Total Pageviews

Thursday 28 December 2017

Akhir December

Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai urusan beli buku Iman di sekolah keb dan sekolah agama.
Tinggal sorang yang bersekolah ,takde lah pening  dari segi masa atau kewangan. 2018 ni tahun terakhir anak bersekolah rendah.Yang tinggal nanti hanya kenangan2 aje.
Masa2 begini lah terimbau kembali waktu2 anak memulakan alam persekolahan dulu.5 anak berbagai ragam dan pengalaman dirasa.Aku akui awal2 anak masuk alam sekolah memang rasa tekanan dengan kerenah dorang terutama masa  tadika.Tiap hari ada je drama airmata.Bila dah naik tahun 1 mereka dah boleh berdikari tapi ada kalanya kena pau juga dengan kawan sebaya.Contoh nya Fateha kawan siap ambil duit dalam poket baju...bukan sekali malah hari2.'..dia tak melawan dan tak pandai nak mengadu.Bila aku siasat baru nak cerita .Aku takde lah ambil tindakan ,sekadar tegur je ...Lagipun tak banyak sebab Fateha tak pandai beli makanan di kantin sehingga tahun 3.Aku bekalkan duit sekadar ada2 je mana lah tau diperlukan.
Anak sulong dan Iqa pulak  masalah nya bila balik sekolah baju sekolah putih dah rupa macam orang balik berkebun ,hari2 kotor sangat ....stress dibuatnya....kita pakaikan cantek2 pi sekolah dengan pakaian putih bersih ,bila balik  dah rupa belacan...hahaa .
Yang lain ok je bila dah naik tahun 1,Makpak dorang je yang risau lebih.
Cerita bab persiapan persekolahan dan pembelian buku  ..masa beli buku Iman ramai lah yang kenal ,seperti biasalah aku suka berbual dengan mereka.Ramailah yang mengeluh bila dah anak ramai yang bersekolah dah di hujung2 tahun ni  kekangan kewangan dah tentu jadi masalah.Semoga dipermudahkan urusan mereka...Insyaallah rezeki anak2 tu ada.Aku dah lalui semua pahit getir nak sekolah kan anak. Masa tu terpaksa merajinkan diri untuk menjimatkan pembelanjaan pakaian sekolah mereka aku jahit sendiri ,seperti baju kurung ,baju melayu hingga ke samping.Walaupun ketika itu kalau ikutkan memang tak terlarat dengan nak menjga anak kecil dan MIL yang uzur....
Itu dulu lah....beberapa tahun ni memang membeli je lah jawapnya.
Satu lagi bila dah akhir2 tahun ni aku sedih sangat bila teringat peristiwa 5thn lalu.
31hb December 2012 Iman yang nak naik tahun 1 2013 kena jalani ujian untuk menentukan kelas.Seperti biasa urusan anak2 sekolah ni aku yang buat.Masa tu  emak yang memang tinggal dengan kami baru beberapa hari balik dari rumah adek.2 hari terakhir tu dia kurang sehat ,pedih ulu hati (gastrik) sakit yang dah biasa sebelum tu.Pagi tu aku bersiap untuk membawa Iman ke sekolah sementara suami dan Iqa nak bawa mak ke klinik....Mak memang takut bab2 hospital ni ,tu yg bawa ke klinik dulu.Sebelum tu aku dah masakkan bubur utk mak .
Walaupun untuk ambil ujian dan orentasi di sekolah ,Iman dah kena pakai uniform sekolah.Rupanya itulah yang pertama dan terakhir neneknya dapat lihat.
Sesungguhnya ajal maut hanya Allah yang mengetahui....siapa sangka waktu aku dan Iman nak ke sekolah ,mak masih duduk berbual dan sempat juga aku melumurkan minyak angin di tpt sakitnya.seperti selalu.Siapa sangka mak dah tiada lebih kurang 2 jam selepas itu dalam perjalanan suami dan Iqa membawanya ke klinik...Subhanallah.
Hanya Allah yang mengetahui perasaan aku tika menjelang 31 December setiap tahun selama 5 thn ni.Kini Iman pun dah nak melangkah ke tahun 6.Ingatan peristiwa itu tetap kekal dalam ingatan.
Alfatihah utk mak....semoga arwah mak sentiasa dicucuri rahmat....Aminnn.
Oklah ,banyak pulak merapu pepagi ni,Insyaallah kita jumpa kembali tahun hadapan...




Tuesday 26 December 2017

Rezeki makanan.

Assalamualaikum
Cuti hujung minggu ditambah cuti krismis,adalah semua di rumah ....kecuali Iqa yang tak balik walaupun cuti study week.Sedar diri sendiri tak kan study kalau dah kat rumah.
Makanan di dapur juga meriah sentiasa,walaupun masak2 juga untuk dorang namun rezeki tetap ada.
Durian ni jiran yang beri.
..besar2 buah nya.Rasanya pun sedap dan manis.Iman kata durian kampung  ni sebab jiran ambil dari kampung nya.Apa2 je lah Iman...mak pun tak tahu jenis2 durian ni.Seperti biasa kat rumah ni bukan peminat tegar durian.Makan seulas dua,selebihnya tersadai dalam peti ais.
Dah ada rakyat jelata ni teringin pulak tekak aku nak makan serawa durian dengan roti jala.Buatlah dalam 10 ulas.Alhamdulillah laris ....
Snap roti jala yang tinggal baki,dah terkirai2 ,masing2 seronok makan bercicah citarasa masing2.
Selain dari tu ada juga kari daging yang dibawa dari rumah abang ipar yang buat kenduri tahlil malam tu.Iman lebih suka makan roti jala bercicah kari  .Walaupun buat roti jala ,nasi kena masak juga sebab si ayah itulah yang  dicarinya juga.Lagipun masih ada ikan keli masak pecal dari rumah abang ipar,sup ayam dan tumis sawi + shitake juga  ikan goreng yang aku masak.Dah tengahari jiran yang juga pemilik kedai  makan menghantar lauk ni.
 Asam rebus sayur keladi....takde siapa yang  menyentuhnya kecuali aku
Ikan masak  sos juga masih berbaki hingga keesokan nya.
Apa pun rezeki kan....Alhamdulillah .

Wednesday 20 December 2017

Rambutan ,durian.

