Total Pageviews

Friday, 15 February 2013

KISAH SEDIH HIDUPKU ..

Kisah yang ingin aku ceritakan ini berlaku pada tahun 2005 yang mana anak saudaraku , Nur Huda binti Adam telah meninggalkan kami semua pada pagi Jumaat ,18 Februari bersama bayi yang dikandungkannya berusia 4 bulan..Bermula kisahnya padi 25/7/2004 dia telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada usia 21 tahun..Oleh kerana dia ialah anak pertama serta cucu pertama,majlis perkahwinan dia telah dilangsungkan dengan meriah sekali..Selapas perkahwinan mereka,aku sudah tidak ambil kisah lagi,,kerana aku pasti mereka menjalani kehidupan yg bahagia sekali..Pada hari raya aidilfitri,,aku bertemu dengan Huda sewaktu dia balik ke rumah emaknya..tapi dia tidak seceria selalu kerana masalah dengan suami..Masa berlalu, sehingga Hari Raya Haji baru kami bertemu semula..Kali ini,,dia sangat gembira sekali menyampaikan berita yang dia sudah mengandung..Seronok sekali dia berbual dengan aku...Aku juga tumpang gembira kerana bakal mendapat cucu saudara yang paling rapat..

Tapi,sesuatu yang tidak diduga bagai merentap kebahagiaan kami..Suatu hari,,pada 4 Februari 2005,,aku membawa Fatiha ke klinik kerana penyakit lelahnya..Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah,,aku menerima panggilan telefon dari kakak ku..Dia kata Huda sakit..aku fikir dia keguguran tapi rupanya tidak..Kakak ku tidak menceritakan apa2,,sebaliknya dia hanya memberitahu ,Huda terpaksa ditahan ke wad.Aku pun x lah kesah sangat,,tapi bila malam aku dapat panggilan telefon yang mengatakan Huda sudah meninggal dunia..Aku betul2 terkejut dan hampir pengsan apabila menerima khabar berita itu..Lama juga aku baru dapat bertenang dan memberitahu kepada saudara- mara yang lain..

Menjelang tengah malam,,adik ku Maria menelefonku menyatakan sebenarnya Huda belum meninggal..Namun,,tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke HSA , Johor Bahru dan ditempatkan di wad ICU..Selama dia di ICU,,aku melawatnya sebanyak 4 kali begitu juga saudara mara,rakan taulan silih beganti mengunjunginya,,namun,keadaanya masih tiada perubahan positif..Sehingga kan,,lehernya terpaksa ditebuk untuk memudahkan doktor memasukkan tiub bagi menyalurkan makanan kepada dia memandangkan dia masih tidak sedarkan diri..Seminggu kemudian baru dia boleh sedar walaupun tidak mampu untuk bersuara...Hari Ahad terakhir aku melawatnya,,dia mengenali aku..Hati aku berbunga harapan dia akan sembuh semula...Setiap hari,,aku menghubungi suaminya bagi mengetahui perkembangan Huda..

Kerana kesibukkan anak2 ke sekolah,aku tidak dapat ke hospital beberapa hari..Sehingga kakak ku menelefon dan menyatakan keadaan Huda kritikal dan mula tidak sedar kembali..Pada 18/2/2005..Zila adik Huda ,,memaklumkan Huda telah menghembuskan nafas terakhir..Kali ini aku sudah boleh bertenang..Hancur luluh hatiku walaupun bukan anakku sendiri..Petang itu juga jenazahnya dikebumikan diiringi kesedihan sanak saudara dan rakan taulan apatah lagi keluarga mertuanya yang terlalu menyayanginya,,Namun ku lihat suaminya begitu tenang tetapi bapa mertuanya agak emosional..Malam itu,,kami sekeluarga tidur di rumah kakak ku walaupun tidak selesa tetapi atas dasar simpati kami tunggu juga dan dapat berbual sapa dengan keluarga mertuanya..Aku rasa terkilan kerana hanya mengenali mereka hanya selepas Huda tiada ..Sejak peristiwa itu,,aku selalu menangis sendiri bila mengenangkan bila bersama arwah dan di saat hari perkahwinannya...Walaupun adakalanya terasa kecil hati dengan sikapnya,,namun ,,aku ampunkan semuanya..

Huda,,Mak Ngah sayang kamu ....
Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepadamu..
AL-FATIHAH..


PASRAH ( buat Huda)

Kebahagiaan yang dikecapi
sekelumit cuma
zuriat yang dinantikan
hanya impian
kau pergi juga meninggalkan 
kami yang termanggu-manggu
apakah ini mimpi atau realiti
baru sebentar mendirikan 
mahligai
bergelar isteri dan menantu mithali
memberikan anganan kepada kami
menanti permata dari rahimmu

Bagai taufan berita diterima
kau sudah tak upaya lagi
rakan taulan bertemu bukan lagi
raja sehari
tapi saat kamu menunggu waktu akhirmu
air mata tiada harga lagi
tatkala ku tatap wajah sucimu
apakah kamu mampu mengenaliku?

