Total Pageviews

Monday, 27 April 2015

cuti sakit.

Assalammualaikum
Dalam kemelut GST yang masih panas ni ,nampaknya bukan saja barang2 yang naik harga tapi bil klinik juga turut naik...itulah yang aku ketara bila membayar bil untuk anak bujang ku menyambung rawatan dan  cutinya .Sebelum ini cuti sakitnya di klinik kesihatan universiti hanya 3hari walaupun keadaan chicken pox dia agak teruk....masa kan boleh pergi kuliah dengan bintik2 yang masih merah menanah....kesian pula pelajar2 mungkin berjangkit.
Jumaat, bawa dia ke klinik di sini ,diberi ubat sapu seperti kapur juga antibiotik ...bila waktu membayar terkejut dengan harga yang agak mahal walaupun aku dah sedia dengan kemungkinan ini bila dah sibuk2 pasal GST ni.Malangnya cuti  dapat diberi hanya 3 hari saja sedangkan dia ada test pada hari Isnin dan Selasa .Cuti hanya sampai hingga Ahad.Perlu datang semula pada Isnin jika nak menyambung cuti .Datang semula?bermakna kami perlu membayar lagi ....
Kononnya nak cari jalan alternatif untuk menyambung cuti lebih kami ke hospital kerajaan pula.Sebab hari Jumaat cuti umum kenalah pergi ke bahagian kecemasan .Olehkerana dah lewat petang ,tak lah ramai orang tapi kena juga menunggu sejam juga..Bila dah keluar dari bilek rawatan ,katanya cuti diberi juga sama 3 hari juga ...susah juga keadaan ini sedangkan dia belum sehat lagi ....benarkah prosedur sekarang tak boleh beri cuti lebih dari 3 hari?....mungkin ada yang salah gunakan cuti2 sebelum ini tapi anak ini sakit dan pelajaran juga perlu bila dia tak dapat ambil ujian minggu ini perlu sangat surat cuti sakit .....aku berharap cuti sakit yang bakal disambung hari ini akan dipermudahkan.

10 comments:

  1. asalamualaikum kak...selamat pagi...

    mudahan dpermudahkan urusan dan abang cepat sembuh dan dapat mnduduki exam ..amin

    ReplyDelete
  2. Salam kak... bayaran kat klinik pun dah meningkat kan..adui! makin terbeban nampaknya.. tentang cuti 3 hari tu sy pun tak pasti sgt.. tapi selalu yg klinik kerajaan memang dah susah nak bagi MC @ cuti lama sikit... klu private tu selalunya boleh lagi bertimbang rasa... moga anak teruna kak cepat sembuh ya kak...

    ReplyDelete
  3. saya tunggu kesan perlaksanaan GST ni pada keputusan PRK Rompin dan P.Pauh...

    ReplyDelete
  4. Nampak gaya memang kena pergi lagi utk sambung MC sebab nak postpone ezam dia tu. Kalau tak kesian dia jadi masalah pulak. Bab bayaran memang betul sekarang mana-mana pun sama dah naik. Tak boleh nak elak dah. Pihak klinik pun sebenarnya serba-salah - kesian tau doktor yg buka klinik sendiri. Kawan kakak tu dia mengeluh...

    ReplyDelete
  5. Kesian pada abg sakit tak baik lagi exam pulak round the corner. Sebagai ibu memang risau tengok anak macam tu. Semoga temujanji nanti dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. Memang macam tu skrg ni kak saniah, klinik swasta beri 3 hari jer MC, kalau nak sambung lagi kena dtg klinik balik, doktor tu kata dah prosedur baru..
    Kena sambung MC tu kak saniah.. kesian anak akak tu, dalam sakit nak jawab exam, susahlah nak fokus tu. Semoga anak akak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. mungkin ramai pesakit seblom ni yg mengambil kesempatan bercuti lebih kak dan kesannya bila yg betol2 sakit dan memerlukan cuti yg menerima akibat...gst benar2 buat saya meluat setiap kali nak pembayo ....

    ReplyDelete
  8. Tengok klinik kot SI..... ke mmg procedure perubatan dah cenggitu. Biasanya kalau dah chicken pox tu mmg kita tau dah tak boleh baik dlm masa 3 hari kan....

    Tp kalau swasta biasanya mmg gitu, tak boleh bagi MC banyak.
    Apa pun moga anak SI cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Saniah..T/Kasih akak rajin singgah blog atie.
    Semoga anak llaki akak cepat sembuh utk menjalani examnya...& semoga cemerlang.Aamiin

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak,
    Semoga anak lelaki kakak segera sembuh dan kakak dipermudahkan semua urusan. Aminn.
    Sabar kak, nak buat macamana bayar jelah caj + GST...tak dapat nak elak, hurmm...

    ReplyDelete