Assalamualaikum
Malam semalam anak jiran menghantar satu plastik yang penuh dengan buah rambutan.Kami bersyukur mendapat jiran2 yang baik dan suka memberi.Orang memberi kita merasa kan..
Tapi masalahnya rakyat jelata kat rumah ni banyak sangat memilih bab makanan terutama Iman dan ayah nya.Apatah lagi bab makanan, kalau hanya kami bertiga,memang jenuh lah aku nak perabiskan....kesian kan org dah memberi ...
Berbalik tentang rambutan tadi,bila bawa masuk rumah je....memang dah tau ,budak2 kalau makan pun sekadar sebiji dua.Kelak terbiar gitu je sehingga kulit bertukar hitam.Aku bagitahu suami bawalah ke tempat kerja...budak Indon yang kerja dengan suami tu pasti suka.Suami hanya tinggal kan sikit je untuk kat rumah ,itupun hanya aku je yang makan.
Sebenarnya rambutan belakang rumah kami juga sudah mula nampak kemerahan merah an....tak lama lagi masak lah tu.Rambutan gula batu....sedap.Aku dan suami tanam dari biji benih dari pokok rambutan yang ditebang depan rumah dulu.Iman dah excited tunggu buah tu betul2 merah...tapi tu lah sekadar teruja ,makan nya taklah sangat.
Kalau lah adek2 blogger rumah dekat2 ,boleh je hantar kan buah2 rambutan ni ke pintu rumah.
Mungkin juga budak2 ni dah besar sementara kami makayah dorang kena jaga kesihatan ,kalau buah2an ni taklah berminat sangat.Masa pergi Melaka rumah abang dorang tempohari,si abang keluarkan lah durian yang telah difrozenkan dari peti ais....pemberian kawan nya dari Perak, nak dikongsi merasa dengan makayah dan adek2.Ermm...budak2 ni sekadar makan seulas je.Udah nya aku yang tak minat durian ni makan juga lah 2 ulas...rugi oi durian musang king tu.
Durian sebatang belakang rumah ni pun dah mengeluarkan bunga.Kalau ada rezeki dalam 3/ 4 bulan ni ada lah hasil.Walaupun kami tak minat durian ,boleh juga di kongsi dengan jiran2 dan sedara.Selebihnya boleh buat tempoyak...febret Azim,tempoyak goreng.😆

Tuesday 19 December 2017

Bawang putih oh bawang putih

Assalamualaikum
Beberapa hari ni dalam 12 jam waktu siang hanya aku  dengan Iman je di rumah....ada lah juga teman bergaduh😆.Azim dah kerja ...ikut Fateha...kerja part time.Hampir sebulan abis SPM ,dah bosan tahap gaban dia di rumah.Dah kerja ni tahu lah dia susah senang mencari rezeki.
Beberapa hari ni juga ada kerja untuk Iman."asyik kupas bawang putih je " Pakcik bawang ni membebel sambil menonton tv.....sedar tak sedar sebekas juga dia kerjakan walaupun tanpa gunakan pisau.
Sebenarnya dek kerana murah banyak aku beli bawang putih di Mydin.Harganya baru RM 3.99 sekilo.Seperti biasa kalau beli bawang putih pasti buang kulit dulu dan simpan di peti ais.Senang nak masak ,capai je.Lagipun suami kalau masak memang banyak guna bawang putih.Bawang putih kan banyak khasiat.
Dah banyak bawang putih tu teringat pulak masa makan meehoon goreng kat rumah kawan anak di Penang dulu makan dengan minyak bawang putih....sedap pulak makan walaupun baru pertama kali .Masa tu ada juga dibekalkan satu bekas bawak balik Johor.
Semalam dengan tekun nya aku mencincang bawang putih untuk dijadikan minyak.Inilah hasilnya walaupun nampak rentung dan kasar
...ermm tak kisah lah sendiri yang nak  makan.Minyak nya juga boleh digunakan untuk goreng sayur .Aroma bawang putih tu yang sedap.Sementara bawang yang digoreng tu rangup bila makan dengan meehoon atau apa je.


Wednesday 13 December 2017

Mango float,asam pedas claypot.

Assalamualaikum
Masa pergi rumah anak sulong di Melaka Sabtu lepas dah berangan nak masak2 untuk makan anak beranak ,sesekali berkumpul ni.Tapi biasalah rumah orang bujang yang baru belajar hidup ....tak reti dah mak nak masak bila keperluan asas seperti asam garam  pun takde stok.
Petang dia bawa kami ambil angin ke Pantai Klebang ....otw dia berhenti ,aku fikir dia nak beli coconut shake yang viral tu rupanya dia beli Mango float Royale 4 bekas
.Rasa nya sedap...manis ditambah dengan rasa aiskrim dan terasa puri mangga .Aku minum sikit je,walaupun memang sedap tapi aku tak suka minuman manis.Udahnya 3 bekas je yang dia orang boleh abiskan.
Setelah puas bersantai dan menikmati angin segar di Pantai Klebang ,kami meronda ke tempat lain pula....maklumlah kalau di Melaka memang tak cukup masa nak pergi semua tempat.Aku cakap dengan anak, "boleh lah kita pergi ke Pasaraya untuk beli barang basah,boleh mak masak nanti"
Anak diam je sambil terus memandu dan berhenti di satu tempat."alamak ada pasar lambak pula"...kata dia."nak kemana ni "aku tanya "kita pergi makan "kata dia.Ermm...ok lah,tapi agak jauh tempat pakir kereta disebabkan ada pasar lambak tadi.Aku sebut pasar lambak sebab pasar tu akan ditutup menjelang senja.
Sesuai sangat tempat makan yang dituju sebab si ayah hanya cari nasi jika makan di mana pun.
Restoran Asam Pedas Claypot...dah tentu menu utama asam pedas.
Gambar agak kabur ,sampai pun dah menjelang senja ,ditambah cuaca yang suram.
 Setiap pinggan nasi pakej telor asin,kubis tumis dan sambal belacan...kecuali pinggan Iman hanya nasi kosong.
 Asam pedas ikan pari dan ikan jenahak
 Asam pedas tetel.....permintaan aku tapi rasanya seperti daging biasa ,tak nampak pun struktur seperti daging tetel.
Asam pedas ikan tenggiri.
        Asam pedas nya semua sedap.Suami yang tak suka makan pedas ni pun kata sedap.Tapi Iman hanya makan berlauk telur asin je ...asam pedas tu semua tak menarik minatnyapun.Lagipun katanya dah kenyang makan cemil2an masa kat pantai tu.
Sebenarnya Asam Pedas Claypot ni ada juga di JB tapi rezeki kami agaknya makan di Melaka.



