Total Pageviews

Monday, 20 April 2015

meredah angin

Assalammualaikum
Cuti sem Fateha masih berbaki sehari 2 lagi...dikesempatan itu bawa dia ,Iqa dan Iman balik sekejap ke kampung kakak ,memandangkan kampung datuk nenek mereka dah tiada  pada kakak dan abang lah tempat kami tuju.Keluar rumah setelah Iman dan ayahnya pulang dari solat Jumaat,hari masih lagi panas terik .Kain baju yang dicuci pun dah kering,sempatlah angkat kain diampaian  sebelum bertolak .
Tiba di traffic light Kulai kelihatan cuaca dikejauhan mula diselaputi mendung hitam dan kilat memancar jauh.Namun kami tak gusar sebab kami ke arah yang bertentangan .Tak jauh dari Tesco angin mula bertiup kenyang walaupun tanpa hujan ,ranting2 dari pokok2 dikiri kanan jalan banyak yang jatuh ke atas jalan.Aku cadangkan pada suami kita ikut highway tapi suami kata takpelah mungkin kat depan sana takde lagi angin seperti itu.Kami teruskan perjalanan dengan kenderaan yang bergerak perlahan namun angin masih lagi bertiup kencang adajuga dahan2 besar yang jatuh .Kecut perut aku dan anak2 bila dapat mendengar ranting2 yang jatuh atas kereta ...bimbang dahan2 besar menimpa kereta kami...suami sedaya upaya mengelakkannya.Bila masa2 begini lah agak menakutkan lalu di bawah pokok2 yang merimbun di kiri kanan jalan .Sepatutnya pihak berwajib kena ambil perhatian bab2 begini...merbahaya pada pemandu dan penumpang bila dahan2 patah dan jatuh di atas jalan.Aku dan anak2 tak pernah rasai pengalaman seperti ini....memang takut sangat.Mulut aku dan anak2 tak lengkang membaca ayat2 suci pinta dijauhi dari bahaya.
Agak jauh juga kami hadapi rintangan angin kencang ni hingga hampir di pekan Bukit Batu angin semakin slow namun hujan lebat pula jadi pengganti diikuti kilat dan petir .Suami terpaksa berhentikan kereta sekejap kerana tak begitu nampak jalan.Bila hujan agak reda baru teruskan perjalanan ....lega bila dah selamat tiba .Kakak dan abang ipar dah sedia menunggu di beranda .Dalam cuaca sejuk dengan hujan yang masih turun renyai2 abang ipar bawa hidangan ubi rebus dan sedikit ubi goreng bercicah sambal tumis ikan bilis ....sedap sangat ,hilang seketika perasaan truma meredah angin .

9 comments:

  1. ohh.. kami biasa lalu jalan ni kalau nak ke ayer baloi.. hehehe.. lalu bukit batu jugak..

    ReplyDelete
  2. Salam kak.. isk..memang menakutkan juga bila memandu dlam keadaan angin mcm tu kan.. syukur lah takde apa2... wah! ubi rebus, ubi goreng bercicah sambal tumis ikan bilis tu yg tak menahan kak... sedappp..:)

    ReplyDelete
  3. hari sabtu acik dari uthm tu nak ke bp..tiba2 angin pising tu saniah..nasib juga tingkap kereta buka semua..berdesing telinga di langgar angin pusing tu

    ReplyDelete
  4. Memang ngeri kalau dlm perjalanan hujan disertai angin. Kalau setakat angin tak ada benda jatuh macam ranting tu tak apa. Kakak tahu jalan mana yg SI maksudkan itu. Memang pokok-pokok kat situ dah besar-besar. Rasanya lagi tua dari kita kot. Sebab dari dulu lagi dah ada kan...

    ReplyDelete
  5. angin kencang seakan ribut memang mnakutkan...kelmarin habis bumbung rumah yan dipukul angin:-((

    ReplyDelete
  6. takutnye kak tapi nasib akak bergerak waktu siang sekurang2nye suasana masih terang kalau mlm lagi seram kot...alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete
  7. Memang menakutkan kalau tgh2 memandu melalui jalan2 begini dengan di sertai angin ribut, hujan lebat, kilat dan petir.

    Time2 hujan mmg ngamlah pekena ubi rebus cicah sambal tumis tu...

    ReplyDelete
  8. Kalau sebut angin, petir,kilat dan hujan lebat memang menakutkan kak zai.

    Ubi rebus cicah sambal tumis kesedapannya mengalahkan semua fast food.

    ReplyDelete
  9. Yelah SI....sekarang ni tgh musim hujan berangin ek.....mmg seramlah kalau driving, lagi kalau sesorang. Begitulah adanya, kan SI...kakak pengganti ibu ayah yg telah pergi huhu....

    Sedapnya ubi rebus, makan pulak time hujan sejuk sejuk. Kalau ada kopi panas lagi best....lama tak makan....

    ReplyDelete