Total Pageviews

Wednesday, 8 April 2015

anak2 dan kereta

Assalammualaikum
2 hari lepas anak sulongku hantar wasap katanya kereta kena langgar.Aduh,bertapa berdebarnya aku membaca msg nya,namun aku tenangkan diri untuk terus bertanya ...mujorlah hanya kereta saja yang diletakkan dihadapan kolej yang jadi mangsa.Katanya tak tau apa yang langgar hanya kelihatan sedikit remuk walaupun lampu dan no plat tak terjejas....

,Sewaktu aku beritahu ayahnya pun tak berani nak terus bagi tahu kereta kena langgar ...cuma beritau kereta Arif kemek... itupun bila dengar agak cemas walaupun aku agak hati2 memberitau ....begitulah hati ibuayah begitu bimbang.Kalau boleh kami lebih suka mereka gunakan kenderaan awam dibandingkan bawa kenderaan sendiri.Tapi bila dia asyik merungut tentang masaalah kenderaan untuk ke dewan kuliah yang agak jauh terpaksa lah kami akur dengan kehendaknya....,mujor juga ada kereta buatan Malaysia yang mampu milik .Kini dah hampir 2 tahun juga dia gunakan... agak memudahkan juga bagi Fateha kerana mereka di universiti yang sama walaupun kolej kediaman agak berjauhan.Nak balik pun senang nak angkut harta benda diaorang terutama baju2 kotor...
Kami ni pulak kecik besar kecik besar je hati bila anak2 dalam perjalanan jauh..(aku lah yang lebih2 lagi) ...sentiasa berdoa keselamatan mereka ...lega bila sampai tempat dituju.


8 comments:

  1. sama lah ngan acik saniah..acik kata ngan hero bongsu..bas u kan banyak..kena cepat..dapat la naik bas..risau ya amat nak bagi bawak kenderaan

    ReplyDelete
  2. Btol kak saya dan suami pon dah rancang kak long nnti lepas spm nak suh amik lesen kete nnti senang kalau dia belajar kat U

    ReplyDelete
  3. Salam kak... hati ibu kan.. macam2 di fikiran bila berjauhan... paling tak pun "makan apelah anak aku hari ini" hihihi... semoga anak2 kita dilindungi dan di rahmati oleh-Nya...aminnnù

    ReplyDelete
  4. Nasib baik kemek kereta tak jejaskan yg lain. Bonetnya pun masih boleh buka/tutup. Tapi kita ni kan ibu memang hati tak senang bila ada berita-berita macam ini. Mula fikir yg tidak-tidak.

    Moga anak-anak semuanya dlm peliharaan Allah.

    ReplyDelete
  5. Gitulah jadi mak ayah kan SI....kalau boleh nak kita yg jadi driver. Tp tulah....sampai bila. Mereka kena belajar jugak, tak boleh nak harap kita.

    Walaupun kereta buatan Malaysia mampu milik , mahal jugak bayaran bulanan dia tu SI....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Bersabar atas musibah yang berlaku, mudah-mudahan Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan mempermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tidak ada sebarang kecederaan. Sayang juga walaupun sikit.

    ReplyDelete