Monday 11 December 2017

Situasi cemas

Assalamualaikum
Azim baru je abis SPM.Sejak abang dia bekerja di Melaka tak pernah lagi kami bawa dia ke sana.Ambil kesempatan cuti sekolah boleh jalan2 sekali, jadi Sabtu tu kami pergilah.Fateha pun minta cuti haritu.Seperti biasa sejak dah ada lesen memandu dia je yang bawa,ayah nya duduk sebelah untuk memantau.Begitulah hari2 waktu pergi balik kerja.Ayah nya belum berani nak lepaskan dia sendiri an memandu kerana sayangkan lesen nya yang masih P. Sanggup berkorban lewat ke tempat kerja hari2 demi anak.
Masa jalan2 makan2 di Melaka 2 hari tu naik kereta abangnya je walaupun bersempit2 sikit.
Semalam lepas  jalan2 di sekitar Bandar Hilir,kami bertolak balik dari rumah abang nya lepas asar .Di highway agak perlahan sebab kenderaan banyak.Legalah hati aku sebab Fateha tak memecut .Tiba di exit Simpang Renggam kami ikut jalan biasa je kerana jalan ke Sedenak semakin perlahan.Banyak juga kenderaan yang keluar ,walaupun biasanya jalan tu dah malam sikit agak kurang kenderaan.
Dah hampir tiba ke Kulai ada lalui selekoh agak tajam ,ada satu lori tu seiringan dengan kereta yang Fateha pandu.Depan tu pulak ada traffic light,waktu tu sedang hijau.Waktu tu aku lihat Fateha cuba pecut untuk memotong lori ,lagipun kenderaan lain takde waktu tu.Sekali tu BUMM.....bunyi yang agak kuat seiringan dengan bunyi geseran.YaAllah ....macam nak tercabut jantung dengan keadaan cemas tu.Mujur lah dia masih boleh kawal lagi dengan pantauan ayahnya.walaupun tayar dah meletup.Mujur juga guna tayar sport rim kalau tidak harus terbalik kereta.Mujur juga,mujur juga ...kalau tidak harus melintang tengahjalan di laluan lori tadi....Allahuakbar....
Sebenarnya Fateha terlanggar divider di tepi lampu traffic light .Katanya tak nampak hitam putih divider tu pudar ke takde .....tak pasti lah ,dah hampir sangat baru perasan.
Dalam keadaan kalut si ayah lagi cepat bertenang.Perlahan2 di suruh nya bawa kereta yang dah tayarnya meletup tu berhenti di tepi jalan.Mula2 agak panik juga,bagaimana nak cari kedai tayar memalam ni.Tepon adek ipar yang tinggal berdekatan situ ...Katanya di KL tapi tak bagitau lah masalah apa.Cuaca ketika itu pula gerimis kasar2 gitu...nasib baik tak lebat.
Foto: inilah keadaan tayar yang BUMM tu...
Baru terfikir ada tayar spare kat bonet.Sekali tengok tayar takde angin pulak.Mujur lah ada stesen minyak Petronas di seberang jalan.....suami pergi sekejap isi angin kat tayar spare tu.
Bila dia kembali ke kereta aku tanya nak mintak tolong sesiapa tak sebab dah kawasan Kulai ni ramai yang kenal kalau nak tepon.
Dengan dibantu Azim,suami pun menukar tayar ....nasib baik juga ada lampu jalan di situ .Tapi ngeri sungguh lihat kenderaan2 yang lalu laju2 sedangkan suami buat kerja tu betul2 tepi jalan.Bila aku alihkan tanda segitiga agak ke tengah ,baru lah slow kereta2 yang lalu.
Akhir nya selesai juga walaupun tayar dah kurang seimbang dengan muatan yang  berlebihan.Tapi sempat juga menyimpang ke Mydin walaupun  dah hampir 10 mlm.
Kalau di ingat kan balik stuasi tu ,ngeri rasanya....sehingga saat ni pun masih terbayang lagi....tak ilang lagi gigil nya.Selama suami  memandu tak pernah terjadi yang mencemaskan seperti ini.Semoga jadi pengajaran pada Fateha yang suka memecut ni....



Wednesday 29 November 2017

Sarapan percuma

Assalamualaikum
Tinggal berjiran dengan orang yang berniaga kedai makan ni sebenarnya menguntungkan.Biasanya ada je rezeki untuk kami.Seperti pagi ni aku teringin sangat nak sarapan lempeng pekak ,buat sekeping untuk makan sendiri.Sementara Iman biasa lah nak mee goreng kesukaan nya setiap pagi membeli di kedai makan sebelah rumah.
Dah kenyang pun kami sarapan ....
Sambil2 buat kerja rumah,jiran belakang rumah yang juga ada kedai makan pulak bagi salam....Seperti biasa dah tau dah mesti ada rezeki untuk kami.
Tapi tulah hanya kami berdua di rumah ....apatah lagi Iman ni kalau ada pedas sikit pun tak makan.
Nampak gayanya nak diet pun tak menjadi.
Apapun rezeki kan...Alhamdulillah.Orang memberi kita merasa....Tapi bukan lah untuk sarapan lagi....dah kenyang dah dengan sarapan sebelum tu.
 Foto:lempeng &sambal sardin
 Foto:kuew tiow goreng & telur mata
         Foto:nasi lemak daun pisang

Thursday 23 November 2017

Makan di kopitiam

Assalamualaikum
Gambar mee bandung ni dah lama tersimpan dalam draf...baru la ni dapat update.
Sedap mee bandung ni ,secukup rasa  pada selera kami.Makan masa pergi Simpang Renggam baru2 ni.
Masa balik dari rumah kakak,singgah di pekan Simpang Renggam hari masih siang lagi.Fateha kata nak singgah beli barang,bila dah masuk Waston jenuh menunggu dia keluar.Singgah pula ke kedai telefon ,nak beli aksesori henpon,satu kedai tak cukup ,pergi ke kedai lain pulak....Iman yang duk menunggu dengan si ayah dalam kereta dah kebosanan.
Bila kami masuk je dalam kereta,iman kata "laparrrr".Ok2 lah kita singgah kedai makan kat mana2....aku saja bagi dia mood.Sebenarnya di Simpang Renggam ni kedai makan banyak apatah lagi waktu malam.Cuma kami tak biasa dan tak tahu mna tempat makan yang sedap.
Kami terus kan perjalanan dan terus singgah ke WAU KOPITIAM .Sebenarnya kami dah  selalu makan di sini sebelum ni....sebab ini je lah yang kami tahu  tempat makan yang memenuhi selera kami.
Waktu kami singgah ni dah pun maghrib,rasa tak sesuai waktu nak makan.Lepas pelayan ambik order,pekara pertama tanya ada tempat solat tak?....Alhamdulillah ada surau walaupun terpaksa berkongsi lelaki/ perempuan.Nasib baik waktu tu takde sesiapa.Iman yang memang mulut over ni,sempat bertanya pada aku"mak orang kat sini tak solat ke?""hiss....jangan cakap macam tu,fikirkan yang baik2 ,mungkin dorang dah selesai, kita ni pun dah lewat dah ni" kata ku pada Iman.
 .Kami bergilir berdua2 sementara menanti makanan tiba.
Seperti biasa lah si ayah nak makan nasi je, jadi dia minta nasi ayam....nasi ayam di sini memang popular....rasanya ok lah.Iman dah
tentu dengan mee sup nya.Sementara tu aku dan Fateha berkongsi semangkuk mee bandung .....memang kalau aku dengan Fateha selalunya berkongsi sebab kalau  sorang semangkuk makanan tak pernahnya habis....membazir betul.
Dengan 3 gelas air dan 3 menu makan hanya Rm 20.40....murah kan.Kalau nak dibandingkan kat tempat aku yang juga kampung ni pun lagi mahal.
Lokasi kedai, keluar tol sebelah kiri menghala Simpang Renggam.Berdekatan dengan IKS dan tapak Pasar Jumaat.
Banyak pilihan makanan sebenarnya tapi tujuan kami sekadar untuk makan malam je ,tak terfikir nak makan berbagai2. Mungkin lain hari boleh cuba .....

