Assalamualaikum
Azim baru je abis SPM.Sejak abang dia bekerja di Melaka tak pernah lagi kami bawa dia ke sana.Ambil kesempatan cuti sekolah boleh jalan2 sekali, jadi Sabtu tu kami pergilah.Fateha pun minta cuti haritu.Seperti biasa sejak dah ada lesen memandu dia je yang bawa,ayah nya duduk sebelah untuk memantau.Begitulah hari2 waktu pergi balik kerja.Ayah nya belum berani nak lepaskan dia sendiri an memandu kerana sayangkan lesen nya yang masih P. Sanggup berkorban lewat ke tempat kerja hari2 demi anak.
Masa jalan2 makan2 di Melaka 2 hari tu naik kereta abangnya je walaupun bersempit2 sikit.
Semalam lepas jalan2 di sekitar Bandar Hilir,kami bertolak balik dari rumah abang nya lepas asar .Di highway agak perlahan sebab kenderaan banyak.Legalah hati aku sebab Fateha tak memecut .Tiba di exit Simpang Renggam kami ikut jalan biasa je kerana jalan ke Sedenak semakin perlahan.Banyak juga kenderaan yang keluar ,walaupun biasanya jalan tu dah malam sikit agak kurang kenderaan.
Dah hampir tiba ke Kulai ada lalui selekoh agak tajam ,ada satu lori tu seiringan dengan kereta yang Fateha pandu.Depan tu pulak ada traffic light,waktu tu sedang hijau.Waktu tu aku lihat Fateha cuba pecut untuk memotong lori ,lagipun kenderaan lain takde waktu tu.Sekali tu BUMM.....bunyi yang agak kuat seiringan dengan bunyi geseran.YaAllah ....macam nak tercabut jantung dengan keadaan cemas tu.Mujur lah dia masih boleh kawal lagi dengan pantauan ayahnya.walaupun tayar dah meletup.Mujur juga guna tayar sport rim kalau tidak harus terbalik kereta.Mujur juga,mujur juga ...kalau tidak harus melintang tengahjalan di laluan lori tadi....Allahuakbar....
Sebenarnya Fateha terlanggar divider di tepi lampu traffic light .Katanya tak nampak hitam putih divider tu pudar ke takde .....tak pasti lah ,dah hampir sangat baru perasan.
Dalam keadaan kalut si ayah lagi cepat bertenang.Perlahan2 di suruh nya bawa kereta yang dah tayarnya meletup tu berhenti di tepi jalan.Mula2 agak panik juga,bagaimana nak cari kedai tayar memalam ni.Tepon adek ipar yang tinggal berdekatan situ ...Katanya di KL tapi tak bagitau lah masalah apa.Cuaca ketika itu pula gerimis kasar2 gitu...nasib baik tak lebat.
Foto: inilah keadaan tayar yang BUMM tu...
Baru terfikir ada tayar spare kat bonet.Sekali tengok tayar takde angin pulak.Mujur lah ada stesen minyak Petronas di seberang jalan.....suami pergi sekejap isi angin kat tayar spare tu.
Bila dia kembali ke kereta aku tanya nak mintak tolong sesiapa tak sebab dah kawasan Kulai ni ramai yang kenal kalau nak tepon.
Dengan dibantu Azim,suami pun menukar tayar ....nasib baik juga ada lampu jalan di situ .Tapi ngeri sungguh lihat kenderaan2 yang lalu laju2 sedangkan suami buat kerja tu betul2 tepi jalan.Bila aku alihkan tanda segitiga agak ke tengah ,baru lah slow kereta2 yang lalu.
Akhir nya selesai juga walaupun tayar dah kurang seimbang dengan muatan yang berlebihan.Tapi sempat juga menyimpang ke Mydin walaupun dah hampir 10 mlm.
Kalau di ingat kan balik stuasi tu ,ngeri rasanya....sehingga saat ni pun masih terbayang lagi....tak ilang lagi gigil nya.Selama suami memandu tak pernah terjadi yang mencemaskan seperti ini.Semoga jadi pengajaran pada Fateha yang suka memecut ni....
Alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku..
ReplyDeleteAnak bujang kamipun sama, suka pecutkan kereta, terlampau yakin, kita yang terasa luruh jantung..
ALHAMDULILLAH SELAMAT N TIDAK KENAPA2...ALAMI SITAUSI YG XDIDUGA MMG MNDBARKN JNTUNG
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat semuanya saniah
ReplyDeleteYa Allah Kak, cemasnya Saya yg baca ni, ya Allah.... Alhamdulillah, akk sekeluarga selamat, Alhamdulillah ada si Ayah yg Tak panik, dpt tenangkan suasana...
ReplyDeleteKak, semoga akk sekeluarga sentiasa dlm perlindungan Allah swt.
Alhamdulillah takde pape yang siyes.. Semoga dipermudahkan urusan kak
ReplyDeleteAlhamdulillah kak..
ReplyDeleteSemuanya selamat..
Saya yg membacanya pun cemas..
Saya pun pernah terlanggar divider mcm tu.. sebab tak nmpk.. pecah jugak tayar.. dah lah baru ganti tayar tu huhuu..
Bukan salah fatehah tu pun..
Dah mlm tak nmpk garis divider tu..
Tu pun pengajaran juga utk lebih berhati2 kan kak.. utk saya juga 😊
Alhamdulillah semuanya selamat. Sure menggigil tak habis kan SI. Mau tak! Nasiblah bapaknya jenis cool.
ReplyDeleteTengok keadaan tayar tu mmg rasanya langgar devider tu. Bila ada lori sebelah, secara logiknya kita mmg akan ke tepi jalan sikit. Tak pe pengalaman utk dia. Bawak kereta kalau nak mahir mmg kena berani SI.