi pada anaknya pula.Tapak asal mereka berniaga dan harga saja yang berbeza namun rasanya tetap sama.Kaum lain seperti  cina (kaum india hanya 1% di kg aku ni) pun suka makan kat kedai ni baik yg muda atau tua.Sejak aku berhijrah ke tempat lain ,ini baru kali ke 2 aku ke kedai soto .Sebelum itu bila balik  rumah mak tak teringat pun soto warisan ini ,mungkin makanan yang mak masak adalah yang terbaik pada selera kami. Sambil makan soto aku berceritalah sejarah silam aku dengan soto ni ,hinggakan fateha menegur kata nya mak dah 4 kali cerita...huhuu bukan pe pun excited sangat.
Kini pekan Rengit membangun begitu pesat namun nikmat itu tak dapat berkongsi dengan kami yang tak lagi bermastautin di kampung kelahiran .Masing2 dah berhijrah di tempat lain setelah berkahwin dan bekerja ,apatah lagi ayahmak tiada lagi ....hanya pusara sepi arwah ayah saja yang setia menunggu kedatangan kami sekali sekala .
inilah sekolah rendah aku masa darjah 1-3 merangkap sekolah agama juga.Bangunan yang ada tulah kelas aku masa darjah 1.Tiang2 tempat kami main waktu rehat ketika tu masih ujud lagi....tak pasti bangunan ini masih digunakan lagi atau tidak kerana sekolah baru telah dibina tak jauh dari rumah arwah makayah...anak2 kampung aku sekarang taklagi pergi jauh2 .seperti zaman aku dulu.



Monday, 20 April 2015

meredah angin

Assalammualaikum
Cuti sem Fateha masih berbaki sehari 2 lagi...dikesempatan itu bawa dia ,Iqa dan Iman balik sekejap ke kampung kakak ,memandangkan kampung datuk nenek mereka dah tiada  pada kakak dan abang lah tempat kami tuju.Keluar rumah setelah Iman dan ayahnya pulang dari solat Jumaat,hari masih lagi panas terik .Kain baju yang dicuci pun dah kering,sempatlah angkat kain diampaian  sebelum bertolak .
Tiba di traffic light Kulai kelihatan cuaca dikejauhan mula diselaputi mendung hitam dan kilat memancar jauh.Namun kami tak gusar sebab kami ke arah yang bertentangan .Tak jauh dari Tesco angin mula bertiup kenyang walaupun tanpa hujan ,ranting2 dari pokok2 dikiri kanan jalan banyak yang jatuh ke atas jalan.Aku cadangkan pada suami kita ikut highway tapi suami kata takpelah mungkin kat depan sana takde lagi angin seperti itu.Kami teruskan perjalanan dengan kenderaan yang bergerak perlahan namun angin masih lagi bertiup kencang adajuga dahan2 besar yang jatuh .Kecut perut aku dan anak2 bila dapat mendengar ranting2 yang jatuh atas kereta ...bimbang dahan2 besar menimpa kereta kami...suami sedaya upaya mengelakkannya.Bila masa2 begini lah agak menakutkan lalu di bawah pokok2 yang merimbun di kiri kanan jalan .Sepatutnya pihak berwajib kena ambil perhatian bab2 begini...merbahaya pada pemandu dan penumpang bila dahan2 patah dan jatuh di atas jalan.Aku dan anak2 tak pernah rasai pengalaman seperti ini....memang takut sangat.Mulut aku dan anak2 tak lengkang membaca ayat2 suci pinta dijauhi dari bahaya.
Agak jauh juga kami hadapi rintangan angin kencang ni hingga hampir di pekan Bukit Batu angin semakin slow namun hujan lebat pula jadi pengganti diikuti kilat dan petir .Suami terpaksa berhentikan kereta sekejap kerana tak begitu nampak jalan.Bila hujan agak reda baru teruskan perjalanan ....lega bila dah selamat tiba .Kakak dan abang ipar dah sedia menunggu di beranda .Dalam cuaca sejuk dengan hujan yang masih turun renyai2 abang ipar bawa hidangan ubi rebus dan sedikit ubi goreng bercicah sambal tumis ikan bilis ....sedap sangat ,hilang seketika perasaan truma meredah angin .