Tuesday 21 November 2017

Tidur bantal banyak

Assalamualaikum
Foto:sumber Facebook
Tidur bantal banyak....rasanya kat rumah ni dah terlebih2 sangat bantal berbanding penghuni nya yang biasanya hanya tiga 'ketul'.Di bilek Iman saja tak kurang ada 10 bantal....apa lagi bila tidur bantal2 di susun sekelilingnya..Tapi bila dah tidur bantal ke mana kepala dah ke mana.
Sebenarnya bantal yang banyak ni diimport juga dari kampung.Masa arwah mak nak ikut tinggal dengan aku,banyak lah barang ikut pindah termasuklah bantal2.Bila dah di sini  aku buka semula dan keluar kan kekabu atau span untuk gantikan kain2 yang baru....barulah semangat nak guna ....Bila ke rumah adek lelaki beberapa kali dah diberinya bantal untuk dibawa balik ,sebabnya dia suami isteri suka sangat beli bantal bila ada offer kat Mall....udahnya kami punya rezeki lah.
Tak heran lah kalau tidur kami dikelilingi bantal yang banyak.Stok untuk yang datang bermalam juga ada.
Hahhh...lenanya tidur jika dah dikelilingi bantal ....

Monday 13 November 2017

Restoran Murni

Assalamualaikum
Selesai  konvo dan majlis di universiti tempohari, sepatutnya nak hantar Iqa ke kolej kawan dia yang merupakan pelajar di situ untuk tumpang tidur,sebelum kembali ke rumah sewa nya di Bangsar keesokan nya.Tapi abang nya kata boleh saja menghantar ke rumah sewa sebelum kami bertolak balik ke Melaka.Sebelum  ke Bangsar ,abang dia  nak belanja makan dulu.
Jenuh juga pusing2 dengan keadaan yang sesak ,akhirnya Restoran Murni Dicovery Bukit Jalil jadi pilihan.Mereka bertiga dah biasa makan kat tempat ni.Mungkin kerana dekat dengan universiti dan harga berpatutan.
Tiba pun nampak pelanggan agak rama i,tempat letak kereta pun penuh.Apa lagi si abang pusing jalan belakang,Alhamdulillah lapang je,senang sangat nak pakir kereta.
Meja pun banyak disediakan.Dengan kami yang 6 sekeluarga ni ,terpaksalah tarik meja sebelah untuk lebih selesa.
Baru saja duduk pelayan dah hantar menu.Aku serahkan pada anak2 je untuk buat pilihan....Nama pelik2 susah pulak orang tua ni nak memilih.Memang banyak pilihan menu melayu,western dan mamak juga ada.Yang pasti ayah mereka mahu kan nasi .Oleh kerana budak 3 ni kata portion makanan di restoran ni banyak ,kami hanya minta 3 menu makanan dan 3 minuman.Apatah lagi dah keletihan seharian,perut pun tak terasa lapar lepas makan nasi kandar tengahhari tu.
Foto: nasi goreng biasa dan ayam goreng pandan untuk ayah dan Iman.Ayam goreng pandannya sedap ..
Foto: Mee Raja Meletop ni Fateha yang pilih.Katanya sedap tapi pada tekak aku biasa2 je.Yang Meletop nya sebab ada petai yang dihiris kasar.Memang banyak ...aku,Fateha dan Iqa makan sepinggan ni pun dah cukup kenyang.
Foto:Air cocktail fruit minuman kami bertiga ...dalam gelas sederhana.Mulanya nak order air 'I KISS YOU' ,dah habis lah pulak.Itu pun sekadar tunjuk je menu ,tak tergamak nak suruh anak dara aku sebut pada mamat pelayan tu.
Si ayah biasa lah dengan teh o panas dan abang mereka minum air barli panas.
Makan abang order spaggetti pedas dengan dua ketul udang besar.Dengan hidangan yang banyak dan pedasss ,walaupun kami share2 makan pun tak terhabis.
Alhamdulillah....walaupun hanya beberapa menu ,kami cukup kenyang.Apatah lagi dapat makan bersama sekali sekala kecuali Azim yang tiada.
Yang istimewa nya anak yang belanja...☺

