Total Pageviews

Monday, 6 April 2015

air kanji

Assalammualaikum...
salam Isnin
Kata seorang pengamal perubatan tradisional minumlah air kanji  sewaktu aku ajukan pertanyaan mengenai tangan yang kadangkala kebas .Katanya 2 atau 3 hari akan hilang kebasnya tapi aku dah amalkan 2 hingga 3 minggu tak ada pun kesannya ....aku telan juga hari2  sebabnya bukan susah pun hanya ceduk air kanji nasi  yang sedang ditanak .Sejuk kan dan kena campurkan sedikitttt saja garam dan gula secukup rasa....baca selawat dah boleh minum .Jika diikutkan tekak memang tak boleh aku nak telan apatah hari2 ...tapi nak juga mencuba.Pada hal ketika aku di zaman budak2 dulu suka sangat air kanji ni ,pantang ada menanak nasi sibuk je menceduk .....kadang boleh jadi keras kebatun nasi yang dimasak, selalu juga lah kena bebel ....dah lah masak guna dapur kayu......ketika itu rasa sedap sangat apatah lagi bila ditambah gula ...hmmm nostalgia sungguh bila dikenang2kan semula.
Tak salah kan mencuba ...

9 comments:

  1. assalamualaikum,,
    dulu mak selalu ambil air kanji masa menanak nasi,, untuk apa mak meminumnya pun saya langsung tak tanya,, baru tau kanji tu untuk hilangkan kebas hihi,, saya ingatkan mak saya nak diet tak nak makan nasi, hanya minum air kanji saja hihi,,

    ReplyDelete
  2. Hihi... kakak ingatkan kakak adik-beradik aje yg tahu air kanji nasi ni. Kami dulu masa kecik pun sama. Kadang Allahyarhamah mak sengaja letak lebih ari sebab kami kan ramai - masa tu sorang secawan sedapnyaaa... kelakar pulak bila ingat. Betullah kami pun letak garam sikiiiit aje dan gula. Masa tu sedaplah haha...

    Tapi utk hilangkan kebas kakak tak tahulah pulak.. tak salah cubalah SI.

    ReplyDelete
  3. air kanji dulu dengan zaman sekarang dah lain rasanya ....

    ReplyDelete
  4. betul tu.. air kanji dulu dengan sekarang rasa berbeza, dulu takyah letak apa2 pun sedap ada rasa manis, lemak dan masin.. balance..

    ReplyDelete
  5. air kanji baru saya tahu nama dan petua ni..

    ReplyDelete
  6. Dengan izin Allah dan yakin in shaa Allah ada kesannya. Cuma saniah kena bersabar.

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah minum air kanji,tapi lepas ni saya nak try minum..bukan sebab tangan kebas tapi sebab terkecur ailio dengar keenakkan air kanji nasi ni...kikiki...insha Allah kak saniah esok2 baik la kebas tangan akak tu

    ReplyDelete
  8. akak pun tak tau air kanji ni, lepas ni boleh lah bila masak nasi letak lebih air supaya senang ambik air kanji tu

    ReplyDelete
  9. Laaaa SI suka kidnap air kanji mak ke? Tak tau pulak air kanji ni sedap...
    Dan tak tau pulak terkandung petua disebaliknya. Tak pe SI jangan mudah mengalah cuba dan cuba lagi...Mungkin esok baru hilang kebasnya sapa tau!

    ReplyDelete