Wednesday, 15 April 2015

kesihatan tulang

Assalammulaikum,
2minggu yang lalu aku ke Mydin untuk membeli barang keperluan dapur .Masuk je dah kena tahan dan disuroh untuk membuat ujian kesihatan  tulang .Suami kata cuba lah sebab aku selalu merungut sakit sana sini.Aku ok je tak lama  tak sampai pun  5 minit dah selesai....
Alhamdulilah kualiti dan kekuatan tulang aku masih berisiko rendah walaupun sipi2 untuk menghadapi keretakan akibat osteoporosis.Dinasihatkan untuk minum susu terutama susu Anlene yang mereka sedang promosikan,walaupun aku bukan pengemar susu tapi minumlah juga walau tak hari2...nak juga jaga kesihatan diusia menjelang senja ni.
Bab susu Anlene ni teringat pula pada arwah mak sewaktu hayatnya di sepuluh tahun terakhir susu Anlene ni lah yang dijadikan minuman harian nya selain air sirap.Mak tak minum air manis lain .Walaupun sukar baginya nak menghabiskan 1/2 gelas setiap kali minum tapi mesti ada hari2 selain nak menambah vitamin pada mak yang memang sentiasa tak selera nak makan.
Berbeza dengan arwah MIL hanya boleh minum susu pekat manis .Pernah kami beberapa kali tukarkan dengan susu tepung lain seperti Anlene tapi  jenuh lah seharian kena ulang alik ke tandas....perutnya tak dapat menerima . MIL tak ada masalah kencing manis ,mungkin kerana selain dari susu manis dia hanya minum air masak biasa je.
Apapun kedua2 arwah mak2 aku ni takde pun masalah osteoporosis...harap aku pun tak akan hadapinya kelak .


Monday, 13 April 2015

buku dan buahtangan

Assalammualaikum,
Seperti tahun2 sudah baucar buku yang Fateha dapat di universiti tak banyak digunakan ,selebihnya untuk diberikan untuk adik2 yang tak sabar2 menunggu kepulangan dia cuti sem.Yang seronok sangat Azim lah sebab dapat dia beli buku2 rujukan untuk PT3 .
Olehkerana dia balik hari Jumaat ,tak berkesempatan nak pergi kedai buku ,hanya sempat ke Mydin dan terus menghantar Azim kembali ke asrama .Walaupun tak banyak pilihan buku rujukan tapi boleh lahh ...
Untuk Iman buku2 latihan pun seadanya je yang dapat dibeli.
nak genap kan harga baucar tu aku suroh Iman capai apa je buku ,ini lah yang dapat.
Iqa pulak dek kerana dah kebosanan amat duk rumah berbulan2...konon2nya nak belajar bahasa asing...Ini untuk dia.

Masa balik ni pun Fateha banyak bawa buah tangan untuk adik2 dan aku ,ayahnya juga .Dibelikannya baju2 untuk adik2 ,tudung untuk aku juga yang dibelinya di jalan TAR.Juga ada juga hadiah untuk si ayah....untuk kesihatan katanya tapi ayahnya tak pakai pun ...last2 aku yang guna.....huhuuu teringat masa arwah mak guna benda ni satu ketika dulu yang dibelikan adik ,sekarang giliran aku ....terasa sangat dah semakin tuanya...
Aku pesan jangan membazir untuk kami ....kalau dah berkerja no hal lah ,ini masih belajar .....
Satu ketika dulu sewaktu lepas asasi dia kerja sementara pun duit gaji dia serahkan pada aku untuk digunakan bersama ,hanya diambil 50 rm saja untuk kegunaan sendiri....itulah perangai Fateha .

Friday, 10 April 2015

renungan kita

Assalammualaikum
Moga sahabat2 blogger sentiasa diberi keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.
Sama2 lah kita renungkan petikan ini;

Wednesday, 8 April 2015

anak2 dan kereta

Assalammualaikum
2 hari lepas anak sulongku hantar wasap katanya kereta kena langgar.Aduh,bertapa berdebarnya aku membaca msg nya,namun aku tenangkan diri untuk terus bertanya ...mujorlah hanya kereta saja yang diletakkan dihadapan kolej yang jadi mangsa.Katanya tak tau apa yang langgar hanya kelihatan sedikit remuk walaupun lampu dan no plat tak terjejas....

,Sewaktu aku beritahu ayahnya pun tak berani nak terus bagi tahu kereta kena langgar ...cuma beritau kereta Arif kemek... itupun bila dengar agak cemas walaupun aku agak hati2 memberitau ....begitulah hati ibuayah begitu bimbang.Kalau boleh kami lebih suka mereka gunakan kenderaan awam dibandingkan bawa kenderaan sendiri.Tapi bila dia asyik merungut tentang masaalah kenderaan untuk ke dewan kuliah yang agak jauh terpaksa lah kami akur dengan kehendaknya....,mujor juga ada kereta buatan Malaysia yang mampu milik .Kini dah hampir 2 tahun juga dia gunakan... agak memudahkan juga bagi Fateha kerana mereka di universiti yang sama walaupun kolej kediaman agak berjauhan.Nak balik pun senang nak angkut harta benda diaorang terutama baju2 kotor...
Kami ni pulak kecik besar kecik besar je hati bila anak2 dalam perjalanan jauh..(aku lah yang lebih2 lagi) ...sentiasa berdoa keselamatan mereka ...lega bila sampai tempat dituju.