Wednesday 8 November 2017

Konvo mereka 4/11/17

Assalamualaikum
Mood berblog semakin merudum tapi ku kuatkan semangat untuk mengabadi kan kenangan terindah 4 November lalu untuk tatapan kemudian hari.Hari Sabtu tu cukup bermakna pada kami kerana penantian  telah berakhir....amat membahagiakan lagi ianya berganda bila 2 anak konvo serentak.Dipermudahkan juga jadual konvo mereka pada hari yang sama dan sesi yang sama walaupun jurusan berbeza.Sebak hati bila nama anak Burhan diumumkan 2 kali untuk terima anugerah.
Foto:gambar slide yang Iqa snap dari belakang panggung tempat dia dan Iman duduk.
Walaupun dah biasa anak2 terima anugerah bersama masa zaman sekolah dulu tapi bila konvo U ni perasaan tak dapat digambarkan dengan kata2.
Seperti biasa jika ada urusan anak2 ,rumah adek di Sg Buloh lah homestay kami.Kami berlima dari Johor kerana Iqa juga dah habis cuti seminggu nya.Sementara si abang bertolak sendiri dari Melaka.
Pagi Sabtu seawal 6 a.m dah bertolak dari rumah adek kerana perlu tiba ke UPM sebelum 7.30 pagi.Dari Sg .Buloh ke Serdang agak jauh juga,Nasib baik tepat 7.30 tiba di hadapan dewan besar.Agak kelamkabut bila si abang pakir kereta di tempat yang berbeza.Mujur jumpa juga Iqa dan Iman yang naik kereta abangnya sebelum aku dan suami masuk dewan.Aku dan ayahnya tinggal kan Iman pada Iqa dengan berbakul2 pesan.......mengalahkan jaga baby.
Kalau Iman dah besar boleh je nak masuk ke dewan kerana kami ada kad jemputan lebih sebab 2 anak konvo.
Oleh kerana mereka berdua terima ijazah pada hari pertama di sesi 1 ,Duli Yang Maha Mulia Tunku Canselor Sultan Selangor sendiri yang sampaikan.Sayu hati ketika satu persatu anak naik ke pentas .
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar cuma perut kami je pedih ,perlu diisi.Memandangkan masa di rumah adek pagi sangat nak bersarapan,tak lalu rasa tekak.Walaupun masa nak masuk dewan tu ada lh diberi air mineral dan roti  untuk alas perut .Bila dah selesai giliran Fateha dan abangnya ,tak sabar2 nak keluar rasanya tapi dah tentu  kena tunggu keberangkatan Sultan dulu....sabo je lah.
Setelah selesai dan keluar dewan satu hal pulak nak berkumpul dengan anak2.Terlalu ramai orang apatah lagi yang sesi 2 juga dah datang. Bila dah jumpa semua baru lah dapat bergambar untuk nak abadi kan sedikit kenangan .Tapi tu lah masa terlalu suntuk ,ketika graduan2 lain bergambar sakan dengan keluarga berbunga2 bagai ,kami mengejar masa.Jambangan bunga hanya dapat selepas mereka buka jubah untuk keluar makan.
1.30 ptg anak sulong bawa pi makan dengan satu kereta je ke Restoran Nasi Kandar....ntah di Mall mana aku tak pasti ,yang penting tak jauh dari Universiti.
2.15ptg terus ke Fakulti Veterinar kerana anak sulong ada majlis ikrar .Memang kelamkabut dibuatnya kerana perlu pakai jubah semula sampai ada yang tertinggal2 apa yang nak dipakai .Sementara tu kami ibubapa terus pergi ke Auditorium  Fakulti  untuk menyaksikan majlis ikrar graduan2.Di sini rasa lebih santai ,dapat lah rehat kan urat2 yang dah tegang.Sementara tu budak 3 orang tu tunggu dalam kereta je.
Di majlis ni bukan saja penyampaian hadiah dan ikrar ,malah graduan2 DFV telah diiktiraf gelaran Doktor....Alhamdulillah.
Foto: Graduan DFV sedang berikrar.
Agak lama juga kami dalam Auditorium.Budak 3 dah mula gelisah tunggu dalam kereta.Sekejap2 WA ....Iqa kata dah macam ikan kering menunggu padahal  cuaca redup je.Dah penghujung2 majlis kami terpaksa keluar juga.Pekara penting perlu cari surau dulu.Walaupun ada jamuan disediakan kami tak ambil pun memandang kesuntukan waktu.Fateha kata perlu pulang jubah sebelum 6.30ptg.Tapi berpeluh2 juga menunggu si abang yang bergambar sakan dengan kawan2 nya .
Akhirnya pukul 6 lebih baru dapat gerak semula ke kawasan dewan konvo.Mujur sempat tiba walaupun dah saat akhir ..mereka.dapat selesai kan juga pemulangan jubah ,pengambilan transkrip dan bayaran foto .
Memang penat sangat kami seharian tu.Belum lagi cerita malam tu.Walaupun letih amat2   tapi kami rasa kami lah insan yang paling bahagia berganda pada hari itu.Dan yang lebih menguja kan lagi sepupu mereka yang sebaya juga kawan sepermainan masa kecil menyusul konvo di UPNM....Dr.Norhayat .
Foto:Fateha ,Arif dan Norhayat waktu kecil.
Semoga jejak kalian akan diikuti oleh adek2.Jadi lah yang berjaya di dunia dan akhirat juga.



Tuesday 24 October 2017

Kacang pool,air tembikai

Assalamualaikum
Pagi Ahad hantar Iqa ke Terminal Larkin untuk kembali ke U.Dengan cuaca panas ting ting ,dengan jalan yang sesak ,nak sampaikan ke Terimal yang tinggal tak sampai 1 km pun mengambil masa setengah jam.Tiba pun dah cukup2 10.30 pagi ,apa lagi terkejar2 lah mencari tempat bas yang dia nak naik.Mungkin baru lepas cuti....aduhai ramainya manusia....apatah lagi dengan keadaan terminal yang sedang di renovat.Stress dibuatnya!.
Bila bas yang Iqa naik dah jalan ,aku yang menghantar bersama anak sulong terus berlalu.Ingatkan Arif nak terus balik ,rupanya dia bawa singgah ke restoran 'Kacang Pool Haji'.Aku ok je perut pun dah mula lapar dan dahaga sangat .Tempat duduk penuh,melilau juga mencari tempat kosong.Ada yang bangun je terus cop dulu tempat duduk.

Bila tiba je air yang di order,slruppp....ahh segarnya rasa tekak dengan segelas air tembikai.Arif minum teh tarik aje. Yang istimewa nya ' haji ' sendiri yang menghantar ke meja kami.Segelas ais kosong percuma juga diberi tapi tak terusik pun.
 2 mangkuk kacang pool
Licin kami makan .Lebih menyelerakan bukan sebab lapar pun tapi anak belanja dari hasil titik peluh nya tu yang istimewa nya.

Saturday 21 October 2017

Hukum sujud atas telekung.

Assalamualaikum
Untuk peringatan diri sendiri juga
Sumber: telegram
*Hukum sujud di atas telekung*

📌Jika seseorang sujud di atas sesuatu yang menghalang antara seluruh dahinya dengan tempat sujud maka solatnya tidak sah jika penghalang itu bersambung dengannya atau atas tanggungannya seperti hujung pakaiannya yang mana pakaian turut bergerak apabila dia bergerak ketika berdiri dan duduk.

📌Fakta di atas ada dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam karangan beliau “al-Minhaj al-Qawin”:

ﻭﺷﺮﻃﻪ ﻋﺪﻡ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻰ ﺷﻲء ﻣﺤﻤﻮﻝ ﻟﻪ ﺃﻭ ﻣﺘﺼﻞ ﺑﻪ ﺑﺤﻴﺚ ﻳﺘﺤﺮﻙ ﺑﺤﺮﻛﺘﻪ ﻓﻲ ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺃﻭ ﻗﻌﻮﺩﻩ ﻓﺈﻥ ﺳﺠﺪ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﺎﻣﺪا ﻋﺎﻟﻤﺎ ﺑﻄﻠﺖ ﺻﻼﺗﻪ ﻭﺇﻻ ﻟﺰﻣﻪ ﺇﻋﺎﺩﺓ اﻟﺴﺠﻮﺩ

Maksudnya: “Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.