Setenang wajah suami
berbunga harapan isteri 
sembuh kembali
bulan madu masih dinikmati
kini hanya ALLAH maha mengetahui
kau pergi menghadap illahi
bukan seorang
tapi bersama bayi..


                                                    di saat penikahannya 24/7/2004
                                                             bersama arwah neneknya

Sunday, 10 February 2013

TUJU TUJU

Hari ini tahun baru cina,budak2 ni cuti seminggu,dah duduk ramai2 macam2 cerita yang ditimbulkan...apatah lagi cerita2 kat asrama.Sendiri yang memulakn cerita sendiri yang takut.Atika kata ustaz nya ada juga cerita pasal TUJU2.Sebenarnya semenjak aku kanak2 lagi aku dah dengar pasal tuju2 ni,cuma aku tak pasti benarkah ia sihir yang ditujukan pada seseorang.Tapi menurut orangtua aku begitulah....Wallahualam..Bila Tiqa cerita pasal tuju2 ni teringat aku pada satu ketika dulu ,waktu zaman aku masih bersekolah, waktu itu kat rumah kami belum ada TV,jadi kalau hendak menonton rancangan2 menarik kami sekeluarga pergilah ke rumah jiran .Jiran yang selalu kami pergi tu rumahnya agak dalam 500meter je dari rumah kami.,,,apath lagi kalau ada tayangan gambar melayu memang kami tak pernah miss punya. Pada satu malam yang gelap gelita dengan ditemankan cahaya lampu picit yang kelam kami menuju lah ke rumah jiran seperti biasa.Tiba2 aku terpandang cahaya yang terang seperti bebola api di atas langit mlayang begitu laju sekali menuju ke satu arah yang tidak diketahui.Aku pun menjerit ,dengan pantas juga arwah bapa cakap TUJU2 dengan kuat.Tiba2 bebola api meletup dan hilang terus dari pandangan.Lepas tu barulah mak dengan bapa terangkan kepada kami itulah tuju2.Tapi kalau nak cerita pada anak2 skg ni mesti tk percaya punya...ialah kalau mereka belajar sains tentu mereka kata itu tahi bintang.Entahlah aku pun x pasti mana yang benar tpi pengalaman sewaktu melihatnya memang aku tak boleh lupakan walau dah berpuloh tahun berlalu.

Saturday, 2 February 2013

CENDOL KAK ESAH

gambar sekadar hiasan
ASSALAMUALAIKUM.....Cuaca tengahari ni panas sungguh ,dah agak lama juga hujan tak turun setelah akhirnya musim banjir  kat negeri Johor ni.Aku mengambil kesempatan ini untuk mencuci segala langsir ,sarung kusyen,cadar dan mcm2 lagi yang tak dapat dicuci masa musim hujan hari itu.Dengan keadaan yang panas terik ni sekejap aje pakaian yang dijemur cepat kering.Dalam cuaca macam ni sedapnya kalau dapat menikmati ABC ke cendol.Bila ingat cendol pula terkenang kan cendol kak Esah kat kampong....Sejak aku kecil lagi gerai cendol  ni memang dah ada.Yang aku tahu gerainya memang turun menurun,dari zaman bapa diorang.Yang berbezanya adalah tempatnya je yang berubah2,tapi rasa cendol  sama,mungkin harga tu dah naik mengikut perkembangan semasa.Kalau dulu mungkin dapatlah semangkuk 50sen tapi sekarang aku rasa takkn dapat lagi.Lagipun aku dah lama sngat tak minum cendol kak Esah ni kerana dah lama tak  balik kg,apatah lagi mak dgn bapa takade lagi.Dulu kalau balik sekolah atau pergi pasar lambak ari Jumaat nak hilangkan dahaga singgah lah  kami ke gerai cendol kak Esah.Rasanya buat masa ni minum teh ais je................

Friday, 1 February 2013

SUKA DUKA AKHIR 2012

hari2 terakhir arwah bapa bersama mak pada aidilfitri 2008
ASSALAMMUALAIKUM.......ketika aku menulis blog ini aku keseorangan di rumah.Iman ke sekolah agama ,begini lah keadaan aku seharian sejak emak meninggal dunia pada 31hb Dec yg lalu.Atiqah dah brsekolah kat JB setelah mendapat 8A dalam PMR, Azim pula walaupun dpt 5A dlam UPSR dia bersekolah biasa je tetapi kami biarkan dia tinggal di asrama untuk dia belajar berdikari dan belajar dengan jadual yang sistematik.Sewaktu mak menghembuskan nafas terakhir aku tak ada bersama kerana menguruskan pendaftaran Iman ke tahun satu.Mak meninggal kan kami begitu mengejut ,disaat kami meraikan kejayaan  anak2 dlm peperiksaan . Kami memang sedih sangat tapi hidup mesti diteruskan .Kenangan dengan emak sentiasa dlm ingatan.....AL-FATIHAH