Monday, 6 April 2015

air kanji

Assalammualaikum...
salam Isnin
Kata seorang pengamal perubatan tradisional minumlah air kanji  sewaktu aku ajukan pertanyaan mengenai tangan yang kadangkala kebas .Katanya 2 atau 3 hari akan hilang kebasnya tapi aku dah amalkan 2 hingga 3 minggu tak ada pun kesannya ....aku telan juga hari2  sebabnya bukan susah pun hanya ceduk air kanji nasi  yang sedang ditanak .Sejuk kan dan kena campurkan sedikitttt saja garam dan gula secukup rasa....baca selawat dah boleh minum .Jika diikutkan tekak memang tak boleh aku nak telan apatah hari2 ...tapi nak juga mencuba.Pada hal ketika aku di zaman budak2 dulu suka sangat air kanji ni ,pantang ada menanak nasi sibuk je menceduk .....kadang boleh jadi keras kebatun nasi yang dimasak, selalu juga lah kena bebel ....dah lah masak guna dapur kayu......ketika itu rasa sedap sangat apatah lagi bila ditambah gula ...hmmm nostalgia sungguh bila dikenang2kan semula.
Tak salah kan mencuba ...

Saturday, 4 April 2015

4/4 yang bermakna

Assalammaualaikum
hari ini 4/4  22tahun yang lalu amat bermakna pada kehidupan kami suami isteri.Bahagia dan bersyukur tak terhingga bila dapat melihat sendiri zuriat yang ditunggu sekian lama.Keluarga dan sahabat handai juga tumpang gembira ,ada yang sudah memberi hadiah sebelum kelahirannya.
3 hari sebelum ulangtahun perkahwinan yang ke 5 diberitahu aku bakal menimang cahayamata ....Alhamdulilah bersyukur sangat2 ,Allah mengabulkan doa ku sehari2 .Kini anak bujang sulongku dah pun 22 tahun ,terasa begitu cepat masa berlalu ....jarak dan waktu semakin jauh ...buat  Muhammad Arif Izuan selamat ulangtahun ,moga panjang umor murah rezeki dan diberi kebahagian dunia akhirat juga tabah menimba pelajaran yang masih berbaki 2 tahun lagi.

Friday, 3 April 2015

rindukah itu...

Assalammualaikum
salam Jumaat
Awal pagi yang kalut bila air tak keluar semua kerja tak dapat nak  buat.Agak lama juga tak pernah hadapi masaalah air....dah tentunya culas untuk simpan air bila perlu.Dek kerana kemalangan lori tangki di sungai johor semalam menjejaskan juga bekalan air di tempat kami
Duk termenung memikirkan nak cari air di mana ,teringat  dan rindu pulak dengan anak2 yg dah lama tak balik.Seminggu2 tertangguh kerana aktiviti2 dan peperiksaan di universiti .Azim juga kini jarang dah balik tak seperti tahun2 lalu...walaupun selalu datang melawat tak sama bila dia balik rumah.Yang 2 tu susah kami nak datang melawat  sebab yang utamanya dah tentunya cuti yang berbeza antara yang sekolah dan bekerja ..

Wednesday, 1 April 2015

wang dan nyawa

Assalammualaikum
bagaimana perasaan anda andai diberi wang sejuta RM...apatah lagi dalam kekalutan GST ni....tentunya ada yang melompat sampai ke langit ...tak payah nak fikir2 kan bagai.Nak berbelanja sakan ,nak melancong ke mana boleh saja...tak payah nak pening2 pasal wang.
Tapi apa lah ertinya wang sejuta andai nyawa anak galang gantinya.Begitulah cerita seorang kenalan rapat ku yang baru ini menerima wang insuran sejuta RM diatas kematian anak lelakinya hampir 2 tahun lalu akibat kemalangan di tempat kerja.Kenalan aku ni cuma ada 3 orang anak .Anak nya yang mninggal ni adalah anak ke2 dan satu2nya anak lelakinya....sewaktu ajalnya umor lebih kurang 22/23thn .Anak ini baru saja berkerja ditempat ayahnya bekerja disebuah kilang di Pasir Gudang....tak disangka disitu ajalnya bila boiler tempat kerjanya meletup dan terbakar.
Pada mulanya si ibu sukar menerima hakikat namun masa berlalu dia sudah redha dengan kehilangan anak tersayang.Allhamdulilah anak ini telah meninggalkan kesenangan utk ibubapa dan adiknya ...setiap bulan ibu dan adik yang masih belajar masih dapat sumber kewangan .Si ayah masih lagi bekerja walaupun boleh pencen seawal 55 thn.Wang sejuta yang diperolehi keluarganya juga telah banyak disedekahkan ke masjid dan juga salurkan kejalan kebaikan untuk bekalan arwah di sana.Moga roh anak ini yang aku kenali sebagai boboy sentiasa dicucuri rahmat....Aminnn