📌Berdasarkan kenyataan Imam Ibnu Hajar di atas, maka jelas bahawa wanita yang sujud di atas telekungnya sendiri maka sujudnya tidak sah, apabila sujud tidak sah maka solat juga tidak sah. Ini kerana telekung yang dipakai bersambung dengan dirinya atau ditanggung olehnya, malah turut bergerak dengan pergerakkannya.

Monday 16 October 2017

Kasih ayah

Assalamualaikum
Keempat2 anak bila dah melangkah sekolah menengah semuanya tinggal di asrama kecuali anak sulong  yang masuk selepas PMR.Tiga dari mereka selama mereka tinggal di asrama tak pernah sekali pun balik sendiri atau menggunakan kenderaan awam.Walaupun asrama Fateha dan Iqa masa tu tak jauh mana pun dari rumah tapi tetap kami jemput dan menghantarnya walau sesibuk mana pun.Tapi bila dah time Azim ni apatah lagi dah sekolah di JB ,terpaksa lah banyak berdikari bila waktu balik selalu lah mengheret beg untuk naik bas.Kadang kesian juga bila terpaksa berjam2 menunggu bas tapi tu lah nak buat macamana kudrat si ayah dah tak sekuat dulu nak mengejar waktu antara kerja dan anak.Bila kena masa yang sesuai baru dapat menjemput nya sendiri.Seperti Jumaat lepas dia balik pagi ,terpaksalah balik sendiri....berjam juga menunggu bas kat Terminal Larkin .Tiba rumah pun dah tengahhari....tau mesti dia lapar ,awal2 dah aku masak kan lauk febret dia.....asam pedas ikan mayong & ayam goreng.

Azim kata tak lapar pun sebab dah sarapan nasi lemak  KFC di terminal tu .Tapi bila tengok asam pedas dah tak menahan nak makan...
Seperti biasa lah si ayah bila tahu anak nya balik sendiri setiap jam asyik telefon bertanyakan Azim dah tiba mana.Padahal anak tu dah besar dan dah biasa naik kenderaan awam.Sebenarnya pada aku lebih suka anak balik sendiri supaya lebih berdikari dan berani .Tapi sebelum ni anak2 yang lain memang tak rasa lah.Dah duk U barulah tahu naik2 bas ni.
Seperti minggu ni memandangkan Fateha ada sikit masalah ,dia perlu berulang dari rumah ke tempat kerja setiap hari.....Si ayah sanggup mengambil dan menghantarnya walaupun terpaksa melewatkan waktu ke tempat kerja.Bukan perjalanan yang pendek ,kalau nak dikira hampir 160km bila dah berulangalik.Katanya nak melatih Fateha memandu kereta sendiri untuk ke tempat kerja kelak.Memandangkan bila dah kata menghala ke JB memang tak dapat tidak pasti jem setiap hari.
Setelah anak sulong  dapat kereta dari majikan,kereta dia dah tak pandang lagi.Jadinya Fateha lah yang menggunakan sekarang.Masalahnya kereta nya manual dengan keadaan sesak setiap hari si ayah cukup bimbang dengan anak dara sorang ni.
Apapun aku mengharapkan suami  sentiasa diberikan kesehatan yang baik. Semoga dia terus sehat.....walaupun oktober ni dah setahun peristiwa heart atacck nya,namun trauma pada kami masih tak hilang lagi.

Thursday 12 October 2017

Kaki ayam

Assalamualaikum
Seperti biasa aku kalau membeli ayam selalunya pasti di Peladang Biz Centre.Lebih rasa terjamin dan tak ragu2.Walaupun ayam2 nya dah difrozen kan tapi masih segar.Dan bagi aku lebih banyak pilihan untuk membelinya.Kepak,punggung ,whole leg ,dada ,chicken chop,dan berbagai lagi semuanya dah dipack sekilo2.Ada je ayam seekor2 gitu tapi tak kuasa lah mak nak memotong nya sendiri di rumah....
Selalunya aku beli ayam potong,whole leg dan punggung( bukan tongkeng tau) ....bahagian bertulang ,kalau isinya banyak buang dari makannya nanti.
Sebenarnya semalam aku ada beli juga sekilo kaki ayam .Dah pun bersihkan tapi tak tau nak masak apa.
Tentu ramai juga yang tak makan kaki ayam kan....seperti juga anak kat rumah ni,Iqa kata mak tau tak ia pijak apa....hishhh geram betul dah dia tak makan banyak  mulut pulak.Padahal kaki ayam tu kan ada'stokin' nya....
Kaki ayam ni sebenarnya banyak khasiat .....kalau nak tau 'google' lah ya.Malas lah pulak makcik ni nak terangkan panjang lebar.Sebab tu bangsa cina suka makan kaki ayam .Teringat masa kerja dulu di kantin tempat kerja yang bossnya cina,hari2 ada kaki ayam masak kicap.
Yang sukaaa sangat makan kaki ayam kat rumah ni Fateha lah.Biasanya kalau dia balik selalu lah ada masak kan kaki ayam .Tak jadi lauk dah,meratah je dia.
Iman pun suka ....tapi untuk hari ini tak tahu pulak menu apa nak dimasak dengan kaki ayam ni.Kalau nak tau seeloknya rebus dulu sebelum dimasak .Buang air rebusan dan baru lah boleh masak ikut suka.
Pernah juga buat kerabu,masak sup,kari dan kicap ....harini nak masak apa pun xtau lagi.
Ok lah makcik dah penat membebel ni ,nak ke dapur dah ni nak teruskan projek kaki ayam ....hihiii.

Tuesday 3 October 2017

Ikan siakap kukus

Assalamualaikum
Walaupun hanya 3 beranak di rumah ,bila nak masak pening juga nak fikirkan menu apa .Apatah lagi dua beranak ni banyak sangat tak makan nya.
Ni menu minggu lepas.Ikan siakap kukus....makanan sehat dan mudah disediakan.Febret encik suami.Berkali kali menambah nasi,Alhamdulilah suka melihat dia berselera.Mengukus pun senang sambil tanak nasi ,sambil juga mengukus ikan.Bila nasi masak ikan pun dah siap dikukus....senang kan rice cooker sekarang ...boleh masak nasi dan mengukus sekali.Tukang masak pun apa lagi ....relax memanjang le :-).
Mudah je nak mengukus ikan siakap ni.
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili merah
Tomato( tak letak )
Daun bawang
Semuanya dihiris dan tabur atas ikan yang telah dilumur sikit garam.Sebelum mengukus perah kan sebiji dua limau ke atas ikan. Lepas tu kukus lah hingga masak.
Mudah kan...budak sekolah rendah pun boleh buat.



Thursday 28 September 2017

Ku tunggu saat itu

Assalamualaikum
Insyallah majlis konvo U anak2 yang dua orang tu akan diadakan mulai 4 November nanti.Syukur sangat mereka terima anugerah pada hari yang sama dan waktu yang sama.Kalau tidak bermasalah juga pada kami yang terpaksa berulangalik dari Johor.Memang tak boleh stay lama2 sebab Iman ada pekse sekolah agama dan bermulanya SPM Azim minggu tu.Itupun Azim tak dapat meraikan sama2 majlis graduasi kakak abang nya kelak.
Dah lama ku tunggu saat ini.Ketika anak2 kawan sudah mula berkerjaya ,anak2 ku masih bertungkuslumus belajar.Mereka lahir lambat ,perjalanan kehidupan mereka pun agak lewat dari anak kawan2.Bersyukur Allah masih beri kesempatan pada kami untuk melihat anak mengenggam segulung ijazah masing2.
Anak sulong dengan Fateha beza umornya hanya setahun.Bila ke U berturut2 tahun juga.Dugaan dan kewangan juga berganda .Si abang belajar 5 tahun ,Fateha 4 tahun.Memang mencabar pada kehidupan kami nak melihat anak belajar dengan selesa.Alhamdulilah kini kami peroleh kegembiraan yang berganda juga ....Insyallah
Ku tunggu saat itu.

Tuesday 26 September 2017

DIA telah tiada.

Assalamualaikum
Masa aku nak opret Jan 2016 yang lalu,aku ada telefon dia.Mohon doa agar dipermudahkan.Setelah mak dah tak de pada dia lah ku pohon restu.Banyak juga lah dia bagi semangat sampai mengalir airmata ketika itu.
Masa suami sakit Okt 2016 aku cuba telefon dia juga sebab ketika tu aku rasa down sangat.Sekurang2 suara keibuan disebalik sana dapat melega kan hati aku.Ketika itu menantu nya yang angkat telefon ....baru tahu dia juga sudah tak sehat.Tak jadi aku nak kongsi masalah ketika itu.
Sebelum tu setelah arwah mak tinggal dengan aku sejak bapa kembali ke Rahmatullah ,saban tahun setiap kali hari raya pasti kami bawa mak berjumpa dengan dia.di kampung.Seperti biasa dia akan memberi arwah mak beberapa balang kuih seperti bahulu atau bangkit santan kesukaan mak untuk dibawa balik.Setelah mak meninggal kami dah tak  singgah biar pun pada hariraya dan dah tentu tak jumpa bertahun2.Hingga tergerak hati aku satu hari tu nk singgah.Sedih sungguh rasa pertemuan kali ni sebab kali ni mak dah takde.Dia kata setiap kali raya masih simpankan kuih untuk diberi padaku pula walaupun mak dah takde ,dia mengharap aku sekeluarga ada singgah.Sampai berkulat kata dia kuih yang disimpan....huhuu sedih bila dia cakap begitu.
Masa kami kecil dulu dia lah guru ngaji kami.Halaman rumah nya jadi taman permainan kami dan anak2 nya.Kolam yang digunakan untuk mandi jadi tempat kami berkubang ....Pada dia dan keluarga lah aku faham bahasa jawa.Apataknya bila dia berbual atau membebel pada  kami dan anak2nya yang nakal ketika itu banyak keluar jawa nya .....Ahhh kenangan itu ,indahnya....tak tercoret kalau nak diceritakan semua.
Malam Ahad 24hb lebihkurang pukul 9mlm makcik  dari kampung telefon mengatakan dia telah tiada dan baru je selesaikan dikebumikan sebelum isyak tu .Tersentap juga jantung ku mendengar khabar duka.
Kali terakhir aku bertemu masa hariraya Aidilfitri tempohari setelah mengetahui dia dah sakit.Saat dah uzor pun masih menjaga auratnya dan tak henti berzikir sambil cuba duduk menyambut kedatangan kami walaupun tak seceria biasa.
DIA yang ku maksudkan adalah  jiran arwah mak masa di kampung.Yang juga sahabat karib mak.Seorang jiran yang baik dan suka menolong orang .Orang nya lembut ,pemurah dan kuat ibadat .Walaupun status nya orang berada ,kerana sikap pemurah keluarga nya ramai di kalangan anak  kampung jadi anak angkat  sambil diberi pekerjaan di kebunnya.
Memang galat tak dapat ziarah kali terakhir.Tapi dapat tahu urusan dipermudahkan ...meninggal nya 4.30 petang di hospital BP ,dikebumikan sebelum Isyak dah selesai.
Semoga Allahyarhamah ibunda Hajjah Aminah ditempatkan dikalangan orang beriman....Aminnn.




Wednesday 13 September 2017

Tapai ubi

Assalamualaikum
Sabtu 9hb  hantar Iqa ke Terminal Larkin untuk kembali ke U.Hari tu ada juga undangan pengantin di Kota Tinggi tapi dah tentu nya tak dapat hadir.Bagaimana pun kirim juga 'salam keruk' pada iparnya yang juga jiran kami.
Ahad lepas ambil Iman dari sekolah agama terus ke JB hantar Fateha ke rumah penginapan nya.Tiba rumah semula dah pun hampir 9 mlm.Dari jauh dah nampak satu beg kertas tersandar di berandah.Buka je tengok ,banyaknya makanan ringan dan goodies  .Walaupun tak diberitahu dah dapat agak kiriman dari pihak yang buat majlis pengantin semalam.Alhamdulillah rezeki kan....
Apa yang lebih best nya tu dapat dua bekas tapai ubi.Lama dah tak makan...Rasanya lebih sedap dari makan sebelum2 ni.Semuanya secukup rasa lembut dan manisnya.Mungkin juga yang membuatnya dah cukup mahir.
Kalau nak tahu Felda Simpang Waha Kota Tinggi ni agak terkenal dengan tapai ubi nya.Kalau kita lalu di jalan besar nya ada gerai yang menjual tapai  depan stesen minyak Petronas.Kami tak lah pernah membeli ,tau je lah suami ni banyak sangat tak makan nya.
Sebab tu tak terfikir pun nk belajar membuatnya....teringin sangat beli je jawapan nya.
Yang diberi ni pun masih ada lagi satu bekas tak terusik...dah anak2 besar takde hanya aku yang makan.Iman tak lah dipandang nya tapai ubi ni.

Wednesday 6 September 2017

Kisah mereka lagi

Assalamualaikum
Rumah kembali sepi setelah hampir seminggu riuh dengan sakat menyakat dan gurau senda mereka adek beradek.Walaupun dah remaja sama je riuh nya seperti dulu bila dah mereka berkumpul .Cuma abang sulong mereka je yang tak dengar suara..... hanya bercakap jika perlu je.
Hari ini cuti sekolah pun dah berakhir .Iman biasa lah seharian lah jawapnya dia di sekolah selagi belum UPKK ni .Azim dah kembali ke asrama  .Dah semakin hampir hari2 menjelang SPM tapi tengok dia duk relax je .Yang mak nya pulak terasa risau ....hai la anak.
Iqa hujung minggu ni dah kena kembali ke U.Tapi masalah  dia tak dapat bilek.Bukan tak aktif pun masa di kolej tapi takde rezeki .Cuba buat rayuan juga.Bukan mudah seorang pelajar nak bayar duit sewa yang harga nya cekik darah di tengah bandar KL tu walaupun berkongsi dengan kawan2.Buat  sementara ni hanya menumpang di bilek kawan sementara biasiswa keluar baru fikir pasal rumah sewa katanya.....Aku nasihatkan jangan stress,contohi  'Teme' seorang penulis yang menempuhi pelbagai dugaan waktu menjadi pelajar di luar negara sana.
Fateha dah mula berkerja di JB minggu ni.Dalam banyak2  temuduga dia tertarik dengan kerjaya sekarang ni kerana ada kaitan dengan kos yang diambil masa di U. Kebetulan best friend dari sekolah menengah /asrama dulu tempat kerja nya di bangunan bersebelahan.Buat masa ni Fateha tinggal dengan dia .Keluarga nya bertugas di negeri lain  .Kehadiran nya sangat dialukan.
Si abang Alhamdulillah dah pun merasa hasil titik peluh sendiri.Pandai dah menghulur seketul dua .....Untuk kenangan dari pemberian pertama titik peluh anak ni aku beli rice cooker. Ermm sebenarnya rice cooker  yang ada aku berikan pada dia masa masuk
rumah baru dia di Melaka tempohari. Kami di rumah ni gunakan rice cooker  besar 'bapak gajah' ....hahaa....sebelum beli baru ni.Kadang makan untuk bertiga je.Tapi betul lah kata orang 'Besar periuk besar keraknya'.
Ok lah dah panjang lebar pulak merapu.Kalau nak berkisah tentang anak2 memang tak pernah habis walaupun mereka telah remaja/dewasa tapi tetap kecil di mata ibubapa.

Tuesday 5 September 2017

Kari daging burger

Assalamualaikum
Ini cerita dua hari sebelum AidilAdha.Stok barang basah kat aisbox pun dah hampir licin.Cadang esoknya baru nak berbelanja.Anak2 semua dah balik cuti.Bila lihat masih ada daging burger dalam aisbox....tiba2 teringat resepi daging burger masak kari seperti yang aku lihat dalam Facebook baru2 ni.
 Seperti masak kari ayam atau daging juga caranya cuma yang membezakan hanya gunakan daging burger saja.Tapi aku masak ikut resepi sendiri ...ikut selera sendiri.
Resepi kari daging burger
4 -5 keping daging burger (potong ikut suka)
Rempah kari( aku lebih suka gunakan rempah kari ikan Faiza)
Bawang merah
Bawang putih
Halia.
Serai
Kentang
Lobak merah
Tomato
Daun kunyit
Caranya
Bawang merah,bawang putih dan halia ditumbuk.Panaskan minyak masukkan serai yang dah dititik dan bahan2 yang ditumbuk. ..kacau hingga naik bau.Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.Tumis hingga naik minyak....kemudian masukkan air secukup nya dan sehelai daun kunyit...(kenapa daun kunyit???....sebab suka rasanya bila pertama kali makan kari ayam di rumah jiran).Masukkan daging burger dan kentang .Masukkan juga lobak merah ....dan akhir sekali tomato yang dibelah 4.Bubuh garam secukup rasa....selesai.
Alhamdulillah semua anak2 suka.Iman berulang2 makan nasi.Seperti biasa kat rumah ni kalau masak kari jarang guna kan santan,sebab ramai yang kurang suka terutama Iman.
Kari daging burger ni hanya budak2 je yang makan.Aku sekadar makan kuah dan sayurannya je....memang sedap.Boleh je makan dengan nasi atau roti.

Monday 21 August 2017

Periuk kecil

Assalamualaikum
Minggu lepas kembali bertiga di rumah.Iqa yang masih cuti ikut Fateha ke Simpang Renggam.
Dah bertiga masak pun semua serba sikit .Adakala seperti syok sendiri masak ,last2 sendiri yang makan.Iman pun seharian berada di sekolah .Balik tengahari sekejap je dah kena pergi sekolah agama hingga 6.30 petang kerana ada kelas tambahan.Si ayah pun biasanya balik dalam pukul 5_6 petang.
Dah masak serba sikit ni ,lebih selesa masak dalam periuk kecil  untuk masak sayur atau gulai.Kadang tengok periuk tu macam main masak2 je...comel sangat.
.Sebenarnya kakak yang beri periuk2 ni sebab banyak tersimpan walaupun dah beri juga pada anak menantu nya.Kakak ni suka membeli barang online juga wow shop.Banyak barang keperluan rumah dia beli.Bab periuk ni kakak kata dia tengok catalog  macam besar je periuk2 nya...sekali dapat kecil je.,  hanya ukuran 6 inci je setiap satu...harganya setiap satu 75 RM ....kiranya kakak ni 'tipah tertipu' ...Tapi yang untungnya kami2 lah ,dapat periuk free.
Foto: sesuai sangat masak seekor ikan kerisi  ___asam pedas (lauk hari Jumaat lepas)
 Foto: beberapa ketul ayam masak kari(juga hari yang sama).

Tuesday 15 August 2017

Selamat hari lahir

Assalamualaikum
Harini besday boy sedang trial SPM...moga dapat jawab dengan tenang.
Lepas maghrib semalam dia ada telefon....sambil cerita pasal exam dia sempat bertanya sekadar menduga."esok hari apa ya?"....Kalau dah kata mak2 ni masa kan lupa tarikh saat bertarung nyawa melahirkan anak2.
17 tahun sudah Azim harini 15 Ogos.Sedih sebenarnya bila tiba tarikh lahir Azim tahun ni bermakna sepupu dia Mohammad Al Mizal yang meninggal accident tahun lepas sepatutnya juga hari lahir 3 hari lagi yang ke 17 juga...kami semua merindui nya....semoga arwah sentiasa dirahmati.
Besday sekadar bertambah nya usia ....dah tinggal di asrama
takde apa2 yang dapat diberi,Tunggu lah cuti sekolah nanti ,kan ada cuti hari merdeka dan raya haji ...adek beradek pun ada semua.
Apapun mak doakan Azim akan berjaya di dunia dan akhirat.Berusahalah untuk SPM yang bakal tiba dan trial yang sedang hadapi sekarang ni.
SELAMAT HARI LAHIR MOHAMMAD AZIM IKMAL...
Foto:Azim ketika usia 4tahun bersama Iqa.